Langgar Maut 5 Pemotong Rumput Songkhla, Rupanya Pemandu Myvi Tiada Lesen

Selepas negara dikejutkan dengan tragedi yang menimpa Nora Anne Quoirin, sekali lagi Malaysia gempar dengan kemalangan membabitkan pemandu kenderaan Perodua Myvi dari Malaysia yang terbabas. Melanggar maut 5 pemotong rumput dan seorang lagi parah ketika mereka sedang berehat di tepi jalan dekat Songkhla, Selatan Thailand.

Jika sabit kesalahan pemandu wanita yang didapati memandu tanpa lesen yang sah itu boleh didakwa memandu dengan cuai sehingga mengakibatkan kematian dan kerosakan harta awam selain berdepan hukuman penjara 10 tahun dan denda tak melebihi 20,000 baht (RM2,721).

Pemandu wanita berusia 31 tahun itu, Melinda Susilanini Mohd Azalan, 31 bersama adiknya, Akma Mohd Azalan, 23 dan seorang lagi rakan, sedang dalam perjalanan dari Krabi ke Hatyai.

Dikatakan, ketika memandu di Lebuhraya Asia di Khuhatai, Rattaphum dekat Songkhla kenderaannya terlanggar sesuatu lalu terbabas sehingga merempuh 6 orang pemotong rumput tersebut.

Sebelum kejadian, 8 orang pemotong rumput sedang bekerja di bahu lebuhraya berkenaan. Kemudian, enam daripadanya berhenti berehat di tepi jalan sebelum insiden rempuhan itu berlaku.

Pemandu Wanita Tak Boleh Keluar Dari Thai

Ibu wanita berkenaan, Nik Rosnani Nik Li, 50 juga belum mengetahui situasi terkini anaknya. Cuma dia dimaklumkan semalam oleh rakan anaknya, yang mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM70,000 untuk kos pengebumian mangsa terbabit.

IKLAN

Malah, ibu ini bercadang untuk melihat keadaan anaknya di sana dalam masa terdekat ini.

Memandangkan tragedi ini menyebabkan wanita terbabit dilarang meninggalkan negara tersebut sehingga kesnya selesai. Selain perlu membayar saguhati wang tunai 50,000 baht (RM6,764) kepada setiap keluarga mangsa. Yang mana jumlah keseluruhannya 250,000 baht (RM33,823).

Pemandu wanita itu juga dikenakan denda 200 bath (RM28) kerana memandu tanpa lesen sah.

IKLAN

Untuk proses ikat jamin, polis Thai bersetuju mengurangkan ikat jamin daripada 500,000 baht kepada 200,000 baht (RM27,000)

Stering Kereta Tiba-tiba Lock

Sementara itu, dalam hantaran facebook adik pemandu wanita terbabit yang turut sama dalam kemalangan menjelaskan kenderaan kakaknya itu dipandu dengan kelajuan biasa kerana kenderaan banyak pada ketika itu.

Dalam perjalanan itu, kenderaan kakak terlanggar sesuatu di tengah jalan sehingga menyebabkan kenderaan mereka hilang kawalan. Selain, stering keretanya tiba-tiba lock dan tidak dapat dikawal.

IKLAN

Mengakibatkan kenderaan itu merempuh pekerja pemotong rumput yang sedang berehat di tepi jalan itu.

Duta Besar Malaysia yang ke Thailand, Datuk Jojie Samuel memaklumkan kedutaan akan memantau kes itu dari dekat. Dan akan memberikan bantuan sewajarnya yang diperlukan.

MW : Sesungguhnya.. kelajuan itu membunuh. Berhati-hatilah! Lagi-lagi drive dekat negara orang.

Sumber/Foto : Sinar Harian, Harian Metro, Akma Azalan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI