Nahas pelajar UPSI, Muhammad Zahim antara yang terselamat, alami kecederaan di bahagian pinggang. Tragedi nahas bas yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat dan meragut 15 nyawa pelajar UPSI telah menggemparkan negara serta mengundang rasa dukacita seluruh rakyat.
Nahas Pelajar UPSI, Muhammad Zahim Antara Yang Terselamat, Alami kecederaan Di Bahagian Pinggang
Dalam kejadian pada Isnin lalu kira-kira jam 1 pagi itu, 15 pelajar disahkan maut manakala 27 lagi cedera dan menerima rawatan di Hospital Gerik serta Hospital Baling, Kedah. Turut cedera ialah pemandu bas berusia 40 tahun dan kelindannya yang berusia 54 tahun.
Antara mangsa yang terselamat dalam kejadian tempoh hari juga ialah Muhammad Zahim Zakri bin Mokharizam yang tinggal di Kampung Bukit Pelong, Permaisuri. Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir telah berkesempatan melawat pelajar ini.
Muhammad Zahim mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan sukar nak bercakap lagi kerana menahan kesakitan. Ketika kejadian berlaku, Zahim tidak tidur dan sedar sepenuhnya sepanjang detik cemas itu serta sempat keluar dari bas berkenaan.
Ads
Lebih menyedihkan, ada rakannya yang duduk sebaris telah terkorban dalam tragedi tersebut. Sama-sama kita doakan agar adik Zahim terus diberi kekuatan dan kesembuhan yang sempurna.
Perkongsian Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir itu mendapat respon di kalangan warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya:
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh makna daripada penyanyi terkenal, Black Hanifah, yang telah menyentuh hati ramai apabila menghadiahkan isterinya sebuah kereta mewah Mercedes-AMG GLC43 sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang.
Paling menyentuh hati, pemberian itu bukanlah kerana ulang tahun, bukan juga ulang tahun perkahwinan, sebaliknya kerana isterinya sendiri adalah seorang yang sangat istimewa di mata Black.
Sungguh bertuah isteri Black, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau lebih selesa dengan sapaan Cira. Malah penyanyi popular itu juga menerangkan kereta tersebut sudah lama diidamkan isterinya.
“Kadang-kadang kita terlalu sibuk cari yang sempurna, sampai lupa hargai yang sentiasa ada di sisi.
“Hari ini aku hadiahkan sebuah kereta, tapi hakikatnya takkan pernah cukup membalas semua pengorbanan dan kasih sayang yang dia beri.
“Bukan sebab hari istimewa tapi sebab dia sendiri adalah istimewa.
“Hargailah orang yang kita sayang, bukan nanti bila dia tiada tapi sekarang, sewaktu dia masih tersenyum di hadapan mata,” sambung Black. Dilihat Cira juga tersentuh hati apabila mendapat kejutan itu.
Untuk rekod Black dan Cira mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana.
Menerusi ruangan komen ramai rakan artis dan netizen yang memberikan kagum dengan usaha Black. Ternyata pasangan ini cukup romantis.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas UPSI, ibu pelajar cedera alami komplikasi buah pinggang tahap lima. Di sebalik insiden menyayat hati melibatkan kemalangan bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang meragut banyak nyawa dan mencederakan puluhan yang lain, terselit kisah duka seorang penuntut, Tuan Muhammad Adham Tuan Adnan, 21 tahun, yang berhadapan dengan ujian berganda.
Bukan sahaja mengalami kecederaan serius dalam kejadian itu, malah sebaik sahaja selesai menjalani pembedahan pada tangan kirinya, Tuan Muhammad Adham menerima berita bahawa ibunya pula terpaksa dimasukkan ke hospital. Kedua-dua ibu bapanya pula merupakan orang kurang upaya (OKU) fizikal.
Ibunya, Zunidah Ibrahim, 51, dimasukkan ke Hospital Besut pada 13 Jun lalu selepas mengalami komplikasi buah pinggang tahap enam, penyakit yang mula dikesan sejak tahun 2024. Beliau juga menghidap darah tinggi serta diabetes, menjadikan keadaannya lebih meruncing.
“Ketika saya baru selesai menjalani pembedahan di Hospital Taiping untuk memasukkan besi ke tangan kiri yang patah, dalam perjalanan balik ke kampung, abang saya maklumkan ibu telah dimasukkan ke hospital. Masa tu hati rasa gelisah sangat. Saya hanya fikir nak cepat sampai rumah dan lihat keadaan ibu,” kata Adham ketika ditemui di Kampung Alor Keladi, Besut.
Adham, anak bongsu daripada tiga beradik, mengalami kecederaan serius dengan 24 jahitan pada tangan kirinya. Jahitan itu dijangka dibuka pada 25 Jun ini. Walaupun masih belum pulih sepenuhnya, beliau tetap berusaha melawat ibunya di hospital setiap kali mendapatkan rawatan susulan di Klinik Jerteh.
Lebih menyedihkan, bapanya, Tuan Adnan Nik Him, 60, turut mengalami kecacatan fizikal pada kaki dan kini menghadapi masalah penglihatan akibat katarak yang dialami sejak dua tahun lalu. Menurutnya, keadaannya kini sangat terbatas, malah beliau memerlukan bantuan adiknya untuk ke Perak selepas mendapat berita kemalangan anaknya.
“Saya ada masalah penglihatan, hampir tak nampak langsung, dan saya juga sukar bergerak. Bila dapat tahu Adham terlibat dalam kemalangan, saya hanya mampu berserah dan berdoa agar semuanya selamat. Ketika itu, hanya bapa saudaranya sahaja yang berada di Hospital Taiping untuk urusan kecemasan,” ujar Tuan Adnan.
Tuan Adli Nik Him, 42, iaitu bapa saudara Adham, memaklumkan bahawa kedua ibu bapa mangsa memiliki kad OKU dan menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Abangnya, kata beliau, bukan buta sejak lahir, tetapi penglihatannya semakin kabur akibat katarak yang tidak dibedah. Ibunya pula mengalami kecacatan pada bahagian mulut, menyebabkan pertuturannya agak sukar difahami.
“Walaupun mereka diuji dengan masalah kesihatan dan hidup dalam serba kekurangan, anak-anak mereka semuanya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti,” kata Tuan Adli. Menurutnya lagi, anak sulung keluarga itu sedang menuntut di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), manakala anak kedua sedang menjalani latihan industri di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Tragedi yang berlaku pada 9 Jun lalu menyaksikan 15 pelajar UPSI terkorban manakala 33 lagi cedera selepas bas yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebuah Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak.
Tiga rakan Adham turut terkorban dalam kejadian tersebut, iaitu Allahyarham Muhammad Adib Hazim Halim, Nurul Fatihah Abu Setaman, dan Nurul Izyanti Muhamad Azahar.
Bagi mereka yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini, sumbangan atau pertanyaan boleh disalurkan dengan menghubungi Tuan Adli di talian 013-9757896. Bantuan anda amat dihargai bagi meringankan beban sebuah keluarga yang sedang berjuang dalam kepayahan.
Bayi 3 bulan maut dipercayai tertindih lengan bapa yang tidak bernyawa. Allahu isteri mana tidak sedih apabila mendapati bayi bongsu dan suaminya telah meninggal dunia.
Terbaru, seperti mana yang dilaporkan Sinar Harian seorang bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai tertindih lengan bapanya yang tidak bernyawa akibat terkena serangan jantung dalam kejadian menyayat hati di Kampung Perigi Hang Tuah, Melaka.
Azura Abdul Malik, 40 yang pulang ke rumah dari tempat kerja untuk membawa anak bongsu daripada tiga beradik itu Muhammad Nur Daniel Nurul Effendy mendapatkan suntikan bayi di klinik kesihatan terkejut apabila melihat keadaan bayinya berada di bawah lengan suaminya, Nurul Effendy Ibrahim, 35, yang ketika itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Saya terkejut sebab tak ada sebarang kesan darah, bila masuk ke dalam bilik tidur saya lihat kedua-dua yang berada di atas katil tidak sedarkan diri.
“Ketika itu saya mendapati suami tidak sedarkan diri dan bayi kami berada di bawah lengannya dan masa kejadian bayi saya masih bernyawa, namun keadaanya begitu lemah,” kongsi Azura.
Ibu malang itu juga terus membawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka, namun malangnya anak bongsunya itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.
Seperti mana dilaporkan juga, suami kepada Azura telah meninggal dunia di kediamannya akibat serangan jantung.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll Mohd Supian Md. Dali panggilan kecemasan telah diterima daripada pihak hospital pada jam 9.58 pagi.
“Pasukan telah membuat pemeriksaan di kediaman sekiranya berlaku kebocoran gas, namun hasil siasatan lanjut mendapati mangsa mungkin maut akibat serangan jantung, jadi bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berahaya (Hazmat) dibatalkan,” katanya seperti mana dipetik Sinar Harian.
Lelaki Bangladesh kahwini wanita lumpuh berusia 69 tahun sebelum dipercayai mempergunakan isterinya untuk mendaftarkan tiga syarikat yang dikaitkan dengan kegiatan menyediakan permit kerja palsu kepada warga asing.