Sekarang dah bermula musim durian. Merata jalan peniaga menjual buah durian dengan harga yang boleh tahan mahalnya. Bagi kita yang tak biasa atau kurang pengalaman beli buah durian, memang rugi kalau dapat buah yang tak ‘fresh’ dan tak berkualiti.
Sebenarnya ada beberapa cara untuk pilih buah durian yang elok.Salah satu tip asas dapat menentukan buah durian tersebut masih ‘fresh’ atau tidak boleh lihat pada tompok di tangkai buah tersebut. Pastikan bahagian tangkai durian masih lagi bergetah, barulah ia fresh.
Tip pilih durian yang dikongsikan sendiri oleh anak tokey dan pemilik dusun durian sendiri iaitu Puan Ida Royani boleh dijadikan rujukan.
Sedikit ilmu untuk yang tak biasa dan kurang pengalaman beli durian. Ilmu ni belajar daripada pengalaman hidup. Sebab cheq memang anak tokey dan pemilik dusun durian daripada durian kampung hingga ke variety yang baru.
Bila membeli durian:
1. Pastikan bahagian tangkai masih lagi bergetah. Kalau yang baru luruh, pada bulatan tangkai tu akan ada rasa berlendir menandakan buah betul-betul fresh.
Baru luruh, bahagian tampuk tangkai masih berlendir. Saya tak potong, dapat rasa menggerutu kat tangkai.
2. Jangan tertipu bila penjual cakap baru luruh. Tangkai akan semakin mengecut dan mengecil menandakan buah semakin kurang kualiti.
3. Pilih buah yang tidak pecah bontot. Buah yang baru tak akan pecah. Buah durian akan start merekah hari ke3. Ketika ini rekahan bentuk line di setiap alur pangsa. Semakin merosot kualiti semkin besar rekahan. Kualiti tempoyak je.
4. Jika suka rasa yang lemak manis-manis, pilih duri pendek dan sekata.
5. Jika suka yang jenis manis melenting tetapi ada rasa pahit sedikit, pilih duri yang melengkung sedikit. Biasa berduri panjang seinci.
6. Untuk mengenal pasti buah elok tak rosak atau bena. Cium setiap pangsa buah yang masak. Ada bau daripada setiap pangsa. Ni paling mudah.
Ads
7. Bagi yang professional kami akan;
A. Goncang Buah
Buah masak elok terasa ada gegar.
B. Teknik Menggaru Buah
Buah yang masak elok ada bunyi lompong. Manakala buah yang muda bunyi padat.
C. Durian Bukit
Durian bukit berbeza dengan durian kampung daripada saiz (2.5-3.0 kg sebiji dan lebih) tekstur isi, ketebalan isi dan bentuk duri.Duri lebih pendek berbanding durian kampung yang ditanam tanah rata.
D. Tentukan Jenis Warna Isi Durian
Di bahagian tangkai tu kikis. Ada beza warna pada kulit ari durian. Bila kikis sikit dengan kuku boleh tengok kulit ari durian. Ada yang hijau, ada yang coklat. Coklat pun banyak jenis sebb berbeza warna isi. Jika kulit ari kuning, isi juga kuning. Jika dikikis kulit tebal, isi pun tebal. Bagi durian bukit isi tembaga, buah durian sendiri coklat perang Macam tembaga.
Sedikit coretan ilmu dan tip pilih durian daripada seorang anak kebun. Sekadar berkongsi ilmu sahaja.Sebab kesian beli mahal-mahal tapi buruk. Yang menjual tu diaorang bukan pemilik kebun, sebab tu mereka kejar untung.
Ads
Bentuk sebegini maksimum isi setiap pangsa hanya 2. Biasanya hanya seulas. Duri pendek, jarak antara duri sekata dan jauh. Ciri-ciri durian bukit.Ni contoh variety color durian bukit sahom, ditanam oleh moyang saya. Pokok lebih 100 tahun.Ni Berat 2.5-3.3 kg. Pilih bentuk bulat-bulat untuk maximum isi.Keluarga saya kalau jual memang longgok macam ni. Ni contoh RM50 je selonggok. Tahun lepas berat setiap biji ni 2.8-3.3 kg. Saya yang timbang.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian tip pilih durian ini bermanfaat. Jadi bila nak beli durian tu, tip asas pastikan pilih tangkai yang bergetah barulah buahnya fresh, baru luruh.Tak laa rugi beli mahal-mahal tapi buah duriannya dah tak elok.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Musim durian ni, biasanya kalau ada durian yang kurang elok ramai yang suka buat tempoyak. Namun nak buat tempoyak sendiri pun ada caranya. Isi durian bergas, jika salah teknik ditutup rapat boleh meletup balangnya nanti.
Baca perkongsian tip buat Tempoyak turun temurun daripada keluarga Puan Norasikin Jainal ini.
“Sis kongsi dari sudut turun temurun keluarga sis buat tempoyak.”
ISI DURIAN siap diasingkan biji
Jika durian sudah berair toskan airnya dan buang airnya.
Tambahkan sedikit garam bagi naik rasa.
Tidak perlu tambah gula sebab durian ade rasa manis (manis durian).Kalau tambah gula tempoyak cepat masam dan bertambah masam bila disimpan.
Masukan separuh atau 3/4 balang sahaja.Bagi ruang tempoyak meruap.
Jangan tutup rapat penutup balang, biar gasnya keluar.
Jika tutup rapat rajin-rajin buka penutup 3-4 jam sekali dan godek-godek bagi gas keluar dan isi durian turun kembali.
Jika gas dah tiada tempoyak takkan meruap lagi so dah boleh tutup rapat.
ISI DURIAN BERGAS.. TAK BUAT GINI BOLEH MELETUP BALANG. Jika isi separuh balang.. letak garam ke tak letak garam ke sama je kejadiannya.. Durian memang bergas.
Tempoyak boleh tahan lama jika dibekukan..rasa manis durian tak hilang.
Tempoyak baru gini sis suka masak tempoyak goreng atau buat sambal tempoyak.
Bak kata Abah sis kalau tempoyak masih rase manis durian (tempoyak baru buat) itu bukan tempoyak tapi masih durian.
Tempoyak memang MASAM (gula dalam durian bila diperam akan bertukar masam).. Tempoyak masam sedap masak gulai.
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buruuat mak-mak yang ada durian lebih kat rumah tu, nak cuba buat tempoyak boleh ikut tip yang dikongsikan ni.
Setiap kali mop lantai memang kita harapkan kotoran debu pasir hilang, lantai melekit kembali bersih dan jadi licin berkilat. Namun walaupun dah mop guna pencuci lantai biasa, ia tak ‘sebersih’ dan ‘sekilat’ yang kita harapkan. Masih ada kesan kotoran dan lantai mozek pun nampak kusam.
Rupanya ada tip mudah yang kita boleh cuba untuk atas masalah ni. Iaitu hanya gunakan cecair pencuci pinggan mangkuk yang kita selalu gunakan je. Hasilnya memang ‘tip top’ dan puas hati.
Boleh cuba tip mop lantai bersih, licin berkilat seperti yang dikongsikan oleh Puan Heze Zamri ini.
Sekadar berkongsi tip nak bagi licin dan kilat tiles rumah, guna sunlightje gaisss. Buh sikit je dalam satu sudu besar kemudian bancuh laa dengan air paip selepas tu mop laa sambil dengar youtube.
Sebelum ni mop guna sabun lantai Ajax, hampir 10 kali mop debu-debu pasir masih kelihatan kesan dari renovation rumah sikit, guna sunlight sekali je terus bersinar.
Oh ye tip ni dikongsi oleh saudara ibunda yang duk KL sebab dia memang contractor cleaning services dan kebetulan dia tak cukup kakitangan untuk bantu akakcomel jadi dia share laa tip ni, thank you uncle Hussin .
Mingguan Wanita:Wahh memang nampak berkilat dan bersinar terus lantai mozek ni. Guna cecair pencuci sunlight je. Boleh cuba nanti bila nak mop lantai di rumah.
Tanaman bayam brazil anda diserang ulat beluncas, guna saja petua bawang putih ini. Bukan sahaja ulat, siput pun tak berani dekat. Memang kecewa bila hasil tanaman kita yang kita bela siang dan malam dimakan ulat beluncas atau siput.
Selalunya pokok sayur yang daunnya hijau seperti bayam brazil dan lebat menjadi mangsa ulat dan siput. Mungkin petua ini dapat membantu mak-mak yang berhadapan degan masalah yang sama.
Ikuti perkongsian Suzurina Binti Muda di Group Beginner Tanam Pokok & Sayur ini:
PETUA BAWANG PUTIH, RUGI TAK BACA..
Assalamualaikum WBT…
Ini cara saya tanam bayam brazil dengan bawang putih, cucuk saja bawang putih seulas-seulas atau satu labu bawang putih pun boleh. Kadang saya beli yang sudah siap kupas itu saja, terus cucuk dekat pokok bayam brazil.
Macam saya buat itu (seperti dalam gambar), nanti bawang putih akan naik hidup sama dengan pokok bayam itu. Masa tanam pokok cili awal-awal pun saya buat macam ini. Boleh juga buat macam ini dekat pokok-pokok yang lain.
Dapat Petua Bawang Putih Dari Youtube
Sebenarnya, saya dapat video sharing ini dari youtube.
Dulu saya blender bawang putih dan spray pada pokok. Agak renyah jadi lama-lama tak terbuat dah, sejak jumpa video itu, ini saja yang saya buat.
Sebelum ini tak boleh makan bayam brazil tu, penuh dengan ulat beluncas halus, geli pulak. Siput pun tak suka kot bau ni, sebab selepas letak bawang putih, tak ada lagi siput halus-halus termasuklah yang besar-besar.
Bau Bawang Putih Elak Ulat & Siput
Bukan binatang lari, hantu pun lari bau bawang putih ni.
Alhamdulillah, sekarang ini dah cantik bayam brazil saya..
Kes Syamsul Haris: Bedah Siasat Kedua Kesan Kecederaan Mencurigakan-Peguam Keluarga. Bedah siasat kali kedua terhadap Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, mendedahkan wujud kecederaan mencurigakan yang menuntut siasatan lebih terperinci berkaitan kematian pelatih kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor pada 28 Julai lalu.