Pertama kali ‘masuk’ dalam keluarga pasangan, perkara yang paling merisaukan dan menakutkan tentang penerimaan mentua dengan bakal menantu anak-anaknya. Mampukah dia hargai menantu dan anggap seperti anaknya sendiri.
Tak semua mentua boleh hargai menantu dan menerimanya. Tak mustahil, perpisahan antara suami isteri disebabkan oleh mentua yang merasakan dia bukanlah menantu pilihan dan tidak mempunyai apa-apa.
Inilah yang berlaku pada suami isteri ini bila mentua langsung tidak hargai menantu dan merasakan menantu hanya menyusahkan anaknya hanya kerana dia bukan menantu pilihan. Luahan hati dari seorang bekas menantu.
Ini coretan hatiku selepas anak lelakimu menjatuhkan talaknya dan sempena hari penghabisan Iddahku.
Emak,
Emak memang emak yang cukup sayangkan anak dan tidak boleh melihat kesusahan anak walaupun sekelumit pun.
Memang saya bukan menantu pilihan, berdasarkan saya tidak bekerja tetap dan emak tidak tahu yang bekas menantumu ini adalah lulusan master di UK.
Ya, saya tidak menghebohkan kepada sesiapa kerana bagi saya sijil ini tidak perlu dihebahkan dan menjadi ukuran sebagai calon menantu.
Bila kali pertama kita bertentang mata, ayat pertama emak adalah apakah pekerjaanku. Saya hanya menyatakan saya bekerja sendiri di samping menjadi guru tuisyen part time.
Belum habis mukadimah, emak terus menarik muka di hadapan saya.
Ya, anak emak itu bekerja kerajaan, sebagai pembantu perubatan. Dengan mudahnya emak luncurkan ayat, “paling tidak pun carilah jururawat” di depanku pada pertemuan pertama kita.
Minta Restu Mak
Emak, emak tahu tak selepas itu saya membawa diri jauh dari anak emak. Bukan kerana rajuk, tetapi saya tidak ingin perkahwinan yang mendapat restu terpaksa dari emak mertua.
Ads
Kerana anak emak itu masih mencari saya, menagih cinta sehingga masuk hospital akibat depresi, saya membuat solat istikarah dan dialah yang saya nampak sebagai jodoh saya.
Oleh itu saya menerima dia dengan harapan yang satu hari nanti emak akan menerima saya.
Emak, memang dia anak emak, tetapi hanya pasangan hidup yang lebih mengetahui dari hujung rambut hingga hujung kaki sang suami.
Emak mengatakan yang anak emak ini bekerja kuat dan mempersoalkan saya kenapa tidak minta kerja gomen.
Tapi emak tidak tahu, pusat tusyen yang saya katakan saya bekerja part time guru itu adalah milik saya.
Rumah yang anak emak duduk itu rumah saya, kereta yang anak emak bawa emak pergi jalan jalan itu adalah kereta saya.
Ya, saya halang dia untuk berterus terang kerana maruah suami saya perlu jaga. Lagipun pasti emak rasa janggal sekiranya emak bertandang ke rumah menantu, bukan rumah anak emak sendiri.
Saya sayangkan emak, dan saya sayangkan suami waktu itu. Setiap kali emak datang, ada sahaja tidak kena.
Emak tengking saya bila saya ingin renovate rumah kononnya tidak bersyukur rumah yang suami sediakan.
Emak buang masakan saya kerana kononnya masakan saya ini menambah penyakit anak emak.
Duhai emak, kerana mulut saya ini ringan kononnya ingin menjaga emak dek kerana sakit, saya menjadi hamba di rumah sendiri.
Ads
Dikatakan Mandul
Selama 5 bulan kami berkahwin emak sudah heboh mengatakan saya ini mandul. Habis semua ipar duai mengata saya dan bila saya enggan balik kampung, emak hamburkan kata kesat kepada saya.
Tahukah emak disaat itulah saya baru keguguran kerana terlalu stress dengan sikap keluarga mertua.
Ya silap saya kerana saya banyak pendam. Saya banyak menjaga hati semua orang, maruah suami sehingga diri saya tergadai dan depresi.
Setiap bulan emak dapat duit belanja RM700 dari suami. Emak ku sayang, emak tahu tak berapa gaji sebagai pembantu perubatan setiap bulan?
Bila suami belikan emas sebagai hadiah, emak merajuk balik kampung sampai enggan bercakap dengan anak emak.
Habis saya dimaki oleh ipar duai mengatakan saya menantu derhaka walaupun ipar ipar itu tak de sorang pun yang ingin menjaga emak.
Berpisah, Jalan Terakhir
Emak, 8 bulan usia perkahwinan kami saya memohon fasakh. Ya, kerana saya tidak sampai hati melihat air mata anak emak hari hari apabila emak enggan bercakap dengannya.
Saya tidak berdendam mahupun bergaduh dengan suami. Tapi saya enggan melihat suami tersepit di antara isteri dan seorang ibu yang melahirkannya.
Apabila kes cerrai berjalan, emak datang ke mahkamah dan paksa anak emak untuk dapatkan hak rumah itu.
Ads
Barulah terbongkar semuanya yang segala harta benda termasuk kereta adalah milik saya yang mutlak. Tiada harta sepencarian kerana semuanya saya beli sebelum kahwin.
Emak tersayang, saya kembalikan anakmu semula dan kahwinkanlah dia dengan menantu pilihan emak.
Walaupun dia masih sayangkan saya, tapi saya selalu mengatakan.. isteri boleh dicari, tapi emak hanyalah seorang didunia ini. Biarlah saya beredar kerana saya jugak ada hati yang ingin dijaga.
Masih Sayang
Buat R, 8 bulan menjadi isterimu adalah kenangan terindah sepanjang hidupku. Ketahuilah yang bekas isterimu ini redha diatas segalanya. Bahagialah dirimu dengan kunci syurgamu dan doaku takkan pernah terputus hingga akhir hayatku
Buat semua pembaca, jadilah memoriku ini sebagai pengajaran.
Sekiranya bakal mertua sudah tidak berkenan, janganlah teruskan hubungan kerana amat jarang bagi seorang ibu mentua dapat menerima menantu bukan pilihan apabila sudah berkahwin kelak.
Buat ibu ibu mertua, hargailah menantumu. Kerana hanya mereka yang mengetahui mengenai kekurangan dan kelebihan anakmu.
Harta dan pangkat bukan beerti menantumu itu akan menjaga dan menyayangimu hingga akhir usia.
Sekian nukilanku, Laila.
Mingguan Wanita : Sayang macam mana pun, kalau mentua tak suka, susah juga.
Suami pinjam duit dengan isteri. Mungkin itu perkara biasa dan ada pula isteri tak kisah pun bab-bab berhutang ini. Maklum saja hidup suami isteri kena saling tolong menolong. Apalah nak berkira sangat kan!
Walau bagaimanapun, hutang tetap hutang. Mungkin sepanjang hidup bersama isteri boleh pejam mata bila suami pinjam duit. Tapi, kalau ditakdirkan jodoh tidak panjang, apa yang perlu isteri lakukan. Nak tuntut balik apa yang suami hutang itu, ada bukti atau sebagainya?
Suami pinjam duit ini bukanlah termasuk hutang nafkah tapi suami hutang duit isteri untuk beli barang keperluan dirinya, buat pinjaman atau boleh jadi hutang wang hantaran. Jadi, bagaimana isteri nak tuntut kembali apa yang suami hutang itu.
Bercakap tentang suami pinjam duit isteri ini, Tuan Khairul Fahmi Ramli, peguam syarie berkongsi tentang apa yang patut isteri lakukan sebelum beri pinjam duit pada suami.
Saya kongsikan tentang 5 perkara isteri perlu lakukan kalau nak bagi pinjam wang ke atau barang berharga kepada suami.
Lebih-lebih lagi bila isteri sudah berpisah dengan suami dan macam mana nak tuntut balik duit yang dipinjam kepada bekas suami.
1. Kena catat & buat perjanjian bertulis Kalau anda nak pinjam duit dekat bank, ada ke bank bagi macam tu saja duit kepada kita? Tak bukan? Bank mesti akan buat satu perjanjian bertulis, berapa yang diberi, berapa kena bayar setiap bulan.
Macam tu juga anda. Kalau nak bagi pinjam duit pada suami, apa salahnya buat Perjanjian Bertulis yang proper. Lagi power kalau ada cop pesuruhjaya sumpah. Bukan nak berkira dengan suami, tapi Al-Quran yang suruh catat hutang.
Anda kena ingat, kalau pun mungkin anda tak bercerai hidup, tapi pasti akan ada kematian. Kalau suami mati dalam keadaan dia berhutang dengan isteri, macam mana anda nak beritahu suami ada buat pinjaman kepada anda di Mahkamah?
2. Dokumen harta anda yang nak diberi pinjam Ramai isteri yang pernah bagi pinjam harta seperti barang kemas hantaran kahwin dulu untuk digadai oleh suami. Tapi, masalah besar adalah, surat pajak barang kemas yang digadai tu anda tak simpan. Suami yang pegang. Kemudian, anda pun tak tahu dimana digadai.
Kalau anda jenis simpan duit sendiri, bukan melalui bank ke, ASB, KWSP ke, payah kalau anda nak buktikan tentang dokumen pemilikan harta anda tersebut. Jikalau pun anda mungkin simpan duit berkepok-kepok di rumah, nak bagi pinjam pada suami, masukkan dulu duit tersebut di bank anda. Barulah ada bukti itu duit anda.
3. Jangan bagi duit By hand atau Cash Deposit Ini kesilapan yang paling besar kalau nak bagi pinjam duit pada suami. Banyak isteri selalu bagi dalam bentuk cash sama ada ke atas tangan suami terus atau anda pergi bank dan buat pembayaran secara Cash Deposit. Kalau by hand tak ada bukti anda bagi pinjam, kalau cash deposit, resit itu akan pudar.
Suami juga boleh menafikan yang anda bagi duit sebagai pinjaman sahaja. Dia boleh saja cakap, duit itu anda bagi sebagai ‘sedekah’ atau ‘hadiah’. Yang terbaik adalah, Online Transfer dan tuliskan Reference, ‘Suami Pinjam Bayar Hutang Kereta Dia’ contohnya.
4. Saksi seorang at least Dalam Islam, selain daripada membuat catatan hutang, kena ada sekurangnya seorang saksi. Kalau anda buat pinjaman di bank pun, dia akan mintak untuk dinamakan seorang ‘penjamin’ kan. Anda pulak, tak kan nak bagi pinjam senyap-senyap.
Kena ada saksi yang tahu tentang hutang yang anda beri, siapa pemiutang dan siapa penghutang. Ingat, kalau anda tuntut di Mahkamah, saksi itu adalah bukti penting. Kalau anda menangis air mata darah sekalipun dihadapan hakim, itu bukan bukti.
5. Perbualan Whatsapp/Email/Mesej Salah satu benda yang boleh membuktikan tentang hutang suami adalah perbualan anda di dalam Whatsapp contohnya. Anda perlu remind suami anda, untuk peringatkan tentang hutang yang diberi.
Kalau suami cakap, anda asyik mengungkit, cuba beritahu, ‘saya peringatkan bukan sebab apa, bimbang dalam kubur nanti roh tergantung atau awak tersungkur di pintu syurga pulak sebab hutang awak di dunia ni’.
Syukur la kalau ada orang peringatkan tentang hutang, kalau pinjam Ah Long, bukan setakat peringatkan, tapi nyawa pun terancam.
Kesimpulan,
Jangan buat main-main tentang hutang. Kalau anda berhutang dengan siapa sekalipun, ini prinsip berhutang yang perlu diamalkan. Kalau bagi pinjam sikit-sikit, terpulanglah nak buat atau tak. Tapi, kalau nak bagi pinjam jumlah besar, RM10k, RM20k, RM100k ini sangat rugi kalau tak buat.
Mingguan Wanita : Bagi isteri, bagi pinjam duit pada suami tak kisah tapi kalau dah kata ‘HUTANG’ kenalah bayar kan. Satu peringatan untuk isteri.
Tonton Meja Syariah yang membincangkan tentang ‘Suami Hutang Isteri, Jangan Tak Bayar!’ yang menyentuh isu suami pinjam duit isteri.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
“Happy Birthday Sayang, Isteri Ku Dunia Akhirat” begitulah antara bait-bait ayat daripada pelakon Datuk Jalaluddin Hassan yang terkenal degan gaya romantik dan menjadi pujaan wanita buat isteri tercinta.
Sempena ulang tahun kelahiran isteri Datin Rapidah Abd. Ghani yang ke 50, Jalaludin telah menitipkan kata-kata yang mampu membuatkan ramai orang tersenyum.
Sememangnya pelakon veteran hebat ini seorang yang mampu membawa kelainan apabila membawakan watak lelaki berusia tetapi romantik. Dalam realiti kehidupan Jalaludin juga dilihat sebagai seorang suami dan bapa yang cukup penyanyang. Beruntung sungguh isterinya.
“Happy Birthday Sayang, Isteri Ku Dunia Akhirat”
Seperti mana yang diluahkan menerusi perkongsian di akaun sosial rasmi Instagramnya, Jalaludin mendoakan kesejahteraan kesihatan dan juga kehidupan buat insan yang paling disayangi.
“Selamat ulang tahun yg ke 50.
“Semoga Allah kurniakan keberkatan, kesihatan, kesabaran, ketaatan, di murah kan rezeki, keikhlasan hati dalam pergaulan juga ketika beribadat dan di kurniakan kebahagiaan dunia akhirat hingga ke jannah.
“HAPPY BIRTHDAY SAYANG,
“ISTERI KU DUNIA AKHIRAT,” begitulah luahan yang cukup sweet dan membuangkan ramai orang terutama wanita di luar sana yang ‘bersemut’ mendengarnya.
Mudah je rupanya mak-mak nak buat sendiri tilam bayi ekspress, hanya perlukan sarung bantal, bantal kecil dan tuala mandi sahaja.Paling penting ia menjimatkan kos dan cukup sedang nak buat, hanya perlukan 4 langkah.Kalau waktu-waktu ‘kecemasan’, mak-mak terlupa nak bawa tilam bayi atau nak jimat bajet boleh gunakan cara ini.
Bahan-Bahan:
Sarung Bantal
Tuala mandi saiz sederhana
Bantal Kecil
Cara Membuat:
1.Gulung tuala mandi seperti dibawah dan bentukkan huruf ‘U’ terbalik.
2.Masukkan kedalam sarung bantal yang bersih.
3.Pastikan, tuala mandi tersebut tertutup sempurna.
4.Kemudian, masukkan pula bantal kecil sebagai pelapik pada bahagian tengah.
5.Perkemaskan ia seperti ini.
Siap! Selamat mencuba!
Mudah je kan.Boleh lah letakkan bayi kesayangan, agar dapat tidur dengan lebih selesa dan tidak perlu risau terjatuh lagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...