Air koktail Mojito biasanya mempunyai kandungan bahan alkohol. Namun ada cara untuk membuat air mojito ini versi ‘halal’, sedap dan menyamankan anak tekak. Lebih-lebih lagi diminum ketika waktu cuaca tengah panas. Malah jika ada majlis makan-makan di rumah, mak-mak boleh buat air ni untuk kelainan agar lebih istimewa.
Boleh cuba cara buat Air Mojito versi halal perkongsian resipi Encik Muzairee Daud ini sebagai panduan;
“Petang minggu semalam cuacanya di Kuala Selangor ni panas yakmat. Makanya dalam perjalanan nak beli barang dapur tadi, cik puan isteri call minta belikan aiskrim. Memandangkan aiskrim yang dicari tak dijumpai, maka terus terlintas untuk buat air mojito. Lama dah tak buat ni.”
“Jadi, dah terlanjur tu saya kongsi kan cara-caranya. Sangat mudah dan murah kosnya pun! Satu jug ni kami buat kosnya dalam 5-6 riyal Malaysia je.”
“Mojito ni kalau dekat Cafe biasa-biasa pun dalam RM6 ke RM8 juga segelas. Kalau Cafe ada bintang bintang boleh jadi double harganya!”
Nah resepi ya :
Bahan-Bahan:
3-5 biji limau nipis
1 botol aiskrim soda
Secekak daun pudina
Pemanis macam gula, madu ( jika perlu)
Kiub Ais secukupnya
Ads
Cara Membuat:
1.Pudina tadi carik-carik kan dan masukkan dalam jug macam ni.
2.Kemudian perah kan limau. Tapis kalau tak nak gigit bijinya. Tips untuk jusnya banyak, gelek kan dulu sebelum perah ye!
3.Kalau nak manis, boleh tambahkan madu atau gula cecair lain. Kalau tak ada pun takpa sebab aiskrim soda tu pun dah manis.
4.Masukkan kiub ais sampai penuh jug.
Ads
5.Tuangkan aiskrim soda pun hingga penuh jug.
6.Kacau sebati dan sedia untuk diminum.
Selamat mencuba!
Ads
*ni asas mojito tapi bahan alkoholnya (rum), kita tak masukkan. Sebab itu, namanya Halal Mojito.
**mojito ni sebutan yang betul ialah mo-hi-to ya
Muzairee Daud
~Lega lepas dapat mojito!
MW: Menariknya resipi air mojito ni, bahan-bahan tak banyak nak buat pun mudah!. Minum waktu cuaca panas memang melegakan dan nyaman pada tekak. Mak-mak boleh cuba buat di rumah!
Sedapnya resipi mudah telur rebus air asam ni. Satu lauk je pun dah cukup makan bertambah-tambah, tak cari lauk lain dah. Tapi nak rebus telur pun ada caranya dan masa yang tepat, barulah telurnya cantik dan bertambah sedap.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norul Haisyu sebagai panduan;
Rebus telur 7 minit Buat air asam 10 minit Makan jangan tanye berapa minit sebab 2kali tambah.
Bahan-Bahan:
Telur Secukupnya
Cara Rebus Telur:
1. Basuh telur bersih-bersih masukkan dalam periuk. Periuk jangan besar sangat biar ngam-ngam dengan telur lagi baik.Kalau periuk besar air akan jadi banyak dan lambat mengelegak, sebab nanti air tu akan mengelegak atau mendidih dengan kuat.
2. Air sama paras dengan telur, letak atas dapur.
3. Buka api paling besar, ingat PALING BESAR.. kalau tak jadi. Set time 7 minit…Jangan lebih jangan tak cukup 7 minit nanti baru cantik cam nih.
Bahan-Bahan (Air Asam)
*Cili api
*bawang besar
*tomato
Hiris ke cincang ke ikut suka.
Asam jawa
Garam secukup rasa
Aji ckup rasa
Air suam
Bancuh sebati.
Cara Membuat:
1. Kupas telur bawah air paip sebab nak bagi telur tu elok licin tak koyak-koyak…toskan dan potong letak dalam mangkuk.
2. Masukkan cili tomato dan bawang. Tuang air asam.Jangan makan terus. Biarkan seketika, 15 minit gitu boleh la makan. Sebab dia dah meresap dan sebati.
Rasanya lemak-lemak telur tu.. Ada masam, masin, pedas dan paling penting rasa nak tambah nasi sepinggan lagi.
Puding roti dinikmati dengan sos kastard berkrim sering dijadikan sebaga pencuci mulut sewaktu minum petang. Jika selalu kita guna roti putih, sebenarnya boleh juga gunakan roti coklat kismis dan air susu coklat untuk rasa yang lebih sedap.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Munirah Jasamai ini.
Puding roti kayangan. Resepi di setiap gambar. Buat berejam, dah siap sat ja habih
Doa saya murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
1.Penyek roti dulu dalam dulang, kami lapik baking paper senang nak handle, nak bawak keluaq ka apa, tarik baking paper tu jaa.
2.Hampa pukul 2 biji telur + 2 kotak susu coklat tu dengan apa pon buleh aih, janji dia sebati semua pastu tuang atas roti dipenyek tadi.
3.Biaq sat tak pa, biaq roti tu semua terendam kembang dalam susu yang dicurahkan.
4.Hampa bakaq dalam oven yang hampa dah panas dulu dalam 10 minit suhu 180′. Lepas dah panaskan oven baru hampa bawak masuk yang dah ready dalam 30min suhu 180′. Macam mana hampa nak tau dah masak, susu atas tu keras gitu, bau pon semerbak dah, cucuk pi dengan lidi tengok melekat ke dak pon buleh.
Dah lepas bakaq, bagi sejuk, pastu masuk peti ais.
Sos Creamy
Bahan-Bahan:
1tin susu cair
1 tin air hampa sukat dlm tin yg sama
1/2 sudu tepung jagung
1 sudu tepung kastard
5 sudu gula
Cara Membuat:
Bukak api perlahan ja kacau sampai kental, dah siap hampa bagi sejuk buh dalam peti ais.
MW: Sedapnya dan mudah nak buat puding roti kayangan ni.Yang pastinya tak muak, dah sangat sedap penuh rasa coklat. Sesuai buat untuk pencuci mulut minum petang.
Raya dah nak dekat nie, tinggal beberapa hari lagi. Sudah tentu bahan-bahan kat bakeri pun banyak yang habis. Lebih sedih, bila gi kedai bakeri punyalah beratur panjang, sekali bahan yang nak pakai pulak dah habis. Sedih!.
Tak payah, pening-pening kepala. Ada resepi cornflakes coklat yang guna bahan kat pasar raya sahaja. Boleh buat banyak-banyak. Anak-anak pun suka, coklat katakan. Mak-mak lak mesti ralit juga bila makan nie.
Perkongsian daripada Nor Hafidzah Qasim
“Bila cari cooking coklat kat kedai semua tak ada stok. Nak pi kedai bakery, malas nak beratur panjang. So, singgah supermarket, kita beli coklat tango yang plain, untuk buat cornflakes coklat.
“Resipi ni memang mudah, tak perlu guna oven. Boleh serah kat anak sahaja untuk buat. Sebab nak makan nanti merekalah juga kan.
Cornflakes Coklat
Bahan-bahan:
A. 1 pek coklat tango plain 140gm dan 1 sudu besar butter. Cairkan guna teknik double boiler.
B. 2 1/2 cawan cornflakes yang dihancurkan sedikit.
Cara Membuat:
Satukan bahan A dan B ke dalam bekas. Gaul sehingga rata.
Sudukan ke dalam bekas kertas. Biarkan sejuk seketika di dalam peti ais.
Resepi yang sangat mudah sebab tak perlu bakar.
Masukkan 140gm coklat tango dan 1 sudu besar butter. Gunakan teknik double boiler. Kacau sehingga coklat cair.Guna penyukat macam ni lebih mudah. Masukkan 2 1/2 cawan cornflakes ke dalam coklat yang telah dicairkan.Masukkan ke dalam bekas kertas, sejukkan seketika di dalam peti ais.Dah siap.Simpan dalam bekas kedap udara.
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...