Biasanya anak-anak memang suka makan kentang goreng ‘wedges’ ni. Dinikmati dengan sos keju cair memang bertambah sedapnya. Bila beli boleh tahan juga harganya, dan kuantitinya pun sikit je. Sebenarnya bila mak-mak buat sendiri wedges homemade yang sedap ni, lebih jimat dan memang puas hati makan.
Nak cuba buat wedges sendiri, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Sabariah Sisa ini.
Resepi wedges homemade. Mesti anak-anak suka.Selalu kalau pergi KFC mesti nak kena oder sekali dengan wedges ni. Macam wajib ada pulak.Sekarang ni tak payah pergi jauh-jauh dah, buat sendiri kat rumah pun boleh.Buat saja ikut citarasa sendiri. Nak banyak-banyak pun tak da masalah. Ni sab share cara nak buat wedges homemade punya.
Bahan-Bahan:
4 biji kentang (kalau tak nak kupas kulit pun tak apa, tapi pastikan kena basuh bersih dulu lah ya)
Mixed herbs
Lada sulah
Garam
Tepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna Bestari)
Cara Membuat:
1. Potong kentang dalam bentuk wedges.
2. Kemudian, kukus kentang supaya lembut. Jangan lembut sangat, boleh agak-agak sendiri. Nak kukus tu lebih kurang dalam 5-7 minit.
3. Selepas dikukus, keluarkan kentang dan letak dalam mangkuk. Taburkan mixed herbs, lada sulah dan garam. Tak semestinya ikut jenama macam dalam gambar. Boleh saja nak guna jenama apa pun. Pastu gaul sebati.
Ads
4. Seterusnya taburkan pula tepung jagung. Gaul sebati.
5. Goreng tenggelam kentang tadi tu dalam minyak hingga kekuningan dan garing. Apabila siap, bolehlah dihidang bersama sos cili atau sos cheesy.
Ads
Sos Cheesy Homemade
Bahan-Bahan:
3-4 sudu makan mentega/marjerin
250ml susu segar/susu cair
1 sudu makan tepung gandum yang diayak
1 kiub pati ayam
6 keping keju biasa
Sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
Sedikit pewarna kuning (optional)
Cara Membuat:
1. Mula-mula cairkan mentega. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau hingga tepung sebati.
2. Masukkan pula kepingan keju, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau sebati hingga masak. Pewarna kuning boleh ditambah untuk menaikkan warnanya.
3. Pastikan sos tak terlalu pekat/terlalu cair. Agak-agak dah sesuai boleh tutup apinya dan terus dihidang bersama kentang wedges tadi. Tambah mayonis pun sedap.
Ads
Kalau nak senang guna saja serbuk cheese segara tu. Main bancuh saja dengan air panas. Kacau-kacau siap.
Kalau ada lebihan nasi di rumah, selain buat nasi goreng rupanya boleh juga di buat cucur.Bukan apa selalu mak-mak hanya menggunakan tepung gandum semata. Tapi sebenarnya nasi yang dikisar halus juga boleh ditambah dalam bancuhan cucur. Nak dapatkan Cucur Nasi Pedas yang garing isi lembut pula, syaratnya kena guna air sejuk.
Resipi dan cara-caranya dikongsikan oleh Puan Rossita Omar atau lebih mesra membahasakan dirinya Tok Ma.
Berikut perkongsian tersebut;
“Jomm..bersarapan.Tokma buat Cucur Nasi Pedas untuk pagi ini.Tokma guna air sejuk coway. Hasilnya cucur amat-amat garing tapi lembut sangat isi dalamnya. Berongga-rongga.”
Cucur Nasi Pedas versi tokma
#AirtanganTokma.
Bahan-Bahan:
Nasi
Air Sejuk
Garam halus
Kiub pati ikan bilis
Bawang merah (dihiris)
cili padi (diracik halus)
Ikan Bilis (digoreng & diramas kasar)
Tepung gandum
Cara Membuat:
1.Kisarkan nasi bersama air sejuk, garam halus dan kiub pati ikan bilis.
2.Campurkan pula bawang merah, cili pada dan ikan bilis, gaul rata.
3.Masukkan tepung gandum secukupnya. Biar kental sikit supaya tak lerai apabila digoreng nanti.
4.Goreng guna api sederhana. Bila dah kekuningan dah boleh angkat.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ada lebihan nasi di rumah tu bolehlah mak-mak cuba buat cucur pula. Paling senang nak buat, anak-anak pun mesti suka.
Sayur Campur Sentap Selera! Menu sayur campur memang tak pernah mengecewakan. Samada dicampur dengan udang, daging mahupun ayam. Paling penting jangan goreng lama sangat, hilang pula khasiatnya.
Menu sayur campur ini sedap lebih-lebih lagi dimakan dengan nasi panas dan telur mata atau telur dadar.
Sayur Campur Sentap Selera!
Mak Empal Masak Apa Hari Ini? kongsikan menu Sayur Campur Sentap Selera! Untuk mak-mak hidangkan pada keluarga tersayang.
Bahan-Bahan:
Udang – 10 ekor
Bawang putih – dipotong halus
Bawang merah – dipotong bulat
1 genggam ikan bilis
1 biji lobak merah
Kacang buncis
Kacang pea
Putik jagung
2 biji cili merah (dipotong halus)
Cara Memasak :
1.Masukkan minyak di dalam kuali kemudian panaskan.
2.Tumis bawang putih hingga kekuningan kemudian masukkan bawang merah.
3.Bila sudah separuh garing masukkan ikan bilis.
Gorengkan hingga ikan bilis separuh garing kemudian masukkan udang.
5.Bila udang sudah berwarna keemasan masukkan pula kacang buncis, kacang pea, putik jagung, cili merah kemudian lobak merah.
Kacau sebati letakkan garam dan serbuk perasa. Jangan biarkan terlalu lama di dalam kuali takut hilang pula khasiat sayuran.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan mudah bagi peniaga untuk berkongsi resipi jualannya yang dibuat niaga.Namun Puan Norhaniza Kamaruddin ini, bermurah hati sudi berkongsi resipi Cucur Kucai Udang yang cukup laku jualannya.Kata peniaga ini, resipi ini cukup mudah untuk dibuat malah wanita ini menjualnya dengan harga RM1 untuk 4 ketul. Istimewanya, cucur ini menggunakan udang kertas yang mempunyai rasa lebih ‘manis’.
Berikut perkongsian resipi cucur kucai udang peniaga Norhaniza Kamaruddin sebagai panduan buat mak-mak yang nak mencuba sendiri buat di rumah.
“Cucur kucai udang laku keras.Saya jual RM1 4 ketoi.Resepi yang simple..Semua orang boleh buat.Saya halalkan resepi ini untuk kita semua.”
Bahan-Bahan:
1kg Tepung
1/2peket Ibu roti (Yis)
Garam secukup rasa
1 sudu Lada sulah
2 sudu Cili kisar
1 ikat Kucai
Taugeh RM1 cukup
Udang (Saya pakai udang kertas je, buang kepala dan ekor)
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan kecuali kucai dengan udang.
2.Agak-agak dah tak berketul.. jangan lembik sangat, jangan padat sangat.. nanti keras kejung pulok bila goreng. Selepas tu baru letak kucai dengan udang.
3.Gaul sebati, biarkan dalam setengah jam baru goreng.
4.Pasti kan minyak betul-betul panas.Biar garing-garing sikit..Baru sedap makan.
Tips Ektra!
Bancuhan jangan cair sangat.Biar sedang-sedang..bila pegang hujung jari, jatuh cantik je dalam kuali jadi bulat-bulat bentuknya.
Selamat Mencuba! Inshaallah jadi
MW: Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat. Terima kasih berkongsi resipi yang dibuat jualan niaga.Semoga bertambah murah rezeki. Buat mak-mak yang nak buat cucur kucai udang kertas tu, boleh lah cuba resipi yang dikongsikan ini. Makan panas-panas cicah dengan sos cili atau mayonis memang sedap!.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.