Bukan mudah bagi seorang wanita bergelar isteri untuk berkongsi kasih suami. Dalam erti kata lain meneruskan kehidupan berpoligami bersama dengan wanita lain.Namun, atas rasa tanggungjawab tak mahu suami terabai, seorang isteri sanggup berusaha mencarikan jodoh, menyunting wanita lain buat suaminya, malah tinggal sebumbung. Memang satu dalam sejuta.
Perkenalannya bermula melalui laman sosial namun dengan izin Allah SWT membuatkan hati seorang isteri terbuka untuk melamar kenalan terbabit yang juga ibu tunggal menjadi madunya.
Khuzatul Atiqah Abu Seman, 31, memilih untuk melamar Nur Fathonah Abdul Rahim, 30, sebagai isteri kedua suaminya, Samuel Dzul, 29, sebelum pasangan terbabit selamat diijab kabul, baru-baru ini.
Tak Mahu Kehidupan Suami Terabai
Ia bukan sesuatu yang mudah namun bagi Khuzatul Atiqah yang sarat mengandung anak sulungnya kerana dia mahukan kehidupan suami tidak terabai serta mendapat layanan adil.
Lebih menggembirakan apabila mereka memilih untuk tinggal sebumbung di Shah Alam, Selangor yang bukan sahaja membolehkan mereka beribadah bersama-sama malah berkongsi kasih.
“Selepas disahkan mengandung, saya tidak sihat. Suami terpaksa dukung setiap hari untuk naik ke pejabat di tingkat tiga. Apabila melihat wajah suami, hati saya terdetik untuk membantunya dan saya berusaha mencari seorang lagi isteri untuknya.
“Saya terfikir jika keadaan ini berterusan siapa hendak jaga suami. Lantaran, saya mengambil keputusan untuk mencari jodoh untuknya.
Ads
“Ramai wanita yang saya temui, ada antara mereka masih anak dara tetapi apabila memberitahu niat saya, mereka memberi pelbagai alasan. Hinggalah saya bertemu Nur Fathonah dan saya melamarnya untuk suami,” katanya.
Lamaran Untuk Suami
Katanya, pertemuan berlaku tahun lalu dan pada ketika itu, Khuzatul Atiqah tidak berbincang mengenai niatnya sehingga pertemuan kedua beberapa bulan kemudian.
“Ketika itu, saya memegang tangannya dan memberitahu niat saya. Saya tahu dia ibu tunggal dua anak dan melihat kepada keperibadiannya selain solat istikharah memohon petunjuk daripada-Nya.
“Dia (Nur Fathonah) tidak terkata apa-apa dan hanya memandang mata saya. Saya jelaskan kepadanya kebaikan serta pendapat mengenai berpoligami. Alhamdulillah, dia terima lamaran hingga disatukan,” katanya.
Ads
Pernah Tolak Poligami
Sebelum ini, Khuzatul Atiqah memuat naik status kisah dia membantu mencarikan calon untuk suaminya.Coretan itu mendapat pujian ribuan netizen malah ada yang memuji kemuliaan hatinya demi memastikan kehidupan suaminya terjaga sepanjang masa.
“Sesungguhnya… cantik aturan Tuhan. Saya pernah menolak poligami, tapi Allah takdirkan saya berkahwin dengan keluarga suami yang mengamalkan poligami. Dari pengamatan saya, sangat banyak kelebihan dan manfaat poligami yang saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Ayah mentua ada 3 orang isteri, di mana arwah ibu adalah isteri pertama.
Dipendekkan cerita, sepanjang 10 tahun berkahwin dan 5 tahun pertama duduk bersama keluarga mentua, secara tak langsung saya menyimpan cita-cita untuk mempunyai keluarga poligami yang harmoni,” ujarnya.
Khuzatul Atiqah dia tidak menjangka status dimuat naik itu dikongsi warga maya hingga tular di media sosial.
Ads
“Kehidupan bermadu saya banyak pelajari daripada keluarga mentua. Bapa mentua saya berkahwin tiga dan saya masih mempunyai tiga ibu mentua,” katanya.
Reaksi Suami
Ditanya apa reaksi suaminya apabila dia mahu mencari isteri kedua, Khuzatul Atiqah berkata, suaminya tidak banyak tanya dan sekadar melemparkan senyuman.
“Semua sudah selesai, saya bukan sahaja menghadiahkan sesuatu untuk suami malah turut membantu Nur Fathonah yang sebelum ini bergelar ibu tunggal,”
“Status yang dimuat naik itu kerana mahu menceritakan perkara sebenar. Ini kerana, ada yang salah faham dan melemparkan fitnah kepada madu saya,” katanya.
Ketiga-tiga pasangan terbabit menetap bersama di rumah di Shah Alam dengan membuka sebuah studio rakaman di Seksyen 15, Shah Alam.
MW:Bukan mudah bagi seorang wanita berkongsi suami, malah mencarikan isteri baru pada suami tersayang. Memang satu dalam sejuta. Apa pun bermadu itu tiada salahnya, jika caranya betul dan atas keredhaan isteri.Selamat berbahagia dan menempuh kehidupan baru.
Ajal, maut di tangan Tuhan. Seorang bapa meninggal dunia dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah apabila terlibat dalam kemalangan. Manakala pemandu BMW yang melanggar mangsa hilangkan diri.
Semoga pesalah dapat dicari dengan segera. MW merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit dalam kemalangan empat kenderaan ini.
Bapa Meninggal Anak Parah
Permaisuri: Seorang lelaki maut, manakala empat individu lain parah dan seorang cedera selepas terbabit kemalangan dengan empat kenderaan di Kilometer (KM) 38 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Sungai Tong di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, Abdullah Zulekipli Jusoh, 61, meninggal dunia selepas kereta Honda City dipandunya bertembung kereta BMW yang datang dari arah Kota Bharu.
Pertembungan itu turut menyebabkan perlanggaran dua lagi kereta iaitu Honda Insight dan Perodua Axia.
Bapa Dalam Perjalanan Hantar Anak Ke Sekolah
Ketika kejadian, Abdullah yang berasal dari Felda Belada dalam perjalanan menghantar anaknya, Mohd Hasiffudin, 13, ke sekolah.
Mohd Hasiffudin yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan, parah, manakala pemandu BMW menghilangkan diri dan masih dikesan polis.
Turut parah adalah pemandu serta penumpang Honda Insight iaitu Sharifah Fauziah Zani, 40; suaminya, Mohd Muslim Mohd Yunus, 41, dan anak mereka Nur Insyirah Husna, 6, yang dari Segamat, Johor.
Sementara pemandu Perodua Axia, Mohd Alghafa Shafiee, 31, cedera ringan.
Pemandu BMW Hilang Gagal Memotong
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila BMW dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu cuba memotong kenderaan di hadapan namun gagal dan bertembung kenderaan mangsa.
“Honda Insight dan Perodua Axia di belakang kereta mangsa pula gagal mengelak dan berlaku perlanggaran.
“Pemandu BMW melarikan diri sejurus kemalangan dan usaha mengesan sedang dilakukan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987,” katanya.
MW: Al-Fatihah untuk mangsa dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya. Diharap pemandu BMW dapat dikesan dan dikenakan hukuman yang setimpal.
Seorang bekas tukang gunting rambut yang membunuh seorang bayi perempuan berusia 11 bulan yang dipanggil digelar bayi Zara kekal menjalani hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.
Memetik Kosmo, keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Rhodzariah Bujang selepas menolak rayuan akhir oleh Hazmi Majid, 42, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman itu.
“Sabitan dan hukuman (gantung sampai mati) adalah selamat. Keputusan sebulat suara mengekalkan hukuman seperti mana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi,” kata Rhodziah.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.
Terdahulu, peguam T. Vijay yang mewakili perayu berhujah, anak guamnya tidak sedar perbuatan tersebut kerana di bawah pengaruh dadah selain memohon lelaki itu dikenakan hukuman penjara 30 tahun jika mahkamah mengetepikan hukuman mati.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi selaku responden berhujah, rayuan Hazmi di bawah pengaruh dadah wajar ditolak.
Ia berdasarkan tindakannya cuba melupuskan bahan bukti dengan membasuh tuala bagi menghilangkan darah menunjukkan dia sedar ketika kejadian berlaku.
“Mangsa dihantar ibunya ke rumah pengasuh pada hari kejadian pukul 6.45 pagi dan nazak pukul 1.30 petang. Bayi itu hanya seberat 8.26 kilogram, gigi pun belum tumbuh manakala pendarahan teruk pada otak menyebabkan peluangnya untuk hidup amat tipis,” hujah Tetralina.
Pendakwaan turut berhujah, kes berkenaan menepati kehendak `kes yang paling jarang di antara yang jarang berlaku’ yang mewajarkan hukuman mati dikekalkan.
Beliau turut berkata, keterangan pendakwaan menyatakan perayu tidak pernah membantu isterinya namun pada hari kejadian dia menawarkan diri memandikan `Baby Zara’.
Mengikut pertuduhan, Hazmi yang merupakan suami kepada pengasuh mangsa, didakwa membunuh dan menyebabkan kematian Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal atau Zara, di sebuah unit di sebuah pangsapuri di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, antara pukul 10.30 pagi dan 1.30 tengah hari pada 7 November 2018.
Justeru pertuduhan terhadapnya dikemukakan Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.
Tolak Rayuan
Pada 1 Mac tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap Hazmi atas pertuduhan itu selepas menolak rayuannya.
Sebelum itu, pada 20 Ogos 2021 Mahkamah Tinggi Shah Alam turut menjatuhi hukuman sama terhadap Hazmi.
Selain kes bunuh, pada tahun 2019 Hazmi turut dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas dua pertuduhan seksual memasukkan jari ke dalam kemaluan dan dubur bayi itu.
Media sebelum ini melaporkan bayi itu meninggal dunia selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, Selangor, dipercayai akibat penderaan fizikal dan seksual oleh suami pengasuh bayi tersebut.
Ibu mangsa sebelum ini dimaklumkan bahawa bayi itu dihantar ke hospital oleh pasangan terbabit yang mendakwa kanak-kanak itu tercekik buah epal.
Dr. Say Shazril dalam perkongsian terbaharunya menerangkan tentang kebaikan pemakaian double face mask.
Seperti yang diketahui umum pemakaian alat pelitup separuh muka (facemask) merupakan satu kaedah pencegahan yang penting bagi mengelakkan penyebaran penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus, termasuk COVID-19.
Facemask boleh digunakan sama ada untuk melindungi orang yang sihat daripada dijangkiti, atau untuk mencegah orang yang dijangkiti daripada menjangkiti orang lain.
Dr Say Jelaskan Kebaikan Pemakaian Double Face Mask
Menerusi topik ‘Double Face Mask’ menerusi entri di akaun Instagramnya, Dr Say menerangkan kebaikan mengenainya.
“Baru-baru ni DG ada buat press conference memakai double mask, kemudian ramai yg bertanggapan “DG pakai double mask? This is serious”.
“Yes, DG means business dari double mask beliau. Senang kata apa yg DG buat patut kita contohi dan apa yg Nilopa buat patut kita jauhi (niqab without wearing mask pfft).
“Ada SOLID REASON behind the double mask. Baru-baru ini Centers for Disease Control and Prevention (CDC) ada melakukan satu study yg mana dengan memakai dua mask, ia dapat menapis lebih banyak partikel berbanding satu mask.
“Gila Ke Doc? Sy Pakai Satu Mask Pun Lemas, Inikan Dua?
“Gila ke doc? Sy pakai satu mask pun lemas, inikan dua? Mampuih”. Sabar, sy tak habis cerita lagi. CDC does not refer to pakai 2 surgical mask serentak.
“Akan tetapi study mereka refer to mask kain on top of surgical mask (macam dalam gambar sy). “Berapa bagus keberkesanannya doc?”. Double mask dapat filter 85.4% of particles manakala single surgical mask filter 56.1% & cloth mask filter 51.4% of particles. Tapi kalau ampa pakai mask N95, tak perlu doubling pun sebab N95 filter 95% of particles.
Ada Yang Melatah
“Ada yg melatah cakap “nanti mati bergelimpangan ramai2 tepi jalan sebab sesak nafas, face mask tebal naw”.
“KKM tak wajibkan pun double mask ni cuma kepada mereka yg nak amik extra precaution, double mask’s efficiency has been validated by CDC.
“Terpulang nak double mask atau tidak. Kalau kita pandai jaga penjarakan fizikal, pandai duduk rumah, pandai patuh SOP, single mask is more than enough.
“Tapi kalau yg nak perlindungan lebih, memandangkan kes sangat rampant sekarang, silakan. Stay safe & take care peeps,” tulis Dr Say.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...