Dalam sehari, rasanya mak-mak macam tak cukup masa untuk berehat. Ada sahaja kerja yang nak dibuat dan memang tak akan berhentilah menguruskan rumah tangga. Lebih-lebih bila hujung minggu. Masa inilah anak-anak semua berkumpul dan ada sahaja peel masing-masing.

Keadaan inilah yang menjadikan badan mak-mak letih, lesu dan kurang bersemangat kerana kurang berehat. Jadi, untuk kembalikan tenaga mak-mak dalam menguruskan anak dan aktiviti harian, cara ini boleh membantu mak-mak.

LUANGKAN MASA BERMAIN DENGAN ANAK
• Hujung minggu, mak akan mengawasi dan mengajar anak tak kiralah kerja sekolah yang diberikan atau aktiviti tertentu. Namun, jangan terlalu ketat, luangkan sedikit masa untuk bermain dengan anak kerana mak-mak memerlukan hiburan dan suasana yang menyenangkan waktu bersama anak. Percayalah mak akan kembali bertenaga bila melihat wajah suci anak-anak.

MANDI
• Dalam sibuk menguruskan anak-anak, cubalah membersihkan diri dengan air. Ini akan membuatkan mak merasa lebih segar. Bukan sahaja menghilangkan penat badan tetapi fikiran lebih tenang.

IKLAN

MINUM AIR
• Kekurangan air akan mempengaruhi kesihatan sehingga menyebabkan sakit kepala, kepenatan dan kekurangan tenaga. Ketika mak merasa penat, berhentilah seketika dan minumlah sebotol air putih.

SARAPAN, JANGAN LUPA!
• Bila mak memberi sarapan sihat pada anak, secara tak langsung mak-mak pun perlu mengisi perut. Secawan kopi tidak cukup untuk mulakan hari. Oleh itu, ambillah sarapan pagi untuk memastikan mak bertenaga dan dan dapat melakukan aktiviti sepanjang hari.

IKLAN

BAD MOM
• Ini bukan bermakna mak perlu membiarkan anak bermain tanpa diawasi. Ambillah masa selama 10-30 minit untuk merehatkan diri sendiri. Biarkan anak menonton kartun atau bermain di bilik mainan beberapa waktu. Tentu anak akan merasa ‘bahagia’ dan mak boleh merehatkan diri seketika tanpa mengawasi mereka setiap saat.

SNEK UNTUK KESIHATAN
• Apabila anak mula aktif, cubalah mengambil snek secara teratur untuk kesihatan. Sekurang-kurangnya selepas dua jam mengambil sarapan. Ambillah juga makanan manis untuk menambah darah dalam badan seperti pisang atau yogurt. Campurkan snek ini dengan makanan lain seperti kerepek, kacang, mentega, sayuran dan buah-buahan.

IKLAN

GANTIKAN PAKAIAN
• Setelah seharian menguruskan anak-anak dengan memakai pakaian yang sama, cubalah gantikan pakaian yang lebih segar dan boleh memberikan semangat. Pakailah baju yang jarang dipakai untuk mewarnai perasaan mak-mak.

TIDUR LEBIH LAMA
• Kadang-kadang mak sanggup mengambil kafein untuk memastikan terus berjaga. Menurut Debi Silber, penulis A Pocket Full of Mojo: 365 Proven Strategies To Create Your Ultimate Body, Mind, Image and Lifestyle, menambahkan tenaga dengan mengambil kafein atau gula hanya membuatkan kita penat dan berat badan cepat naik. Adalah lebih baik mak tidur satu jam lebih awal daripada biasa, kurangkan aktiviti menonton televisyen atau komputer. Lihatlah perubahannya selama seminggu.

BERSENAM BERSAMA ANAK
• Pendapat mengatakan senaman yang teratur lebih baik daripada tidur pada waktu petang untuk meningkatkan tenaga. Namun, selepas mempunyai anak, tentu mak tidak mempunyai masa untuk ke gimnasium. Jangan bimbang, mak boleh bersenam dengan si kecil seperti berjalan-jalan di sekitar rumah sambil membawa anak dengan stroller atau mak boleh bermain, menyanyi dan menari bersama anak.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI