Salam takziah diucapkan buat pengacara dan bekas penyampai radio terkenal, Linda Onn dan keluarga yang baru saja kehilangan ibu tercinta pada 9 Mac lalu.
Linda Onn Kehilangan Ibu Tercinta, Sa’diah Khamis
Selepas pemergiaan ibunda tercinta tiga minggu Linda berkongsi dengan pengikut di Instagam. Akui Linda kini dia baru mempunyai kekuatan untuk berkongsi berita tersebut.
Malah Linda juga menjelaskan arwah ibunya menghembuskan nafas terakhir pada usia 79 tahun dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, sebaliknya dilihat sihat dan aktif sehinggalah Allahyarham mengadu sakit perut dua minggu sebelum pemergiannya
“Setelah tiga minggu berlalu, baru ada sedikit kekuatan untuk saya post ni.
“Ibu tak ada sakit. Linda sangat jaga kesihatan ibu. Selama ini Linda takut kalau ibu sakit.
Ibu Tidak Menderita Lama
“Ibu tak ada sakit jantung, kencing manis, darah tinggi atau buah pinggang, ibu tak sakit! Ibu sihat sungguh! Malah ibu lebih sihat, kuat dan aktif daripada Linda. Tapi nak dijadikan asbab. Tiba-tiba ibu mengadu sakit perut.
“Mudah sungguh ibu pergi. Tak menderita lama. Dua minggu saja ibu sakit. Lepas itu ibu pergi selamanya,” kongsinya.
Terkejut Kehilangan Ibu
Terang Linda lagi, sehingga hari ini dia masih terkejut dan sukar mempercayai telah kehilangan ibunya itu.
“Cepat sangat ibu, rasa macam mimpi. Linda masih terkejut. Masih tak percaya. Ibu pergi begitu mudah, tapi Linda yang tinggal ini makan masa untuk terima ketiadaan ibu. Sakit ibu.
Ads
“Ibulah ibu, ibulah penasihat apa saja keputusan Linda, ibulah teman baik Linda, ibu yang beri kasih sayang suci dan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Ibu segala-galanya.
“Ibu tak pernah penat pesan dan nasihat Linda, ibu. InshaAllah Linda pegang semua nasihat ibu,” tulisnya.
Bertuah Arwah Ibu Pilih Tinggal Dengan Linda
Dalam pada itu, Linda turut menyifatkan dirinya bertuah apabila arwah ibunya memilih untuk tinggal bersamanya, malah turut berpeluang berada di sisi ibunya saat insan kesayangannya itu menghembuskan nafas terakhir.
“Terima kasih ibu kerana pilih untuk duduk serumah dengan Linda walaupun adik beradik lain berebut nak ibu. Banyak sungguh masa kita bersama ibu. Alhamdulillah.
“Terima kasih ibu kerana pilih Linda untuk lihat ibu dinafas terakhir ibu.
“Terima kasih ibu kerana jaga Linda daripada kecil sampai sekarang dan jaga Zara sejak lahir sampai usia tiga tahun dengan belaian kasih sayang.
“Maafkan Linda Ibu. Ibu tiada pengganti. Rindu ini tiada berpenghujung, ibu,” pesan Linda lagi.
Malah Linda juga turut memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat arwah ibunya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Bab pakaian untuk jamuan sekolah bersempena Hari Raya ini pun kadangkala boleh buat ibu pening kepala. Lagi-lagi, bila ada arahan yang bertukar-tukar ‘last minute’ dari pihak sekolah.
Ibu ini, Szaza Baharuddin meluahkan kesukaran yang dihadapi ketika mahu memenuhi hajat anak untuk meraikan jamuan hari raya di sekolah. Kadangkala, memang terjadi hal semacam ini.
Keputusan berubah-ubah di saat akhir. Boleh menjadi satu hal pula untuk ibu mencari dan sediakan ikut keperluan yang diberikan.
Kurta Oh Kurta
Hahahha … Ada kisah kurta lagi ni.
Sekolah abang Otomen ada nak buat Majlis Hari Raya. Dalam surat tersebut memaklumkan pelajar lelaki perlu memakai baju Melayu lengkap sepasang dengan songkok dan sampin. Surat yang dihantar oleh cikgu pada Jumaat lepas.
Sejak 2,3 tahun ni kami dah jarang beli baju Melayu. Apatah lagi, sebelum ni kita pun tak beraya. Tahun ni juga tak balik kampung sebab temankan suami kena standby kerja. Jadinya, kami pilih kurta sahaja, dok kat rumah aje pun pada Raya pertama.
“Umi, cikgu cakap boleh pakai kurta. Tapi, pakai dengan seluar slack. Seluar slack tu apa Umi,?” Soal Abang Otomen sambil Google ‘seluar slack’.
“Alaa, seluar yang selalu Abang pakai tu. Yang ada banyak poket tu.”
Abang Otomen senyum-senyum. Teruja.
Rabu
“Umi cadang nak masak apa untuk kelas abang?”
“Macaroni goreng?”
“Banyak Umi kena masak nanti. Buat yang senang je.”
“Karipap?”
“Hah, boleh-boleh. Abang suka karipap.”
* Bila tengok kat group, sumbangan parents untuk kelas ada pelbagai juadah – creampuff, cheese cake, brownies …dan si Umi Otomen ni bagi karipap je, old school!! Hihi
Khamis
Turun dari van sekolah Abang nampak tak happy.
“Esok tak nak gi sekolah.”
“Kenapa?”
Abang diam, masuk bilik.
Masa makan malam.
“Umi tau tak? Kat kelas BM tadi cikgu cakap tak boleh pakai kurta. Jadi, Abang malas nak datang.”
“Laaaa, hari tu bagitau boleh.”
” Entahlah, ada cikgu cakap boleh, ada cikgu cakap tak boleh.”
* Boleh je pakai uniform sekolah …kau rasa?
Sorang-sorang pakai uniform sekolah memang akan terasa terpinggir… jadinya Umi malas nak bagi cadangan tu.
“Nak pergi sekolah tak?”
Abang geleng kepala, muka masam. Merajuk.
Tahu, baju Melayu baju kebangsaan. Melambangkan budaya Melayu. Boleh je anak pakai baju Melayu cumanya pihak sekolah sahaja yang tidak tetap pendirian – sekejap boleh, sekejap tak. Last minute camni mana nak cari baju Melayu ..huhu
*Sekolah adik Otomen sempoi. Kalau nak pakai kurta, pakai dengan seluar sekolah & kasut sekolah. Kan senang.
#coretanshaza
Mingguan Wanita :Sungguhlah, kadang bukan setiap keluarga dapat beli baju Melayu di Hari Raya. Malah, ada yang memang tiada baju Melayu di rumah. Mengapa perlu dirumitkan hal yang sepatutnya memudahkan.
Sudah bergelar ibu, jelitanya Wan Aishah keturunan ketujuh Mahsuri kembali ke Langkawi bersama suami dan anak. Pastinya ramai yang mengingati tentang keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Wan Nawawi.
Wanita itu kini berstatus ibu dan kembali ke Langkawi. Kehadiran Wan Aishah ternyata mengundang rasa teruja orang ramai.
Sudah Bergelar Ibu, Jelitanya Wan Aishah Keturunan Ketujuh Mahsuri
Seperti mana yang dilaporkan Harian Metro, Wan Aishah atau nama Thailand, Sirintra Yayee atau Nong May bersama suami, Alee Tongyon, 39, dan anak lelaki Mateen bercuti di Langkawi.
Wan Aishah yang lahir pada 1986 dan menetap di Phuket, Thailand dikatakan menamatkan sumpah tujuh keturunan Mahsuri ke atas Pulau Langkawi selepas pulau itu mendapat status pulau bebas cukai setahun kemudian.
Bercuti Secara Senyap-Senyap
Sebelum ini tular video berdurasi 23 saat memaparkan keluarga itu mengunjungi sebuah restoran di Pantai Chenang dimuat naik pemilik restoran itu di aplikasi TikTok menggunakan akaun @miorjohan sebelum ia tular.
“Keluarga mentua saya memang kenal lama dengan keluarga Aishah di Phuket dan mereka (Aishah dan suaminya) sudah banyak kali datang ke Langkawi.
“Cuma kali ini agak istimewa kerana dia (Aishah) datang bersama suami dan anak lelakinya berusia enam tahun dikenali sebagai Mateen,” kata Mior.
Mior juga menerangkan selain mengunjungi restorannya, Aishah dan keluarga turut mengunjungi beberapa produk pelancongan termasuk Underwater World Langkawi, Makam Mahsuri dan menaiki kapal layar melihat matahari terbenam.
Mak nak marah ke gelak bila anak balik rumah rupa dah macam “Venom”. Hal anak-anak sering membuatkan ibu-ibu menyimpan pelbagai perasaan saat menunggu mereka membesar dan berakal.
Ini kerana keletah anak-anak ketika kecil menjadi penghibur hati. Ada kala mak-mak rasa geram terutama part bergaduh dengan adik beradik. Itu belum part merajuknya atau cemburu. Tak kurang juga yang agak nakal dan lain lagi. Namun bila semuanya sudah meningkat remaja dan besar, semua memori indah itu takkan berulang lagi kerana masing-masing sudah matang.
Satu perkongsian dari seorang ibu, @ristyagustina mengenai anak perempuan yang balik dalam keadaan berlumuran lumpur hitam pekat telah membuatkan ramai terhibur hingga perkongsian di Tik Toknya mencecah tontonan 13.4 juta orang.
Ramai mengatakan rupa anak kecil yang hanya nampak mata putihnya itu seperti dalam filem Venom atau Sumpah Orang Minyak.
Dari reaksi ibunya sebaik anak ini berdiri di hadapan rumah mereka, iaitu perumahan muslim Vila Ilhami Balaraja yang terletak di Daerah Tangerang, Banten, Indonesia hanya perkataan astaga mampu diucapkan ibunya.
Barangkali sama sekali tak menyangka anak kecilnya berlumuran kehitaman dan hanya nampak mata putih saja. Bahkan ketika disoal bertubi-tubi oleh ibunya yang ingin tahu kenapa jadi begitu, sudah tiada serupa orang, dia hanya menyebut sudah terkencing di dalam seluar.
Hai la anak, memang buat mak-mak nak ketawa saja mengenang keletah mereka.
Tak hairanlah ramai yang tergelak menonton videonya dan ada mengatakan venom sudah datang ke universe kita selain ada mengaitkannya dengan filem Starwars Darth Vader. Bakan ramai simpati selepas mengetahui situasi sebenar keadaannya.
Ternyata selepas dibersihkan badannya, anak kecil ini memaklumkan dia terjatuh di dalam longkang di perumahan mereka tanpa sengaja. Longkang itu airnya hitam pekat kerana ibunya ada berkongsi video tempat anaknya jatuh. Mujur juga tiada apa kecederaan berlaku pada tubuhnya tetapi habis semua jiran-jiran keluar untuk melihat situasinya.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.