
Kalau tiba musim hujan, payah nak sidai baju anak-anak di luar rumah. Jika pandai bertukang boleh buat sendiri penyidai baju bertingkat macam ni. Sesuai untuk baju anak-anak yang ringan, stokin, kain buruk dan sebagainya.Jimat ruang, boleh sidai dalam rumah dah kos pun tak banyak. Malah lebih kukuh, bila buat sendiri. Guna Paip PVC je sebagai batang penyidai.
Boleh ceduk idea yang dikongsikan oleh Mohd Erwan ini sebagai panduan;
Alhamdulillah, sebelum ni dah beli yang di Shopee, tapi penyidainya tak berapa tahan lama. Jadi kita beli penyidai mahal sikit harap-harap tahan lama. Kita DIY balik, alhamdulillah inilah hasilnya.
Beli penyidai tu kan aslnya ada batang di tengah. Buang batang tu, masukkan penyidai dalam paip 3 suku. Sebelum masukkan penyidai tu kena letak penyambung paip dulu, lepas letak socket penyambung. Masukkan paip dekat penyambung tu lepas tu masukkan penyidai. Siap!


Info Ekstra!
- Semua guna Paip PVC 3suku. Penyidai ni untuk kegunaan baju budak-budak kecil ok la.
- Soket yang bawah guna socket 5way. Selepas tu sambung elbow 45 beli dekat Shopee.

- Yang penting kaki (tapak) kena kukuh. Sambung batang yang besar sikit dalam isi pasir/simen, agar lebih kukuh.


Baca Lagi Di Sini:
DIY Kusyen Kerusi Lama Jadi Baru, Tak Perlu Buang Dan Jimat Belanja
DIY Repair Sendiri Pintu Kayu Rumah Berlubang, Bajet Tak Sampai RM50, JIMAT!
MW: Menarik juga idea penyidai baju bertingkat ni, boleh buat sendiri je. Musim hujan sesuai sangat, boleh sidai baju anak-anak dalam rumah je.
Sumber: Mohd Erwan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Buat Rumah Di Tanah Sendiri, Usahawan Yatie Kamarzaman Pesan Cari Arkitek Dulu, Bukan Kontraktor!

Seronok melihat pencapaian usahawan berjaya Yatie Kamarzaman,40 ini dalam mengejar impian untuk memiliki rumah impian sendiri. Selepas 20 Tahun berusaha gigih, rumah idaman kakak kepada Dato Sri Aliff Syukri ini dijangka bakal siap pada Disember 2024.
Sepanjang proses pembinaan rumah impian tersebut, pemilik the_hijab.co ini, ada berkongsi panduan dan langkah yang betul sebelum ingin membuat rumah di atas tanah sendiri. Ia bagi mengelakkan kerugian kos jika ditipu oleh pihak kontraktor.
Berikut perkongsian tersebut yang boleh dijadikan panduan.
Selepas 20 tahun, akhirnya dream home Kak Yatie dengan @mohamad.zaidi.aziz terlaksana. Selebihnya kami plan kepada investment insyallah.
Sedikit yang Kak Yatie nak share dengan mereka yang ‘planning’ untuk ada rumah di atas tanah kosong. Maybe korang dah tau, tapi saje share dengan yang lain.

1. Beli Tanah Kawasan Ada ‘Value’
Sekiranya planning untuk buat ASET, pastikan tanah dibeli di kawasan yang ada value. Dekat dengan fasiliti. Elakkan jenis high rise building (unless plan untuk disewakan) dan tanah pertanian.
If memang itu je budget yang ada & planning untuk rumah persaraan ok je. Sebab, rumah yang kita diami adalah liabiliti selagi belum cash. Kalau revalue untuk refinance in future, semua ini diambil kira untuk memastikan tanah tersebut bernilai atau sebaliknya.
2. Ambil MLTT atau MRTT
Ambil MLTT atau MRTT semasa apply loan ( ada beza yg dua benda ni ). If anything happen pada owner, rumah atau tanah auto cash. Kalau korang ambil MLTT, kelebihannya ada return waktu maturity nanti. Cuma kena bayar lebih sikit lah. Sebab MLTT ada hibah, saving & coverage dalam insuran tu.
3. Minta Salinan Geran Tanah
Masa nak beli tanah, minta copy geran. Pastikan bukan geran kongsi & tiada sekatan. Sebab nanti tak boleh pindah milik. Kan dah susah.

4. Lantik Arkitek
Kalau nak build up rumah atas tanah kosong, hire lah archictect. Mereka akan buat drawing, settle kan dokumen dengan PBT untuk dapatkan semua kelulusan sampai CCC. So bila nak jual rumah atau refinance, semua ni ada value. Baru bank akan nilai aset tu selayaknya.

5. Lantik Peguam
Hire lawyer sendiri dari awal start proses beli sampai siap buat rumah. Kena ada kontrak official dan due date bila projek akan handover. Agreements antara kita & architect ( PAM agreement) serta kita dengan main contractor ( tender agreement ) adalah berbeza tau. Kita kena ada back up supaya mengelakkan isu tak diingini.
6. Rancang Bayar Tunai Pinjaman, Jimatkan ‘Interest’
Kalau nak jimat interest dengan loan, kita kena planning untuk bayar cash selepas beberapa tahun. Makesure tanya dulu bank, berapa tahun kita boleh cash kan. Kalau tak, ada penalties. Dan bank tetap akan kira interest seperti 30 tahun berhutang. Sebeb tu kena dapatkan info selengkapnya.
Langkah Seterusnya Jika Ingin Buat Rumah Sendiri
Bagi yang ada planning nak buat di tanah sendiri follow simple step ni. Insyallah tak susah hati if kontraktor lari bila kerja tak siap, construction tak ikut spec atau lari budget. Yang ni baru 10% sahaja. Ikut timeline siap Dis 2024 Insyallah.

1. Cari Arkitek Dahulu
Cari arkitek dulu. Bukan kontraktor. Di bawah arkitek nanti mereka akan lantik Structural & Civil Engineer, Quantity Surveyor, Mechanical &Electrical Engineer dan others specialist consultant.
Arkitek akan dapatkan harga total projek yang dipersetujui untuk open tender pada kontraktor. Ini bertujuan untuk award kontraktor yang qualified.
Arkitek dah ada anggaran harga projek, sebab Quantity Surveyor dah kira kos projek.

2. Cari ‘Interior Designer’
Then baru cari Interior Designer selepas keluar drawing dari architect. Ada PAM agreement. Tapi, untuk secure hire lawyer on behalf kita dengan kontraktor pula. Jika mereka gagal deliver projek seperti dijadualkan, penalti akan dikenakan.

Kenaikan harga binaan tidak akan jejas atau bertambah sepanjang projek berlangsung. Kecuali VO atas unforseen event.
Apa pun, architect akan keluarkan sijil untuk approve sebelum payment release. Jadi, semua binaan adalah mengikut spefikasi.

Sebarang isu berkenaan PBT semasa projek berlangsung, owner tidak akan menjawab. Kerana sudah di bawah tanggungjawab kontraktor. Kalau kena saman etc, mereka yang kena jawab dan bayar.



Semoga Bermanfaat.
Mesti Baca:Agih Harta Siap-Siap, Ada Waris Anak Perempuan Sahaja Elok Sangat Buat HIBAH
Baca Lagi Di Sini:“Nak Cantik Itu PILIHAN, Ramai Yang Tak Cantik Walaupun Ada Duit Kepuk-Kepuk,”
Artikel Menarik:Hati-Hati, Perkara Kita Rasa BIASA Rupanya Kesalahan Waktu ‘Renovate’ Rumah!
Mingguan Wanita: Tahniah buat wanita hebat ini. Semoga menjadi inspirasi buat wanita lain untuk berjaya dalam mengejar impian. Jika ingin buat rumah idaman atas tanah sendiri, ikut panduan yang dikongsikan ini, supaya tak mudah ditipu oleh pihak kontraktor. Malah segala proses pembinaan rumah berjalan dengan lancar.
Sumber: Yatie Kamarzaman
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cara Buat SANDWICH Tebal, Banyak Inti Tak Muak, Cantik Potong Tak Senget!

Ada caranya untuk buat sandwich tebal, banyak inti tak muak dan paling penting cantik potongannya tak senget mahupun berterabur. Bukan apa, bila tengok sandwich yang disediakan di hotel mahupun di restoran,nampak sungguh sedap, cantik elok potongannya dan tak muak.
Sempena sekolah dah kembali di buka ni, mak-mak boleh sediakan sandwich mudah ini macam kita makan di hotel atau restoran untuk anak-anak dan keluarga.Nak buat jual pun boleh sangat.
Ikut resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli ini.
Suami minta saya buatkan sandwich untuk bekal minum petangnya di tempat kerja. Saya kalau buat sandwich, saya akan buat betul-betul macam makan di restoran atau hotel. Sandwich tebal, banyak inti, mengenyangkan dan tak muak.
Saya ambil masa 20 minit untuk siapkan bekal. Saya kongsikan resepi di setiap gambar ya untuk ibu-ibu mencuba sempena sesi sekolah bermula. Boleh buat bekal untuk anak-anak tersayang.
Dua potongan sandwich, kentang goreng dan telur rebus disaluti sos bijan panggang (kesukaan suami saya).Saya beli yang ini. Jenama lain, KewPie ade jual di pasaraya.

Setiap potongan sandwich mesti dibaluti tisu kertas supaya sandwish terletak kemas dan tidak berterabur.

Bahan-Bahan yang diperlukan:
4 KEPING ROTI MIL (Wholemeal Bread)
(Panggang roti di atas kuali untuk mendapat permukaan yang rangup. Jangan panggang terlalu lama sebab kita tak nak roti sandwich liat. Sapu sendikit marjerin pada setiap kepingan roti.)
2 KEPING LOF DAGING AYAM
(Goreng di atas kuali sehingga masak)
6 HIRISAN TIMUN JEPUN
(Timun setelah dihiris, mesti dilap kan supaya timun tidak berair. Taburkan secubit lada hitam dan garam ke atas timun)
6 HIRISAN LOBAK MERAH
(Kemudian hiris lagi memnjang bentuk jejari. Campurkan satu sudu besar mayonis dan gaul sebati)
2 HELAI DAUN SALAD
(Basuh dan keringkan)
1 KEPING KEJU
Cara Menyediakan:
1. Letakkan kepingan roti yang pertama. Kemudian lipat helaian daun salad.


2. Letakkan satu kepingan lof daging ayam. Saya guna Jenama Ayamas.

3. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang kedua. Sapukan marjerin.

4. Letakkan satu kepingan keju.

5. Letakkan lobak merah yang digaul mayonis. Kemudian tutup lagi dengan kepingan roti yang ketiga.

6. Susun hirisan timun jepun.

8. Letak kepingan lof daging ayam yang kedua di atas hirisan timun.

9. Letak sedikit sos bijan panggang. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang ke empat (terakhir).Sos ni sedap sesuai untuk sandwich dan salad.

Siap sandwich 3 tingkat.

Potong sandwich menggunakan pisau potong roti. Wajib guna yang ini kalau nak potongan sandwich yang cantik. Teknik memotong, pisau mesti senget ke hadapan, InsyaAllah menjadi.

Potong macam dalam gambar, serong ke depan bila nak memotong. Biasa saya tengok orang selalu potong mendatar atas roti. Kalau potong secara mendatar, inti-inti sandwich mudah teralih.

Baca Lagi Di Sini:
Resipi Egg Mayo Sandwich Sedap, Berpuluh Kali Wanita Ini Olah Nak Dapatkan Rasa Tak Muak!
4 Jenis Sandwich Mak-Mak Bekerja Mampu Buat, 5 Minit Siap!
Mingguan Wanita:Begini rupanya nak buat sandwich tebal 3 tingkat, inti banyak tak muak dan paling penting elok potongannya tak senget dan berterabur. Boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan ini nanti.
Sumber: Zurina Zulkefli
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Duit Dalam Akaun Hilang Kena ‘Scam’, Report Ke Bank Negara Kurang 3 Bulan Dapat Balik!

Duit Dalam Akaun Hilang Kena ‘Scam’, Report Ke Bank Negara Kurang 3 Bulan Dapat Balik! Memang sakit hati apabila duit yang disimpan dalam akaun bank boleh hilang sekelip mata akibat di ‘scam’. Apatah lagi nak kumpul duit bukan mudah. Memang buntu dibuatnya.
Rupanya selepas membuat laporan polis, pastikan buat juga laporan ke Bank Negara Malaysia dengan segera. Ini supaya duit yang hilang tersebut dapat dipulangkan semula dalam tempoh 2 minggu hingga 3 bulan bergantung pada kes.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Faizal Yamin ini sebagai rujukan;
Semalam member mengadu kena scam! Katanya duit dalam akaun hilang dekat RM7000 lepas dia klik link merapu dalam satu group ni.
Kes gini, selalunya aku akan terus report ke Bank Negara Malaysia lepas buat report polis.
Caranya:
1. Buat report polis dalam tempoh 48 jam. Kena segera!
2. Screenshot semua bukti di telefon siap-siap.
3. Isi form eLink dari BNM ni, https://telelink.bnm.gov.my/
4. Di bahagian Submission Type tu, pilih Complaint.
5. Pilih Banking untuk Category, dan Fraud untuk Sub-category.
6. Isikan details lain, dan masukkan semua fail screenshot serta gambar report polis tadi.
Selesai.

Biasanya, dalam masa kurang 3 bulan, duit kita akan dipulangkan. Dan kalau kes kukuh, dalam 2 minggu saja dah dapat balik duit tu.
Macam kes kengkawan aku, yang hilang RM17 pun ada yang buat repot gini. Mulanya member tu kata tak payah, pasal remeh. Terus kena bebel dengan aku setepek!
“Gila kau, kalau ada 1000 orang macam kau, segan tak tentu arah, dah kaya-raya dah scammer tu!” marah aku.
Memula memanglah scam kecik-kecik, kendian dia start scam ratus ribu pulak nanti. Tak memasal kau dapat saham.
Sajalah berkongsi ni, pasal aku tahu ramai yang kena scam gini, tapi pasal malu, buat senyap gitu je. Ntah apa yang dimalukan pun aku tak faham.
Sekian, nasihat sambil membebel. Sajalah berkongsi pasal aku tengok makin menjadi pulak Scammer ni sekarang kan.
Mesti Baca:Wanita Ini Kongsi CARA Dapatkan Semula Duit Hilang Dalam Akaun Maybank
Baca Lagi Di Sini:Wanita Ini Kongsi Cara Claim Wang Tak Dituntut Dari Akaun Bank Lama, Untung-untung Dapat RM14K!
Artikel Menarik:Begini Caranya TUKAR & AKTIFKAN Kad Debit Maybank Secara Online!
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika kena ‘scam’ dan duit hilang dalam akaun pastikan terus report ke Bank Negara Malaysia selepas buat report polis. Semoga ada rezeki duit dapat dipulangkan semula dalam tempoh 2 minggu hingga 3 bulan.
Sumber: Faizal Yamin
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

