Cucur Badak antara kuih tradisional yang ramai orang suka. Payah nak cari kuih Cucur Badak yang menepati citarasa dan kena selera. Sedap, lembut rasa manis keledek dan pedas, manis berempah padat dengan udang segar dan kelapa parut pada intinya. Rupanya tak susah mana kalau mak-mak nak cuba buat sendiri cucur badak ni di rumah.

Boleh cuba resipi cucur badak sedap yang dikongsikan oleh Puan Normani Mdsaad ini sebagai panduan.

“Assalamualaikum..Ramadan kareem..Di sini saya share resepi cucur badak mungkin ade rakan-rakan yang nak try..saya izin dan halalkan”

Bahan-Bahan (Inti):

1/2 kilo Udang kapas(kecil)
2 biji kelapa parut (tak terlalu tua)
20-25 biji cili kering
5 batang serai
5-6 biji bawang merah
1biji bawang besar
Sikit kunyit hidup
1 sudu kecil jintan manis
Garam gula serbuk perasa

Cara Membuat:

  1. Mesin semua bahan kecuali udang, bahan perasa,kelapa parut.
  2. Masak sekejap diatas api baru masukkan kelapa yang dimesin sekejap.(jangan lama,nanti halus sangat tak sedap)
  3. Kacau dalam 5-10 minit baru masukkan udang.

Ini Caranya Buat CUCUR BADAK Sedap, Lembut, Padat Inti Udang Fresh!

Ini Caranya Buat CUCUR BADAK Sedap, Lembut, Padat Inti Udang Fresh!

4.Kacau lagi sampai hampir kering tambahkan garam gula perasa(kalau guna)ikut selera masing-masing nak pedas atau manis sikit ke.

IKLAN

Ini Caranya Buat CUCUR BADAK Sedap, Lembut, Padat Inti Udang Fresh!

5.Kacau hingga agak kering dan angkat dan sejukkan sebentar.

Ini Caranya Buat CUCUR BADAK Sedap, Lembut, Padat Inti Udang Fresh!

Bahan-Bahan (doh/kulit):

1kg keledek(saya guna yang pink) manis
2-3 cawan tepung gandum ikut kesesuaian
garam sikit

IKLAN

Cara Membuat:

1.Kupas kulit keledek, potong ketul-ketul kecil sikit supaya cepat empuk bila rebus. Air sama paras dengan keledek jangan banyak sangat nanti lembik. Letakkan secubit garam.
2.Rebus hingga air hampir kering. Angkat..biar sejuk baru lenyekkan. Tambahkan tepung sikit-sikit.
3.Bila dah siap bulatkan sama saiz.Leperkan masukkan inti dan bulatkan kembali. Tabur sedikit tepung atas tray@talam agar adunan yang dibulat tadi tak melekat ketika angkat menggoreng.

Ini Caranya Buat CUCUR BADAK Sedap, Lembut, Padat Inti Udang Fresh!4.Dah siap goreng dengan api sederhana panas..siap!

Ini Caranya Buat CUCUR BADAK Sedap, Lembut, Padat Inti Udang Fresh!

IKLAN

#Saya suka buat inti lebih sebab boleh guna buat pulut udang dan sepera(orang utaqa tau kuih ni)

Ini Caranya Buat CUCUR BADAK Sedap, Lembut, Padat Inti Udang Fresh!

Info Ekstra!

  • Tip masa gentel tepung tak melekat dekat tangan ada 2 cara. Lebihkan tepung tak melekit, tapi keras. Saya kurangkan tepung, nanti masa nak gentel tangan kita main dengan tepung. Insyaallah tak melekit.

Selamat mencuba!

Baca Lagi Di Sini: Donut 5 Bahan Dijamin Jadi, Naik Elok Dah Sejuk Pun Lembut!

Sumber: Normani Mdsaad

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI