Alhamdulillah, genap seminggu umat Islam berpuasa dan berkat 7 Ramadan penuh rahmat, dikhabarkan penyanyi kesayangan negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat bersalin bayi lelaki pada usia beliau 42 tahun.Berita kelahiran tersebut dikongsikan oleh pihak Pengurusan SNP (M) Sdn. Bhd.sendiri di dalam laman sosial penyanyi ini baru sebentar tadi.
Isnin, 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H, penyanyi ini selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada pukul 6.21 pagi.i seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.
Zahirkan Rasa Syukur
Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.
Beliau dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.
Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.
Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.
Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah s.w.t.
Ads
Terdahulu, penyanyi ini telah dikurniakan cahayamata pertama Siti Aafiyah,3 juga menerusi kaedah yang sama In Vitro Fertilization (IVF) selepas 11 tahun mendirikan rumahtangga dengan Dato Khalid Mohamad Jiwa.
MW: Tahniah buat Dato Sri Siti Nurhaliza dan keluarga atas kelahiran cahaya mata kedua pada bulan Ramadan penuh berkat ini. Semoga kelahiran bayi ini memberi seribu satu rahmat dan rezeki buat keluarga.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Ads
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Putus kasih itu bukan penamat segala-gala yang indah dalam hidup seseorang. Percayalah! Sebab ada 10 cara yang anda boleh buat untuk terus move on dah disayangi. Nanti sakitnya akan hilang ditelan waktu. Lelaki ini, Zamzuri Abd Malik berkongsi tip cepat move on yang anda takkan jumpa pesanan ini di mana-mana.
10 Tip Berkesan Bangkit Dari Kekecewaan
(Berdasarkan Pengalaman Sakitnya 10 Tahun Dipermainkan Perasaan)
Jujur. Aku kesian bila tahu kawan-kawan kena reject. Tak kisah lelaki ke perempuan. Perasaan bila orang menolak kita, sakitnya tu di sini kau tau. Heh!
Kadang-kadang dia tak perlu pun cerita kat aku. Cukup baca status kat media sosial ni. Especially Twitter. Disebabkan hadnya hanya 140 aksara maka statusnya jadi pendek berangkai-rangkai.
Sungguh, walau cuba disembunyikan dengan emoticon gelak berair mata atau ditulis, kahkahkah atau hahaha, kepedihan dalam hati tu aku boleh rasa.
Begini kawan. Aku tak tau macam mana nak tolong. Aku boleh kongsi pengalaman aku. Paling teruk dipermainkan hampir 10 tahun. Bila nak, contact manja-manja. Bila tak nak, miss call lah beribu kali pun. Takde nak dilayan. Aku yang bingai bagi peluang berkali-kali.
Sekarang takde dah. Abang kau ni bukan macam abang kau yang dulu. Kahkahkah
1. Tahu bila kau takde peluang. Sama ada dia cakap ‘direct’ dengan kau atau dia asyik mengelak nak jumpa kau. Mesej kau diam tak berbalas. Maka bersedialah untuk angkat kaki. Tak payah tipu diri kau kata mungkin dia nak uji kau. Kirim salam.
2. Jauhkan diri. Padam nombor dan mesej dia. Unfriend di media sosial. Ini lebih cepat akan ubatkan diri kau. Bila kita suka kat orang, dia update gambar awan pun kau boleh nampak macam syurga kau berdua. Pergi jauh dari dia. Bila kau dah ada kekuatan, terpulang nak sambung kawan ke tidak.
3. Hati-hati dengan ‘rebound relationship’. Normal bila kau kena reject, kau jumpa orang yang kau ‘rasa’ kau suka. Lepas tu kau berangan untuk orang tu gantikan orang yang kau suka. This is a big No No. Tahap penerimaan kita untuk sesuatu ‘tragedi’ berbeza dan mengambil masa. Usah terburu-buru. Hidup dan perasaan kau lagi penting kot.
4. Buat apa yang kau suka. Makan, cuti, whatever that makes you happy. Asalkan bukan benda bodoh. Ada garis nipis antara melampias kekecewaan dengan merosakkan diri sendiri. Dadah dengan arak tu bangang. Tau?
5. Move on. Yang ini aku akui perlukan masa. Susah. Selagi kau kuatkan diri kau mesti boleh.
6. Solat. Kenapa ini nombor enam? Kemon, aku bukan jenis beriman sangat. Aku ambil masa untuk mengadap Tuhan. Memang ramai nasihat buat ini dulu. Kalau kau boleh silakan. Ini jalan pintas untuk ubat hati kau. Masa aku ‘sakit’ dulu aku buat yang lima di atas. Realitinya bila kau kecewa, mood hilang entah ke mana.
7. Cari benda yang boleh buat kau gelak. Sekarang senang, bersepah page yang boleh buat ni. Masa aku dulu movies/series rom-com jadi ubat. Friends tu tah berapa juta kali aku ulang. Sampai hafal dialog. Cerita P Ramlee yang aku ulang banyak kali Seniman Bujang Lapok. Sekarang cerita seniman tu aku tak boleh tengok. Muntah dek kerana selalu sangat diulang-ulang.
8. Dah puas gelak. Nangis. Atau boleh sahaja nangis dulu baru gelak. Ikut kau lah. Emotional roller coster ni kena lepaskan.
9. Tenang. Kau nangis macam orang gila atau gelak macam orang hilang akal, dia takkan suka kau. Terima takdir Tuhan.
10. Improve diri kau. Cari kerja best. Usaha gaji naik. Cari pendapatan lebih. Bayar hutang. Saat kau bahagia dengan hidup kau, dengan sendirinya kau akan menarik kebahagiaan dan ketenangan.
Apadehal. Hidup ini kau yang control. Yang susah-susah sebab orang lain tu kenapa?
Dan selama ini rahsia bahagia yang aku cari rupa-rupanya syukur. Orang suka pun aku syukur, orang tak suka pun aku syukur.
Salam takziah diucapkan buat pelakon Ako Mustapha yang telah kehilangan ibu mentuanya semalam.
Perkhabaran duka tersebut disampaikan menerusi akaun Facebooknya. Ibu mentuanya, Hajah Santanina disahkan meninggal dunia akibat Covid-19. Ako berkahwin dengan Kartina Shuaib (Tina Mustapha) pada 17 Januari 2009.
Ibu Mentua Ako Mustapha Meninggal Dunia, Isteri Reda Pemergian Ibu
Terdahulu, Ako pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatan ibu mentuanya yang berada dalam keadaan kurang baik hingga dimasukkan ke hospital pada April, tahun lalu.
“Dukacitanya dimaklumkan bahawa mak mertua saya, Hajah Santanina, ibu kepada isteri saya, Tina Mustapha telah kembali kerahmatullah hari ini di HKL disebabkan virus Covid,” tulisnya.
Isteri Ako juga memaklumkan perkara berkenaan dan reda dengan pemergian ibu tercinta menerusi perkongsian di laman sesawang.
“Assalamualaikum kepada yang mengenali ibu ku hajah Santanina binti Jalam minta jasa baik KAWAN KELUARGA SEDEKAKAN AL-FATIHAH buat ibu ku yang telah pulang kepencipta nya ptg tadi..halal kan klau arwah ibu ku ada terpinjam atau termakan dan terminum, semoga arwah ibu kami di tempatkan dikalangan ahli-ahli syurga Allah SWT.
“Mak Tenang dan Damailah Engkau Di Dalam Dakapan Pencipta Mu”
“Mak tenang dan damai lah engkau di dalam dakapan pencipta mu. Anak-anak disini akan sentiasa mendoakan mu. Ya Allah sungguh sakit ujian mu ini tapi aku sebagai hamba mu reda dengan pemergian mak kami. Mak kami sayang mak dunia dan akhirat. Sehingga kita bertemu,” kongsinya.
Dua hari ibu ini menanti jasad anaknya keluar dari permukaan air lombong Taman Putra Perdana. Selagi belum ditemui, hatinya masih berkecamuk tidak keruan.
Tragedi anaknya tergelincir jatuh dalam lombong ketika memancing, disusuli dengan trajedi lemas 6 penyelam bomba menambah lagi kesedihan ibu ini. Malah Malaysia turut menangisi tragedi 3 Oktober yang begitu menyayat hati.
Semalam jam 5.45 petang jasad anaknya, Muhammad Ilham Fahmy, 17 dapat juga ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR). Kira-kira 800 meter dari tempatnya terjatuh.
Ibunya terus saja menyertai anaknya sampai ke tempat pengurusan jenazah. Sewaktu di situlah berlaku kejadian sayu yang disaksikan sendiri oleh Ustaz Rafie Zainal, Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia.
Catatan Ustaz Rafie begitu sayu. Menyentak tangkai hati sesiapa pun yang bergelar ibu. Mengundang kembali air mata kerinduan, buat insan-insan yang pernah meninggalkan ibu kembali ke kampung abadi.
Mak Nak Cium Ilham
Jenazah mangsa lemas Almarhum Muhammad Ilham Fahmy yang ditemui petang tadi di tepi lombong kawasan Putra Perdana, Puchong selesai dimandi dan dikafankan jam 9:30 malam tadi.
Seperti kebiasaan sebelum menutup muka jenazah, kami akan membuka ruang untuk waris melihatnya sebagai tatapan terakhir.
Si ibu arwah perlahan masuk dipapah oleh salah seorang ahli keluarganya yang lain. Langkah kakinya lemah dan air matanya tidak henti bercucuran keluar.
Walaupun jasad jenazah tersebut sudah mula berbau, namun sedikit pun tidak diendah oleh si ibu. Dipeluknya si anak dengan seerat-erat pelukan bagaikan tidak mahu dilepaskannya. Setelah dipujuk barulah si ibu melepaskan jasad anaknya dengan linangan air mata yang tidak berhenti.
Begitulah kasihnya seorang ibu kepada si anak walau bagaimana keadaan sekalipun keadaan si anak.
Seorang Demi Seorang Rakan Mengucup Wajah Arwah Buat Kali Terakhir
Tambah menyayat hati apabila melihat kawan-kawan arwah seorang demi seorang mengucup wajah arwah tanda kasih setia kawan cukup membuktikan bahawa arwah seorang yang baik dan disenangi keluarga dan rakan-rakannya yang lain.
Arwah dilaporkan jatuh lemas di lombong berkenaan selepas dikatakan sedang berjalan di tepinya. Ketika operasi menyelamat dilakukan oleh pasukan Bomba & Penyelamat, berlaku pula insiden yang mendukacitakan negara apabila seramai 6 orang anggota Bomba lemas dan maut di tempat kejadian.
Jenazah kesemua anggota Bomba tersebut telah selamat diuruskan petang tadi. Semoga Allah swt mencucuri rahmat kepada mereka semua. Inilah yang dikatakan Tragedi 3 Oktober!”
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...