
Pepes Ayam memang sedap dinikmati panas-panas untuk minum petang. Aroma wangi isi ayam berempah dibalut dan dibakar dalam daun pisang. Namun jika tiada daun pisang, boleh juga dimasukkan dalam loyang yang disapu dengan minyak. Kukus dalam loyang sampai masak.Dah siap baru dipotong dan dibakar.
Boleh cuba resipi Pepes Ayam yang sedap perkongsian Puan Rosmirah Yussof ini sebagai panduan;
Pepes Ayam sedap di makan panas-panas.Cuti-cuti ni bolehlah buat untuk makan dengan family.Mesti anak-anak suka.
Bahan-Bahan:
1 biji bawang besar
2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
5 tangkai cili kering
Sedikit halia
1 Inci kunyit hidup
Sedikit daun kunyit hiris halus
3 ulas bawang putih
3 batang serai
1 kotak santan
1 ketul kiub ayam
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis.
*Semua bahan diblender halus kecuali minyak untuk menumis.

Cara Membuat:
1.Bahan yang siap diblender.

2.Tumis bahan yang diblender sampai naik bau.Masukkan santan.Gaul rata.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Masak sampai bahan menjadi pekat.

3.Sediakan 3 ketul dada ayam.Potong kecik.Pecahkan 2 biji telur.

4.Kisarkan telur dan isi dada ayam tadi.Tak perlu tambah air.

5.Ayam yang telah dikisar.

6.Sejukkan dahulu bahan yang ditumis tadi.

7.Campurkan bahan yang ditumis bersama ayam.

8. Gaul sebati.

9.Sediakan daun Pisang.Potong lebih kurang 3×4 Inci.Letak satu sudu makan adunan ayam dan lipat bahagian hujung.

10.Steplerkan bahagian hujung supaya tak terbuka.

11.Hasil yang telah dibungkus.

12.Kukus dalam pengukus lebih kurang 10-15 minit.Dah siap boleh diangkat dan terus di bakar atau difozenkan.

13.Pepes yang dah siap boleh dibakar di dalam pan atau oven.Bila warna dah coklat keperangan bolehlah di angkat. Kalau bakar dalam oven, suhu 180 selama 20 minit tapi bergantung pada oven masing-masing.Tunggu warna dia berubah kuning keperangan.

Siap untuk dihidang.

Tip Ekstra!
- Kalau tak ada daun Pisang boleh je masukkan dalam loyang yang disapu dengan minyak. Kukus dalam loyang sampai masak.Dah siap baru dipotong dan dibakar.
Baca Lagi Di Sini:
Popia Bergedil RANGUP, Celup Dalam Telur & Digoreng Rasanya Lebih SEDAP!
MW: Menarik juga resipi Pepes Ayam ni. Makan panas-panas dan sesuai buat untuk minum petang.Balut dalam daun pisang memang wangi, tapi kalau takde kukus dalam loyang terus pun boleh.Barulah potong dan bakar.
Sumber: Rosmirah Yussof
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!













BAHAN-BAHAN:
Terlebih dahulu, panaskan periuk pengukus. Basuh beras bersih-bersih sambil berselawat. Kemudian letak dalam mangkuk (saya guna mangkuk plastik IKEA), letak bahan tumbuk (bawang putih dan halia) kira-kira satu sudu teh dalam tiap mangkuk. Letak air, cukup-cukup tenggelamkan beras atau lebihkan 1cm.
Letakkan pati ayam kira-kira satu sudu makan di setiap mangkuk. Kemudian letak ayam seketul (yang diperap tadi) dalam tiap mangkuk, diikuti daun sup sikit. Tak perlu letak garam sebab dah cukup rasa.
Susun cawan di dalam periuk pengukus. Kukus di dalam pengukus 30 minit atau lebih atau hingga nasi dan ayam masak sepenuhnya. Setelah masak, bolehlah tutup api dan pindahkan mangkuk-mangkuk berisi nasi ayam tadi.
Untuk membuat sup, buat macam biasa. Kalau nak simple, tumis bawang merah dan lebihan halia dengan halia dan bawang putih tadi. Kemudian masukkan lebihan ketulan ayam tadi, air, pati ayam dan daun sup.
Bolehlah dihidangkan bersama hirisan tomato, daun salad dan timun. Tuang sos cili di atas ayam. Jangan lupa sup. Mudah je kan? Yang penting…SEDAP!