Awal perkahwinan, semuanya indah belaka. Masuk tahun kelima, dah mula rasa lain macam. Mulalah, seorang pandang kanan dan seorang pandang kiri. Perasaan sayang makin lama makin pudar, yang tinggal hanya tanggungjawab pada pasangan dan keluarga.

Namun, ada juga yang sayangkan pasangan sampai terlampau-lampau hingga naik rimas dibuatnya.

Walaupun sayang kat pasangan, janganlah sampai ‘tundukkan’ pasangan dan tidak kurang juga yang pisahkan pasangan dengan keluarga untuk memastikan pasangan tidak beralih arah kepadanya. Malah, ada juga yang sanggup tundukkan pasangan kerana terlalu garang, baran dan kaki pukul.

Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) mengula lebih lanjut tentang perkara ini. Katanya:

“Fitrah manusia, inginkan sesuatu segera dan gopoh gapah. Inginkan dirinya disayangi, seharusnya kita berusaha memperelok peribadi dan sikap supaya orang lain lain mudah untuk terbuka hati menyayangi kita”.

Isteri yang menghormati, pasti akan lebih disayangi suami. Isteri yang lembut dan menjaga kecantikan, pasti lebih disayangi suami. Ia perlu dipraktikkan jadi tabiat, agar kita disayangi dan dikasihani, bukannya dengan cara paksaan ataupun secara sihir dan ilmu hitam.

IKLAN

Faktor Pendorong

Dalam hal ini, ada sesetengah isteri yang sanggup berbuat demikian. Banyak faktor yang mendorongnya. Antara kes yang ditemui seperti faktor:

  • Suami curang
  • Isteri rasa terabai
  • Ingin balas dendam
  • Untuk mengukuhkan kasih sayang, pelindung agar hubungan tidak diganggu dan sebagainya.

Tarik Perhatian Suami

Bagi isteri yang mencari jalan pintas untuk mendapat perhatian suami, mungkin ia dilihat berjaya. Dengan menggunakan kaedah-kaedah sihir dan bantuan ilmu hitam, suami yang menjadi mangsa akan berubah menjadi lebih penyayang, mengikut kata apa sahaja yang diinginkan.

IKLAN

Sebenarnya banyak kaedah lain yang lebih praktikal, logik dan bersifat ilmiah. Dengan mengubah diri kita agar memiliki sifat-sifat yang menarik perhatian suami sebagai lelaki adalah lebih efektif dan berkekalan, tanpa perlu menggunakan kuasa sihir ataupun makhluk halus.

Contohnya, menjaga kecantikan diri, tunjukkan hormat pada suami, syukur dengan pemberian suami dan penuhi masa melayan suami dengan manja dan persekitaran seksi. Ini kerana fitrah suami sebagai lelaki, akan mudah tertarik dan sangat suka dengan kecantikan wanita, isteri yang menghormatinya, isteri yg tidak meminta-minta dan isteri yang seksi. Itu fitrah suami, bila dipenuhi, wanita itu akan disayangi. Tidak perlulah lagi bantuan sihir dan ilmu hitam

IKLAN

Terlalu Terdesak

Kadangkala bila terdesak, manusia sanggup lakukan apa sahaja untuk keluar daripada masalah. Ilmu dan iman perlu seiring kerana dengan ilmu kita tahu sesuatu hukum dan untuk dorongan mengikuti hukum itu memerlukan iman.

Ketakutan kita kepada perkara syirik sebegini sepatutnya menjadi pendinding kepada kita daripada terjerumus. Dosa syirik adalah satu-satunya yang tidak akan diampunkan Allah. Kadangkala bukannya tiada iman, tetapi kedangkalan ilmu betapa cara sebegitu akan lebih merosakkan masa depan kita, bukan sahaja suami menjadi mangsa tetapi turut mengheret kita menjadi mangsa sebagai hamba ilmu hitam, ini juga menyebabkan kita tersilap langkah melakukannya.

Panduan Suami Isteri

  • Hubungan suami isteri adalah hak milik anda berdua, elakkan beri ruang kepada orang lain apatah lagi makhluk lain yang mengawal kita atau pasangan kita.
  • Membahagiakan, kita akan dibahagiakan! Menghormati suami adalah sesuatu yang membahagiakan suami. Apabila suami bahagia, lebih mudah suami fikirkan untuk berkongsi bahagia dengan kita.
  • Dalam Islam, Allah mengingatkan supaya berdoa dan bersabar dalam berusaha kerana sesuatu perubahan kepada kebaikan memerlukan istiqamah dan biasanya tiada jalan pintas untuk mencapainya.
  • Perlu sedar, hidup kita berpasangan, andai suami tidak tertarik dengan kita, bukanlah suami yang kita perlu ubahkan tetapi ubahlah kita untuk jadi menarik kepada suami.
  • Kenali fitrahnya dan kesukaannya untuk wujudkan pada diri kita supaya kita sentiasa menjadi kesukaannya. Apabila kita berenang di dalam kolam, kita tidak mampu ubah air yang berkocak, tetapi jika kita diamkan diri kita, lama kelamaan air akan menjadi tenang.

Baca ini: https://www.mingguanwanita.my/bantu-isteri-buat-kerja-rumah-tidaklah-dianggap-menjatuhkan-martabat-suami-pun/

Tip Suami Isteri

  1. Suami isteri perlu saling membahagiakan pasangan masing-masing, bukannya memaksa pasangan supaya membahagiakan kita.
  2. Tugas membahagiakan pasangan kita adalah tugas kita. Jangan benarkan orang lain yang menguasai dan mengawal hubungan kita, meskipun pada asalnya untuk kebaikan.
  3. Elakkan daripada mencabar ego pasangan kita terlalu lama kerana bimbang hilang kesabaran dan terdesak mengambil tindakan yang salah dan lebih membahayakan masa depan.
  4. Bahagia perlu dikongsi. Bagaimana pasangan kita ingin berkongsi kebahagiaan dengan kita, kalau dia sendiri tidak cukup bahagia. Bahagiakan orang lain agar dia mampu berkongsi bahagia dengan kita.
  5. Sentiasa cari jalan penyelesaian bersama secara fitrah mengikut landasan agama.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI