Cantik Kejadian BISKUT BUNGA CINA 3 Bahan Bakar Dalam Kuali! Kadangkala tekak teringin nak makan biskut yang dibakar sendiri, namun oven pula rosak. Sebenarnya mak-mak tetap boleh bakar biskut dalam kuali, guna dapur gas je.
Boleh cuba resipi biskut mudah Biskut Bunga Cina yang dikongsikan oleh Puan Noriza Awang Hamatini. Bakar dalam kuali pun cantik kejadiannya. Boleh buat raya nanti.
Oven rosak, sis teringin nak buat biskut. Sis cuba pakai kuali je. wowww cantik kejadian. Sis buat biskut Bunga Cina yang dulu-dulu punya.
1. Kacau Planta dengan susu pekat kemudian masukkan tepung jagung uli manja dengan tangan je.
2. Kalau masih lembik adunan tambah sikit-sikit tepung jagung. Hiasan terpulang pada masing-masing. Saya guna acuan pecah 14.
Cara bakar biskut raya atas dapur gas:
1. Boleh guna pan, kuali atau periuk bertutup. Alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Penutup kuali pastikan ada aliran udara supaya biskut naik cantik dan sekata.
2. Tak perlu letak air atau pasir dalam pan. Sebab dah letak alas pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.
Ads
3. Sebelum mulakan kerja membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 minit, kemudian barulah letak dulang untuk bakar biskut.
4. Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.
Ads
5. Sukatan masa membakar ikut jenis biskut. Contoh biskut bunga cina ambil 15 minit / sehingga kekuningan.
6. Tak perlu sapukan minyak pada dulang biskut.
Ads
Siapa cakap tanpa oven maka tiada biskut raya? Lepas ni boleh la buat sendiri biskut raya, tak ada dah ‘kuih tunjuk’. Selamat mencuba!
Biasanya kalau masuk ke shopping mall, lalu kiosk jual Biskut Famous Amos, baunya memang semerbak harum. Terbayang biskutnya yang rangup, sedap secukup rasa. Namun harganya boleh tahan mahalnya. Berkira-kira jugalah kalau nak beli tu. Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri je biskut ala famous Amos ni. Memang sedap, jimat dan lebih puas hati makan.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Mastura Razaliini. Memang mudah, kacau-kacau je boleh terus bakar.
Musim-musim hujan ni kena sentiasa ada stok makanan buat kunyah-kunyah sambil-sambil tengok hujan turun. Maka merajinkan la diri buat kukis yang viral satu ketika dulu.
Rupanya senang je buat sekuk ni. Kacau-kacau siap..boleh bakar. Boleh ngap. Biskut famous amos nama diberi. Tak raya pun boleh buat biskut ni. Makan sekali hadap terus habis.
Ni saya sertakan resipi.Sape nak buat silakan. Resipi saya amik dalam group ni juga…sedap.
Resepi Biskut Famous Amos
Bahan A
250 butter (saya guna marjerin pelangi je)
1¼ cawan gula perang
1 sk esen vanila
1 biji telur
*Kacau sebati bahan A ni.
Bahan B
2½ cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1sk baking powder
1sk soda bkarbonat
6sb minyak
*Kacau semua bahan B pastu masukkan coklat cip, badam dan kekacang kalau mahu.
Campurkan kesemua bahan-bahan pastu simpan peti ais 30 minit.
Cukup 30 minit boleh la bakar. Suhu 150 selama 20 minit, ikut oven masing-masing.
Loyang saya tak sapu minyak pun. Tak melekat biskut tu. Seeloknya sudukan kecil-kecil je sebab nanti biskut ni akan mengembang. Jarakkan biskut tu,letak jauh-jauh sikit.
MW: Tak perlu lagi nak beli biskut famous Amos ni. Boleh buat sendiri je, lebih jimat dan puas hati makan. Bahan-bahan pun tak banyak dan caranya pun mudah. Kacau-kacau siap..boleh bakar.
Buat mak-mak yang ada masalah anak payah nak makan sayur, mungkin boleh cuba resipi kobis bunga goreng rangup ni. Bila disalut dengan tepung suji dan digoreng rangup, teksturnya jadi macam popcorn. Ia boleh dimakan dengan nasi atau makan begitu sahaja. Anak-anak mesti suka.
“Bunga kobis goreng krup krup. Boleh sediakan untuk makan bersama nasi atau jajan untuk anak anak nikmati waktu petang.”
Bahan-Bahan:
Kobis bunga
Sedikit serbuk cili
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk ketumbar
8 sudu tepung jagung
6 sudu tepung beras
garam and gula
2 sudu tepung suji
Daun Kari
Cara Membuat:
1. Basuh bersih dan potong kobis bunga.
2. Letak sedikit serbuk cili.
3. Tambah sedikit serbuk kunyit.
4. Kemudian sedikit serbuk ketumbar.
5. Selepas itu, tambahkan pula tepung jagung,tepung beras, garam dan gula. (Boleh masukkan perencah ayam atau aji kalau suka) Saya buat vegetarian pun sedap takde perencah.
6. Renjiskan dengan sedikit air dan gaul sebati.
7. Masukkan pula tepung suji.
8. Bunga kobis yang disaluti tepung suji.
9. Goreng dengan minyak.
10. Goreng daun kari dan tabur di atas.
Siap! Bunga kobis goreng sedia dihidang.
Info Ekstra!
Tepung suji berfungsi bagi ranggup dan tekstur timbul timbul kasar kasar sikit…macam popcorn
MW: Menariknya resipi bunga kobis rangup ni. Anak-anak yang tak suka makan sayur pun, mesti boleh suka bila mak-mak goreng macam ni. Nampak macam popcorn. Daripada bagi jajan yang tak sihat buat anak, lebih baik bagi sayur macam ni.
Puding mangga susu bersama chia seed memang enak dimakan sejuk-sejuk. Lega rasa tekak terutama bila cuaca panas. Rasa manis buah mangga memang betul-betul memancing selera.
Puding mangga antara sajian yang mudah untuk disediakan sebagai sajian pencuci mulut. Bagi mak-mak yang tiada idea untuk membuat sajian pencuci mulut, apa kata anda cuba resipi puding mangga susu bersama chia seed ini seperti yang dikongsikan oleh Shida Razak KC.
Puding Mangga Susu Bersama Chia Seed
RESIPI PUDING MANGGA SUSU BERSAMA CHI SEED
UNTUK LAPISAN BAWAH:
BAHAN-BAHAN:
400 ml susu segar
100 ml air
1 biji mangga/100-150g mangga di potong dadu
2 sudu besar serbuk agar-agar
1/2 sudu kecil garam
3 sudu gula (boleh guna molases sugar untuk lebih sihat)
1 sudu kecil pewarna kuning (jika ada)
Terasa-rasa Manis Buah Mangga
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua bahan. (lapisan bawah).
2. Selepas semua bahan dikisar, masak selama 2 minit hingga mendidih.
3. Kacau rata dan masukkan ke dalam bekas/loyang. Ketepikan.
UNTUK LAPISAN KE DUA:
BAHAN-BAHAN:
250 ml susu segar
1 sudu besar serbuk agar-agar
2 sudu besar gula batu/gula biasa
Secubit garam
1/2 cawan chia seed
CARA MEMBUAT:
1. Masak susu segar bersama masak 1 sudu besar serbuk agar-agar.
2. Campur 2 sudu besar gula batu/ gula biasa pun boleh dan secubit garam dan kacau hingga mendidih.
3. Campurkan 1/2 cawan chia seed yang telah dikembangkan. Jika tiada chia seed, selasih pun boleh.
4. Tuang untuk lapisan ke dua setelah sejuk lapisan pertama. Taburkan mangga dadu di atas puding. Sejukkan dalam peti. Makan ketika sejuk memang sedap!
Keluarga Allahyarham Mustaqqeem Mansor merayu siasatan terperinci dijalankan berhubung tragedi Gunung Liang yang meragut nyawa beliau. Ibunya, Rohani Saad, reda dengan ketentuan Ilahi namun mempersoalkan mengapa anaknya ditinggalkan di puncak gunung tanpa laporan polis atau bantuan segera.