Benarlah disebalik kejayaan dan rezeki mencurah seorang suami, adanya seorang isteri sebagai penguat semangat dan membantu dikala kesusahan. Apatah lagi jika terlibat dalam bidang perniagaan, jatuh bangun dunia bisnes bukan calang-calang dugaannya.
Namun demikian, jika dah berjaya dan berjaya mengharungi cabaran tersebut janganlah sesekali melupakan jasa dan pengorbanan isteri yang sanggup bergolok gadai demi membantu suami suami tersayang. Jika isteri ada membuat kesilapan, berlapang dadalah dalam memaafkan. Ini kerana tak terbalas jasa dan pegorbanan seorang isteri.
Perkongsian daripada Usahawan berjaya Syukor Majidini semoga menjadi panduan;
“Awak pergilah jual gelang saya.”
Di awal usia perkahwinan dulu, ada satu ketika abang betul-betul susah, bisnes jatuh, duit tak ada, tak tahu nak pergi mana, tak tahu nak minta tolong siapa.
Bila isteri offer jual barang kemas untuk bantu abang, rasa macam guruh berdentum atas kepala.
Abang taknaklah sampai jual barang kemas dia. Suami jenis apa abang ni sampai gadai harta isteri. Ini masalah abang, bukan tanggungjawab dia. Abang tolak.
Ads
“Takpe, saya bukan pakai sangat pun. Nanti kalau ada duit, awak belilah semula.”
Aduh, abang betul-betul dipersimpangan dilema. Hidup perlu diteruskan, bisnes kena terus berjalan.
Gantikan Barang Kemas Dalam Masa 6 Bulan
Lepas beberapa hari pertimbangkan, abang tak sanggup tapi terpaksa terima cadangan dia. Abang janji akan gantikan semula barang kemas tu dalam masa 6 bulan.
Esoknya semua barang kemas dia abang jual. Ada lebih kurang 400g. Masih segar lagi babak-babak pergi dari satu kedai ke satu kedai untuk dapatkan harga terbaik. Betul-betul rasa macam dalam drama.
Alhamdulillah dengan duit tu dapat abang kembali bernafas, dan teruskan perniagaan.
Ads
Dipendekkan cerita tak sampai 6 bulan, ya tak sampai 6 bulan abang bawak dia pergi Poh Kong Jaya Jusco Bukit Raja, belikan dia gelang emas 100g. Bukan takat gelang emas, abang juga hadiahkan dia 500g pamp suisse goldbar sebagai tanda terima kasih, sebagai tanda abang dah tebus kembali apa yang abang ambik dulu.
Selepas insiden itu, abang betul-betul particular bab saving. Cash reserve sangat penting. Orang bisnes bukan sentiasa di atas, adakala terbenam sampai ke bawah tanah. Jadi kena sentiasa bersedia, sentiasa hati-hati.
Sebab tu lah abang sayang sangat isteri abang yang nombor satu ni. Dia sajalah saksi hidup yang tengok abang jatuh, saksi abang bangkit, saksi abang susah saksi abang senang.
Sebab tu abang tak marah dia bawak kereta abang masuk longkang. Apalah sangat kereta ni kalau nak dibandingkan dengan kasih sayang abang pada dia.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat para suami. Bila dah berjaya tempuhi waktu sukar ingatlah segala jasa dan pengorbanan isteri yang sama-sama menempuhinya.
Sumber: Syukor Majid
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biasanya Anemia atau lebih dikenali sebagai penyakit kurang sering dialami wanita dan remaja perempuan. Kaum ini lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih banyak berbanding lelaki, sedangkan keperluannya dalam sehari adalah tinggi.
Masalah anemia sering dilihat sebagai penyakit ringan tapi sebenarnya tak dipandang remeh sebab berpotensi menjejaskan sistem imun. Jadi apa pula kesan pada si bayi? Haaa… ini yang doktor Taufiq Razif dah kupaskan, mohon kaum mak-mak baca sampai habis.
Kesan Anemia Pada Bayi
Ya Allah. Rupanya ramai lagi yang pandang sebelah mata je penyakit ‘kurang darah’ ( anemia ) masa tengah hamil. Ada yang sanggup taknak makan ubat yang doktor bagi. Jangan camtu wahai ibu-ibu semua.
Kalau doktor dah bagi ubat tambah darah Iberet ataupun Obimin tu makan je la ye. Mungkin kadang-kadang timbul rasa tak selesa di perut, cirit birit dan loya bagi sesetengah orang tapi demi bayi kat dalam perut tu tolong la tahan kejap.
Kesian bayi kat dalam perut ni. Tahu tak apa boleh jadi pada si comel kat dalam perut tu kalau haemoglobin rendah sangat?
1. Bayi tu boleh keluar awal daripada yang sepatutnya / kelahiran pra-matang. Bayangkan lah apa jadi kalau dah keluar lebih awal daripada waktunya. Paru-paru dia tak kuat lagi. Organ lain pun tak matang lagi. Macam-macam lagi boleh jadi.
2. Boleh sebabkan kematian bayi dalam kandungan ( Intrauterine Fetal Death ) disebabkan bayi tu tak dapat cukup oksigen. Yela, haemoglobin tu kan tugasnya nak angkut oksigen. Rosak la otak anak kita kalau tak cukup oksigen kat dalam tu.
3. Kemurungan pada si ibu tu sendiri selepas melahirkan yang dipanggil Post Partum Depression. Memang anemia ni dikaitkan juga antara penyebab kemurungan pada ibu lepas bersalin. Tiba-tiba rasa diri tak berguna, emosi jadi tak menentu dan boleh jadi timbul perasaan nak cederakan anak sendiri!
Apa pun ikut cakap doktor ye. Kalau rasa loya dan tak selesa perut masa makan ubat tu boleh makan bersama makanan lain kecuali susu, pil kalsium dan antasida.
Boleh juga cuba makan daging ayam untuk tambah zat besi dalam darah terutamanya bahagian hati ayam tu dan boleh juga cuba makan kismis, roti, ikan, jem kacang, oat dan sayuran hijau macam bayan dan lain-lain.
Nota:
Tolong save info ni dalam handphone masing-masing ye sebab ilmu ni akan sangat berguna bila dah hamil nanti.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selama ini siang dan malam, isterilah siang dan malam uruskan anak. Tak berkira sebab anak memang sudah menjadi amanah pada dia. Lepas anak dah besar sikit, lahir pula yang kedua dan ketiga. Rutin menjaga anak kecil berulang dari anak pertama hingga ketiga.
Isteri sebenarnya tak meminta pun dipuji melangit tetapi jangan sesekali suami menyalahkan isteri lebihkan anak. Kemudian mencari pengganti disebabkan isteri sibuk dengan anak. Jika diberi pilihan, dia sendiri mahu lebihkan semua orang, tetapi ianya di luar kemampuan.
“Saya ada orang lain sebab awak asyik sibuk dengan anak!”
Sedia atau tidak, bila anda sebagai seorang lelaki berkahwin, anda pasti akan dikurniakan zuriat… Apa yang perlu anda tahu bila sudah dapat zuriat?
Anak yang baru lahir tidak mampu menguruskan dirinya sendiri… Anak yang baru lahir tidak mampu untuk makan dengan sendirinya… Anak yang baru lahir perlukan bantuan orang lain untuk buat sesuatu bagi pihak dirinya…
Dari dia kecil, sehinggalah dia dapat menguruskan diri sendiri dengan sebaiknya… Mungkin ketika 4 tahun, mungkin 5 tahun dan sepanjang tempoh tersebut, anda perlu menyibukkan diri untuk bersama isteri menguruskan dan membesarkan anak anda…
Anak adalah tanggungjawab bersama…
Jika ketika ini pun anda masih nak disuap makan oleh isteri, jika ketika ini pun anda masih nak tangan anda dibasuh isteri, jika ketika ini pun tuntutan anda sebagai suami masih sama ketika seperti tiada anak, maka anda hanya tahu untuk buat anak…
Alasan isteri sibuk dengan anak sehingga anda ada masa untuk cari lain, ada orang lain dan berlaku curang menunjukkan ANDA TIDAK BERSAMA ISTERI dalam menguruskan dan membesarkan anak anda…
Sekiranya anda terlibat secara langsung dalam proses ini, ketahuilah yang sebenarnya anda TIDAK ADA MASA untuk berkenalan dengan orang lain atau curang…
Anda terpaksa bangun pukul 3 pagi untuk bancuh susu, anda terpaksa tukar lampin pada bila-bila masa, anda terpaksa fokus kepada apa yang dibuatnya dan ini akan menjadikan anda letih sehingga tak ada dalam fikiran anda tentang ISTERI SIBUK dengan anak sehingga anda rasa terabai…
Tiada pengabaian jika anda faham yang isteri perlu beri perhatian kepada kehadiran ahli keluarga yang baru… Kegagalan untuk memahami dan meletakkan perkara ini sebagai alasan untuk mempunyai orang lain di belakang isteri menandakan anda bukan seorang yang cerdik…
MW: Melihat anak sihat, makan minum terjaga dan rumah berkemas adalah perkara-perkara membahagiakan seorang isteri. Naluri seorang ibu dia akan lebihkan anak bukan kerana tidak sayangkan suami tetapi anak yang masih kecil perlukan perhatian.
Oleh itu, suami fahamilah keadaan isteri dan jangan pula sibuk mencari pengganti. Sebaiknya sibukkan diri membantu isteri menguruskan anak, barulah tiada masa terfikir untuk curang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada ibu dikurniakan anak perempuan kesemuanya dan ada yang berezeki dikurniakan anak kesemuanya lelaki. Waima apa pun kurniaan Yang Esa, bersyukur dikurniatkan zuriat penyejuk hati. Tapi bila bab nak uruskan kerja rumah tu, jangan jadikan gender sebagai alasan ye dalam melatih anak-anak ini membiasakan diri dengan kerja rumah.
Cuti PKP ni masa terbaik untuk kita latih bukan sahaja anak perempuan, malah libatkan anak lelaki juga dalam urusan menyempurnakan kerja-kerja rumah. Jangan pula asyik ulang alasan yang sama, alahhh, dia kecik lagi…cuti-cuti ni biarlah dia rehat-rehat dan bangun tidur lewat. Jangan ya…diulang jangan membiasakan dan terperangkap dengan alasan umur mereka masih kecil.
Pernah dengar pepatah melentur buluh biar daripada rebungnya, yang mana maksudnya mendidik anak-anak biarlah sejak dari mereka kecil. Jangan pula esok-esok dah berumah tangga, serba satu kerja rumah tangga pun tak tahu langsung. Waktu tu baru nak ajar, silap-silap kita pula dilawannya nanti. Berikut adalah ‘task’ atau kerja rumah yang kita boleh suruh mereka lakukan *terutamanya anak lelaki seawal usia mereka dua tahun.
Sama ada anak lelaki atau perempuan, kedua-duanya wajib dididik kerja-kerja rumah sejak kecil lagi
Sebagai ibu bapa anda haruslah bijak memainkan peranan anda. Layan anak anda sebaiknya tanpa berat sebelah. Sebaiknya anak lelaki atau perempuan, tak ada yang terkecuali dari buat kerja rumah.
Jangan jadikan budaya membesarkan anak bak raja sebagai budaya berterusan. Didiklah anak anda terutama anak lelaki, sikap lelaki budiman. Biasakan dia dengan tugasan rumah, baru dia mengerti lelahnya kerja rumah ini dan akan jadi lebih ringan apabila adanya bantuan daripada orang lain. Hal ini merupakan sebahagian daripada persiapan untuk kemahiran hidup mereka satu hari nanti juga.
Mungkin satu masa nanti mereka akan melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, universiti, alam pekerjaan dan juga melangkah ke alam rumah tangga. Isteri juga perlu mainkan peranan untuk tidak merajakan suami tapi menghormati suami sebagai ketua keluarga.
Terkadang, ada juga suami yang lahir dikalangan keluarga yang tidak memberikan pendedahan berkaitan urusan rumahtangga, Kerana menganggap urusan rumah tangga urusan mutlak perempuan dan juga isteri semata. Kerjasama amat penting dalam sesebuah rumah tangga. Jangan biasakan merajakan suami, kerana apabila dibimbangi suami hilang rasa empati untuk membantu isteri.
Didiklah anak kita seiring dengan usia mereka. Walaupun sebagai ibu bapa menggangap tugas anak perempuan di dapur tapi apa salahnya kalau ilmu menguruskan rumah dikongsikan juga untuk anak lelaki. Supaya ini membawa manfaat kepada semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!