Ibu ayah arwah Nurly Shahirah tidak terima tetamu bermula 2-5 Julai, “Bagi peluang Umi dan abah berehat.” Kehadiran tetamu yang tidak putus-putus sejak pemergian Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman pada 9 Jun lalu membuatkan keluarganya memohon sedikit ruang untuk berehat.
Ibu Ayah Arwah Nurly Shahirah Tidak Terima Tetamu Bermula 2-5 Julai, “Bagi Peluang Umi & Abah Berehat”
Menerusi perkongsian seorang individu dikenali sebagai Ahmad Nazrul di Facebook, keluarga arwah memutuskan untuk tidak menerima sebarang kunjungan orang ramai selama empat hari, bermula 2 Julai hingga 5 Julai 2025.
“Untuk makluman, pihak keluarga Allahyarhamah Nurly Shahirah tidak akan menerima kunjungan sepanjang tempoh tersebut. Rumah keluarga arwah juga ditutup buat sementara waktu.
“Kami berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama dan memahami situasi mereka. Terima kasih,” tulisnya dalam hantaran yang dimuat naik sekitar jam 8.34 malam, Sabtu.
Perkara itu turut mendapat perhatian abang kepada arwah, Najmuddin Azman, yang memuat naik semula kenyataan tersebut sambil memohon agar masyarakat memahami keadaan keluarganya ketika ini.
Ads
Menurut Najmuddin, ibu bapa mereka belum berpeluang berehat sepenuhnya sejak kejadian yang menimpa adiknya kira-kira tiga minggu lalu.
“Kami harap orang ramai beri ruang untuk umi dan abah berehat. Sejak kejadian itu berlaku, mereka belum betul-betul dapat rehat. Insya-Allah, bila ada kelapangan nanti, bolehlah datang menziarah,” katanya.
Difahamkan, pada Sabtu petang, pihak keluarga turut memasang tali penghadang di kawasan pusara Allahyarhamah Nurly Shahirah.
Langkah itu diambil susulan dakwaan terdapat individu yang melakukan perbuatan khurafat dan syirik, termasuk mengambil tanah kubur arwah untuk tujuan tidak sepatutnya.
Ads
Terdahulu, Allahyarhamah Nurly Shahirah merupakan antara 15 individu yang terkorban dalam tragedi kemalangan membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik, Perak, pada 9 Jun lalu.
Ibu hilang 4 anak, seorang menantu sekelip mata, status whatsApp terakhir jadi petanda. Perjalanan yang sepatutnya menjadi detik menggembirakan bertukar menjadi peristiwa hitam apabila lima sekeluarga terkorban dalam kemalangan tragis melibatkan dua kenderaan di Kilometer 7, Jalan Jerantut-Maran, tengah malam semalam.
Tragedi ini bukan sekadar satu kemalangan ngeri, ia meragut nyawa satu pasangan suami isteri muda bersama tiga adik ipar mereka, sekali gus menghancurkan harapan dan kebahagiaan sebuah keluarga yang merancang untuk berhari raya bersama sanak saudara di kampung.
Mangsa-mangsa yang maut menaiki kereta jenis Perodua Bezza dan dalam perjalanan ke rumah bapa saudara mereka di Jerantut bagi menghadiri kenduri korban keluarga. Mereka ialah Muhammad Ikmal Ishak, 26, pemandu kenderaan dan suami kepada Nur Arfiqah, Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23, isteri Ikmal dan tiga adik Nur Arfiqah iaitu Mohammad Zulkifli Aziz Jaafar, 21, Mohamad Azizul, Hakimi Aziz Jaafar, 19 dan Nurul Hazwani Aziz Jaafar, 17
Kemalangan berlaku sekitar jam 12.40 tengah malam apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah Toyota Alphard. Menurut Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ibu kepada empat daripada mangsa, Zaini Noh, 52, menyatakan bahawa sejak awal dia sudah merasakan sesuatu yang tidak kena. Beliau beberapa kali melarang anak-anaknya untuk pergi, lebih-lebih lagi kerana beliau sendiri tidak sihat dan tidak dapat menyertai perjalanan itu.
“Saya cakap dengan mereka, kalau mak tak pergi, tak payahlah pergi. Tapi mereka bersungguh-sungguh sangat nak pergi.”
Namun dek keinginan untuk bersama keluarga dan menyertai kenduri korban yang dianjurkan oleh bapa saudara mereka, mereka tetap meneruskan perjalanan. Saudara-mara lain termasuk anak bongsu pasangan itu telah bertolak sehari lebih awal menaiki dua lagi kenderaan.
Kali terakhir Zaini melihat anak-anaknya ialah pada hari Selasa, apabila mereka datang mengambil barang sebelum bertolak. Mereka semua kelihatan ceria, tanpa menunjukkan sebarang petanda akan berlaku sesuatu yang buruk.
Beliau mengingati kisah yang diceritakan oleh rakan-rakan arwah anaknya, bahawa anak ketiganya, Mohammad Zulkifli, sempat membelanja 10 orang kawannya makan nasi bungkus sebelum bertolak. Tindakan itu kini menjadi kenangan terakhir yang amat menyentuh hati mereka yang mengenalinya.
“Saya tengok mereka semua ceria masa kali terakhir jumpa… saya tak sangka itu kali terakhir.”
Abang kepada Muhammad Ikmal, Muhammad Ridzuan Ishak, 33, masih terkesan dengan apa yang dilihatnya pada malam kejadian. Sekitar jam 10 malam, beliau sempat melihat status WhatsApp adiknya yang berbunyi:
“Itulah jalan pertama dan terakhir akan dilaluinya.”
Kata-kata itu yang pada mulanya dianggap biasa, rupa-rupanya menjadi petanda bahawa perjalanan malam itu adalah yang terakhir buat mereka berlima.
Ridzuan yang bekerja sendiri berkata, kali terakhir dia bertemu adiknya adalah pada hari Rabu, ketika semua adik-beradik berkumpul di Taman Malar, Tambun, Perak. Ia merupakan pertemuan yang tidak disangka akan menjadi kali terakhir mereka berjumpa.
“Arwah memang periang dan sangat disenangi keluarga. Saya tergamam bila terima berita.”
Berita kemalangan diterima keluarga dalam suasana yang sangat mengharukan. Ridzuan menerima panggilan telefon daripada abang kepada isteri adiknya sekitar jam 1.30 pagi. Pada mulanya beliau tidak percaya, namun setelah mendapat penjelasan, hatinya luluh dan tidak mampu berkata apa-apa.
Sementara itu, Zaini dan suaminya menerima berita itu melalui jiran mereka yang menghubungi dan memberitahu tentang kemalangan. Namun, berita sebenar bahawa semua anaknya telah meninggal dunia hanya diketahui kemudian. Detik itu menghancurkan hati seorang ibu yang baru sahaja melihat anak-anaknya ceria beberapa jam sebelumnya.
“Jiran telefon, kata anak eksiden, tetapi dia tak cakap lagi pasal meninggal. Dah lama lepas itu baru kami tahu semua dah tak ada.”
Pada mulanya, keluarga bercadang mengebumikan jenazah di Tambun, namun atas permintaan keluarga mentua arwah, jenazah kelima-lima mangsa akhirnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota Kanan, Perak.
Solat jenazah dilakukan di Masjid Jamek Bota Kanan pada hari Sabtu, dalam suasana penuh pilu. Sanak saudara, rakan-rakan dan penduduk setempat hadir memberi penghormatan terakhir kepada lima insan yang pergi serentak dalam tragedi yang menyayat hati ini.
Kini, Zaini dan suaminya hanya tinggal dua orang anak, anak sulung dan anak bongsu. Walaupun berat, mereka memilih untuk reda dengan takdir Tuhan.
“Apa saya boleh kata… saya reda,” ujar Zaini dalam esak tangis yang ditahan, menunjukkan ketabahan luar biasa seorang ibu yang kehilangan hampir seluruh isi rumahnya dalam sekelip mata.
Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura, sekali lagi mencuri tumpuan apabila tampil penuh elegan dan sopan di majlis perkahwinan Al Ghazali atau Ahmad Al Ghazali Kohler dan pasangannya, Alyssa Daguise. Al Ghazali merupakan anak kepada ikon muzik Indonesia, Ahmad Dhani dan bekas isterinya, penyanyi Maia Estianty, baru-baru ini.
Majlis yang berlangsung megah di Jakarta Convention Center, Indonesia itu dihadiri ramai figura terkenal dari industri seni tanah seberang, dan kehadiran Fazura sebagai tetamu istimewa dari Malaysia jelas menambahkan lagi kemeriahan dan aura eksklusif majlis penuh adat itu. Turut kelihatan Pengurus Fazura, Iman Tang di majlis perkahwinan gilang gemilang yang menampilkan adat Jawa itu.
Majlis resepsi perkahwinan Al Ghazali dan Alyssa Daguise di Jakarta Convention Center (JCC) pada hari Khamis, 19 Jun 2025, menggunakan busana adat Jawa. Mereka memilih konsep adat Jawa untuk acara ‘ngunduh mantu’ tersebut.
Al Ghazali tampak gagah dengan busana Jawi Jangket berwarna hitam, lengkap dengan hiasan kepala khas Keraton berwarna hitam dan emas. Alyssa Daguise pula kelihatan anggun dalam kebaya berwarna coklat keemasan yang dipadankan dengan kain batik klasik, serta riasan paes dan sanggul khas Jawa.
Seperti biasa, Fazura tampil menawan dalam busana tradisional moden yang digayakan penuh kesederhanaan. Berpakaian sopan dan bertudung ringkas, beliau menyerlahkan penampilan seorang wanita yang anggun, tenang dan penuh adab, sekaligus membuktikan bahawa keanggunan tidak memerlukan keghairahan fesyen keterlaluan.
Ruangan komen media sosial dibanjiri pujian daripada peminat yang bangga dengan penampilan Fazura. Rata-rata menyifatkannya sebagai simbol wanita Muslimah moden yang mengekalkan prinsip dan adab meskipun berada dalam majlis berprofil tinggi di luar negara.
“Fazura memang ikon wanita sopan yang classy. Tak perlu over, tetap mempesona.” “Kehadiran penuh makna. Bukan saja cantik, tapi hormat budaya dan majlis.”
Dalam dunia glamor yang kian mencabar batas nilai dan gaya, Fazura tetap menjadi figura wanita yang konsisten dengan prinsip. Hadir sebagai tetamu tetapi tetap menjadi inspirasi, Fazura membuktikan bahawa nilai seorang wanita bukan sekadar pada wajah dan pakaian, tetapi pada adab, santun dan akhlak yang terpancar melalui tingkah laku.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Doa ibu tunggal termakbul, anak autistik berjaya khatam Al-Quran. Membesarkan tiga anak istimewa tanpa kehadiran seorang suami bukanlah sesuatu yang mudah, namun itulah takdir yang diterima dengan tabah oleh Suzana Ilias, seorang balu yang kehilangan pasangan hidupnya pada hujung tahun lalu.
Kini berusia 53 tahun, Suzana memikul amanah besar membesarkan tiga anaknya, Muhammad Khir Khairul Nizam, 29, Nur Fatimah, 28, dan Nurul Asyikin, 25 yang kesemuanya disahkan menghidap autisme tahap dua serta memerlukan pemantauan rapi dan bantuan penuh dalam kehidupan seharian.
Di sebalik segala rintangan, Suzana melahirkan rasa syukur yang mendalam apabila anak sulungnya berjaya menghabiskan bacaan Al-Quran, satu kejayaan yang dianggap amat bermakna memandangkan Muhammad Khir sering berdepan kesukaran untuk memberi tumpuan secara konsisten.
“Inilah keajaibannya, meskipun tidak mampu memberi fokus dan respons secara spontan ketika bertutur, Muhammad Khir dapat menguasai kalam suci anugerah Illahi ini dengan baik. Saya amat bersyukur, ini hasil usaha arwah suami yang membiasakan si abang dengan al-Quran sejak kecil,” katanya kepada Bernama.
Suzana berkata walaupun kini dia bersendirian, anak sulungnya itu menjadi teman setia yang sering menegur bacaannya setiap kali mereka mengaji bersama-sama.
“Kalau kita betul-betul mahu (anak autistik mampu membaca al-Quran), kita usahakan dan doakan. Insya-Allah, urusan akan dipermudahkan,” katanya sambil menambah keadaan anak-anak bukan penghalang untuknya mengenal potensi mereka.
Selain boleh mengaji, Suzana berkata Muhammad Khir juga boleh menerima arahan serta mampu membaca dan mengira, selain gemar membantunya memasak.
“Anak kedua, Nur Fatimah, seorang yang sangat ringan tulang dan suka melipat kain walaupun dengan caranya sendiri, manakala si bongsu, Nurul Asyikin, seorang yang ceria, aktif dan gemar menyanyi, menjadi penghibur dalam keluarga kecil kami,” katanya.
Berkongsi mengenai kehidupannya yang berubah 180 darjah selepas pemergian suami tercinta pada penghujung tahun lepas, suri rumah sepenuh masa itu terpaksa mengambil alih tugas menjadi ketua keluarga dalam sekelip mata.
“Selepas pemergian arwah suami, kehidupan kami jadi sedikit kucar-kacir. Saya benar-benar hilang arah kerana selama ini semua urusan seperti bayaran bil, bank dan sebagainya diuruskan oleh suami,” katanya yang tidak dapat bekerja demi menjaga anak-anak istimewa itu.
Suzana berkata keluarganya kini hanya bergantung pada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pencen Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) arwah suami untuk menampung keperluan harian serta penjagaan dan rawatan anak-anak.
“Pendapatan itu memang tidak mencukupi, tetapi saya bersyukur anak-anak tidak memilih makanan. Apa saja yang saya masak, itulah yang mereka makan,” katanya.
Wanita itu berkata ketiga-tiga anaknya juga pernah menjalani sesi pendidikan di Pusat Dalam Komuniti (PDK) yang menurutnya sangat membantu dari segi perkembangan sosial dan kendiri mereka.
“Saya berdoa agar Allah hadirkan keajaiban buat anak-anak saya. Selagi hayat masih ada, saya akan terus berjuang untuk mereka,” katanya.