Ads

Sam Lim Nikah Gadis Melayu, Kali Ini Bukan Marketing Semata-mata

Sam Lim
Sam Lim

Waahh… meriah sungguh komen netizen di media sosial hari ini apabila melihat pempengaruh media sosial popular, Sam Lim kini sah bergelar suami kepada pasangan pilihannya, Parisa Ardina.

Sam Lim Nikah Gadis Melayu

Sam Lim Nikah Gadis Melayu, Kali Ini Bukan Marketing Semata-mata

 

Buat anda yang mengikuti perkembangan pasangan sejoli ini, mereka berdua selamat disatukan dalam satu majlis akad nikah di sebuah masjid yang berlangsung hari ini.

Majlis yang cukup romantis dan tenang itu menyaksikan Sam Lim menyerahkan mas kahwin serta hantaran sebagai tanda sah ikatan mereka, sambil disaksikan oleh ahli keluarga terdekat serta teman rapat.

Kali Ini Bukan Marketing Semata-mata

Sam Lim Nikah Gadis Melayu, Kali Ini Bukan Marketing Semata-mata

Ads

Menerusi hantaran rakannya iaitu Nicholas di Tiktok, Sam Lim berkata, hubungannya bukan sekadar taktik pemasaran tetapi cerita benar.

Difahamkan Sam menggunakan nama Islamnya Muhammad Zavian Lim Abdullah.

“Kami dah kahwin. Kami bukan ‘marketing’, saya kaya dan sudah popular, tak perlu semua ni,” katanya.

Momen indah pasangan ini turut dikongsi melalui hantaran di media sosial, sekali gus mengubati kerinduan peminat yang selama ini mengikuti perkembangan hubungan ‘sweet’ pasangan pempengaruh tersebut.

Ramai Suka & Mendoakan Yang Baik-baik

Sam Lim Nikah Gadis Melayu, Kali Ini Bukan Marketing Semata-mata

Ads

Sam Lim tampil segak dan kemas, manakala Parisa kelihatan cukup anggun dan menawan dalam busana pengantin yang ringkas namun tetap menyerlahkan seri wajahnya.

Pasangan yang cukup dikenali dengan konten kreatif dan mencuit hati di TikTok dan Instagram ini mula mendapat perhatian ramai kerana keserasian mereka, sebelum akhirnya memutuskan untuk melangkah ke fasa perkahwinan.

Terdahulu, berita mengenai hubungan mereka sering menjadi bualan pengguna, namun kedua-duanya lebih selesa berkongsi perkembangan secara berperingkat sehinggalah hari bahagia mereka tiba.

Meninjau ke ruangan komen, banyak doa yang ‘manis-manis’ serta ucapan tahniah daripada peminat serta rakan-rakannya yang turut tumpang gembira.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Gambar: eurekamua

Sam Lim Nikah Gadis Melayu, Kali Ini Bukan Marketing Semata-mata

Perfume Ini Buat Aura Lebih Menarik

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Cara Bahagikan Daging Korban

Cara Bahagikan Daging Korban, Wajib Ke Bagi Pada Fakir Miskin? Ini...

Sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha, ada baiknya anda ambil tahu cara bahagikan daging korban dahulu. Ini lebih afdhal dan tidak lah buatkan anda rasa ralat jika betul agihkan daging pada orang yang tepat.