Mak ayah mohon elakkan sakat dan takutkan anak-anak ya! Bimbang kesan tidak sihat pada emosi dan psikologi hingga mereka dewasa kelak.
Perbuatan menyakat dan menakutkan anak memang nampak kelakar dan menyeronokkan pada mak ayah, namun ketahuilah kesannya pada anak-anak.
Mak Ayah Mohon Elakkan Sakat, Takutkan Anak!
Kongsi Puan Wawa Shauqi, jangan suka takutkan anak.
“Pergilah situ. Nanti momok (hantu) ambil!”
Memang mudah disiplinkan anak dengan takut-takutkan mereka ni. Kelakar pun ada. Tapi ketahuilah, kesan jangka masa panjangnya lebih buruk.
Kesan Tidak Sihat Pada Emosi Hingga Dewasa
Kita mungkin fikir, sepanjang anak dewasa, ketakutan tu akan hilang. Hakikatnya, ia ibarat highway yang kita dah bina pada otak anak.
Yang tak bestnya, tanpa kita sedar, highway yang dibina itu menghubungkan cabang jalan yang banyak.
Contohnya, bila kita takutkan anak dengan hantu. Ketakutan tersebut boleh pergi ke beberapa cabang :
– takut gelap
– takutkan orang berwajah luar biasa
– takut perempuan yang berambut panjang
– takutkan bila tengok kotoran pada dinding yang ada bentuk macam ‘hantu’
Apa yang menyedihkan, ia takkan hilang begitu sahaja. Memori ketakutan tersebut akan terbawa sampai ke anak besar.
Dan ia akan menjadi punca mudahnya anak-anak trigger, fobia dan anxiety apabila dewasa.
Kesan Cerita Seram
Kesan yang sama juga berlaku bila kita biasakan anak tengok cerita seram dan ganas.
Seorang psikologis dalam rancangan dokumentari di Netflix (Brain Explained) ada berkongsi.
Waktu kecilnya, dia terjebak tonton cerita Jaws. Memori trauma yang dia dapat dalam filem tu, menyebabkan dia diserang panik setiap kali berada dalam air, terutamanya laut.
Ads
Baru-baru ni juga ada seorang ibu yang berkongsi dengan saya. Seorang anaknya yang baru berusia 3 tahun menangis sambil menggigil bila masuk ke stesen minyak. Disebabkan terlalu takut dengan inflatable maskot yang melambai-lambai depan stesen minyak.
Rupanya si kakak selalu menakutkan adik dengan patung dalam siri cerita Squid Game.
Kasihan Anak Menanggung Ketakutan
Kelakar bila bayangkan. Benda macam itu pun boleh takut. Tapi tidak bagi yang menanggung ketakutan.
Saya sendiri pernah melalui episod panik nak buka ensiklopedia. Nafas jadi laju dan dada berdebar-debar bila nak buka buku gambar dinosaur, gambar hutan, dan sebagainya.
Padahal saya dah masuk sekolah menengah waktu tu. Pelik bagi orang lain.
Tapi itulah cara otak saya proses benda yang pernah ditakut-takutkan pada saya masa kecil.
Jadi ibu ayah mithali sekalian.
Mohon elakkan sakat dan takutkan anak-anak. Walaupun pada kita, senang nak disiplinkan anak. Dan lucu tengok mereka menangis.
Sedangkan, kesan jangka masa panjangnya sangat tidak sihat dari segi emosi dan psikologi anak.
Mingguan Wanita : Banyak lagi perkara yang boleh dibuat kelakar daripada menakutkan anak-anak dengan hantu atau benda-benda yang menyeramkan. Fikirkan kesannya pada anak-anak, kasihan mereka.
Selagi boleh, kebanyakan kita sanggup bekerja siang ke malam demi mencari duit lebih tetapi rezeki makin sempit malah kadang diuji dengan masalah yang anda sendiri tak boleh jangka. Ada yang mampu telan, akan terus bangkit, tetapi kalau yang jenis cepat serik pastinya buntu dan menangis.
Untuk keluarkan anda daripada masalah kewangan dalam dunia bisnes, mari betulkan beberapa sudut yang mungkin anda terlepas pandang. Jom baca perkongsian daripada Ebit Lew ini…
Malam tadi 11.50 malam pergi Bukit Bintang jumpa ramai orang. Seorang abang tanya saya, ustaz ebit lew kan? Syukur jumpa di sini. Saya berniaga ustaz. Macam-macam saya buat. Tapi hidup saya semakin sempit. Saya rasa tuhan tak adil pada saya. Saya dah buat macam-macam. Saya berusaha siang malam. Bukan tambah rezeki tapi tambah hutang jer. Masalah makin banyak. Dekat rumah pun semuanya jadi panas jer…saya dah buntu ustaz…
Abang, Allah sayang. Allah sayang kita. Mungkin malam ini jadi permulaan semuanya. Abang betul nak kelapangan dan kekayaan kan?
Yer ustaz. Sebab tulah saya berniaga.
Kaya tu bermula di sini. Tangan saya tunjukkan hati. Cuma disini. Bila syukur Allah tambah nikmat. Pertama syukur kita kenal Allah. Syukur kita Islam. Minta pada dia yang maha kaya. Jaga solat awal waktu abang. Maaf saya sebut orang jaga solat awal waktu tidak akan merungut dengan hidupnya. Dia sedih, dia susah, dia senang, dia kaya tapi dia rasa ketenangan dan rasa diri dekat dengan Allah. Sebab dia tahu,dia tak seorang. Dia sedang diuji oleh Allah yang maha baik..
Ya Allah, ustaz…saya mengaku saya selalu tinggal solat subuh. Solat lain pun lambat-lambat, kadang-kadang sibuk kerja tinggal..
Kedua abang, abang ada ibubapa. Ada isteri. Ada anak-anak. Ada ustaz. Hargailah mereka. Nabi saw bersabda yang terbaik di kalangan kamu, yang terbaik pada isterinya. Akulah orang paling baik terhadap isteri. Yakni Rasulullah saw paling baik pada isteri..jika nak lemah lembut. Paling lembut dan romantik pada isteri. Jika berdakwah paling banyak berdakwah pada isteri. Jika memberi hadiah atau sedekah. Paling banyak beri pada isteri.
Zaman ini ramai orang dengan ibubapa kasar. Buat mak bapa macam orang suruhan. Buat isteri macam orang gaji. Bagi makan sikit. Bagi tempat tinggal. Gaji pun takde. Balik rumah marah-marah. Pegang telefon 24 jam. Takde dah nak buat taklim. Ajak solat tahajud sama-sama. Beri isteri rehat sikit. Tolong buang sampah. Tolong jaga anak sejam. Bagi isteri masa nak mandi, nak solat, nak rehat sekejap.
Ya Allah, ustaz…saya memang kasar ustaz. Begitulah saya dalam rumah dengan keluarga. Ya Allah..
Abang kita sebenarnya telah kaya. Diberi keluarga oleh Allah. Tapi kita kejar kaya lain lupa doa yang dirumah itulah asbab ketenangan dan kekayaan dalam hidup ini.
Ketiga abang bekerja niat dakwah. Niat bangunkan orag lain. Kita marketing, jumpa orang, buat apapun niat utama kita nak bawa manusia yang lain kepada Allah. Bukan kepada diri kita. Walaupun difitnah, diumpat, dibalas buruk usahlah dilayan. Kita tak hidup untuk orang. Kita hidup untuk Allah. Allah punya semua. Sebarkan salam, beri makan, sebarkan senyuman. Beri nasihat. Barulah Allah bantu kita. Kalau seseorang jadi orang seseorang bila dia susah dia dibantu oleh orang itu. Bila kita jadi orang Allah. Bila kita susah Allah bantu kita.
Berilah masa buat dakwah. Bawa isteri sama-sama belajar iman dan berjuang di jalan Allah. Pimpin mereka masuk syurga.
Abang tadi mengalir air mata dari mula saya cerita. Sebab begitulah hati bila kita diuji. Sakit, ujian, keperitan seruan Allah kita balik pada dia.-ebit lew
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lumrah manusia tidak lari daripada melihat kebahagian dari kaca mata orang lain. Kdang-kadang bahagia kita diukur dengan cara bahagia orang lain.
Salah sebenarnya kerana masing-masing ada cara bahagianya yang tersendiri yang Allah kurniakan tanpa kita sedar dek asyik merenung kebahagian orang lain.
Sebaiknya jangan asyik pandang kebahagian orang lain sampai lupa apa yang Allah berikan pada kita selama ini. Ikuti perkongsian Hafizul Hakim dan ketahui bagamana cara terbaik untuk mencipta bahagia:
Jangan Asyik Pandang Kebahagiaan Orang Lain
Sebenarnya ada cara untuk bahagia. Kita asyik tengok kebahagiaan orang lain. Sampai lupa nak tengok apa yang Tuhan sudah bagi dekat kita.
Di sini suka saya nak kongsikan beberapa petua untuk menggapai kebahagiaan hati yang sebenar.
#1 – Jangan membenci walaupun ada yang berbuat salah kepada kamu. Doakan dia agar insaf dari berbuat salah dan suka menyakitkan hati orang.
#2 – Jangan putus berdoa untuk saudara mukmin kita di seluruh dunia dan orang yang mendidik kita. Sentiasa berbuat baik kepada orang yang paling dekat pada kita.
#3 – Jangan bersedih lama sangat walaupun masalah yang menimpa tinggi menggunung. Selama dia bukan oksigen, kamu masih dapat hidup tanpa dia.
#4 – Perbanyakkan memberi, walaupun kita sendiri berada dalam kesusahan. Allah tingkatkan darjat orang sebegini. Belajar sifat ikram muslimin.
#5 – Hidup dalam kesederhanaan, walau kekayaan seluas lautan. Biarlah orang hairan tengok kita hidup sederhana. Yang dia pening tengok kita, dah kenapa?
#6 – Senyum walau hati sedang menangis. Orang yang terbaik sifatnya apabila menyembunyikan kesakitan dan kesedihannya. Jangan bersedih, Allah sentiasa bersama kita.
#7 – Berbuat kebaikan walau sendiri sedang ditimpa musibah. Insha Allah, akan datang bantuan dari sumber yang tak disangka-sangka. Bahagia yang sebenar itu datang dari dalam diri kita sendiri. Apabila kita selalu rasa sentiasa betul, kita bimbang akan cenderung lihat kesalahan orang. Perhatikan hati kita.
Jangan Lupa Kita Pun Sedang Bahagia
Ada 9 sebab hati tak bahagia. Diantaranya: 1. Pemarah 2. Pendendam 3. Hasad dengki 4. Bakhil atau lokek 5. Tamak 6. Tidak sabar 7. Ego 8. Riak 9. Cinta dunia
Semoga kita terhindar dari sifat di atas. Beroleh bahagia dalam hati untuk capai kehidupan tenang dan berkat. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta #SelamatPagi
Dalam hidup berumahtangga, pasangan suami isteri gaduh itu menjadi salah satu asam garam kehidupan. Tak ada dalam dunia ini pasangan yang hidup tak pernah berselisih faham.
Baik suami atau isteri mesti ada rasa tak puas hati. Belum lagi gaduh mulut atau pun bermasam muka. Mungkin ada sesetengah perkara yang tidak kena di mata pasangan itu sendiri.
Masalah gaduh yang tidak meleret-leret tak mengapa. Jangan sampai makan hati dan bawa ke mahkamah. Itu sangat teruk. Ada sesetengah pasangan bila bergaduh mulalah panggil nama sebenar. Lebih teruk terus keluar ‘aku’ ‘kau’ pula.
Gaduh sekadar untuk mengajar atau menegur itu memang baik untuk sebuah rumahtangga. Tapi ada cara nak tegur pasangan supaya ia tidak berlaku pergaduhan yang berpanjangan.
Inilah yang dikatakan oleh Wawa Shauqi dalam perkongsiannya tentang teknik yang boleh suami isteri pelajari untuk elak gaduh laki bini.
TEKNIK UNTUK LAKI BINI ELAK BERGADUH BILA NAK MENEGUR.
Semalam saya baca buku tulisan Philippa Perry. Dia ada cadangkan satu teknik ni, yang kalau kita pakai, komunikasi jadi lagi sampai.
Terus teringat, Psikologis Akif Basri pun pernah saran kaedah yang sama.
Apa teknik ‘I’ tu?
Kaedahnya macam ni.
Bila kita nak menegur atau nak luah sesuatu, mulakan dengan ‘I’. Atau ‘saya’. Malahan, boleh panggil nama yang pasangan selalu guna.
Elak guna ‘you’. Atau nama pasangan kita.
Orang dah buat ujian dah. Terbukti teknik ni mengurangkan kebarangkalian kita bergaduh dengan pasangan.
Kuranglah sikit drama gaduh dan masam-masam muka.
TAPI… kalau tak jadi juga, sama ada ayat belum cukup halus. Atau tangki emosi pasangan tengah kosong.
Jadi, sebelum nak mula tu, bagilah hati pasangan tu berbunga. Puji bulu mata dia ke, sikat rambut dia ke, main cubit pipi ke, cium tangan ke.
Tak pun, puji usaha yang dia tengah buat.
Nampak macam dah bahagia sikit rupa, barulah mula Teknik ‘I’ ni.
Dalam hidup berumahtangga, gaduh suami isteri menjadi salah satu asam garam kehidupan. Tak ada dalam dunia ini pasangan yang hidup tak pernah berselisih faham.
Mingguan Wanita : Walaupun tak gaduh, ada juga pasangan yang biasakan panggilan ‘aku’ ‘kau’, kononnya sudah terbiasa dan rasa seperti kawan-kawan. Pandangan anda?
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...