Cara Baja Pokok Bunga Kertas Dalam Pasu, Baru Meriah Merimbun

Share

Ramai yang gemar menanam pokok bunga kertas. Berapa ramai yang faham cara baja pokok bunga kertas dalam pasu tanpa menyebabkan akar pokoknya mati akibat terlebih baja.

Bukannya boleh tabur baja sembarangan. Jika salah membaja pokok bunga kertas pun boleh menyebabkan akarnya menjadi rosak.

Lelaki ini, Mahadir Hj Han berkongsi cara membaja pokok bunga kertas dalam pasu. Dan kaedah betul yang dikongsikan ini menghasilkan bunga kertas yang cantik, meriah merimbun.

Pesannya lagi, ketika proses pembajaan pokok bunga kertas pastikan jangan ada rumput dalam pasu pokok bunga kertas anda itu.

Cara Baja Pokok Bunga Kertas

Ini cara saya lakukan pembajaan,

  1. Basahkan keseluruhan tanah. Bagi melimpah dan lebih bagus kita dapat lihat air keluar dari lubang pasu.

2. Biarkan 30 minit (time ni kita tengok ada air bertakung atau tidak). Kalau ada, bermakna ini benda yang tidak bagus.

3. Selepas 30 minit, gemburkan tanah keseluruhan. Bermula dari tepi pasu sampai pangkal pokok. Mesti ada yang tanya; akar terputus tak ada masalah ke?

Jika Akar Pokok Bermasalah, Ini Yang Saya Lakukan

  • Putuskan akar halus kerana kita dapat had kan pertumbuhan akar yang terlalu banyak.
  • Gunakan gunting atau benda tajam untuk tujuan gembur.
  • Penerimaan baja untuk akar lebih berkesan.
  • Kebiasaan pokok yang ditanam dalam pasu, perkembangan akar lebih cepat.
Saya guna baja no. 53. Baja ini memang dah siap campurannya cuma tabur saja. Boleh beli di shopee.

4. Taburkan baja. Siram sekali lagi bagi tujuan untuk basahkan baja yang baru kita letak. JANGAN BANYAK AIR.

5. Hari berikutnya, siram jika perlu atau siram jika lihat permukaan tanah kering atau siram setiap hari. Tetapi basahkan sikit saja bahagian atas.

Baca juga : Pintu gerbang bunga kertas, cantik merimbun, begini cara membuatnya.

HASIL BERJAYA SEKIRANYA KITA DAPATI POKOK NAMPAK SEDIKIT LAYU.

Campuran Tanah Untuk Tanam Pokok Bunga Kertas

  • Cara saya, gunakan tanah merah bakar kerana tanah jenis ini tidak menyimpan air. Berbeza dengan tanah hitam.
  • Pokok bunga kertas perlukan basahan sementara bukannya kelembapan berpanjangan. Sebab itu, kita boleh lihat bila keadaan atau musim panas, bunga kertas akan meriah berbunga berbanding musim hujan.

Mingguan Wanita : Selain bunga Rose Jepun, mak-mak pun minat tanam pokok bunga kertas di halaman rumah.

Sumber/Foto : Mahadir Hj Han

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

IKLAN