Buat Korean Garlic Bread Sedap Menusuk Kalbu, Cara Orang Nak Cepat. Memang ada cara yang mudah untuk buat Korean Garlic Bread ini. Hanya gunakan roti putih biasa je. Sesuai disediakan untuk sarapan pagi, bekal anak-anak ke sekolah.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Haya Yahya ini;
Sebelum subuh dah masuk dapur, hari ini kita buat Korean Garlic Bread cara orang nak cepat.Bau garlic ni memang menusuk kalbu.
Maafkan saya, jiran-jiran. Mengganggu lena kalian dengan aroma masakan ni. Resepi ni boleh sesuaikan ikut rasa masing-masing. Saya pun ambil dari resepi orang lain, tapi tak ingat dari mana dah.
Bahan-Bahan:
Adunan Cream Cheese untuk letak dalam roti
150gm Cream cheese (saya pakai jenama tatura)
3 sudu besar Susu sejat
2 sudu besar Susu pekat manis
*Campur semuanya, kacau sampai rata.
Adunan Butter untuk celup roti
100 gm Butter
5 ulas Bawang putih (cincang halus)
1 biji Telur
2 sudu besar Madu
Sedikit Daun parsley yang kering(takde pun boleh)
*Panaskan butter dengan api perlahan, dah cair masukkan bawang putih dan tutup api. Bila dah agak sejuk, masukkan telur, madu dan daun parsley. Aduk rata.
Letakkan adunan cream cheese di atas roti.
Ads
Lipat dua roti dan tekan dengan garpu sekeliling roti agar ia melekat.
Dah siap tekan dengan garpu sekelilingnya.
Celupkan roti dengan adunan butter dan susun di loyang.
Bakar dengan suhu 180c selama 15 minit. Ikut kepanasan oven masing-masing.
Mingguan Wanita: Menarik resipi Korean Garlic Bread ni. Memang mudah dah cepat, guna roti putih biasa je. Sesuai sangat untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Menarik idea yang dikongsikan daripada lebihan nasi putih kenduri boleh dijadikan bubur ayam malah disedekahkan pula kepada jemaah masjid. Hasilnya tak membazir, kreatif dan sedap pula. Sukatan resipi yang dikongsikan ini untuk 1 termos besar nasi.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Nurul Afidah Omarini sebagai panduan;
Semalam kenduri rumah mak sedara. Nasi banyak lebih.. sayangnya lahai. Tiba-tiba datang idea untuk jadikan bubur boleh sedekah kat orang masjid. Harini mesti ramai kat masjid sebab solat Jumaat. Alhamdulillah dapat siapkan. Bubur Ayam Mekdah.
Saya kongsikan resipi bubur ni ya.
Bahan-Bahan:
1 termos besar (Lebihan nasi kenduri)
Air secukupnya – pastikan nasi tenggelam dan lebihan air agak-ahak sejengkal, akan ditambah ikut keadaan
10 batang Lobak merah – potong kecil-kecil, nak senang parut je 10 kiub Kiub ayam
Garam – agak-agak secukup rasa
Daun sup
Cili besar merah
Bawang goreng
Lebihan ayam goreng kenduri – siat-siatkan
10 labu Bawang putih, 7 biji bawang merah dan halia besar ibu jari dihiris halus
Cara Membuat:
1. Rebus nasi dan air sampai kembang.
2. Masukkan kiub ayam, garam, ayam yang dh dicarik, bawang dan halia
3. Selepas 2 jam tutup api dan biarkan dalam periuk yang bertutup beberapa ketika.
4. Dah agak suam-suam buka balik api dan sambung rebus.
5. Masukkan batang daun sup yang dihiris halus dan lobak merah
6. Selepas sejam dah boleh tutup api.
7. Senduk dalam bekas, tabur daun sup, cili besar dan bawang goreng. Siap untuk dimakan.
8. Sepanjang memasak tu sentiasa rasa, tak cukup masin tambah garam atau kiub ayam. Ejas ikut selera masing-masing ye.
*Masa merebus pastikan periuk ditutup ye.
Jika ada yang tak faham boleh tanya.. insya-Allah sama-sama kita kongsi ilmu.
Kentang goreng ni biasanya anak-anak memang suka. Nak-nak kalau makan panas-panas dan cicah dengan sos cili mahupun mayonis.Tapi selalunya bila kentang ni kita goreng sendiri, selalu lembik tak ‘keras’ macam yang selalu kita beli.Hah, nak buat kentang goreng ala-ala beli dekat Mc Donald mahupun KFC ada caranya yang tersendiri. Wanita ini kongsikan cara nak buat kentang goreng agar tak lembik dan serap banyak minyak setelah digoreng.Dan Yang pastinya, rasanya super sedap! Tak rugi cuba!
Bahan-Bahan:
2 cawan air
2 sudu besar gula
5 biji kentang (dikupas)
Garam Secukupnya
Cara Membuat:
1. Masukkan air dan gula kedalam mangkuk/ besen besar, kacau dan ketepikan sebentar.
2.Kemudian hiris saiz sederhana, jangan terlalu nipis. Agak-agak saiz macam French Fries KFC.
3.Kemudian, masukkan kentang yang dah dipotong tadi kedalam air gula, rendam selama 15-30 minit dan simpan didalam peti sejuk.
4.Didihkan air dan masukkan 1 sudu kecil garam.
5.Setelah itu, masukkan kentang yang telah disimpan dalam peti sejuk tadi dan masak selama 5 minit. Tambahkan pula dengan 1 sudu makan minyak masak.
6. Tutup api dan toskan kentang biarkan ia suam-suam dahulu sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk (bahagian beku).
7. Biarkan ia beku selama 3 jam dahulu barulah digoreng.
Sedapnya makan pecal mangga, boleh kecur air liur. Tambah-tambah mangga berbuah sepanjang tahun kan? Tak ada musimnya sentiasa ada buahnya kat pokok.
Bila dah banyak sangat mangga, sayang dibiarkan begitu saja. Kadang-kadang jemu juga makan dengan asam atau ‘colek’. Daripada membazir, bolehlah cuba buat pecal mangga.
Inilah resipi yang dikongsikan Fauziah Gamal, pecal mangga yang menjadi pembuka selera. Tak perlu lauk lain dan nak makan begitu saja pun boleh.
4 biji buah mangga kampung
2 ulas bawang merah
Sedikit lada hitam
Santan segar
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil sudu gula
2 ekot ikan sardin – rebus dan ambil isinya.
Cara Membuat:
1. Buang kulit mangga dan cincang atau sagat. Sebaiknya cincang untuk rasa yang lebih padu.
2. Tumbuk bawang merah bersama dengan lada hitam. Asingkan.
3. Kemudian, tumbuk pula isi ikan rebus tadi.
4. Campurkan kesemua bahan tadi ke dalam mangkuk yang berisi mangga cincang dan bawang serta lada hitam yang ditumbuk itu.
5. Gaul sebati dan masukkan bahan perasa, garam serta gula.
6. Kemudian, masukkan sedikit santan segar.
7. Siap. Bolehlah dihidang bersama nasi serta lauk lain.
Tip: 1. Bagi buat resipi ini, kena guna mangga yang masam atau putik lagi. Baru sedap. 2. Isi ikan sardin – Rebus dahulu dengan air, garam dan asam gelugur. 3. Buat untuk sekali makan sebab ia guna santan segar.
Mingguan Wanita : Sedapnya. Nak makan dengan nasi pun boleh. Ratah pun sedap juga ni. Memang padu!
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...