Kasih sayang seorang kakak terhadap adiknya, dapat dilihat daripada perkongsian Dato Alha Alfa, jurusolek dan usahawan kosmetik terkenal tanah air.
Kakak sulung yang dipanggil Kekpa ini besar baktinya dalam mendorong kejayaan Dato Alha atau nama sebenarnya, Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil dalam bidang yang adiknya minati. Biar pun cara kakak membantu sedikit ‘rare’, namun itulah bukti kasih adik beradik yang tiada galang gantinya.
Bila Ribut, Kakak Dan Ibu Berpaut Pada Besi Payung..
Kongsi Dato Alha,
Gambar 1st tulah gerai kami meniaga goreng pisang, nasi lemak dan buah-buahan. Yang baju merah tu kakak sulung saya. Ada satu kenangan kat sini yang saya takleh lupa sampai bila-bila dan boleh dijadikan satu titik tekad dalam diri.
“Aku kene buat something.”
Tempat berniaga ni di Bukit Bintang. Atas kepala tu kalau korang nampak adalah MONORAIL. Alha nak balik ke UiTM akan naik monorail tu untuk ke hentian bas.
Satu kali tu ribut. Alha nampak kakak dan ibu berpaut kat besi payung tu. Habis makanan. Minyak goreng tu masuk air. Basah kuyup menggigil-gigill diaorang dalam hujan tu.
Alahai sedih rasa nak tinggalkan diaorang.
Dari ketika itu, saya tekad takkan biarkan nasib diorang macam tu sampai bila-bila. Beberapa tahun kemudian, kakak Alha ni yang jaga jadual makeup Alha. Liciknya kakak ni, duit booking makeup dia sorok dan simpan senyap-senyap sampai lah bertahun lamanya.
Tau-tau je dah boleh buat modal untuk buat product. Kalau takde kakak sorok duit, entah ke mana duit-duit tu perginya.. tqsmmm Kekpa~banyak bantu Balim dalam business and tengok-tengok kan company.
Siapa sayang kakak korang? tag nama diorang kat sini. Harini photoshoot dengan Kekpa untuk cover @hijabnheelsofficial
Dato Alha Kenang Zaman Susah
Ketika berkongsi gambar lama keluarga Dato Alha akui betapa susahnya kehidupan 14 tahun lalu.
“Alahai~ terjumpa gamba lama. Betapa susahnya waktu ni. Ayah tukang kebun balik buat kuih. Balik sekolah laju-laju tukaq baju tolong cetak kuih. Rumah flat tingkat 5. Pikul tong gas bawak naik tingkat atas sekali. Time ni bahagia sangat rasa dapat duduk dengan ayah ibu buat kuih sama-sama.
Alha lah paling rajin nak celop-celop coklat lah. Nak lukis-lukis atas biskut lah. Haaaa sekali masuk order melompat-lompat nak buat. Saya memang minat meniaga dari kecik lagi.
Ayah ada macam-macam bakat. Terer melukis, terer masak cakar ayam. Weekend weekend tolong ayah gi letak kuih cakar ayam kat kantin-kantin sekolah.. kedai runcit.
Weekend weekend je kami dua beranak pusing satu bandar kutip duit. Boleh la sebalang dapat untung RM5-6 ringgit. So otak ni kalau tengok orang meniaga tu rasa happynya lahhhh.
Walau Famili Susah.. Jangan Salahkan Famili
Usaha seseorang nak ubah nasib keluarga dan diri. Time Alha kat gamba ni, kawan Alha kat sekolah semua anak-anak orang kaya raya. Ada driver, ada bodyguard.
Weekend weekend diaorang jalan-jalan. Alha kat umah ni la aktivitinya. Tak seronok cam depa-depa tu tapi pengalaman yang Alha ada tu paling mahal dan akan diingat sampai bila-bila.
Ini semua terjadi 14 tahun dulu.. so adik-adik kat luar sana, selagi muda, cari lah peluang dan duit sendiri. Walaupun family susah, kita tak macam orang lain, jangan salahkan mak ayah kita kenapa kita susah, tapi tolong diaorang selagi boleh agar memudahkan beban diaorang.
Jangan asyik tanya kenapa takde orang nak tolong kita. Tapi cari jalan untuk tolong orang supaya kita dapat imbuhan.
Takpe tak kaya macam orang, tapi kaya kasih sayang dengan family.
Inilah Kekuatan Alha..
Kalau orang tanya tak penat ke meniaga? Ini lah kekuatan Alha..kene kuat nak happy kan orang yang peenah susah untuk kita. Takde orang nak berjaya sebulan dua meniaga terus kaya. Usaha sikit-sikit lama-lama berjaya insha allah.
Susah senang kita family ibu ayah yang ada.. kawan-kawan akan tinggalkan kita bila kita susah. Bila kita dah ada keluarga dan bila kita busy, yang tinggal tetap ibu ayah dan family walau buruk camne pun kite kan?
MW : Bak kata orang hubungan adik beradik ini macam air, dicincang takkan putus. Kalau bersatu hati, kerak nasi yang keras tu pun boleh dilembutkan.
Sumber/Foto : Alha Alfa
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI