Cara BOTOLKAN Produk Sambal Tanpa Guna Bahan Pengawet, Boleh Tahan 6 Bulan!

Share

Ada cara sebenarnya untuk botolkan produk seperti sambal tanpa guna bahan pengawet. Malah istimewanya boleh bertahan selama 6 bulan pada suhu bilik. Ia menggunakan kaedah rebus dan kukus terlebih dahulu. Tip ini sangat sesuai bagi usahawan yang mulakan bisnes kecil-kecilan di rumah, bagi menjamin kebersihan dan mutu ketahanan sambal tersebut.

Boleh ikut tip dan ilmu yang dikongsikan oleh Penjual Sambal sendiri, Puan Nurul Fazlina
ini.

Jom nak kongsi macam saya bottling produk sambal tanpa menggunakan bahan pengawet.Insha Allah boleh bertahan selama 6 bulan di luar dengan suhu bilik. Semoga bermanfaat kepada kawan-kawan semua.

1.Botol-botol ni mesti kena basuh dahulu sebelum kita rebus ye.

2.Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan botol-botol yang telah dicuci tadi selama 20 minit.

3.Selepas 20 minit, boleh keluarkan botol guna penyepit dengan berhati-hati.

4.Kemudian toskan dan terbalikkan botol bagi kering.

5. Kemudian, rebus pula penutupnya juga selama 20 minit.

6. Kemudian boleh timbang masukkan sambal. Boleh masukkan sewaktu sambal suam-suam namun kena pastikan botol kena betul-betul kering. Sebelum isi sambal, seeloknya lap dengan tisu dahulu, takut masih ada air.

7. Akhir sekali, tunggu air menggelegak dan kukus semula botol berisi sambal ini selama 20 minit. Proses ini untuk kita sterile sambal.

8. Sambal dah sejuk baru kita labeling guna plastic sealer dan hot gun.

Siap! Semoga Bermanfaat.

 

Baca Lagi Di Sini:
Cara MUDAH Masak Sambal Hitam Tak Payah Rebus, Tahan Lama, 30 Minit Siap!

Beli Banyak Tomato, Masak SAMBAL PENYET Buat Stok Dalam Peti!

Resipi Sambal Garing SEDAP, Tambah Kacang & Tempe Nak Bagi ‘Muai’!

Mingguan Wanita: Terima kasih berkongsi ilmu ‘pembotolan sambal’ ini. Semoga bertambah murah rezeki dalam perniagaan. Jadi buat yang mulakan bisnes jual sambal boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Bukan sahaja terjamin bersih malah sambal juga tahan lama.

Sumber: Nurul Fazlina

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

IKLAN