Perintah Kawalan Pergerakan telah dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia berkuatkuasa sejak 18 Mac 2020, antara yang ditekankan adalah penutupan premis-premis pekerjaan dan pekerja diminta untuk bekerja dari rumah.
Bunyinya macam best sangat dan tentu sahaja ramai yang teruja, apa tidaknya mungkin sudah terbayang masing-masing betapa selesanya bekerja dari rumah, bekerja sambil bersandar-sandar di kerusi, makanan dan minuman siap di meja, malah mungkin juga sambil bekerja, boleh pula menonton cerita di televisyen, apabila teragak nak berhenti, teragak nak baring-baring, tiada bos yang akan memerhati dan tiada bos yang akan melarang, wah! seakan bebas tanpa sebarang peraturan.
“Eh aku bekerja dengan mengunakan sistem, di rumah aku mana la ada sistem ni, jadi tiada salahnya aku bersantai-santai saja di rumah, dah kerajaan suruh cuti kot sambil bekerja, dan aku tak boleh bekerja jadi aku cuti la, salah ke?
Bunyinya macam rasional dan sangat tepat alasan tu malah mungkin akan ramai mengangguk-angguk setuju. Betul? Realitinya ini adalah salah satu alasan daripada banyak alasan lain bagi mereka yang suka mengambil kesempatan atas peluang ini, ‘oppurtunist’.
Nah, di waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah waktu yang paling sesuai untuk dibuktikan bahawa pekerja di Malaysia masih tetap boleh produktif dan aktif biar pun mereka bekerja dari rumah.
Pilihan terpulang kepada kita sekarang ini.
Ada 12 tip yang dikongsi oleh Mohd Shariman bin Che Derisbagaimana untuk kita tetap cemerlang dan produktif serta aktif biarpun kita bekerja dari rumah.
Punch In kehadiran tanda masuk kerja.
Ini mesti ramai yang tertanya-tanya, dah kenapa pula nak punch in ni, mana la ada sistem nak punch in di rumah, realitinya ini-lah antara asas apabila kita bekerja dari rumah.
Ingat ye punch in setiap pagi sebelum masuk waktu kerja sebagaimana kelaziman kita jika ke pejabat, bukan punch in pada jam 11 pagi ye. Adakah perlu punch out? Tidak perlu kerana dalam fikiran majikan kita telahpun tanamkan satu kepercayaan bahawa saya sedang bekerja sekarang.
Ads
Buat senarai kerja.
Ini antara isunya, betul? Kita mahu bekerja tetapi tidak tahu nak buat kerja apa? Jadi langkah awalnya adalah, kenalpasti dulu apa kerja yang mahu kita buat di sepanjang waktu apabila kita bekerja dari rumah. Perbincangan dengan majikan akan menampakkan lagi apakah senarai kerja yang mahu dibuat. Sebagai contoh, jika taska dan tadika mungkin boleh buat kerja marketing di waktu ini ataupun kerja tangan bagi mencantikan lagi taska dan tadika ataupun boleh juga follow up pelanggan bertanyakan khabar mereka dan menambah ilmu parenting secara online
Apabila kita fikirkan kembali dengan fikiran yang tenang, panjang jadinya senarai kerja yang boleh dibuat dan tidak timbul kenyataan “aku tidak tahu kerja apa mahu dibuat”
Buat keutamaan senarai kerja.
Senarai kerja sudah ada di tangan, betul? Tenang-tenang dulu, sebelum mulakan kerja buat dulu keutamaan setiap kerja agar dapat didahulukan yang urgent dan dapat di kebelakangkan yang kurang urgency. Meletakkan keutamaan kerja akan menjadikan kerja kita lebih lancar dan menepati keperluan majikan.
Buat laporan status kerja yang dibuat.
Mungkin ramai yang sudah berkerut dahi apabila melihat kenyataan ini, tidak perlu disulitkan apa yang mudah. Kita kan bekerja dari rumah, soal laporan status ini dibuat dalam whatsapp dan cukup sekadar “Bos, saya dah siapkan Laporan Analisa Kehadiran Kakitangan, hanya menunggu satu Jabatan lagi untuk saya lengkapkan”
Mudah dan selesai. Apa yang penting adalah, majikan tahu kemajuan kerja.
Ads
Sentiasa semak ‘whatsapp’ dan berikan maklumbalas.
Apabila bekerja dari rumah, kekangan komunikasi akan berlaku antara pekerja dan majikan, kerana itu sangat penting untuk diwujudkan satu platform komunikasi yang baik, sebagai contohnya whatsapp group. Arahan dan perbincangan akan dibuat di platform ini, sebagai pekerja kita perlu sentiasa peka dengan tajuk perbincangan dan paling penting beri maklumbalas, biarpun hanya noted sahaja itu sudah mencukupi untuk kita beri signal kepada majikan bahawa kita mengikuti perbincangan.
Jangan off blue tick.
Ini satu tabiat yang sangat wajar dielakkan, blue tick dalamwhatsapp menandakan bahawa kita telah membaca arahan dan perbincangan dalam whatsapp. Bahayanya apabila kita off blue tick adalah ianya satu signal bahawa kita sengaja tidak mahu menerima arahan atau kita sengaja tidak mahu membaca atau lebih parah lagi kita tidak berada di rumah. Jadi sangat penting untuk sentiasa on blue tick dan beri maklumbalas.
Jangan beri alasan remeh dan tidak masuk akal.
Alasan-alasan seperti rumah saya tiada jaringan internet, atau maaf saya tidak perasan atau eh eh ada ke arahantu bos … Ini semua antara alasan yang bakal memakan diri sendiri. Cerita mudahnya tidak perlu beri alasan, hanya nyatakan apa yang betul sahaja, honesty is the best policy. Jika tidak sempat buat, beritahu sahaja tidak sempat buat kerana sedang menyiapkan tugasan terdahulu, ini lebih baik daripada meraban mencipta alasan.
Bekerja di ruang kerja yang selesa dan mudah capaian.
Sangat penting, tempat kerja kita mesti selesa dan mudah untuk kita capai bahan-bahan kerja. Jika ada meja ianya sudah sangat bagus. Elakkan daripada bekerja di depan televisyen atau bekerja sambil bersila apatah lagi jika bekerja sambil meniarap. Postur badan ketika bekerja perlu betul dan tidak membebankan hingga boleh membuatkan kita mudah letih dan penat walhal baru saja setengah jam mengadap komputer riba.
Ads
Buat jadual harian apa yang mahu dibuat hari ini.
Perkara asas yang jarang dibuat adalah, menjadualkan kerja harian yang mahu dibuat pada setiap hari. Jadual kerja ini tidaklah hanya tertumpu kepada kerja pejabat semata, minda dan badan juga perlu rehat, betul? Jadi jadualkan dengan baik waktu kita bekerja di rumah, waktu kita mahu ke pasar atau mengemas rumah dan waktu untuk kita bersantai. Kita akan lebih produktif jika kerja distrukturkan, elakkan daripada buat jadual ikut rasa atau ikut teragak ye, ini sangat tidak professional.
Elakkan daripada gangguan oleh facebook @ twitter @ Instagram.
Gangguan akan tetap ada, sambil kita bekerja di rumah ini kadang ada call masuk, kadang ada whatsapp kawan-kawan masuk, kadang ada berita di facebook yang kita mahu lawati, mungkin juga akan ada gangguan anak yang semuanya ini akan jadi satu pengalihan fokus daripada kerja yang sedang dibuat.
Solusinya, buat pilihan dan uruskan gangguan. Melihat telefon untuk membaca perkembangan di whatsapp dan facebook tidak-lah menjadi kesalahan asal saja jangan sampai kita dikuasai, begitu juga apabila ada gangguan anak dan keluarga, layani lah sekadarnya sahaja tetapi jangan sampai tewas dan terus melayan seolah kita sedang bercuti. Fokus kepada menyelesaikan tugasan mesti diutamakan.
Ambil masa sendiri untuk rehat dan bukan untuk tidur.
Bekerja dari rumah juga bermaksud kita bekerja sendirian, tiada sahabat untuk ditegur, tiada rakan pejabat untuk kita minta bantuan dan pandangan. Kita sendirian dan ini akan sangat memenatkan kerana minda kita bekerja keras untuk kekal fokus dalam menyelesaikan tugasan.
Rehatkan dan jika perlu untuk baring seketika, baringlah sekadar untuk memulihkan kembali tenaga dan fokus, dalam istilah Neuro Linguistic Programme kita katakan sebagai break state. Ingat ye! Tidur sehingga berjam-jam bukanlah break state tetapi adalah satu penyakit kemalasan.
Tanya khabar dahulu sebelum tanya tentang tugasan.
Kebiasaannya ramai pegawai yang lupakan perkara penting ini, hubungan dan nilai kemanusiaan. Sungguh, apabila seorang pegawai bertanyakan khabar kakitangannya dahulu adalah satu nilai diri yang sangat dihargai oleh kakitangan, dan pegawai ini akan lebih dihormati malah tugasan yang diberi juga akan cepat disiapkan.
Ingat dan amalkan kesemua 12 tip ini bagaimana untuk kita bekerja dari rumah dan tetap produktif, bersemangat dan cemerlang memenuhi aspektasi majikan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pagi ini, rakyat Argentina sedang berduka. Meratapi pemergian bintang legenda bolasepak negaranya malah dunia, Diego Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung.
Dalam usia 60 tahun, pemain terbaik sepanjang zaman dan juga bekas kapten Argentina meninggal di kediamannya dekat Beunos Aires.
Berita duka itu disampaikan sendiri oleh jurucakap keluarganya. Dan Presiden Argentina, Alberto Fernandez mengumumkan bahawa negara itu akan berkabung selama tiga hari.
Membayangkan betapa bersedihnya rakyat Argentina ketika ini di atas pemergian bintang negaranya yang banyak berjasa.
Kongsinya lagi di laman Twitter,
”Anda telah meletakkan kami di puncak dunia. Anda membuatkan kami rasa tersangat gembira. Andalah yang terbaik, terima kasih kerana hadir untuk kami, Diego. Kami semua akan merindui kamu sepanjang hidup.”
Awal bulan ini Maradona baru saja menjalani pembedahan darah beku di otak. Beliau juga dirawat kerana masalah alkohol.
Malah, beberapa jam sebelum kematian Maradona, media Argentina melaporkan bekas bintang itu mengalami masalah kesihatan yang teruk dan dirawat oleh doktor persendirian di rumahnya.
Sewaktu Piala Dunia 1986, Maradona menjadi kapten dan negaranya, Argentina menjuarai kejohanan itu. Jaringan gol ‘hand of god’ ketika menentang England pada suku akhir sehingga ke hari ini masih diingati para peminat bola sepak seluruh dunia.
Persatuan Bola Sepak Argentina turut menzahirkan perasaan berduka menerusi media sosial mereka.
“Anda akan selalu ada di hati kami.”
Diego Maradona dan Pele / Kredit foto : wartakota.tribunnews.com
Sementara itu, legenda Brazil, Pele turut melahirkan perasaan sedihnya dengan kehilangan bintang yang tiada gantinya.
Tulisnya, “Satu hari nanti, kita akan bermain bola bersama-sama di atas langit sana.”
Sepanjang kariernya, Maradona telah menjaringkan 34 gol dalam 91 penampilan bersama Argentina. Beliau juga mewakili pasukan itu dalam empat kejohanan Piala Dunia.
Begitu masyhurnya nama Maradona ini sehinggakan anak-anak kita pun turut sama mengenali. Lagi-lagi aksi hebatnya ketika bermain bola sepak di padang.
Usia Bonda Rozita atau nama sebenarnya, Rozita Ibrahimsudah pun memasuki lewat 40-an waktu bersalinkan anak bongsunya, Maryam Nur Amani. Kini, anak bongsunya itu sudah 8 tahun dan ramai juga yang keliru. Ingatkan Amani cucu Bonda Rozita.
Inilah pengalaman ada anak kecil di usia senja yang Bonda Rozita kongsikan dalam instagram miliknya. Dia gelak lucu bila ditanya sama ada Amani itu anaknya atau cucunya.
“Cucu ke anak ini. Eh.. macam cucu puan?” Senyum selamba je. Tapi dalam hati cover ‘kemaluan’. Bayangkan saya gelak guling-guling sambil bercerita ini.
“Sebab dah tua-tua beranak kecik lagi. Ni pun kalau tak ditampung dengan IUCD memang berisi lagi. Usia macam saya sekarang ini biasanya dah kurang haid atau menapous. Tapi saya alhamdulillah masih sangat banyak datang haid dalam 10 ke 13 hari sama macam saya zaman 20-an.”
Bagus sungguh penjagaan dalaman pengasas Jamu Ratu Malaya (JRM) yang dikurniakan 7 orang anak ini. Bonda Rozita juga banyak berkongsi berkenaan ilmu herba dan perawatan serta penjagaan dalaman wanita di instagram miliknya.
Tak Malu Dengan Orang Luar, Tapi Malu Kat Anak & Cucu
Akui beliau lagi, “Ni masa hamilkan last usia lewat 40-an masa bersalinkan si kecik Amani ni malu gak. Tapi saya positifkan diri sebab Allah kasi di usia lewat mengandung.”
“Saya tak malu pada orang luar tapi malu kat anak-anak dan cucu je. Bab paling tak tahan nak gelakkan diri sendiri bila menantu dan cucu ziarah nenek ada anak kecik. Macam berlawan-lawan.”
Kata Abang Aji, “Oklah sebab tua-tua mampu pregnant. Tapi sekarang nenek tutup kilang terus.”
Selorohnya lagi, “Lepas ini jangan tangan saya, siapa kecik ini ya? Cucu ke?”
Pernah juga Amani tanya saya, “Adik muka sapa Amu?”
Saya jawab bergurau dengan Amani, “Ami jumpa adik dekat tong sampah. Agaknya anak bangla.”
“Taklah, adik anak dady dan muka dady pun. Ada buktilah gambar adik banyak masa Ami beranakkan adik.” Sememangnya anak bongsu Bonda Rozita ini sangat keletah budaknya.
Tambah Bonda Rozita lagi, Amani rapat dengan suaminya. Malah diibaratkan ‘girlfriend body guard bapaknya’.
“Kawan gaduh kami semua satu rumah. Alhamdulillah, nakalnya ya ampun.” Sambungnya memaklumkan perkongsiannya ini hanyalah memenuhi momen pengalamannya yang ada anak kecil di usia senja.
Walaupun Amani anak bongsu, Bonda Rozita tetap tegas dalam mendidik anak kecilnya itu. Ini yang diakui dalam instagramnya.
“Sebagai parents saya sampaikan pada anak-anak. Harap pada diri dan anak-anak jangan makan haram nanti gelap hati. Ikut atau tak ikut sudah lepas tanggungjawab saya. Nak bersihkan hati tak mudah nak jumpa nur hidayah (tak nampak hati gelap banyak benda haram masuk dalam darah daging.)”
Beliau juga ada satu kepantangan iaitu tertib ketika makan. Ada pantang larang yang diterapkan pada anaknya iaitu minum jangan sampai keluar bunyi ‘srup’, makan jangan mengicap dan makan jangan melidah.
Keletah Amani Yang Buat Bonda Rozita Geram Plus Terhibur Sama
Penyanyi Dangdut AMELINA Luah Rasa Syukur, Anak Sulung Berjaya Raih Diploma!Tiada yang lebih membahagiakan bagi mak ayah apabila anak-anak berjaya menamatkan pelajaran walau apa juga bidang yang diceburi.
Penyanyi yang sinonim dengan irama Dangdut Norazlina Amir Sharipuddin,48 atau lebih dikenali sebagai Amelina meluahkan rasa syukur dan bangga dengan pencapaian anak sulungnya, Puteri Nur ‘Athirah, 22 yang baru sahaja berjaya menamatkan pelajaran dalam Diploma Kemahiran (Diploma In Professional Cookery) dari VTCA Vocational Training Centre.
Puteri Nur ‘Athirah merupakan anak dari perkahwinan Amelina dengan bekas suaminya iaitu Reduan Mahamood disamping 5 orang cahaya mata yang lain iaitu, Putera Al’ Affiq, Putera Al’ Asyraff, Puteri Nur’ Asyurah, Putera Al’ Arffa, & Putera Al’ Amzar.
Harapan & Pesanan Buat Athirah
Ibu tunggal kepada 6 cahaya mata ini cukup terkenal dengan lagu seperti “Rindu”, “Yang Tersayang” dan “Memori Daun Pisang” juga berkongsi harapan dan pesanan kepada anak tersayang sempena hari graduasinya.
“Congratulations on ur graduation day. U did it girl..dalam setiap chapter hidup mu Allah akan mempermudahkan urusan mu. Mommy always menyertakan doa untuk mu. Dont worry…walau pun u selalu sakat i & buat mommmy gerammmmmmm!
“Ingat…kakak kena jadi contoh yang terbaik untuk adik-adik, sayangi keluarga, orang yang pernah berbudi dengan kita dan orang yang sentiasa berada di saat kita susah, di saat kita jatuh, di saat kita tiada apa-apa.”
“Jadikan setiap kesengsaraan itu kepada nikmat Allah yang Allah dah janjikan pada hambanya yang berserah.
Amin ya rabb… Love u dotter.
Ramai yang turut mengucapkan tahniah atas kejayaan yang diraih berjaya menamatkan diploma serta mendoakan berjaya dalam kehidupan.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, tahniah buat Amelina atas kejayaan anak berjaya menamatkan pelajaran dalam bidang yang diceburi.Semoga anak terus cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat.
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...