Rupanya leraikan mee dan letak sikit minyak adalah cara betul simpan mee, kuey teow dan laksa basah supaya dapat tahan lama sehingga 2-3 minggu. Bukan apa, jika letak pada suhu bilik ia cepat rosak dan berbau hapak, malah jika simpan dalam peti sejuk pula, ia jadi ‘keras kejung’ dan mudah patah.

Boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Dr Hani Mynis ini sebagai panduan;

Hani ni hantu Laksa Penang. Selalunya setiap bulan akan masak laksa. So ni cara nak pastikan laksa basah yang Hani beli tahan lama dan tak berbau hapak ke apa.

Sesuai Untuk Semua Jenis Mi

Cara ni sesuai untuk semua jenis mi basah (mee kuning, mi kuey teow dan mi laksa). Mi basah macam ni kalau letak kat luar peti ais boleh tahan 3 hari. Letak je kat tempat redup (no direct sunlight) kat dapur.

Lagi Menarik: Buat Mee Kuning Sendiri Di Rumah Tanpa Pengawet, Hanya Guna 4 Bahan!

Leraikan, Letak Sikit Minyak, CARA BETUL Simpan Mee Tahan 2-3 Minggu!

Tapi kalau nak tahan 2-3 minggu, jangan masukkan terus dengan plastik sebungkus-sebungkus tu terus dalam peti ais. Nanti dia mem”beku” dan melekat-lekat mi nya. Bila nak makan kena rebus balik, selepas tu sebab dia keras kejung mulalah dia patah-patah so tak cantik mi nya.Nak tunggu mi tu terurai satu-satu lama pulak tu kan. Sapa pernah buat macam tu faham maksud hani hehe (Hani pun pernah buat dulu-dulu).

Artikel Menarik:Tak Payah Beli Buat Je Sendiri, Kuey Teow Home Made Guna 3 Bahan!

Leraikan, Letak Sikit Minyak, CARA BETUL Simpan Mee Tahan 2-3 Minggu!

Cara Betul Simpan Mee/Laksa

So cara yang sebetulnya, tip ini yang Hani tanya Penjual Laksa dan Mee kari sendiri.

IKLAN

1.Keluarkan Bungkusan

Selepas beli keluarkan dari bungkusan dan terus masuk dalam bekas berpenutup.

2.Letak Sedikit Minyak

Letak minyak sikit dan urai-uraikan mi tu.Pastikan dia tak seketul membongkah camtu je mi dia.

3.Jangan Kena Air

Jangan kena air dan pastikan bekas nak diisi tu pun kering.

4. Letak Dalam Chiller Peti Ais

Tutup bekas dan masuk dalam peti ais bahagian chiller. Tiga minggu pun boleh tahan.

Leraikan, Letak Sikit Minyak, CARA BETUL Simpan Mee Tahan 2-3 Minggu!

IKLAN

Nanti waktu nak makan rebus air sekejap , air dah mengelegak masukkan mi dan nanti mi dia cantik tak patah-patah.

Ok dah boleh makan laksa setiap hari setiap minggu. Sebab selalu masak laksa memang Hani lebihkan kuah laksa tu dan bekukan. Nak makan panaskan je. Sapa hantu laksa macam Hani bolehlah try macam ni.

Semoga bermanfaat!

Baca Lagi Di Sini: Buat Sendiri LAKSA BERAS ‘Fresh’ Sedap Lain Macam, Cantik Tak Putus-Putus!

IKLAN

Mesti Baca: Sos Char Kuey Teow Homemade, Bila Nak Makan Sos Dah Ready!

Mingguan Wanita: Menarik tip ni, boleh cuba nanti. Pastikan leraikan dulu mee dan letak sikit minyak sebelum simpan dalam bekas bertutup dan letak di peti sejuk. Barulah nak goreng mee pun cantik je, tak patah-patah dan tahan lama tak hapak berkulat.

Sumber: Hani Mynis

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Ada benarnya wanita bukan sekadar di belakang lelaki.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI