Empunya diri tak kisah dengan cakap-cakap orang ramai termasuk ceritanya yang viral dalam media sosial asalkan dapat hidup bahagia bersama-sama suaminya. Itulah pendirian seorang perempuan berumur 11 tahun yang berkahwin dengan lelaki berusia 41 tahun.
Berita perkahwinan dia dan suaminya panas di media sosial semalam apabila tersebar gambar yang dikongsi sendiri oleh isteri kedua lelaki berkenaan. Difahamkan gambar yang dimuat naik di Facebook tersebut menunjukkan lelaki berusia 41 tahun bersalaman bersama pasangan barunya dengan kapsyen,
“Selamat pengantin baru suamiku. Suamiku 41 tahun, maduku 11 tahun.”
Perkahwinan itu mendapat restu kedua ibu bapa kanak-kanak terbabit yang dinikahkan pada 18 Jun, di Sungai Golok, Thailand.
Bapa kepada gadis 11 tahun itu, Mat Rashid Rismadsa, 49 tahun, warganegara Thailand berkata beliau sangat mengenali lelaki Malaysia itu kerana selalu menjual getah sekerap kepadanya.
“Lelaki itu berjanji dengan saya untuk mendaftar pernikahan yang sah itu di Pejabat Agama Islam di Kelantan apabila (anak saya) Masaryu Mat Rashid mencapai umur 16 tahun. Sekarang, Masaryu tinggal bersama saya…”
Keluarga kanak-kanak tersebut semuanya berasal dari Thailand dan menetap di Gua Musang mengambil upah sebagai penoreh getah. Katanya, menantunya itu merupakan pembeli getah sekerap, pada seminggu sebelum Aidilfitri lepas, dia datang memohon kebenaran untuk bernikah dengan anak perempuannya.
Ads
“Saya ada menceritakan kepada lelaki itu bahawa anak saya belum layak dijadikan isteri kerana masih mentah dan baru berumur 11 tahun, tetapi lelaki itu hendak juga dan berjanji nikah gantung dahulu yang menyebabkan saya bersetuju.
“Saya bersama isteri, Aminah Hitam. 41, mengiringi anak perempuan saya dan lelaki itu ke Sungai Golok, Thailand untuk menjadi wali pernikahan itu,” katanya.
Ini Nikah Gantung
Nikah gantung bermaksud pernikahan yang berlaku di antara pasangan tetapi tidak duduk serumah dalam tempoh masa tertentu yang ditetapkan oleh kedua-dua pihak lelaki dan perempuan.
Ads
Mat Rashid berkata selepas selesai majlis nikah pada 2 petang hari berkenaan, beliau terus pulang ke Gua Musang bersama-sama isteri, anak dan lelaki itu kerana menantunya berjanji menunggu lima tahun lagi untuk mendaftar semula pernikahan berkenaan di Malaysia.
“Lelaki itu sanggup mengambil anak perempuan saya sebagai isteri kerana hendak membantu hidup saya yang miskin dan bergantung kepada upah menoreh getah,” katanya.
Cerita Dari Belah Masaryu
Sementara itu, Masaryu berkata beliau mencintai lelaki pilihannya itu walaupun terpaksa bermadu dengan dua lagi isteri lelaki tersebut.
Beliau mengakui amat baik dengan kedua-dua isteri suaminya itu kerana sudah lama bersama mereka dan pernah pergi ke merata tempat bersama-sama.
Ads
“Saya terima apa jua keputusan kedua-dua ibu bapa dan suami supaya tunggu lima tahun baru boleh tinggal bersama kerana saya sedar usia saya baru 11 tahun.”
Sebelum ini, beberapa keping gambar menunjukkan seorang lelaki melangsungkan perkahwinan dengan seorang budak perempuan berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya, tular di media sosial sejak semalam selepas perkara itu dikongsikan oleh isteri kedua lelaki terbabit.
Berikutan penularan berita itu, pengguna laman sosial daripada pelbagai lapisan masyarakat mengkritik tindakan lelaki berkenaan dan berpendapat ia tidak sepatutnya berlaku.
Sumber: Bernama
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam perkahwinan, kesetiaan, kejujuran dan kepercayaan pada pasangan amat penting untuk mengekalkan perhubungan. Jika mula terdetik rasa syak wasangka, itu bahaya. Apatah lagi, bila pasangan mula berahsia password telefon bimbit yang selama ini dikongsi bersama. Jangan ambil mudah, gara-gara password telefon bimbit, hubungan suami isteri boleh berantakan dan cetuskan pergaduhan. Malah lebih parah boleh akibatkan kematian!
Kejadian yang berlaku di Lombok baru-baru ini, seorang isteri membakar suaminya hidup-hidup selepas lelaki itu enggan memberikan kata laluan untuk memeriksa telefon bimbit miliknya.Tribun News melaporkan kejadian berlaku di Dusun Montong Bawi, Jerowaru, Lombok Timur di sini pada Sabtu lalu.
Syak Suami Curang
Menurut laporan itu, Dedi Purnama, 26, membaiki atap rumah sebelum isterinya Ilham Cahyani, 25, meminta kata laluan untuk membuka telefon bimbit milik suaminya.
Bagaimanapun, Dedi enggan memberitahu kata laluan untuk membuka telefon bimbit miliknya malah dia turut memarahi isterinya. Tidak cukup dengan itu, Dedi turut memukul isterinya selepas wanita berkenaan terus mendesak untuk memeriksa telefon bimbit itu.
Difahamkan, wanita itu mahu memeriksa telefon bimbit milik suaminya kerana mengesyaki lelaki itu berlaku curang.Ini kerana suaminya sering kali membawa telefon bimbit ke bilik air.
Siram Petrol & Nyalakan Api
Kerana berang dengan sikap suaminya, Ilham mengambil botol yang mengandungi minyak petrol, lalu menyimbah mangsa sebelum menyalakan api.
Lelaki itu yang terbakar hampir 80 peratus daripada keseluruhan badan terus berlari keluar rumah sebelum diselamatkan beberapa jiran yang mendengar jeritannya meminta tolong. Mangsa yang mengalami lecur yang serius segera dibawa ke sebuah pusat kesihatan masyarakat untuk rawatan.
Jurucakap polis Jerowaru, Abdurasyid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai isteri yang membakar suaminya kerana enggan memberikan kata laluan telefon bimbit.
“Mangsa dirawat di pusat kesihatan kerana lecur teruk di beberapa bahagian tubuh manakala isterinya ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Terkini memetik News Detik, setelah 3 hari bertarung nyawa, lelaki tersebut dilaporkan telah meninggal dunia pagi semalam akibat mengalami kecederaan parah.
MW: Gara-gara turutkan perasaan marah, macam-macam perkara diluar batasan boleh berlaku. Pesanan juga buat pada setiap pasangan, berlaku jujurlah, setia dan jangan sesekali curang dalam hubungan perkahwinan.
Rezeki Inara Rusli isteri yang dicurangi, kali pertama live tik tok terus dapat gift besar dari sultan. Benarlah rezeki setiap orang itu sudah ditentukan oleh Allah SWT. Di saat ramai bersimpati dengan situasi rumahtangga dilaluinya, rezeki Inara Rusli dan tiga anaknya mencurah-curah.
Rezeki Inara Rusli Isteri Yang Dicurangi
Kali pertama dirinya membuat aksi di live tik tok dua dua hari lalu selepas kesnya bersama suami, Virgoun penyanyi lagu Surat Cinta Untuk Starla terbongkar di media sosial yang mencuranginya dengan melanggan pelacur selain memintanya melakukan hubungan batin di siang bulan Ramadan.
Bukan saja dibanjiri 70 ribu orang menontonnya secara langsung itu tapi dirinya mendapat 8 kali gift besar iaitu ikan paus yang setiap satu bernilai Rp537 ribu (2150 koin) sehingga Inara Rusli sendiri tidak menyangka menerima hadiah dari para sultan yang pemurah.
Tidak itu saja, bahkan ramai memberikannya hadiah ratusan bunga mawar sehingga Inari sendiri tidak menyangka rezekinya sebegitu murah dan begitu gembira.
Mulutnya tidak henti mengucapkan syukur atas hadiah diberikan warganet dan berkata ini rezeki buat anak-anaknya.
Kali Pertama Live Terus Dapat Gift Besar Dari Sultan
Bahkan video itu di Tik Tok mencecah tontonan 9.5 juta orang. Dalam pada itu, dirinya berkata masih memerlukan masa untuk kembali ke dunia hiburan memandangkan selepas berkahwin dengan Virgoun dirinya telah berhijrah dan hanya duduk di rumah saja menguruskan tiga anaknya sejak 7 tahun lalu.
Tetapi dengan kemelut rumahtangga dilaluinya dan dicurangi Virgoun selain suaminya itu menarik kembali talak tiga yang sudah dilafazkan, dirinya kembali membuka purdah demi Allah untuk mencari rezeki buatnya dan anak-anak kerana dirinya nekad untuk tidak lagi hidup di samping suami yang curang.
Bahkan dirinya menuntut Rp110 juta (lebih kurang RM34, 500) sebulan dari Virgoun di Pengadilan Agama Jakarta Barat. Dalam masa yang sama dirinya menuntut mutaah Rp10 miliar dari Virgoun dan perlu dibayar secara tunai.
Inilah kata orang, sekali wanita bangkit kerana “diperbodohkan suami” selain rezeki sudah tertulis mereka akan tuntut hak yang lainnya.
Allahuakbar… sampainya hati seorang pengasuh letak mayat bayi Adam Rayqal Mohd Sufi, lima bulan, dalam peti ais. Ini Kejam!
Sungguh tragis… tak dapat bayangkan macam mana perasaan seorang ibu, Farah Madiha Othman, 28 yang berada di tempat kerja terus bergegas pulang apabila tahu berita kehilangan anaknya.
Semalam tular pengasuh menyatakan bayi lelaki itu kena culik dengan lelaki tak dikenali tetapi ditemui sudah meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak.
Ditemui Di Dalam Peti Rumah Pengasuh
Mayat Adam Rayqal ditemui kira-kira jam 11 malam tadi dan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.
Apa yang cukup menyedihkan, mayat bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.
Sebijak mana pengasuh itu cuba menipu, namun mayat Adam Rayqal ini akhirnya ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.
Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan.
Pengasuh Disiasat!
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis menahan dua suspek iaitu pengasuh yang berusia 33 tahun serta rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.
Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Petang semalam, selepas tahu anak kecil ini yang konon dilarikan orang tak dikenali, bapa bayi itu, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, siap memuat naik gambar Adam di laman sosial miliknya meminta orang awam membantu mengesan anaknya itu.
Takziah kepada keluarga mangsa dan semoga kes ini menjadi pengajaran untuk mak ayah lebih berhati-hati dengan pengasuh yang menjaga anak-anak.
AL-FATIHAH.
Info: Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tiada yang lebih menyayat hati bagi seorang ibu selain melihat anak yang dikandung, dibesarkan dan disayangi dengan sepenuh jiwa, kembali dalam keadaan sudah tidak...