Hati isteri bukanlah untuk disakiti sebaliknya disayangi dan dihargai. (Foto: KDRAMA DAEBAK)

‘Bila tawar hati, isteri susah nak terima suami semula.’ Walau luka sembuh, parutnya tetap ada. Berbekas dan tak mungkin dapat lupakan segala keperitan yang dilalui sebelum ini.

Oleh sebab itu, hargailah peluang yang isteri berikan selagi masih punya waktu. Setelah isteri tawar hati, mana mungkin semudah kata maaf dia lupakan segala kesakitan yang dia lalui selama ini.

Pergolakan rumah tangga Syuk membuatkan kita tersedar bahawa kesabaran seorang isteri ada batasnya. Berkali-kali lakukan hal yang sama, pasti cukup merobek hati sang isteri.

Artikel Berkaitan: Naluri Isteri Tidak Pernah Salah, Luluh Hati Isteri Bila Shuk Sahar Curang Lagi

Bila Tawar Hati

Kongsi lelaki ini, Azlan Noor, hari tu saya ada tulis Shuk kena usaha pujuk isteri dia untuk bersatu semula. Dia kena buat apa sahaja yang perlu supaya terbuka hati isteri untuk terima dia semula.

Namun saya lupa satu perkara. Yang pegang hati kita semua adalah Allah. Dan yang mampu membolak-balikkan hati kita juga adalah Allah. Maka cara sebenar adalah dengan kembali kepada Allah.

Isteri Susah

Isteri apabila tawar hati,
Dia sudah susah nak buka hati dia. Walau luka sudah sembuh, parut tetap ada. Tetap tak hilang. Sebab tu dia payah nak terima kembali orang yang sudah lukai hati dia.

Perit rasa lepas selama ini, dia korbankan segala-galanya untuk suami. Dia curahkan sepenuh kasih sayang. Dia letakkan kepercayaan tak berbelah bagi. Namun akhirnya pengorbanan, kasih sayang dan kepercayaan tadi dikhianati, seolah-olah tak ada nilai sedikit pun.

Baca Di Sini: 

Isteri Bercakap Lebih Baik Daripada Senyap, Boleh Makan Diri, Rasa Tawar Hati!

IKLAN

Suami Curang Sebab Pilihan Sendiri, Jangan Aniaya Pasangan, Isteri Boleh Mohon FASAKH

Nak Terima Suami Semula

Perasaan sakit dikhianati, ditikam dari belakang itu yang buat hati isteri tertutup. Dan dia sudah serahkan jiwa, nasib dan hidup dia kepada Allah. Itu saja cara untuk ubati hati dia yang luka tadi.

Suami pujuk macam mana pun. Suami merayu sehabis daya sekalipun. Isteri tetap dengan keputusan dia. Masa ini, yang mampu ubah keputusan dan buka semula hati isteri tadi hanyalah Allah.

Sebab itu, jika betul suami nak berubah, hendak kembali jalinkan semula ikatan dengan isteri, betulkan dahulu niat dan kembali kepada Allah.

Walau Luka Sembuh

Kembali kepada Allah ini pada maksud bertaubat, tinggalkan perkara dosa yang jadi rutin sebelum ini dan gantikan dengan amal yang berpahala.

Cuci tangan dari benda-benda mungkar yang pernah dilakukan. Bersihkan jiwa dan hati dari kekotoran dan kebusukan dosa dan maksiat.

IKLAN

Kemudian, perbaiki solat. Yang solat tak pernah cukup, gagahkan diri untuk cukupkan. Lawan perasaan malas dan bisikan syaitan serta nafsu.

Tunaikan hak Allah betul-betul. Seterusnya, perbetulkan solat. Baiki bacaan rukun dan perkemaskan pergerakan solat. Sayang solat ini macam kita sayang nyawa sendiri.

Dan tak lupa tambah ilmu agama. Belajar balik ilmu fardu ain. Dan belajar cara bersuci dari hadas kecil dan besar. Belajar ilmu al-Quran. Supaya dapat mengaji dan baca kalam Allah.

Juga Di Sini : Bahaya Bila Sampai Peringkat TAWAR HATI, Boleh Terputusnya Sebuah Hubungan!

Parutnya Ada

Dalam masa yang sama, tak berhenti minta doa kepada Allah supaya terima taubat. Minta Allah betulkan semula perjalanan hidup. Minta Allah pandu ke arah tujuan yang benar sebagai muslim.

Semua ni, dengan izin Allah akan ubah diri kita jadi manusia yang lebih baik dari sebelum ini.

Sebenarnya, dengan kembali kepada Allah, akan bagi ruang kepada isteri untuk rawat luka, dan bagi masa kepada diri sendiri untuk betulkan hidup.

IKLAN

Maka,
Minta Allah bukakan hati isteri untuk terima kembali diri anda. Minta Allah hadirkan semula rasa cinta dan kasih sayang yang pernah memenuhi ruang hati kalian berdua.

Usah khuatir dan juga usah risau, andai takdir menetapkan jodoh kalian sudah di penamat, kerana ketahuilah….

Anda sudah menemui cinta Allah,
Dan isteri tadi juga telah temui ketenangannya.
Semoga Allah takdirkan yang baik-baik buat kita semua.

Azlan Noor

Mingguan Wanita : Semoga kisah Shuk menjadi iktibar buat lelaki di luar sana. Hati isteri bukanlah untuk disakiti sebaliknya disayangi dan dihargai.

Sumber : Azlan Noor

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI