Cara Ibu Ini Mantain Berat Ideal 57KG Unik, Naik Turun Tangga 10 Tingkat Plus Bersenam Dengan Anak

Macam-macam cara nak kuruskan badan, ada yang jaga makan tak kurang yang praktikkan rutin senaman sihat. Nursuraya Izwanieza Saidudin, 34 ibu 3 orang anak praktikkan senaman turun naik tangga 10 tingkat,  bersenam dengan anak malah parking kereta jauh-jauh demi mantain berat badan 57 kg.

Nursuraya merupakan team leader Jom Kurus 1 Malaysia di bawah anjuran Kevin Zahri. Nak tahu cara lain yang beliau usahakan agar berat badannya kekal ideal, ikuti tip yang dikongsikan ini.

 

Cara Ibu Ini Mantain Berat Ideal 57KG Unik, Naik Turun Tangga 10 Tingkat Plus Bersenam Dengan Anak

9 Tip Mantain Berat Ideal 57kg

1. Contohnya, saya di tingkat 20. Sampai tingkat 10 saya akan naik lif. Kemudian turun dan selebihnya naik tangga.

2. Saya akan letakkan kenderaan jauh supaya dapat berjalan kaki. Ini merupakan light workout.

3. Ketika bersama anak-anak pun saya bersenam. Untuk weight training.

4. Sellau juga hiking bersama kawan-kawan dekat sekitar Negeri Sembilan. Misalnya daki Gunung Angsi, Gunung Datuk dan Bukit Melati.

5. Saya lebih kepada pemakanan yang sihat. Bagi saya yang agak sibuk selalunya akan menyediakan ‘meal preparation untuk seminggu.

Sambil buat makanan sendiri, saya kongsi perkhidmatan makanan sihat dengan mereka yang nak jaga pemakanan melalui ommalicious.healthy.meal (IG).

 

IKLAN

 

6. Ejekan orang jadi push factor saya turunkan berat. Maka saya cari kawan yang ada energi positif dan matlamat yang sama. Anggap ejekan itu macam angin yang lalu.

Niat kerana Allah, insya-Allah dipermudahkan.

7. Suatu ketika dulu pernah benci SUKAN. Lama-lama jatuh cinta pula. Bila ikuti program Jom Kurus 1 Malaysia macam-macam aktiviti ada. Senaman circuit menguji kemampuan saya untuk ‘push’ diri.

Buat saya minat aktiviti dalam air seperti aqualogix dan aquarobic yang berbeza dari senaman lain dan juga hiking di mana kita dapat menikmati keindahan alam semula jadi

8. Senaman saya, tiga atau empat kali seminggu. Masa saya terhad, Jika ada masa saya ke gimnasium atau bersenam secara berkumpulan.

IKLAN

Kalau terlalu sibuk, bersenam saja di rumah.

9. Pengalaman sendiri hamilkan anak ketiga amat berbeza. Saya aktif dan amalkan gaya hidup sihat. Ambil makanan dan senaman yang betul masa hamil.

Hasilnya, tak naik berat yang melampau dan kembali ke bentuk asal cara sihat.”Lepas melahirkan anak kedua, saya menyusukan anak dan bila lapar saya makan. Tak sedar berat naik mendadak sampai 83kg.

Macam-macam cara buat, tetap tak turun. Bila sertai program dan jumpa kawan-kawan ada matlamat, barulah jadi.

Alhamdulillah, ketika hamil anak ketiga, saya dapat mengawal berat badan. Naik pun sekitar 10kg berbanding 20 kg sebelumnya.

 

IKLAN

Cara Ibu Ini Mantain Berat Ideal 57KG Unik, Naik Turun Tangga 10 Tingkat Plus Bersenam Dengan Anak

Buat Kelas untuk Ibu Hamil, Post Natal Dan Ibu Menyusu

Nursuraya juga mempunyai sijil Certified Metafit Coach, Pre Post Natal Training dan Certified Excersie Training.

Program bersama team Fitness Queen menampilkan aktiviti Group Training Fit ladies dan online coaching.

Antara program yang dianjurkan kelas nutrisi, healthy cooking, hiking, beach bootcamp,metafit, aquarobic, trecking,body combat dan pelbagai. Ada juga yang saya buat untuk ibu-ibu yang hamil, lepas bersalin dan juga ibu menyusu.

 

MENU PILIHAN NURSURAYA

*Sarapan
Overnight oat

*Makan Tengah hari
Nasi (basmathi atau brown rice) segenggam
Ikan atau ayam (bahagian dada)
Sayur atau ulaman

*Minum petang
Biskut / healthy brownies/ buah

*Makan malam
Nasi basmathi atau perang
Ikan atau ayam berlada/ kari yang diolah masak secara sihat.

Tip : Protein tidak semestinya bakar, kita boleh masak seperti biasa cuma kurangkan garam dan minyak dalam masakan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI