Adam Rayqal

Ada desas desus mengatakan sebab tersedak susu tetapi sebenarnya punca kematian bayi lelaki, Adam Rayqal Mohd Sufi, berusia lima bulan di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves disebabkan kecederaan di bahagian kepala.

Tiada Sisa Susu Di Kerongkong Bayi

Ini kenyataan daripada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, hasil bedah siasat terhadap mangsa menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan otaknya.

Kalau ikutkan pihak polis masih menjalankan siasatan sama ada bayi itu dipukul, dihempas atau terjatuh ketika berada dalam jagaan suspek. Tiada sisa susu ditemui pada kerongkong mangsa.

Setakat ini, tiada sebarang senjata ditemui berhubung kes ini tetapi pihak polis masih siasat perkara ini.

IKLAN

Fadzil berkata, bedah siasat dijalankan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) bermula jam 9.45 pagi tadi hingga jam 1 tengah hari.

Keterangan Pengasuh Tak Betul

Katanya, dengan laporan bedah siasat itu, ia sekali gus menafikan keterangan awal suspek sebelum ini bahawa bayi berkenaan tersedak susu.

Pada hari kejadian, suspek turut mengasuh dua lagi bayi lain, namun diserahkan kembali kepada ibu bapa mereka.

IKLAN

“Hasil siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak sejak dua tahun lalu dan turut mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial.

“Siasatan menyeluruh akan dijalankan termasuk berkemungkinan mangsa didera sebelum ditemui mati termasuk motif pembunuhan,” katanya.

IKLAN

Doakan Yang Baik-baik

Malam tadi kononnya Adam Rayqal dilaporkan hilang selepas pengasuhnya dikatakan tersalah serah bayi berkenaan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapanya di Kampung Nakhoda, Batu Caves kira-kira 6.30 petang, semalam. Tetapi rupanya anak kecil itu sudah tiada dan dujumpai dalam peti.

Ya, kematian yang menyayat hati ini agak mencuit emosi kaum mak-mak namun apa pun kita doakan moga Farrah Madihah serta suaminya Mohd Sufi tabah dengan ujian Allah dan segala urusannya dipermudahkan agar pihak yang bersalah dihukum sewajarnya atas kesalahan yang dibuat.

Info: Berita Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI