Kebiasaannya, kalau tak kena cara memang boleh buat bendi berlendir. Sampai banyak petua digunakan untuk elak keadaan ini. Maklumlah, boleh terbantut selera nak makan.
Ada petua dan tip digunakan supaya bendi tak berlendir dengan basuhkan dulu barulah dipotong. Tak kurang juga yang bagitau jangan masak guna bawang merah untuk elakkan berlendir.
Kali ini, kena cuba tip dari Che Kam, boleh saja guna bawang merah, asalkan goreng bendi itu sehingga lendir hilang. Tapi tidakkah ia akan mengurangkan zat sebab terlebih masak.
Tak kisah apa pun, janji, kita boleh makan sayur kegemaran tanpa ada rasa bendi berlendir. Masak simple pun dah sedap.
Che Kam suka BENDI tapi sangat tak suka lendir bendi, lagi-lagi kalau bendi goreng, kalau tak kena cara lendir dia ya ampun. geli tekak nak telan.
Che Kam kongsikan cara goreng bendi tak berlendir, siap guna bawang merah lagi. Ada petua cakap jangan guna bawang merah sebab lendir banyak keluar. Tapi bawang merah la sedap.
Ini salah satu resipi bajet yang murah dan sedap. Segala bahan senang nak dapat & biasanya dah tersedia di rumah.
Bahan-bahan:
2 biji telur
3 ulas bawang merah
5 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
15 batang bendi
Ads
Cara Membuat:
1. Kisar atau tumbuk bawang putih, bawang merah dan cili padi.
2. Masukkan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik wangi.
3. Perasakan dengan garam dan gula, masukkan perasa jika suka
4. Kemudian, masukkan bendi dan masak hingga lendir bendi kering.
5. Selepas itu, masukkan telur.
6. Tunggu sehingga telur separuh masak, barulah kacau.
7. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Masak macam ni pun dah sedap sangat.
Mesti ramai peminat cheesecake kan, sedapnya kalau dapat makan sejuk-sejuk. Rata-Rata mak bercinta nak buat cheesecake sebab rasa payah. Tetapi ini resipi paling mudah dan boleh gunakan bahan yang ada di dapur anda sahaja.
Resepi ini hasil pengkongsian Wan Suryana dalam group Masak Apa Hari Ini. Ikuti perkongsian Wan Suryana ini :
Teatime ini teringin pula cheesecake sejuk-sejuk. Nak keluar beli kek malas pulak drive, dengan panas gila hari ni, baik ler berkurung je sambil godek-godek bahan apa ada kat dapur.
Ni cheesecake versi simple ya. Senang gila nak buat, even kampung people macam lailers pun boleh buat. Huhuu. Resepi dah disertakan sekali tu. Sila-sila.
Mini cheesecake
Bahan-bahan:
Base:
3 cup biskut marie – kisar halus
1/2 cup butter – cairkan
Tuang butter dalam adunan biskut marie. Gaul sebati. Sudukan dalam paper cup, tekan2 bagi padat, simpan dalam peti ais sekejap.
Kek keju:
250 gram cream cheese
2 biji telur
1/2 cawan gula (saya pakai 3 sudu besar saja)
1/2 sudu besar jus lemon
1 1/2 sudu besar tepung gandum
Langkah-langkah: Putar cream cheese dan gula. Masukkan telur, putar. Masukkan jus lemon, tepung. Gaul sebati. Sudukan atas adunan biskut marie tadi. Bakar 160 darjah selsius selama 16 minit. Hias dengan topping pilihan.
MW: Bagi mak-mak yang ingin mencuba resipi cheesecake sejak sekian lama, mungkin resepi ini patut anda cuba. Paling penting cheesecake ini di makan sejuk-sejuk selepas disimpan dalam peti ais buat seketika. Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kebiasaannya lebihan nasi yang tak habis akan disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama dan tak mudah basi. Namun demikian, selalunya tekstur nasi akan jadi lebih kering dan tak sedap macam nasi baru.
Selain kukus nasi untuk memanaskannya semula dan membuatkan nasi lembut berderai, ada cara yang lebih mudah mak-mak boleh lakukan. Iaitu dengan basuh dulu nasi tersebut. Hasilnya nasi memang elok lembut berderai macam nasi yang baru masak.
Baca perkongsian tip daripada Izz Ekinini sebagai panduan;
Pernah ternampak post pasal nasi cuci ni. Kebetulan 2 hari lepas masak nasi terlebih simpan peti ais musim panas ni makan nasi pun kurang.
Selalu nasi sejuk saya kukus tapi hari ni try cuci nasi tu lepas tu masuk rice cooker ehh hasilnya nasi berderai cantik lembut macam nasi baru masak.
Terima kasih pada yang kongsi ilmu tak ada la membazir nasi lepas ni jimat buat cara ni.
Cara-Caranya:
1. Cuci nasi sejuk macam kita cuci beras ja.
2. Lepas tu buang semua air dan masak nasi macam biasa di rice cooker.
Sesekali cuba masakan ala Cina, ayam masak halia chinese style ini. Mana tahu boleh buka selera mak ayah, lagi-lagi yang terpaksa hadap perintah duduk rumah ini.
Resepi ini dikongsikan Chef Selebriti, Abang Brian semasa sesi Live nya sebelum ini. Mak ayah, silalah cuba resepi enak ini ya.
Abang Brian juga banyak berkongsi resepi secara live di Selera Abang Brian dekat facebooknya.
AYAM MASAK HALIA CHINESE STYLE (HALAL)
30g cendawan shitake kering, direndam semalaman 1 sudu besar minyak 1 sudu besar minyak bijan 2 inci halia, dihiris nipis 2 ulas bawang putih, dicincang 1 ekor ayam dipotong ikut saiz yang diingini 2 sudu besar kicap pekat 250ml stok ayam 1 sudu kecil gula perang secubit garam 1 sudu kecil tepung jagung
Cara Memasak
1. Dalam kuali, tumiskan halia dan bawang putih dalam minyak biasa dan minyak bijan sehingga bau naik.
2. Masukkan ayam dan tumis sehingga tidak berair.
3. Masukkan kesemua bahan lain kecuali tepung jagung dan renehkan sehingga ayam masak sepenuhnya dan cendawan cukup lembut.
4. Tambahkan tepung jagung yang dilarutkan dengan sedikit air dan masak sehingga memekat.
– Boleh jugak gunakan daging untuk gantikan ayam, tapi kalau bahagian berlemak, masak cepat skit…. kalau daging murah sikit yang kurang berlemak, kenalah reneh lama lama atau guna pressure cooker je. – Tambahkan larutan tepung jagung sedikit demi sedikit dan adjust ikut kepekatan yang anda suka.
Trend makanan viral peniaga goreng kuetiau bersama nachos, "menangis rrang Mexico tengok". Nampaknya rakyat Malaysia sememangnya suka pada makanan viral. Masaklah apa saja, pasti...