
Suatu waktu dulu, Corndog Cheese sangat viral. Bahan utama yang perlu untuk corndog cheese tentulah keju mozarella. Rasanya, masa tu bukan main susah nak dapatkan keju mozarella. Semua stok kehabisan.
Boleh dikatakan harga keju mozarella pun boleh tahan. Apa kata, mak-mak buat sendiri keju mozarella. Kali nie tak pening-pening nak keluar mencari. Buat sendiri kat rumah dan simpan untuk stok. Bukan sahaja untuk buat corndog, masakan lain, masukkan dalam pizza pun sedap.
Maaf! Gambar kurang memuaskan.
Bahan-bahan:
Susu segar atau full krim/ susu pekat manis 400ml
1 kotak keju cheddar (170gm) – diparut
60 gram tepung ubi – dibancuh

Cara Membuat:
Parut keju cheddar.

Bancuh tepung ubi dengan sedikit susu segar. Kacau hingga sebati.

Manakala baki susu segar itu dipanaskan dan masukkan keju cheddar yang diparut tadi sedikit demi sedikit. Kacau dengan menggunakan api sederhana.

Selepas itu, masukkan tepung ubi yang dibancuh dengan susu segar. Masukkan sedikit demi sedikit. Kacau perlahan-lahan sehingga ia nampak likat.

Apabila sudah kental, bolehlah masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.

Tip:
Gunakan api yang sangat kecil ketika memasak.
Sentiasa kacau supaya adunan menjadi lebih kental.
Sebelum letakkan dalam bekas, sapukan sedikit marjerin ke dalam bekas tersebut.
Resipi: Dapur Indonesia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Oren Bukan Sekadar Buat Jus, Macam-Macam Boleh Dimasak

Buah oren yang masam manis punya peminat tersendiri dan warnanya juga cantik dan menyerlah. Selain dimakan mentah atau dijadikan jus, terdapat pelbagai juadah yang boleh menggunakan buah oren sebagai bahan utama.
Buah ini yang memiliki warna menarik ini selain daripada mempunyai rasa yang enak, ia juga mengandungi banyak khasiat yang baik bagi kesihatan dan untuk mencecah penyakit.
Selain sangat kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal.
Zat yang terkandung
Selain merupakan sumber vitamin C yang baik, buah yang juga mengandungi karbohidrat, potasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan.
Selalunya ia dimakan begitu saja atau dibuat jus. Tapi sebenarnya macam-macam boleh dimasak mengunakan oren. Jom cuba!
KASTARD OREN

BAHAN-BAHAN:
120gm gula pasir
250gm susu pekat
500gm susu sejat
5 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1 biji oren | ambil jus dan parutan kulitnya
1/2 biji hirisan halus kulit oren
1/2 sudu teh garam
Sedikit mentega
HIASAN:
Buah oren dan strawberi
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar 150C menggunakan api atas bawah.
- Lenserkan mentega yang telah dicairkan pada loyang atau acuan yang akan digunakan bagi memudahkan untuk mengeluarkan kastard oren nanti. Ketepikan.
- Di dalam kuali tidak melekat masukkan gula, jus oren dan hirisan kulit oren. Masaklah sehingga gula larut dan memekat. Setelah itu alihkan gula tersebut ke dalam acuan atau loyang. Ketepikan.
- Di dalam jag, bancuh susu pekat, susu sejat, telur, garam dan esen vanila, pukul sebati tetapi tidak terlalu lama cukup sekadar bahan-bahan tersebut larut dan sebati. Tuangkan bahan-bahan tersebut ke dalam acuan tadi menggunakan penapis. Letakkan acuan ke dalam bekas yang agak besar dan boleh menakung air, setelah itu tuangkan air panas ke dalam bekas tersebut. Bakarlah selama 30 minit atau sehingga permukaan kastard bertukar kepada warna keperangan dan kastard tidak melekat pada lidi apabila dicucuk. Teknik memasak kastard ini boleh juga ditukarkan kepada teknik mengukus selama 30 minit.
SUP OREN

BAHAN-BAHAN:
125gm dal merah halus yang telah direbus
1 biji parutan kulit oren
1 biji perahan jus oren
1 batang lobak merah |potong dadu
1 biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
2 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu teh serbuk stok ayam
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
400ml air
Sedikit daun ketumbar sebagai hiasan
Mentega untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Di dalam periuk, panaskan mentega, masukkan bawang besar, bawang putih dan lobak merah. Tumiskan sehingga agak layu, kemudian masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk cili kacau sebentar.
- Masukkan air, dal, garam dan stok ayam. Apabila menggelegak tutupkan api dan kisar kesemua bahan sehingga hancur.
- Setelah itu tuang kembali bahan yang telah dikisar ke dalam periuk, bersama parutan kulit oren dan jus oren. Masaklah sehingga sup agak memekat dan tutupkan api.
Angkat dan sedia dinikmati. Semasa menghidangkan sup bolehlah diletakkan sedikit yogurt dan hiaslah dengan daun ketumbar.
Lagi resipi di sini:
Roti Goreng Berinti Super Sedap, Boleh Buat Bekal Anak Ke Sekolah
Roti Nak Tamat Tempoh, Boleh Buat Roti Kering, Sedap Cecah Kopi O!
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
SCONE OREN DAN MARMALADE OREN

BAHAN-BAHAN ORANGE MARMALADE:
10 biji oren | ambil jus
2 biji lemon | ambil jusnya
2.5kg gula pasir
2.5ml air
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat orange marmalade; Perahkan kesemua oren dan lemon ke dalam bekas, tapis biji dan korek buang segala serat-serat oren dan lemon menggunakan sudu. Bungkus di dalam kain kasa serta diikat. Ketepikan.
- Hiris nipis-nipis secara memanjang kulit oren dan lemon yang dikorek biji dan seranya tadi sehingga selesai.
- Kemudian di dalam periuk masukkan kesemua jus oren, lemon, air dan kain kasa yang berisi biji dan serat limau. Rebuslah sehingga 1-2 jam sehingga kulit limau terlihat seperti lut sinar dan lembut. Kemudian masukkan gula, masaklah sehingga gula itu memekat. Tutupkan api, tuangkan marnalade itu semasa masih panas ke dalam bekas jem. Simpan di tempat yang sejuk dan redup. Marmalade tahan selama 4-6 bulan di suhu bilik sehnigga tutup botol jem dibuka.
BAHAN UNTUK SCONE OREN:
500gm tepung gandum
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan + 1 sudu teh serbuk penaik
1 1/2 teh garam
125gm mentega
125gm kismis
1 biji parutan kulit oren
125gm susu segar penuh krim
1 biji telur gred B
2 sudu teh esen vanila
SAPUAN TELUR:
1 biji telur
1 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat scone; Di dalam mangkuk gaulkan tepung gandum, gula pasir, serbuk penaik,garam sehingga sebati. Masukkan mentega gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti kemudian masukkan kismis dan parutan kulit oren kacau lagi.
- Satukan susu, telur dan esen vanila di dalam bekas kacau sehingga kesemuanya sebati kemudian tuangkan ke dalam adunan tepung. Pada peringkat ini tepung hendaklah digaulkan menggunakan sudu kayu tetapi tidaklah terlalu lama cukup sekadar kesemua cecair dan tepung sebati. Jika terlalu lama doh akan menjad keras.
- Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum proses membentuk scone.
- Tabur tepung di atas papan pencanai dan di atas doh canaikan doh cukup sekadar meratakan menggunakan tangan dengan ketebalan 3-4 cm.
- Tekaplah doh menggunakan penekap bulat bersaiz 2 cm. Buatlah sehingga selesai menghasilkan 10 hingga 12 biji scone.
- Sapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit bersama susu segar. Bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 150 C selama 20 – 30 minit atau sehingga scone bertukar warna keemasan. Setelah masak bolehlah disejukkan di atas rak dawai.
- Enak dimakan bersama Scone oren.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
TART TELUR Homemade Lagi SEDAP Dari Bakery, SENANG Jer Buatnya!

Ramai yang suka makan tart telur. Jika ada yang teringin, apa kata buat sendiri. Senang sahaja nak buat. Paling penting, kita dapat jimatkan wang kerana harga pastri ini bukannya murah kalau dibeli dalam kuantiti yang banyak.
Cuba buat sendiri tart telur mengikut resipi yang dikongsi oleh Norain Naim atau lebih mesra dengan sapaan Ain ini.

Tart Telur Homemade Lagi Sedap Dari Bakery
“Assalamualaikum kesayangan, ada yang tunggu tunggu resepi dari Ain ke tu.
“Since ramai yang tanye resepi tempoh hari so harini Ain nak kongsi resepi bukan saje kegemaran anak-anak tapi mak mak ,ayah ayah, nenek nenek ,atuk atuk pun suka tau.
“Buat mudah sangat sangat. Jom cikedot.”

Bahan Pastry
Pastry brand KAWAN @ apa apa jenama pun boleh
Filling
150g Gula Pasir
250ml Air panas
4 Biji telur
200ml Fresh milk @ Full cream
1 Sudu Teh Esen Vanila
Artikel berkaitan:
‘Unbaked Chocolate Tart’ Paling SENANG, Guna 4 Bahan, Tak Perlu Bakar!
Cara Betul Bakar Kek, Tart, Biskut, Puding Roti, Guna Pemanggang Ajaib
Cara Buat
1. Bancuh gula dengan air panas dulu sampai gula larut.Ketepikan sehingga air gula sejuk.
2. Whisk telur tak perlu lama. Masukkan air gula, fresh milk @full cream milk,esen vanila dan kacau. Tapis bancuhan telur tu sebab kita tak nak ada buih.

3. Sebelum tepek kulit pastry Ain sapu butter sikit sebab tak nak dia melekat dekat acuan. Dah sapu, tepek kulit pastry dekat acuan,kemudian tuang bancuhan telur sehingga hampir penuh. Jangan penuh sangat nanti melimpah ruah. Kalau melimpah, kulit luar akan serap filling tu dan buat kulit pastry jadi lembik.

4. Bakar dalam oven pada suhu 180°C sehingga masak atau kekuningan. Masa masak ni berbeza ikut oven masing masing. (Oven Ain masak dalam 15 minit.Kalau oven awak jenis panas lagi mungkin cepat lagi masak).
5. Untuk pastikan tart telur dah masak, ambik lidi bersih cucuk. Kalau lidi yang keluar tu bersih maknanya tart kita dah masak.
6. Keluarkan tart dari oven. Kalau Ain terus ambil lidi cungkil tepi tepi kulit tu supaya bila dah sejuk senang nak keluarkan tart dari acuan.

Dah sejuk boleh makan dengan bacaan Bismillah. Konfem sekejapan dah licin sebab sedap sangat ya ampunn.
MW: Selamat Mencuba!
Kredit/ Sumber/ Foto/ : Norain Naim
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Air Tangan Mak-Mak Tak Pernah Menghampakan, Udang Berempah Kari Power Sekali Makan Terus Teringat Kampung Halaman

Air tangan mak-mak tak pernah menghampakan. Salam Ramadan hari ke-11, mak-mak masih tak tahu nak masak menu apa untuk berbuka petang ini? Jangan bermalas, masak simple pun tak apa sebab air tangan mak-mak ni memang sedap!
Pada anak bujang kalau teringat penangan mak di kampung mesti tak tahan nak pulang segera. Momen berbuka puasa bersama keluarga tercinta di desa sememangnya sangat dirindui terutama pada perantau.
Air Tangan Mak-Mak Tak Pernah Menghampakan
Mereka yang nak berjimat masak sendiri lebih bagus. Bukar sekadar jimat tetapi rasanya pun enak. Jadi petang ni jom cuba masak menu Udang Berempah Kari Power, walaupun resepinya ringkas namun kelihatan sangat enak dan menyelerakan. Marilah lah cuba ya mak-mak. Pasti anda sekeluarga berselera makan.

Bahan-Bahan:
Satu biji bawang merah (dipotong bulat)
5 ulas bawang putih (dipotong kecil)
Sedikit halia
Daun kari
3 sudu serbuk kari
Setengah mangkuk air





Cara Memasak :
1.Panaskan minyak masak ke dalam kuali.
2.Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia dan goreng hingga kekuningan.
3.Masukkan 3 sudu rempah kari yang digaul dengan air, dan masukkan sedikit air.
- Kacau hingga sebati kemudian masukkan udang, bila sudah kekuningan masukkan sedikit air (jika suka berkuah) letakkan air lebih.
- Kacau-kacau kemudian masukkan cili merah. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa.
- Angkat dan boleh dihidangkan dengan nasi panas dan teluar dadar.

Baca Disini : Sambal Berkilat Naik Selera! Ayam Malu-Malu Masak Merah Kegemaran Seisi Keluarga
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!


