'Ada Yang Tanya, Betul Panas Ke Masa Celup Tangan Cekau Sup Bunjut Tu’ - Noorkhiriah

Siapa yang masih tak tengok scene sup bunjut dalam drama Nur semalam memang rugi besar. Sebab tak dapat nak bergelak ketawa tengok aksi kelakar-geram, Noorkhiriah Ahmad Shapie yang melakonkan watak Aishah (Ecah). Lagi-lagi bila Ecah mati-mati beritahu ada bahan sihir dalam sup, tapi bila Ecah jumpa itu rupanya sup bunjut. Lagi kelakar bila ayah Ecah, lakonan Datuk Jalaludin Hassan perli anaknya yang malas masak, sampai sup bunjut pun tak kenal.

Ramai betul yang merindukan lakonan Noorkhiriah ini sebenarnya. Apa saja watak yang diberikan, mesti akan dibawanya dengan baik. Bab-bab kelakar tu memang adalah. Kalau dulu gelaran Bedah Tong Gas melekat sangat dengan Noorkhiriah, nampaknya kali ini dah jadi Ecah Sup Bunjut pula.

Ada satu part tu yang mana Noorkhiriah perlu celup tangan dalam kuah sup yang masih panas. Dan dengan spontan, Aishah menjerit ‘panas’. Punyalah berkesan di hati babak tu, sampai ada peminat yang tertanya-tanya reaksi spontan waktu itu betul-betul atau dibuat-buat.

 

‘Ada Yang Tanya, Betul Panas Ke Masa Celup Tangan Cekau Sup Bunjut Tu’ – Noorkhiriah

IKLAN

Betul Panas Ke Kak..

Kata Noorkhiriah dalam instagramnya, peminatnya tanya, “Betul panas ke kak?” Haa.. ini jawapan Noorkhiriah. “Ya dik, memang panas tapi tak adalah panas meletup. Dia panas suam pasai baru pas perangat.”

Tapi apa ada hal. Dah kerja. Sauk jelah. Kerana itu pun membantu karakter. Alhamdulillah.. cicak berbunyi lak on time. Maka spontan cicak pun masuk dalam dialog.” Imbas Noorkhiriah tentang lakonannya.

Tambahnya lagi, “Apa pun Nur dah nak sampai ke garisan penamat. Kita habiskan gelak minggu ini. Minggu depan kita nangis berjemaah sebelum raya ya. Ko memang hebat sup bunjut. Viral tu.”

IKLAN

Terima kasih Allah atas peluang reseki ini. Terima kasih abang Ezad yang tak pernah jemu dengan Nor dan terima kasih famili Nur. Ecah Sup Bunjut sayang semua.

 

IKLAN

Suka Sangat Watak Aishah

Dalam satu temu bual radio pula Noorkhiriah pernah memaklumkan yang dirinya cukup suka dengan watak Aishah. Kerana ia adalah realiti. Yang mana luaran seseorang itu tidak menggambarkan dalaman sebenarnya.

Drama Nur ini bersiaran selama 19 episod di Slot Samarinda TV3 dari hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Drama arahan Shahrulezad Mohameddin ini turut menampilkan pelakon Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Raja Atiq, Zaidi Omar, Laila Nasir, Elmy Moin, Kuna Muzani.

Sumber/Foto : Noorkhiriah Ahmad Shapie

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI