Bila lama dah tak jumpa, terus dengar kawan baik dah ada anak baru. Jadi, tentu tak sabar nak melawat bayi dan tengok ahli keluarga baru. Ini belum lagi hati pun tiba-tiba teringan nak anak pula.
Bagi sesetengah mak ayah mungkin agak cerewet bila menyentuh tentang anak kecil, lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang ini. Itu satu hal, satu lagi bila nak melawat bayi, kita sebagai tetamu kena tahu apa dan ‘jangan’ buat masa berjumpa anak kecil ini.
Inilah saranan dan nasihat oleh Dr Rashdan Mohamed yang perlu kita ambil tahu bila melawat bayi.
‘Jangan’ Semasa Melawat Bayi
(dan terguna-pakai untuk kanak-kanak juga)
1. Jangan cium (kiss) bayi
Ini kerana anda boleh menyebarkan jangkitan kuman tertentu kepada bayi ini yang boleh membawa kepada jangkitan kuman serius! (Terutamanya pandemik COVID-19 ini)
– yes, baby bau special dan comel, tetap, jangan kiss tau
2. Jangan goncang (shaken) atau lambung bayi
Otak bayi dan salur darah dalam otak amat “fragile”. Perbuatan ini boleh membawa kepada pendarahan dalam otak dan mata dikenali “shaken baby syndrome”
3. Jangan sentuh bayi sebelum mencuci tangan (sanitize)
Ya, sama macam no 1, bahaya penularan penyakit termasuk jangan “cubit” pipi bayi yang gebu itu.
Ads
4. Jangan suap makanan/minuman sembarangan kepada bayi
Tidak semua bayi sesuai untuk makan dan minum sembarangan
Bayi dimulai makanan pelengkap tertentu selepas 6 bulan penyusuan susu (susu ibu yang
Terbaik) dan bergantung “perkembangan” bayi
5. Jangan hisap rokok / vape / e-cigarette sebelum / ketika melawat / berjumpa bayi
Rongga pernafasan bayi amat sensitif
Pendedahan kepada bauan nikotin dan asap rokok membahayakan bayi termasuk mudah mendapat jangkitan kuman, banyak lendir, dan saluran pernafasan sensitif
Ya, termasuk jangan merokok “di luar rumah” juga dan buat ayah (dan ibu) yang merokok – tolong berhenti.
6. Jangan “pandai-pandai” beri khidmat nasihat kesihatan yang tidak betul atau tidak wajar
Contohnya, menyuruh ibu “menjemur bayi di luar rumah” kerana kuning (jaundice) (ada kes sampai kena gigit binatang liar)
Jangan beri ubatan / herba / rawatan alternatif tanpa nasihat doktor / pakar / ilmu perubatan
Ads
Nasihat tidak betul / wajar boleh menyebabkan kelewatan ibu bapa mendapatkan rawatan malah boleh membahayakan
Ada ibu bapa dinasihatkan untuk memberi “susu kambing segar tanpa di pastur” pada bayi baru lahir sehingga menyebabkan jangkitan kuman, kurang darah (anemia) dan kegagalan buah pinggang (renal solute load)
7. Jangan datang bertandang / berjumpa bayi jika tidak sihat
Jika tidak sihat seperti demam, batuk, selsema, syaki dijangkiti virus tertentu termasuk COVID-29 – jangan datang!
Musim pandemik ini, nasihat ini tergunapakai untuk semua situasi termasuk jangan balik kampung masa tak sihat, jangan pergi surau masa tak sihat, jangan pergi kenduri masa tak sihat dan sebagainya.
8. Jangan ambil foto dan post gambar bayi di sosial media tanpa kebenaran ibu bapa
Ada mak ayah yang sensitif hal ini
Ada kepercayaan, fahaman tertentu
Ada masa ia boleh membahayakan keluarga seperti risiko di culik dan sebagainya
Ads
9. Jangan komen fizikal atau “keistimewaan” bayi
Ada masa bayi dilahirkan dengan keistimewaan tertentu
Ada masa dengan tona kulit tertentu
Jangan komen. Jangan banding
10. Buat mak ayah : Jangan membebankan ibu bapa bayi @ “tuan” rumah
Adatlah, pasti ibu bapa bayi ini dalam situasi “sibuk”, kita tak nak lah membebankan lagi mereka dengan bertandang pada masa dan situasi kurang sesuai.
Kalau boleh, atur “temujanji” untuk bertandang dan pesan kepada tuan rumah untuk tidak “susah-susah” (baiknya, bawa “buah tangan” yang sesuai)
Adik-beradik: Jangan lupakan adik beradik (abang, kakak) bayi
Ya, adik beradik bayi juga perlu “disantuni” juga
Terkadang dengan kelahiran bayi baru, anak lain rasa “sedikit tersisih”
Mingguan Wanita : Untuk ingatan kita sebagai tetamu dan mungkin juga mak ayah kepada bayi.
Mak ayah mohon elakkan sakat dan takutkan anak-anak ya! Bimbang kesan tidak sihat pada emosi dan psikologi hingga mereka dewasa kelak.
Perbuatan menyakat dan menakutkan anak memang nampak kelakar dan menyeronokkan pada mak ayah, namun ketahuilah kesannya pada anak-anak.
Mak Ayah Mohon Elakkan Sakat, Takutkan Anak!
Kongsi Puan Wawa Shauqi, jangan suka takutkan anak.
“Pergilah situ. Nanti momok (hantu) ambil!”
Memang mudah disiplinkan anak dengan takut-takutkan mereka ni. Kelakar pun ada. Tapi ketahuilah, kesan jangka masa panjangnya lebih buruk.
Kesan Tidak Sihat Pada Emosi Hingga Dewasa
Kita mungkin fikir, sepanjang anak dewasa, ketakutan tu akan hilang. Hakikatnya, ia ibarat highway yang kita dah bina pada otak anak.
Yang tak bestnya, tanpa kita sedar, highway yang dibina itu menghubungkan cabang jalan yang banyak.
Contohnya, bila kita takutkan anak dengan hantu. Ketakutan tersebut boleh pergi ke beberapa cabang :
– takut gelap
– takutkan orang berwajah luar biasa
– takut perempuan yang berambut panjang
– takutkan bila tengok kotoran pada dinding yang ada bentuk macam ‘hantu’
Apa yang menyedihkan, ia takkan hilang begitu sahaja. Memori ketakutan tersebut akan terbawa sampai ke anak besar.
Dan ia akan menjadi punca mudahnya anak-anak trigger, fobia dan anxiety apabila dewasa.
Kesan Cerita Seram
Kesan yang sama juga berlaku bila kita biasakan anak tengok cerita seram dan ganas.
Seorang psikologis dalam rancangan dokumentari di Netflix (Brain Explained) ada berkongsi.
Waktu kecilnya, dia terjebak tonton cerita Jaws. Memori trauma yang dia dapat dalam filem tu, menyebabkan dia diserang panik setiap kali berada dalam air, terutamanya laut.
Baru-baru ni juga ada seorang ibu yang berkongsi dengan saya. Seorang anaknya yang baru berusia 3 tahun menangis sambil menggigil bila masuk ke stesen minyak. Disebabkan terlalu takut dengan inflatable maskot yang melambai-lambai depan stesen minyak.
Rupanya si kakak selalu menakutkan adik dengan patung dalam siri cerita Squid Game.
Kasihan Anak Menanggung Ketakutan
Kelakar bila bayangkan. Benda macam itu pun boleh takut. Tapi tidak bagi yang menanggung ketakutan.
Saya sendiri pernah melalui episod panik nak buka ensiklopedia. Nafas jadi laju dan dada berdebar-debar bila nak buka buku gambar dinosaur, gambar hutan, dan sebagainya.
Padahal saya dah masuk sekolah menengah waktu tu. Pelik bagi orang lain.
Tapi itulah cara otak saya proses benda yang pernah ditakut-takutkan pada saya masa kecil.
Jadi ibu ayah mithali sekalian.
Mohon elakkan sakat dan takutkan anak-anak. Walaupun pada kita, senang nak disiplinkan anak. Dan lucu tengok mereka menangis.
Sedangkan, kesan jangka masa panjangnya sangat tidak sihat dari segi emosi dan psikologi anak.
Mingguan Wanita : Banyak lagi perkara yang boleh dibuat kelakar daripada menakutkan anak-anak dengan hantu atau benda-benda yang menyeramkan. Fikirkan kesannya pada anak-anak, kasihan mereka.
“Sales beratus ribu, tapi culas bayar nafkah.” Lelaki patut tahu anak adalah tanggungjawab ayah.
Perkara ini memang tak boleh lari, biarpun telah bercerai dengan bekas isteri, tanggungjawab lelaki kepada anak-anaknya sama sekali tak terputus.
Bab nafkah jangan dibuat main-main, tersilap langkah menjawablah. Jika tidak di dunia, tunggu balasannya di akhirat kelak.
Sales Beratus Ribu, Tapi Culas Bayar Nafkah
Kongsi Kheyr Hameed, kata sales beratus-ratus ribu, tapi nafkah anak pun semput nak bagi. Boleh ya macam tu???
Perkara ini adalah berkait dengan tanggungjawab. Tanpa campur tangan mahkamah pun, patutnya orang lelaki tahu bahawa anak itu tanggungjawab seorang ayah. Tak kiralah siapa yang bela (jaga). Mak atau ayah, tanggungjawab nafkah tetap pada ayah.
Lelaki Patut Tahu
Kalau mak bela, ayah patut kiralah belanjawan besarkan anak berapa untuk sebulan. Kalau anak lima orang, kau bagi RM 500. Kau agak-agak dapat apa seorang RM 100?
Lepas tu acah-acah tuduh mak guna duit anak. Kelakar sungguh, mak kena top up duit ada lah. Celah mana hendak guna duit nafkah anak yang sememangnya tak cukup pun.
Kalau ayah bela, jangan bangang pula minta duit bekas isteri konon nafkah anak. Mak tu nak belikan baju atau apa-apa makanan lain, semua tu ihsan. Bukan tanggungjawab mak.
Orang lelaki jenis ego, bodoh, sombong memang semua acah-acah cakap, “biar mahkamah tentukan”. Lepas tu mahkamah tetapkan seorang anak RM 300, pun merayu minta kurangkan.
Masa itulah bagi alasan bini baru hendak bersalinlah, anak dengan bini baru nak masuk sekolahlah. Habis tu anak-anak dengan ex-wife tu bukan berbin/binti kau ke? Alahai…
Kes nafkah ini tak akan bertimbun dekat mahkamah syariah kalau ramai lelaki bertimbang rasa dan faham agama. Ini setakat sembang dekat facebook dan share video Azhar Idrus je lebih, pelaksanaan entah ke mana? Zero. Tapi dekat media sosial, dia lah paling hero bab share ceramah agama.
Mingguan Wanita : Ramai bekas isteri berdepan bab nafkah setelah berlaku penceraian. Sesetengah kes memakan masa yang lama untuk diselesaikan apabila bekas suami tidak memberi kerjasama dan menuduh bekas isteri dengan pelbagai fitnah. Semoga mak-mak yang berdepan dengan isu sebegini segera menemui jalan penyelesaian.
Semua mak ayah tak nak anak-anak terdidik dengan sikap ‘bossy’, bukan? Jadi kenapa nak tunaikan dengan mudah semua kehendak anak bila dia nak sesuatu?
Mari renungkan kejap perkongsian Pengasas Abounur Kids, Puan Nur Khairunnisa Iskandar tentang luahan seorang ibu mengadu rasa, perit hati berperang dengan anak setiap pagi. Setiap pagi itu jugalah tangan ibunya ditepis.
Dah la tu, anaknya yang berusia tujuh tahun itu jika masuk toilet, dia hanya akan tercegat berdiri sahaja tanpa berbuat apa.
Kelihatan bersungguh ibu ini bercerita mengharapkan solusi. Ngadunya lagi, asbab ragam pagi, anak asyik lewat ke sekolah. Tak excited pun nak ke sekolah.
Hmm.
Apa Punca Anak Ada Sikap ‘Bossy’?
Mama, jam berapa anak you tidur?
Tak menentu ummi. Dia tu ikut suka je.
Eh kenapa pulak? Malam-malam masih tengok tv?
Ha’ah. Saya tak leh halang dia. Saya da tutup da lampu tapi xxxxx.
Jika begitu, antara perkara besar yang you perlu settlekan adalah aktiviti malam harinya. Rutinnya perlu jelas.
Tapi ummi..
Dia kalau dengan saya langsung tak nak dengar. Kalau ayah dia ada, cepat je gerak.
Maybe why not u try minta ayah sit together dengan you dan anak dan buatkan jadual rutin anak.
Make it clear dengan anak, ayah akan check lalu mama. Boleh juga try reward system.
Tu la ummi… emmm.
Jangan Sampai Hilang Kuasa
Saya renung lama ke dalam mata ibu ini. Aduh. Saya tak kasihan dengan anak. Tapi saya kasihan dengan dia, si ibu kepada anak. Dia seperti hilang kuasa total sebagai ibu yang sepatutnya menjadi pendorong dan juga tukang disiplin anak.
Sorry ya, tapi you biasa guna ayat ini tak?
Tolonglah mama ni, mama….
Ha! Macam tu la saya selalu cakap. Saya kata kesianlah kat mama…
Stop immediately!
Eh, kenapa ummi?
Anak you da cukup “bossy” untuk you raih simpati.
Kita nak didik dia buat kerana tanggung jawab bukan kerana termakan pujuk rayu… kasihan. emm yes. Maybe sekarang anak tengah kecil ni agaknya bolehlah dia tolerate tapi lama-lama kalau ibu tak upgrade skil, anak pula tak diadjust sikap bossynya. Lama kelamaan teknik simpati ni dia dengar pun menyampah.
Bulat mata ibu ini dengar ummi nisa celoteh. Oh i may be wrong. Tapi eee geram pulak kita sebab nampaknya macam ibunya ini yang sukar nak ubah bukan anak.
Allahu akbar. Bersangka baik.
Mungkin ada cerita belakang tabir yang tidak dikongsikan oleh si ibu. Tak mengapalah.
Ibu Ini Kongsi Cara Didik Anak Setiap Pagi Dan Malam
Begini mama. Ini saya share apa yang saya buat kat asyraf si jaguh tidur.
Asyraf sangat sangat sangat kuat tidur. Dulu pun Asyraf susah nak bangun pagi.
Saya ambil kesempatan itu untuk cakap benda-benda yang baik tentang diri Asyraf. Dan saya happy untuk lakukan itu semua.
Eh, tapi ummi… ok ke da 7 thn nak mandikan? Nanti dia tak berdikari?
Alalalalal. Berdikari lain kes. Itu boleh buat bila balik sekolah atau hari tak sekolah. Huhh
Sebelum tidur juga, bisikkan kat telinga dia yang bagus-bagus harapan pagi hari… kalau rajin sikit lagi, cerita-ceritalah dengan dia berkaitan attitude dia tuh. Buatlah cerita imaginasi.
Bukan Tak Bagi Terus Tapi Lambatkan
Fasa awal nak lenyek sifat bossy anak ni, when they ask something, jgn terus beri. Beri mesti bersebab. You want something you have to work for it pay for it.
Kita delaykan bukan segerakan.
Dan bila mama say no means no. bukannya hari no besok yes besok lagi suka hati kau la nak.. anak akan mula detect kelemahan tak istiqamahnya mak aku, boleh ‘goreng’ ni.
Lagi lah kalau cakap ni last tau, then anak merengek nak lagi, kita beri. Pastu kita kata lagi..ni last. Pastu..??
Boleh sambung sendiri.
Dalam kes ini, yang penting mak-mak jangan sampai hilang kuasa. Semoga esok hari anak-anak anda boleh bangun awal pagi dan lebih semangat nak ke sekolah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...