Rasanya kalau buat sendiri semburan serangga untuk tanaman yang kita tanam di rumah, mesti rasa puas hati dan yakin untuk makan. Bukan bermakna penggunaan baja atau semburan berasaskan bahan kimia tidak elok, cuma kena pastikan ia betul-betul selamat digunakan.
Nak dapat bahan semburan serangga di pasaran memang senang. Tapi tak salah kalau nak lagi selamat dan rasa yakin, boleh buat sendiri semburan serangga. Jimat pun jimat.
Perkongsian daripada Tieok Eng boleh dijadikan panduan buat mak-mak yang suka bercucuk tanam dan ingin menjimatkan kos dalam buat sendiri semburan serangga. Bahanya hanya menggunakan nasi yang kita makan sehari-hari.
Perkara yang menjadi masalah bila bercucuk tanam adalah serangan serangga. Daripada elok tanaman membesar, terus terbantut dek ‘tetamu tak diundang’. Malah, salah satu cara untuk untuk pastikan tanaman kita hidup subur pun adalah dengan penggunaan baja atau semburan berasaskan bahan kimia.
Malah, buat sendiri semburan serangga bukan pada tanaman sayitan tapi pada pokok bunga. Sekurangnya dengan baja organik daripada nasi ini, rasa lebih selamat untuk diberikan pada keluarga.
“Pokok cili ini dah subur dan lebat lepas sembur racun sendiri ini. Selain untuk pokok sayur, boleh guna pada pokok bunga juga
Ads
Sengaja masak nasi lebih untuk buat racun homemade untuk hapuskan ulat putih. Jimat dan yang penting sayur yang nak dimakan selamat dari racun yang bahaya pada manusia.
Caranya:
1. Ambil tiga senduk nasi, ramas-ramas.
2. Masukkan nasi tadi dalam botol plastik dan campur dengan air cucian beras pertama. Jangan letak penuh, supaya tak meIetup.
3. Simpan selama seminggu atau lebih. Selepas lebih seminggu boleh terus guna tanpa perlu campur air.
Ads
.
Cara ini pokok sayur yang nak dimakan lebih selamat, tiada bahan kImia.
4. Boleh sembur pada pokok yang ada ulat putih. Boleh sembur hari-hari kalau ada banyak serangga perosak.
Kalau zaman remaja, paling risau bila tumbuh jerawat. Tapi, bila dah makin bertambah usia, muncul pula jeragat. Nak hilangkan jeragat pun agak sukar kalau tidak kena sesuai dengan kulit. Takutnya makin bertambah pula.
Kadang-kadang, penggunaan produk tertentu juga boleh membuatkan jeragat muncul. Mungkin tak sesuai dengan kulit. Satu hal pula nak kena cari produk yang sesuai untuk hilangkan jeragat.
Sebelum mencuba produk tertentu yang tidak tahu keberkesanannya, apa kata cuba dulu petua tradisional untuk hilangkan jeragat.
Ada cara alami nak singkirkan jeragat de gil ini. Guna getah bawang merah saja. Banyak manfaat bawang merah ini untuk kecantikan wanita. Antaranya mengawal paras kolesterol dalam badan dan mencegah keguguran rambut.
Dalam perawatan wajah, getah bawang merah banyak memberi manfaat dan awet muda.
Jadi, tak perlulah bersedih kalau produk kecantikan tak sesuai untuk hilangkan jeragat. Guna saja cara petua tradisional ini.
Cara 1 : Belah bawang merah kepada dua bahagian. Kemudian, secara perlahan-lahan gosokkan bawang tersebut pada bahagian wajah yang berjeragat.
Lakukan dua kali sehari, mak-mak akan dapat lihat jeragat atau pigmentasi semakin pudar. Tapi jangan tonyoh kuat-kuat bimbang boleh cederakan kulit muka.
Cara 2 : Ambil air perahan bawang merah. Campurkan dengan yogurt asli (Tak perlu banyak, cukup untuk sekali pakai). Adun sebati dan sapu di muka. Biarkan 10 ke 15 minit barulah cuci bersih.
Khasiat Bawang Merah
Anti Penuaan
Bawang merah itu sendiri mengandungi vitamin A, C dan E yang bermanfaat untuk melindungi kulit dari sinaran ultra ungu. Ia juga mengandungi sumber quercetin yang mana itulah antioksidan paling kuat untuk menjaga keanjalan kulit wajah.
Caranya : Ambil air perahan bawang merah dan sapukan pada kulit wajah. Biarkan seketika dan basuh bersih. Jus tadi akan membantu meningkatkan perjalanan darah pada kulit wajah.
Kurangkan Jerawat
Kulit wajah yang sensitif dengan produk di pasaran, boleh mencuba cara alami ini. Bawang merah bersifat anti bakteria dan anti keradangan. Getahnya bekerja membu nuh kuman malah membantu menyembuhkan luka bekas jerawat.
Caranya : Campurkan 1 sudu besar jus bawang merah segar dan 1 sudu besar minyak zaitun. Sapukan pada wajah sekitar 20 minit. Selepas itu cuci bersih dengan air dingin. Rasakan kelembutannya.
Fungsi Mencerahkan Kulit
Vitamin C yang ada pada bawang merah membantu menjaga kelembapan dan seri wajah. Jika kulit kelihatan kusam, cubalah sapukan masker bawang merah ini.
Caranya : 1/2 sudu besar jus bawang merah segar, 1/2 sudu kecil susu tepung dan sedikit buah pala. Campurkan sampai jadi kental. Sapukan pada wajah antara 15 ke 20 minit.
Syarat pakai masker tak boleh lebih 20 minit. Nanti boleh mengundang kerengsaan pada kulit. Kemudian bersihkan masker tadi dengan kapas yang dicelup pada susu yang dah dicairkan. Basuh bersih wajah.
Beras & Kunyit
Ambil setengah genggam beras, kemudian rendam semalaman. Toskan dan tumbuk sehingga halus bersama satu sentimeter kunyit hidup.
Selepas itu, gaulkan bahan tersebut dengan putih telur dan sedikit air perahan lemon atau limau nipis. Sapukan pada seluruh wajah sebagai masker. Untuk hasil yang memuaskan, lakukan setiap hari.
Kulit Pisang Berangan
Sapukan wajah yang bermasalah dengan kulit pisang berangan. Gosok bahagian dalam kulit secara perlahan-lahan, lakukan sekerap mungkin. Bukan sahaja jeragat berkurangan malah kulit wajah juga menjadi sekata.
Hampas Kelapa
Hampas kelapa jangan dibuang sebaliknya gunakan untuk merawat wajah dan tubuh. Gosok pada wajah yang bermasalah setiap kali mandi, hasilnya jeragat akan beransur hilang. Ia juga boleh digunakan untuk menggosok tubuh. Ia membuatkan kulit lebih bersih, lembut, halus dan cerah.
Susu Tepung
Jeragat sangat mudah menyerang wanita yang mempunyai kulit yang kering. Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu minum air secukupnya dan gunakan bedak atau krim yang mempunyai perlindungan matahari.
Petua ini juga dapat membantu mengelakkan jeragat dan bagi yang sudah mempunyai masalah tersebut, ia akan berkurangan. Bancuh satu sudu susu tepung dengan air perahan limau nipis. Jadikan masker, sapu rata pada seluruh wajah. Biarkan kering dan bilas dengan air bersih.
Khasiat Sirih Muda
Petik beberapa helai sirih muda, simpan di dalam peti sejuk. Setiap pagi, gosok wajah yang berjeragat dengan sehelai daun sirih muda. Lakukan sehingga jeragat berkurangan, sirih juga membuatkan kulit anda lebih halus.
Kulit Kayu Manis
Caranya mudah sahaja, asah kulit kayu manis dengan menggunakan belakang lesung batu atau pasu. Campurkan air kulit kayu manis dengan bedak sejuk, sapukan pada seluruh wajah.
Atau anda juga boleh sapukan air kulit kayu manis ini secara nipis pada bahagian yang bermasalah. Manfaatnya, jeragat akan kecut, jeragat berkurangan, parut juga hilang dan kulit akan menjadi lebih licin.
Mingguan Wanita : Tak prlulah nak bazirkan duit dengan produk yang mahal-mahal. Bukan apa, bimbang tak sesuai dengan kulit muka. Cuba dulu petua tradisional ini.
Rupanya dengan medium tanah berpasir dan kawasan panas terdedah dengan banyak cahaya matahari barulah asparagus bertunas banyak dan merimbun.
Bagi penggemar aspragus, tumbuhan ini memang agak mahal jika dibeli di pasaraya. Memang lebih jimat belanja dapur dan berbaloi jika tanam sendiri di rumah. Cukup waktu menuai, boleh petik sahaja di laman rumah. Memang segar, lebih organik dan pastinya tanpa menggunakan racun serangga.
Asparagus nak beli selalu memang tak lah, sebab mahal. Tapi tak pe kita cuba tanam. Alhamdulillah..menjadi. Selepas 10 bulan tanam sekarang tak payah beli dah. Jimat duit dapur.
Asparagus ni kena tanam banyak rumpun, baru dapat banyak rebungnya. Sebab serumpun paling banyak saya tuai 3 je rebungnya. Biasa 1 je. Jadi saya tanam 11 rumpun, kumpul dalam 4-5 hari boleh dah buat sayur, goreng dengan udang sos tiram. Sedapnya nyum nyum nyum.
Ini hasilnya tanam dalam pasu je. Guna pasu besar.
Mingguan Wanita: Seronoknya boleh tanam sendiri je asparagus di rumah. Ikut tip yang dikongsikan ini, tanam banyak rumpun memang meriah hasilnya. Namun pastikan guna medium tanah berpasir dan terdedah dengan banyak cahaya matahari.
Rupanya antara petua berkesan untuk menghilangkan pijar pada tangan, lumur dengan minyak! Bukan apa, ada sesetengah orang memang mempunyai kulit tangan yang cukup sensitif, mudah pijar jika menggunakan cili.
Petua menghilangkan pijar yang dibuktikan oleh sains.
Tempoh hari saya baca tentang macamana nak buat jika tangan pijar.Sebab saya ni spesis yang tak boleh tolerate dengan cili. Jika masak yang ada contact dengan cili, mesti dia punya pijar lain macam.
Sama juga kalau makanan makanan yang pedas. Jari jemari saya akan pijar. Jadi kita ni macam cacing kepanasan menunggu pijar tangan tu hilang.
Pagi tadi saya gunting halus cili kering nak buat cili flakes untuk masak Spagetti Aglio Olio. Lepas siap masak.. dia punya pijar.. buat kita tak keruan.
Teringat tip pertama untuk hilangkan pijar adalah dengan melumur tangan kita dengan bahan lemak. Jadi saya gunakan minyak masak. Lemak bertindak melarutkan dan melemahkan ikatan capsaicin yang ada dalsm komponen cili yang membuatkan cili pedas dan penyebab pijar.
Memang lega lepas sapu minyak tu.. kemudian saya cuci dengan sabun. Sabun juga mengandungi komposisi lemak yang boleh melarutkan capsaicin tersebut.
Excited tangan hilang pijar, terus saya buat posting ni sebab nak share keberkesanan tip no 1. Ada 7 tip yang dikongsikan oleh Dr Fatimah Salim. Suka duduk dalam group ini. Banyak petua yang dibuktikan secara saintifik oleh sains. Trigger otak saya yang suka sangat berfikir bagaimana sesuatu itu berlaku secara teknikal.
Basuh dengan hand wash.
Alhamdulillah.. hilang terus pijar. Punyalah tadi gosok kat rambutlah.. tak jalan da…
Naluri hati isteri tak pernah salah, ini kisah seorang wanita yang mendapat khabar berita suaminya pergi disebabkan kemalangan. Tiada siapa yang akan menyangka akan terima berita kehilangan insan tersayang.