Biasanya kalau ke gerai makanan atau food court di ‘shopping mall’ memang ada jual Sizzling Yee Mee ni. Disediakan panas-panas dan dihidangkan dalam ‘hot plate’. Sebenarnya lebih puas hati bila mak-mak dapat sediakan dan masak sendiri di rumah. Boleh letak banyak bahan, jimat kos dan terjamin kebersihannya.
Nak cuba buat Sizzling Yee Mee yang sedap ni, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Maya Miera.
“Sizzling Yee Mee lagi sedap dari food court, puas makan boleh letak ayam dan cendawan banyak-banyak.Saya buat untuk 15 orang makan.”
Bahan-Bahan:
2 ekor ayam (dipotong kecil)
4 senduk kicap kipas udang
3 senduk sos tiram
3 senduk kicap pekat
4 senduk kicap cair
3 sudu besar minyak bijan
2 ketul kiub ayam
2 jug air
Sayur pakchoy *saya celur
6 ulas bawang putih *saya cincang
Seketul besar halia *saya hiris
6 tangkai cabai kering buang biji *potong 3
2 peket cendawan shitake *hiris
6 sudu besar tepung jagung *bancuh dengan air
1 senduk minyak masak utk menumis
Cara Membuat:
1. Masukkan minyak dalam periuk, tumis bawang putih, halia dan cabai kering.
2. Bila dah naik bau dan kekuningan,masukkan cendawan shitake dan ayam, gaul-gaul bagi ayam masak dalam 5 minit.
Ads
3. Masukkan semua kicap, minyak bijan, kiub ayam, dan air.
4. Akhir sekali masukkan air tepung jagung.
Ads
Info Ekstra!
Saya tak dak hot plate, guna non stick pan je.
Masukkan kuah yang dah siap tadi, masukkan mee dan telur.
Ads
Bila mee dah lembut, masukkan dalam mangkuk dan sedia untuk dihidang.
Selain hidangan makanan, minuman yang sedap juga turut diambil perhatian sewaktu berbuka puasa. Jika selalu beli sahaja air manis di Bazar Ramadan, inginkan kelainan boleh buat sendiri di rumah.
Setelah seharian keletihan berpuasa, terus rasa segar bila dapat minum air “Punch Honey Dew” ini. Rasa masam-masam manis, kombinasi air kelapa, buah tembikai susu, jus limau nipis dan perahan lemon.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Bam Azimadini sebagai panduan
Ternampak di youtube “Punch Honey Dew” dari seberang. Teruja nak mencuba lebih-lebih lagi nampak masa bulan puasa. Wong jowo ngomong..segerr. (terjemahkan sendiri)
Bahan-Bahan:
Biji selasih yang dah direndam kembang.
Sirap honey dew. Nak guna kordial pun boleh, suka hati nak letak banyak mana. Janji manis yang disukai.
Isi kelapa dari sebiji kelapa muda.
Air kelapa daripada sebiji kelapa.
Limau nipis dipotong nipis, buang biji. Suka hatilah nak guna sebiji atau 2 biji.
Jus perahan 2 biji lemon.
Setengah biji buah honey dew yang dah dikeruk
Cara Membuat:
1.Keruk isi honey dew macam ni.Boleh beli mata pisau ni di kedai bakeri atau shopee.
2.Isi kelapa pun dikeruk.Masa beli kelapa muda, cakap dengan penjual tu nak kelapa yang isinya banyak/tebal. Dia akan goncang-goncang dan tau mana yang ada isi. Kadang-kadang beli kelapa muda, isinya nipis sangat.
3.Semua bahan-bahan disatukan dalam bekas dan letak air batu.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Muak juga kalau asyik makan benda yang sama je. Bila tiba raya haji, tentu ramai yang menerima pemberian daging korban atau diri sendiri membuat ibadah tersebut. Jadi stok daging memang banyak.
Mungkin ada yang sudah muak dan bosan juga dengan aneka hidangan raya lebih-lebih lagi berasaskan daging. Lagi pula, daging kena kawal juga pengambilannya. Lebih-lebih lagi yang berpenyakit.
Hari raya Aidiladha ini pasti ramai yang pulang ke kampung. Nak kelainan? Mungkin menu pasta ini memberikan tarikan tersendiri. Jadi ambil peluang ini untuk memasak aneka pasta ini untuk hidangan ahli keluarga yang pulang beraya. Apapun, kita dalam tempoh PKPP, maka SOP jangan lupa ye walau pun sedang beraya!
**Resipi yang kongsikan ini dalam jumlah yang banyak ye. Boleh ubah suai sendiri mengikut kesesuaian jumlah ahli keluarga.
SPAGHETTI CHICKEN BOLOGNISE
BAHAN-BAHAN:
4 paket pasta
50ml minyak zaitun
1.5kg ayam cencang
2kg tomato
500gm bawang Holand
300gm saderi
200gm bawang putih
2 helai daun Bay
4 liter air
10gm lada putih
10gm garam
CARA MEMASAK:
Rebus pasta lima ke tujuh minit. Angkat, tos dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali. Tumis semua bahan sehingga separuh masak.
Angkat dan kisar bahan-bahan yang ditumis tadi.
Kemudian masak sekali lagi semua bahan dikisar bersama ayam dan tambah air secukupnya.
Perasakan dengan garam dan lada putih secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati. tidak rasa muak kerana tidak mengandungi keju.
Info chef: Satu paket pasta anggaran 400 gram dan boleh dimakan antara 10-12 orang.
Setiap kali masak sambal nasi lemak, mak-mak akan berdepan keadaan sambal merecik di sekitar dapur. Kalau tak banyak pun, tetap ada. Ada cara macam mana nak bagi masak sambal tak merecik ke dinding.
Peniaga ini, Laelatul Amaroh berkongsi petua. Katanya sepanjang berniaga nasi lemak tak pernah lagi dia masak sambal merecik dan dia ada petuanya.
Petua Masak Sambal Tak Merecik
“Baru je siap buat sambal nasi lemak, 6 tahun sudah jadi si penjual nasi lemak. Tak pernah buat sambal besepah mercik penuh dapur.
Cara saya, masak sambal dengan api perlahan & tutup kuali dalam anggaran masa 3 jam, siaplah sambal tu.”
Ini Cara Masak Sambal Nasi Lemak
Basuh cili dan rebus, gunting-gunting tapiskan biji.
Blend cili dengan sedikit air, minyak dan bawang besar.
Belacan dan udang geragau, daun pandan.
Minyak untuk menumis secukupnya.
Potong-potong bawang besar, bawang putih,tumis sampai layu, masukkan belacan dan udang geragau, daun pandan. Tumis lagi sampai wangi barulah masukkan cili.
Masak dengan api perlahan (kacau selalu)
Tunggu sehingga pecah minyak, barulah masukkan gula, garam, air asam jawa dan Aji.
Masak sehingga sambal jadi merah kehitaman, sebatikan rasa dan tutup api.
Tips : Masa yang diambil untuk masak sambal. Jika kuantiti sambal yang banyak anggaran dalam 3 jam. Jika sikit, untuk makan sendiri tunggu sampai sambal pecah minyak saja.
Mingguan Wanita : Begitu caranya, harap yang selalu masak sambal merecik ke dinding dapur bolehlah cuba tip yang diberikan ini.
Macam min, kalau nak bagi tak merecik ke dinding, min gunakan splatter screen. Gajet dapur ini pun membantu elak sambal terpercik ke dinding.
Min guna splatter screen macam ni. Boleh beli di DIY, shopee atau Lazada. Boleh dapat harga bawah RM10.
Ibu mangsa dikelar suami dapat agak akan hilang anak - "Sudah sebulan makcik dapat rasakan Ecah akan mati." Itu luahan Fatimah Seman, 63, ibu kepada 'Ecah' atau Iecah Junus, 34, yang maut selepas dikelar suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir, Isnin lalu.