Gulai Kuning ikan memang terkenal di negeri pantai timur. Rasa gulainya yang tersendiri memang membuka selera. Meskipun nampak mudah, namun agak ‘mencabar’ untuk dapatkan rasa gulai yang sedap macam air tangan orang Kelantan sendiri. Rupanya kena masukkan sedikit budusebagai penyedap gulai kuning dan boleh membuatkan suami hirup kuah tak berhenti.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Mizah Ngatiman ini sebagai panduan;
Terlupa yang hari Sabtu semalam, suami balik kerja bawa balik seikat sayur Kacang Panjang. Tadi pagi baru teringat, dan saya tanya, “nak masak Gulai Kuning Ikan ke?”
Kebetulan buah Jering ada lagi stok. Saja saya pancing selera beliau.Jadinya, tadi pagi lepas hantar anak ke sekolah. Kami pun cari Ikan Kembung. Niat nak masak lebih boleh kongsi dengan orang lain.
Resepi Gulai Kuning ni nampak mudah. Cuma tak kena gaya masak, kita tak dapat tune rasa sebenar macam air tangan orang Kelantan. Saya sendiri selepas lebih 10 tahun cuba dan cuba masak, baru lah Suami kasi tumbs up.
Nak tahu sedap ke tidak, tengok suami hirup kuah tak berhenti. Atau ayat cliche selalu beliau tanya masa tengah makan, “beli mana lauk..kedai mamak depan ke ? “
“Mana ibu beli..biasa ibu order food panda” celah budak Otomen
Dua-dua lelaki dalam rumah ini sokmo masuk air !
Okay, ini bahan dan cara masaknya ye.
Bahan-Bahan:
20 ekor ikan kembung (disiang, cuci bersih, susun dalam periuk, letak air secukupnya. Letak garam dan asam keping. Rebus dengan api sederhana besar)
20-30 batang kacang panjang (dipotong panjang-panjang 3 inci)
(Kisar Halus)
3 biji bawang merah sederhana besar
5 ulas bawang putih
3inci lengkuas
6 tangkai lada kering
20 tangkai cili api
2 biji kelapa parut -perah santan pekat secukupnya
1sb serbuk kunyit 1sb budu
Garam dan gula secukupnya.
Ads
Cara Membuat:
1. Bahan kisar letak dalam periuk. Ambil lebihan air rebusan Ikan. Buka api..biar bahan kisar masak seketika.
2. Kemudian letak Santan dan serbuk Kunyit.
3. Letak Kacang Panjang. Biar layu sekejap.
4. Letak semua ikan rebus sekali asam keping dalam kuah.
Ads
5. Letak Cili dan Budu.
6. Sentiasa kacau kuah sehingga kuah pekat sedikit. Perasakan gula secukupnya. Saya tak letak garam dah sebab ikan rebus dan air rebusan dah cukup masinnya. Tambah letak budu juga.
7. Kuah dah mendidih betul boleh lah tutup api dan sedia dihidang.
Belimbing buluh yang banyak berbuah di pokok, jangan dibiarkan terbiar begitu saja. Sedap jika dijadikan kismis belimbing buluh.
Ini resepi unik yang dikongsikan Puan Zainun Haji Tun. Katanya, bila dah menjadi rasa dia sedap sekali.
“Alhamdulillah, percubaan pertama yang menjadi ‘kismis belimbing buloh”. Lepas ni tak usah biarkan belimbing terbuang macam tu saja, ambil buat ‘kismis’… sedap yakmat.
Sebab ramai yang minta resepinya, saya share di sini
Resepi Kismis Belimbing Buluh
2 kg belimbing buluh
1 kg gula putih (gula pasir)
1 sudu makan kapur sireh
1 liter air putih
Caranya :
Basuh belimbing, rendam dalam air kapur lebih kurang 2 jam. Basuh, buang tangkai dan toskan.
Masak 1/2 kg air gula, dah mendidih tuang belimbing dan biarkan sampai air gula agak pekat. Hati-hati masa kacau jangan sampai belimbing hancur dan gula tak hangus.
Masukkan 1/2 kg gula lagi (saya tambah gula sebab belimbing tu masih terasa masamnya), kacau perlahan dengan api yang kecil sampai air gula tu pekat. Tutup api, toskan belimbing, agak dah kering boleh jemur.
Ini versi saya, mungkin rakan lain ada cara tersendiri.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Mudahkan cara nak buat kismis belimbing buluh ini. Haa.. bolehlah cuba ya.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Keenakan kuih lepat jagung ini bukan sahaja terletak pada rasanya, namun terletak juga pada rupa parasnya yang dibungkus dengan kulit jagung. Jika sebelum ini, cubaan kita untuk membuat lepat sering tertangguh gara-gara tiada daun pisang. Tetapi, kali ini gunakan sahaja kulit jagung itu sendiri yang dicuci bersih.
Memang sedap dapat makan lepat jagung terutama yang lepas diangkat dari periuk kukus. Paling ‘best’ bila tergigit ketulan-ketulan jagung halus itu. Dapat pula lepat yang lembut. Memang teringat-ingat rasanya.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat lepat jagung. Boleh cuba buat ya!
Burger Prosperity menu bermusim yang biasanya dijual setiap kali tibanya perayaan Tahun Baru Cina. Iaitu burger daging oblong yang disalut kuah lada hitam berkrim dengan hirisan bawang holland dan salad. Bagi peminat Burger Prosperity mahupun mak anak ramai sebenarnya boleh buat sendiri di rumah, lebih puas hati makan dan jimat. Paling penting ialah untuk hasilkan kuah lada hitamnya yang sedap seperti Burger Prosperity Ala McD .
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Rusidawati Ab Rahman sebagai panduan;
Tengah hari ni tak masak nasi, makan prosperity burger je. Beli kat McD tak puas makan. Buat sendiri makan laaa puas-puas.
Bahan-Bahan:
Oblong Ayam Jenama Ramly (digoreng)
Iceberg lettuce (Guna salad ni sedap,rangup.Mahal sikit dari salad biasa tapi sedap)
Bawang Holland (Hiris Nipis)
Roti (roti kosong vanila brand daily’s)
Bahan Untuk Sos :
1/2 biji Bawang besar dipotong dadu
2 sudu Tepung gandum
1 gelas Air
1 sudu besar Lada hitam serbuk+tumbuk
2 sudu besar Butter
2 sudu besar Sos tiram
1 sudu besar Kicap manis
garam secukup rasa
Cara Membuat :
1. Panaskan butter dan masukkan tepung gandum, kacau sampai jadi keperangan.
2. Selepas tu masukkan air dan kacau.
3. Masukkan pula bawang besar dipotong dadu tadi, lada hitam, sos tiram, kicap dan garam, masak sampai pekat mana yang dikehendaki.
4. Dah nak masak,blend sekejap untuk hancurkan bawang yang ada dalam sos.
5. Grill kan daging oblong dan roti.
6. Celupkan daging yang dah goreng tadi, letak atas roti dan letak bawang yang dah dihiris tadi. Siap!
Artikel ini mengisahkan kejadian tembakan di Golok yang meragut nyawa Mohd Fuad Fahmie Ghazali. Isterinya yang sarat mengandung masih trauma menyaksikan tragedi menyayat hati itu di depan mata sendiri.