Lepas kena gastrik, anak pula sesak nafas. Pelakon Wawa Zainal berkongsi kisahnya yang baru saja pulih dari penyakit gastrik yang teruk dan terbaru anaknya pula mengalami sesak nafas walau tiada kahak.
Isteri kepada Aeril Zafrel iaitu Wawa Zainal berasa sangat runsing apabila keadaan kesihatan anaknya Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, yang mengalami sesak nafas secara tiba-tiba selain menyifatkannya sebagai penyakit ain.
Wawa juga memohon maaf sekiranya bisnes kek batik yang diusahakan Hayla yang baru berusia sembilan tahun membuatkan banyak pihak berasa iri hati.
“Kesian anak mama tak ada kahak pun tapi sesak nafas . Dia kata susah nak bernafas🥹 wawa pun tak pasti adakah ini yg di namakan ‘ain’ ?
“NauzubillahMinzalik. Wawa minta maaf dan ampun sangat-sangat kalau kehadiran kek batik hayla membuat sesetengah pihak kurang senang.
“Alhamdulillah wawa dah pulih selepas kena gastrik teruk kelmaren tapi hayla pulak ganti sesak nafas. Korang ada tak amalan untuk menghindarkan ain?” tulis Wawa menerusi akaun Instagramnya.
Sambung Wawa lagi, dirinya menyelar pendapat supaya tidak memuatnaik sebarang hantaran berkaitan promosi kek batik kerana perkara tersebut adalah penting untuk meningkatkan jualan.
Ads
“Jangan cakap jangan posting apa-apa. Sebagai bisnes owner kami la muka hadapan yg kena promot the bisnes. Kalau di beri pilihan tak posting apa2 wawa nak ! Xperlu ada socmed pun tak pe. Tapi apakan daya.. Siapa lagi nak promot jualan kita kalau bukan kita sendiri,” luah Wawa.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Ads
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bapa Nurly Shahirah mohon orang ramai tidak lakukan perbuatan khurafat-“Jika ada ambil tanah kubur, bertaubatlah, minta ampun pada Allah.” Orang ramai diingatkan agar menjaga adab ketika menziarahi pusara penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurly Sahirah Azman, dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Bapanya, Azman Mohamad, 63, berkata, dia tidak menghalang orang ramai yang ingin melawat kubur anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir, Kerandang, namun menegaskan bahawa pengunjung perlu mematuhi adab serta norma yang ditetapkan agama.
“Saya tidak pasti kesahihan cerita mengenai ada individu yang mengambil tanah kubur, sebab kebanyakan masa saya berada di rumah. Tapi kalau benar ada yang berbuat demikian, saya nasihatkan mereka segera bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah.
“Mengambil tanah kubur untuk dijadikan azimat adalah perbuatan khurafat, bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh membawa kepada syirik, yang merupakan dosa besar.
“Cukuplah sekadar sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Tak perlu lakukan perkara yang boleh menjejaskan akidah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Gong Pasir.
Menurut Azman, kawasan perkuburan itu di bawah seliaan Pejabat Agama Daerah Besut, dan pihak keluarga telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang tali penghadang di sekitar pusara arwah.
“Langkah ini untuk elakkan perkara tidak diingini berlaku. Pejabat Agama Daerah Besut juga kini melakukan rondaan waktu malam di kawasan perkuburan bagi memastikan tidak ada aktiviti yang melanggar batas agama.
“Kami bimbang jika keadaan menjadi tidak terkawal, pihak berkuasa mungkin terpaksa mengambil keputusan menutup pintu pagar tanah perkuburan ini,” jelasnya.
Tambah Azman lagi, mereka sekeluarga memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan layanan kepada orang ramai yang hadir menziarahi.
“Setiap hari, ramai yang datang melawat. Kadang-kadang, kami tak sempat layan semua. Saya harap orang ramai faham keadaan kami dan terima permohonan maaf sekiranya ada kekurangan,” ujarnya.
Menerusi perkongsian seorang individu dikenali sebagai Ahmad Nazrul di Facebook, keluarga arwah memutuskan untuk tidak menerima sebarang kunjungan orang ramai selama empat hari, bermula 2 Julai hingga 5 Julai 2025.
“Untuk makluman, pihak keluarga Allahyarhamah Nurly Shahirah tidak akan menerima kunjungan sepanjang tempoh tersebut. Rumah keluarga arwah juga ditutup buat sementara waktu.
“Kami berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama dan memahami situasi mereka. Terima kasih,” tulisnya dalam hantaran yang dimuat naik sekitar jam 8.34 malam, Sabtu.
Perkara itu turut mendapat perhatian abang kepada arwah, Najmuddin Azman, yang memuat naik semula kenyataan tersebut sambil memohon agar masyarakat memahami keadaan keluarganya ketika ini.
Menurut Najmuddin, ibu bapa mereka belum berpeluang berehat sepenuhnya sejak kejadian yang menimpa adiknya kira-kira tiga minggu lalu.
“KAMI HARAP ORANG RAMAI BERI RUANG UNTUK UMI DAN ABAH BEREHAT. SEJAK KEJADIAN ITU BERLAKU, MEREKA BELUM BETUL-BETUL DAPAT REHAT. INSYA-ALLAH, BILA ADA KELAPANGAN NANTI, BOLEHLAH DATANG MENZIARAH,” KATANYA.
Difahamkan, pada Sabtu petang, pihak keluarga turut memasang tali penghadang di kawasan pusara Allahyarhamah Nurly Shahirah.
Langkah itu diambil susulan dakwaan terdapat individu yang melakukan perbuatan khurafat dan syirik, termasuk mengambil tanah kubur arwah untuk tujuan tidak sepatutnya.
Terdahulu, Allahyarhamah Nurly Shahirah merupakan antara 15 individu yang terkorban dalam tragedi kemalangan membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik, Perak, pada 9 Jun lalu.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pelakon jelita, Nora Danish dan bekas suaminya, Datuk Rizal Ashram Ramli (Jejai), baru-baru ini menghadiri sebuah majlis penuh bererti, majlis graduasi anak lelaki mereka, Putra Rayqal Ramli, yang telah menamatkan pengajiannya di Kolej Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Momen indah itu dikongsikan Nora menerusi media sosialnya yang memaparkan detik penuh bangga dan syukur apabila menyaksikan anak sulungnya menyempurnakan pengajian di hadapan ibu bapa tersayang.
Apa yang menyentuh hati, majlis itu turut dihadiri oleh bapa kandung Rayqal, Jejai, sekali gus memperlihatkan kematangan dan komitmen kedua ibu bapa dalam memberikan sokongan penuh buat anak tercinta, walaupun tidak lagi bersama sebagai pasangan.
Kehadiran mereka berdua menggambarkan ikatan kekeluargaan yang harmoni dan penuh toleransi, demi kebahagiaan serta kejayaan anak.
Selain Nora dan Jejai, momen indah tersebut turut disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib dan isteri Yang Mulia Toh Puan Raja Dato’ Datin Seri Noora Ashikin Binti Raja Abdullah yang juga merupakan datuk dan nenek Putra Rayqal Ramli.
Majlis graduasi tersebut berlangsung dalam suasana penuh protokol, namun tetap sarat dengan emosi dan kasih sayang ibu bapa terhadap kejayaan anak. Rayqal yang kini menginjak usia remaja, tampil kemas dalam jubah konvokesyen, menerima sijil tamat pengajian sebagai tanda permulaan fasa kehidupan yang lebih mencabar.
Penampilan Nora Danish di majlis graduasi anak sulungnya turut mencuri tumpuan ramai. Mengenakan busana ringkas namun elegan, Nora tampil anggun dan mempesona dengan aura keibuan yang penuh kelembutan.
Ramai netizen memuji kecantikannya yang kekal awet muda, seolah-olah tidak dimamah usia walaupun sudah bergelar ibu remaja. Gaya sederhana tetapi berkelas yang ditonjolkan mencerminkan sisi matang dan tenang seorang ibu yang hadir menyaksikan detik bersejarah anak tersayang, menjadikan kehadirannya bukan sahaja penuh makna, malah turut menjadi sorotan sepanjang majlis tersebut.
Walaupun rumah tangga antara Nora Danish dan Rizal Ashram Ramli (Jejai) telah berakhir, kedua-duanya kekal menjalinkan hubungan yang matang dan harmoni sebagai ibu bapa demi kebahagiaan anak mereka, Putra Rayqal.
Sikap saling menghormati dan komitmen dalam mendahulukan keperluan anak menjadikan mereka contoh ibu bapa moden yang mampu berkerjasama walaupun sudah berpisah. Kehadiran mereka bersama di majlis-majlis penting seperti graduasi Rayqal mencerminkan kesepakatan dan kasih sayang tanpa syarat, membuktikan bahawa perpisahan tidak semestinya menamatkan ikatan kekeluargaan yang positif.
Dalam hidup, kita tak selalu dapat apa yang kita rancang. Kadangkala, kita sangka akan kekal selamanya, namun akhirnya terlerai juga. Bagi pelakon Fattah Amin, perceraian bukan penamat, tetapi permulaan baharu yang dipenuhi hikmah.
Walau ramai tertanya bagaimana dia boleh ‘move on’ selepas rumah tangganya berakhir, Fattah memilih untuk tidak tenggelam dalam kesedihan. Baginya, setiap orang punya cara sendiri untuk sembuh dan dia memilih untuk berserah pada aturan Allah.
“Jodoh saya, ujian ini, semua sudah ditentukan. Saya reda, saya tenang, saya teruskan hidup,” ujarnya lembut, namun penuh makna.
Dalam pertemuan eksklusif bersama media sempena pelantikannya sebagai duta minuman tenaga Orang Kampung, Fattah tampil tenang dan matang ketika berkongsi soal perjalanannya selepas berpisah Oktober lalu.
“Semua yang terjadi ada hikmah. Jodoh saya, perpisahan ini, semuanya sudah ditetapkan oleh Allah. Saya reda. Bila dan bagaimana saya dapat jodoh baru, itu urusan Allah. Saya serah segalanya pada-Nya,” katanya jujur.
Menolak anggapan bahawa lelaki lebih cepat melupakan selepas berpisah, Fattah menyatakan bahawa perjalanan emosi setiap individu tidak boleh disamaratakan.
“Kita tak boleh buat kenyataan umum. Ada yang cepat, ada yang perlahan. Semua orang lalui fasa yang berbeza. Macam jodoh juga, ada yang datang awal, ada yang lambat,” jelasnya.
Sebagai seorang yang cukup dikenali kerana imej bersih dan peribadi tenang, kenyataan Fattah memberi gambaran bahawa beliau bukan hanya sekadar selebriti, tetapi juga lelaki berjiwa matang yang tahu letak duduk takdir dan emosi.
Dalam perkembangan lain, Fattah meluahkan rasa terharu apabila dipilih sebagai duta kepada jenama minuman Orang Kampung, produk yang amat dekat dengan keluarganya sejak dahulu.
Meskipun kehidupannya berubah selepas perpisahan, Fattah memilih untuk tidak tenggelam dalam kesedihan. Sebaliknya, beliau meletakkan sepenuh keyakinan kepada aturan Tuhan — satu sikap yang boleh dijadikan inspirasi buat ramai wanita di luar sana.
Kadangkala, ketenangan itu bukan datang dari cepatnya kita sembuh, tetapi dari keikhlasan menerima bahawa segalanya sudah tertulis.
Suami imamkan sendiri jenazah Nadiah Kasumawati, urusan mandi dilakukan anak perempuan arwah. Tanda akhir kasih seorang suami buat isteri tercinta dengan menjadi imam kepada jenazah isterinya.