Setiap kali lalu kedai roti boy, baunya semerbak dan tak sah kalu tak beli. Mulalah terfikir cara nak buat topping yang sama macam tu. Rasa manis, sedikit pahit dan lemak.
Bila fikir, nak buat roti boy sama kat kedai macam remeh sangat. Nak kena uli doh, dan buat bahagian toppingnya. Nak kena ada mesin buat roti lagi. Makan modal nak sedikan.
Rupanya nak makan roti boy sebijik macam kat kedai tu tak susah pun. Tak perlu nak uli doh bagai. Cuma guna roti keping yang biasa saja. Ini pun dah cukup sedap, tak ayah nak fikir uli-ulu doh ye.
Inilah perkongsian dariapada Yaya Amirul di tiktoknya, cara nak buat roti boy ekspress. Memang ekspress sangat ni. Senang dan cepat.
Bahan-bahan topping:
• 4 sudu teh instant coffee
• 2 sudu teh air panas
• 1 biji telur
• 70 gram gula aising
• 80 gram tepung gandum
• 80 gram mentega
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan topping kecuali mentega.
2. Bila dah sebati, baru masukkan mentega dan adun sebati.
Ads
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.
4. Paipkan adunan ke atas roti yang telah disusun di atas loyang pembakar.
.
.
5. Bakar pada suhu 100 darjah celsius menggunakan api atas sahaja selama 20-30 minit (bergantung kepada oven masing-masing). Ini supaya topping masak dengan sempurna dan roti masih lembut.
6. Dah siap, makan panas-panas lagi sedap!
.
Ads
Mingguan Wanita : Baiklah, nanti kita buat kat rumah ye.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Setiap kali masak sambal nasi lemak, mak-mak akan berdepan keadaan sambal merecik di sekitar dapur. Kalau tak banyak pun, tetap ada. Ada cara macam mana nak bagi masak sambal tak merecik ke dinding.
Peniaga ini, Laelatul Amaroh berkongsi petua. Katanya sepanjang berniaga nasi lemak tak pernah lagi dia masak sambal merecik dan dia ada petuanya.
Petua Masak Sambal Tak Merecik
“Baru je siap buat sambal nasi lemak, 6 tahun sudah jadi si penjual nasi lemak. Tak pernah buat sambal besepah mercik penuh dapur.
Cara saya, masak sambal dengan api perlahan & tutup kuali dalam anggaran masa 3 jam, siaplah sambal tu.”
Ini Cara Masak Sambal Nasi Lemak
Basuh cili dan rebus, gunting-gunting tapiskan biji.
Blend cili dengan sedikit air, minyak dan bawang besar.
Belacan dan udang geragau, daun pandan.
Minyak untuk menumis secukupnya.
Potong-potong bawang besar, bawang putih,tumis sampai layu, masukkan belacan dan udang geragau, daun pandan. Tumis lagi sampai wangi barulah masukkan cili.
Masak dengan api perlahan (kacau selalu)
Tunggu sehingga pecah minyak, barulah masukkan gula, garam, air asam jawa dan Aji.
Masak sehingga sambal jadi merah kehitaman, sebatikan rasa dan tutup api.
Tips : Masa yang diambil untuk masak sambal. Jika kuantiti sambal yang banyak anggaran dalam 3 jam. Jika sikit, untuk makan sendiri tunggu sampai sambal pecah minyak saja.
Mingguan Wanita : Begitu caranya, harap yang selalu masak sambal merecik ke dinding dapur bolehlah cuba tip yang diberikan ini.
Macam min, kalau nak bagi tak merecik ke dinding, min gunakan splatter screen. Gajet dapur ini pun membantu elak sambal terpercik ke dinding.
Min guna splatter screen macam ni. Boleh beli di DIY, shopee atau Lazada. Boleh dapat harga bawah RM10.
Sedapnya makan ‘mashed potato’ atau kentang putar yang cukup rasa lemaknya, gebu dan tekstur halus dengan sos ‘gravy’ nya yang padu. Budak-budak biasanya memang suka makan kentang putar ni.Tak lah susah pun nak buatnya. Mudah je boleh buat sendiri di rumah.Puas hati makan dan lebih jimat.Kalau nak berniaga pun boleh sangat.
“Tak susah nak buat mashed potato sendiri kat rumah. Ala-ala beli kat kepci gitu.Ni kalau jual singgit 1 pun laku kat budak sekolah. Dari duk beli jajan merapu tu kan. Inspirasi untuk siape nak niaga”.
Bahan-bahan:
8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
Cara Membuat:
1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong dua. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana
2. Bila kentang sudah empuk, toskan air.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata. Saya guna hand blender nak senang, dapat tekstur halus.
Bahan-bahan Sos (Gravy):
1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih (dadu)
4 sudu butter
2 sudu tepung gandum@ jagung
2 kiub ayam
lada hitam dan sulah
2 1/2 cawan air
Cara Membuat:
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang ( api sederhana ). Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel).
2. Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang disukai.
3. Masukkan air (sikit-sikit sambil kacau ) dan kacau sehingga sebati.Tutup api masuk dalam blender, Blend sampai semua hancur.Masak semula atas api sederhana.
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.
MW: Sesekali tukar selera, buat mashed potato ni mesti anak-anak suka. Lembut, gebu, halus je teksturnya dipadankan dengan sos ‘gravy’nya yang padu memang sedap. Tak perlu beli lagi dah dekat luar, buat sendiri je.
Siapalah yang tak kenal dengan pasangan usahawan jenama kosmetik D’Herbs Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman, 30 dan Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid,32. Rupanya selain hebat berbisnes, pasangan bahagia ini juga pandai memasak di dapur, malah turutk memiliki restoran sendiri iaitu Romah Makan Terlajak Laris.
Semalam, Dato’ Sri Aliff Syukri atau lebih dikenali dengan tagline ‘abang terlajak laris’ ada berkongsi video resipi Siakap Stim Limau Ala Thai dilaman instagramnya.Menu tersebut disediakan bersama isteri tersayang untuk hidangan berbuka puasa.
Berikut cara-cara untuk masak Ikan Siakap Stim Limau Ala Thai yang dikongsikan oleh beliau;
Bahan-Bahan:
Ikan Siakap
Daun limau purut
serai
halia
bawang putih
sos ikan
cili padi
garam
limau nipis
serbuk pati limau
Cara Membuat:
1.Kukus ikan siakap dalam periuk pengukus.
2.Masukkan daun limau purut,serai dan halia, biarkan selama 15 minit.
3.Kemudian cincang bawang putih, cili padi.
4.Masukkan bahan-bahan yang dicincang tadi kedalam sos ikan.
5.Masukkan pula serbuk pati limau kedalam sos tadi dan kacau sebati.
6.Perahkan pula dengan limau nipis dan masukkan sedikit garam.
6.Akhir sekali masukkan kedalam ikan yang telah dikukus dan letak sekali hirisan limau nipis.
Jadi kalau mak-mak nak rasa Ikan Siakap Stim Limau Dato’ Sri Aliff Syukri dan Datin Sri Shahida ni,bolehlah cuba resipi ini untuk hidangan berbuka puasa nanti.Tak perlu dah makan dekat restoran ala thai, boleh buat sendiri di rumah je!
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.