Buatlah hibah bersyarat, jika penerima meninggal dulu, harta berbalik pada pemberi. Jadi kepentingan si pemberi terjaga.
Ajal, maut ini kerja Tuhan. Disangka suami yang akan pergi dulu, sudahnya isteri pula dijemput Ilahi lebih awal. Manusia hanya merancang, takdir Allah juga yang menentukan.
Sepertimana kisah yang dikongsikan oleh Kak Maria Perwarisan Wasiyyah. Bagaimana seorang suami bukan saja hilang isteri, dalam masa yang hilang harta bila rumah miliknya di tukar nama kepada isteri dituntut oleh adik-beradik arwah isteri.
Ikuti perkongsian Kak Maria Perwarisan Wasiyyah dan ketahui apakah cara terbaik bagi mengelakkan situasi ini berlaku lagi kepada orang lain.
Buatlah Hibah Bersyarat
Ada seorang suami yang sangat mencintai isterinya.
Malangnya mereka tidak dikurniakan zuriat.
Suami yang bimbangkan akan kebajikan isterinya, jika sekiranya dia pergi dulu telah menukarkan nama di geran rumah kepada nama isteri.
Si suami ini masih ada ibu bapa yang sudah berusia dan dua orang adik lelaki.
Manakala si isteri pula tiada ibu bapa tetapi ada 10 orang adik beradik lelaki dan perempuan. Si suami sangat menyukai silaturahim adik beradik isterinya.
Jika Penerima Meninggal Dulu
Ditakdirkan, si isteri meninggal secara mendadak setelah dijangkiti virus Covid-19 durjana.
Adik-beradik isteri, datang menemui si suami dan mengatakan mereka tidak mahukan rumah tersebut.
Ads
Legalah hati si suami, tersenyumlah dia.
TAPI… kata abang Long kami nak duit nilai harga rumah!!!
Maknanya, mereka mahu hak faraid mereka ditebus oleh si suami.
Harta Berbalik Pada Pemberi
Terkedu si suami.
Perlu menebus rumah sendiri.
Sungguh tidak disangka, mereka akan menuntut hak mereka.
Kerana semasa arwah isteri masih hidup, beliau telah jelaskan dan minta adik-beradiknya jangan tuntut rumah tersebut sebagai pusaka beliau.
Adik-beradik dengan yakinnya menyatakan “Takkanlah kami buat macam itu, dekat suami kau. Kami sudah anggap dia macam adik sendiri.”
Janji tinggal janji.
Kini suami menyendiri.
Sudahlah kehilangan isteri.
Menumpang pula di rumah sendiri.
Kongsi Kak Maria, bagi kes sebegini, kebiasaanya dia akan usulkan mereka nembuat hibah harta bersyarat ruqba. Dengan hibah bersyarat ruqba kepentingan si pemberi (tuan punya harta) dan si penerima akan terjaga.
Ads
Jika pemberi meninggal dahulu, harta jadi milik mutlak penerima. Sebaliknya jika penerima yang meninggal dulu, harta akan berbalik kepada si pemberi iaitu tuan punya harta.
INFO:
Tambahnya, sebenarnya hibah harta terdiri daripada tiga jenis hibah iaitu :
1. Hibah mutlak – bagi terus dan terus tukar nama
2. Hibah bersyarat ruqba – Semua rukun syarak dilakukan sama ada ketika hidup atau pertukaran nama selepas kematian.
3. Hibah umra’ – Hibah ini tak dipraktiskan di Malaysia.
Mingguan Wanita : Bab harta pusaka ini jangan dibuat main, kadang-kadang manusia boleh kelabu mata jika melibatkan bab wang ringgit walaupun adik-beradik.
Betapa hebatnya kuasa peluk anak tetapi masih ramai mak ayah yang tidak mengamalkan tip mudah ini untuk melembutkan hati anak-anak yang sedang kecewa.
Lagi teruk, ada mak ayah terus marah dan membiarkan anak baik sendiri. Salah gayanya itu, sepatutnya anak-anak kena dipeluk dan dicium setiap hari bagi mood bahagianya muncul.
Seperti yang saudara Muhammad Hassan amalkan, peluk cium itu makanan jiwa dan rohani untuk anak-anak.
Bina emosi,bina akhlak.
Anak-anak tinggikan suara depan mak ayah,melenting apabila ditegur,susah dengar cakap apabila disuruh. Sebenarnya bukan akhlak mereka bermasalah sebaliknya emosi mereka sedang terganggu. Anak buat salah mak ayah pukul,tengking,denda,pulau mereka. Dari kecil anak-anak dibesarkan dalam suasana huru hara. Paling Sadis dipukul sehingga meninggalkan kesan. Semua ini akan ganggu emosi mereka.
Apa kata sentiasa peluk dan cium anak jika mereka buat salah,tidak dengar cakap. Bagi yang dewasa ajak berbual, dengar apa yang mereka ingin luahkan. Adakalanya kita perlu jadi pendengar yang setia untuk mereka, bahkan lebih dari kawan-kawan mereka. Dengar masalah mereka walaupun dalam perkara yang remeh.
Kuasa Peluk Anak
Insya Allah asbab peluk dan cium anak degil akan jadi anak yang taat, anak yang kasar akan jadi anak yang mendamaikan. Rahmat الله akan bersama kita tatkala saat kita peluk anak dengan kasih sayang. Rotan dah boleh gantung di dinding dengan tenang.
Nabi s.a.w tidak pernah pukul anak dan isteri. Cara nabi s.a.w bentuk umat dengan akhlak dan kasih sayang. Senda gurau bersama anak dan isteri. Adakalanya nabi s.a.w berkejar-kejaran dengan aisyah r.ha. Biarkan aisyah r.ha menang dan adakalanya nabi s.a.w menang. Nabi s.a.w suka bergurau dengan anak-anak kecil. Inilah akhlak seorang manusia yang sangat mulia disisi Allah s.w.t,didik umat dengan penuh kasih sayang.
Tuan Puan Perbaiki JIWA kita, perbanyakkan istighfar. Anak degil, anak bermasalah, anak isap rokok, anak tidak solat, suka keluar rumah,balik lewat malam puncanya dari kita. Kita tidak hidupkan kasih sayang dalam jiwa mereka. Mereka tidak faham apa itu erti kasih sayang, yang mereka faham erti ‘ketakutan’ ‘Kebencian’
Dari kecil ajar anak-anak ‘khidmat’. Kemas rumah bukan sebab takut mak ayah, tetapi sebab sayang mak ayah, sebab nak kejar pahala. Setiap hari dakwah mereka kelebihan khidmat. Dengan khidmat الله lembutkan hati yang keras.
Adik kemas rumah, basuh pinggan, basuh kasut sekolah, buang sampah nanti الله bagi hadiah untuk adik disyurga, nanti الله sentiasa sayang adik,nanti الله bantu adik ketika susah dan senang. Bukan kemas rumah untuk dapat hadiah atau habuan dunia. Hari-hari cakap begini kepada Anak.
Salah faham kita hari ini, letak habuan dunia depan anak. Anak kemas rumah mak janji bagi rm10, mak janji bagi PS3, mak janji ajak jalan-jalan di Mall. Sampai satu tahap mereka akan ‘boikot’ jika tidak tunaikan apa yang kita janjikan. Hadiah bagi kemudian untuk raikan mereka.
Apa Yang Mak Ayah Perlu Buat
Waktu makan suapkan makanan untuk anak walaupun telah dewasa. Hidupkan solat-solat sunat bersama anak, hidupkan zikir, berzanji,qasidah, ta’lim, al-quran secara berjemaah.
Saya yakin dan percaya, akan lahirnya anak-anak yang Taat الله Rasul jika kita sentiasa hidupkan suasana kasih sayang dalam kehidupan mereka. Paling penting Jangan tunjukkan masalah peribadi kita, masalah pejabat kita,jangan gaduh suami isteri depan mereka. Tunjukkan akhlak dan layanan yang baik terhadap mereka.
Anak adalah amanah yang الله anugerahkan kepada kita untuk bawa mereka masuk syurga bersama. Ibu-ibu,ayah-ayah, tahan tangan kita dari memukul mereka. Ringankan tangan untuk peluk cium mereka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Penulis tertarik apabila membaca perkongsian dari seorang ibu tunggal yang cukup tabah iaitu Puan Dzuriasikim Dzulkefli. Ibu ini meluahkan mengenai hal nafkah yang mana telah membuatkan ramai wanita yang terpaksa berpisah dengan pasangan mereka turun naik mahkamah.
Ikuti perkongsian yang cukup menarik ini yang boleh dijadikan motivasi dan panduan buat mereka yang bergelar ibu tunggal.
gambar kiri, kenangan sewaktu anak masih kecil. Kanan (terkini)
Menerusi laman Facebook Dzuriasikim Dzulkefli menyatakan;
“Berasa sedih apabila bekas pasangan tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Membuatkan banyak ibu tunggal meletakkan harapan kepada manusia dan seolah rezeki tersekat untuk banyak perkara.
“Sebetulnya begini….
Tenang sahaja
“Kerana Allah memberikan tanggungjawab kepada kita.
“Dan ujian mengikut kekuatan kita.
“Berhenti untuk berharap kepada manusia.
“Saya tidak pernah berharap kepada bekas pasangan untuk menyara anak-anak saya.
“Saya tidak menghabiskan waktu untuk bergaduh di mahkamah demi menuntut hak. Sebaliknya saya selalu yakin dan percaya bahawa rezeki dari Allah itu Maha luas dan tidak akan pernah habis.
Ibu tunggal yang cukup tabah.
Telah bernikah selama 20 tahun
Ketika Hakim berkata kepada bekas pasangan saya…
“Kamu telah bernikah selama 20 tahun dan dia telah melahirkan 5 orang anak buat mu. Tidakkah kamu ingin memberikan sedikit saguhati kepadanya?”….
“Tidak….” Jawab bekas suami saya.
Dan Tuan Hakim bertanya kepada saya jika ada apa-apa yang saya ingin tuntut….
Saya menjawab….
“Saya yakin dengan rezeki Allah…. Tak apalah Yang Arif jika saya tak dapat apa-apa pun….”.
“Rasa hiba. Bukan kerana tidak mendapat apa-apa. Tetapi kerana penantian yang begitu lama akhirnya berakhir. Nilai detik itu jauh lebih berharga buat saya dari sebarang bentuk harta.
“Itu sahaja.
“Biarpun saya tidak punya sebarang pekerjaan waktu itu.
“Saya tidak punya harta.
Tidak punya simpanan
Datang ke mahkamah pun dengan menaiki teksi sahaja.
Namun saya tidak ada pergantungan kepada manusia melainkan Tuhan. Dan dengan keyakinan 300% sewaktu saya melafazkan kata-kata itu.
Wanita,
Berhenti berharap kepada manusia
“Kerana tidak ada satupun yang sukar bagi Tuhan jika Dia mahu memberi.
“Jangan sesekali salahkan bekas pasangan jika dia tidak mampu atau tidak mahu memikul tanggungjawabnya. Jangan menghukum. Jangan buat kerja Tuhan.
“Saya sentiasa memaafkan semua orang. Tidak ada sebarang feelings dendam dalam jiwa saya. Zero dendam. Kosong.
“Yang ada hanya kesyukuran.
“Saya menangis kerana sangat bahagia dengan ketentuan yang Allah berikan.
“Jadi wanita yang kuat dan cekal.
“Tuhan lebih tahu apa kemampuan mu…
“You will be fine.
“Stay strong.”
Bersama anak-anak kesayangan.
Sumber/Sumber Foto: Facebook Dzuriasikim Dzulkefli Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tak sabar rasanya untuk melangkah ke hujung minggu selepas penat berhadapan dengan pelbagai kerenah dan tekanan di tempat kerja. Inilah masanya untuk berehat dan menumpukan perhatian terhadap keluarga yang sememangnya memerlukan perhatian daripada ibu bapa.
Bayangkan, hujung minggu ini berehat sambil menikmati hidangan brunch yang menyelerakan, apatah lagi dengan akses kolam renang untuk si kecil!
Itulah keunikan yang ditawarkan Sunset Terrace Sunway Resort Hotel sempena Splash & Brunch setiap Sabtu dan Ahad di Aras 1 Sunway Resort Hotel bermula jam 12 tengah hari hingga 4 petang.
Pastinya anda sekeluarga sudah bersedia untuk merasai pengembaraan hujung minggu yang menakjubkan, menikmati pelbagai jenis makanan sambil anak-anak boleh bermain air sampai puas. pakej menarik dan berbaloi tersebut dicipta khas untuk memeriahkan rancangan hujung minggu bersama tersayang.
Makan Bersama Keluarga
Harga bermula RM208+ untuk dewasa dan RM104+ (kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun) dan warga emas (60 tahun ke atas). Manakala kanak-kanak bawah 6 tahun adalah percuma. Hidangan bufet yang menampilkan seleksi hidangan brunch antarabangsa menjadi menu mengiurkan untuk sarapan pagi dan tengah hari tersebut.
Antara hidangan enak yang menarik pastinya memenuhi gastronomi anda termasuklah salmon and egg quesadilla, chicken and egg tacos, sausage gravy lasagna dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, hidangan brunch seperti shahshuka signatur, ayam dan wafel turut memenuhi ruangan buffet. Selain itu, hidangan berinspirasikan Amerika Latin seperti Roast Whole Lamb on the Spit, Salmon En Croute, Seafood Paella dan aneka churrasco turut menjadi pilihan bagi anda yang inginkan hidangan yang mengenyangkan.
Ruang kegemaran dan tumpuan kanak-kanak pastilah di hamparan mini-me , ruang Kids Dining pasti membuatkan mereka teruja untuk mengisi perut selepas penat bermain di kolam renang yang luas dan saujana mata memandang.
Sememangnya, keunikan yang ditawarkan Sunset Terrace Sunway Resort Hotel sempena Splash & Brunch ini bakal menjadi pilihan warga kota yang inginkan suasana percutian dalam bandar yang santai dan tidak jauh untuk dikunjungi.
Jika anda sekeluarga sudah bersedia untuk merasai pengembaraan weekend yang menakjubkan, jangan lepaskan peluang untuk memilih tawaran terbaharu hotel mewah tersebut.
Inilah masanya untuk seisi keluarga bersantai dan menikmati pelbagai hidangan istimewa sambil merehatkan diri di tepi kolam renang. Anda juga boleh membawa anak-anak untuk ke Kelab Kanak-Kanak Wonderland Explorers supaya masa berdua bersama insan tersayang tidak terganggu.
Ruang senggang hujung minggu pastinya lebih dimanfaatkan dengan keseronokan apabila berada bersama keluarga tersayang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.