Sumber/Sumber Foto: Instagram Nad Zainal  

Tahniah diucapkan buat pelakon Nad Zainal, 30, yang telah selamat melahirkan cahaya mata kedua.

Nad dan suami,  Muhammad Faliq Amirudin telah menimang bayi seberat 2.9 kilogram pada petang Selasa di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015, sebelum ini telah dikurniakan seorang anak lelaki, Fahad Ibrahim, lima tahun.

Nad Zainal Timang Cahaya Mata Kedua, “Alhamdulillah Proses Berjalan Lancar & Dipermudahkan”

Nad Zainal Lalui Proses Bersalin Secara Pembedahan

Seperti mana yang dikongsi menerusi entri di Instagram, pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin ini menyatakan dirinya melalui proses bersalin secara pembedahan dan akan berkongsi nama serta jantina anaknya itu pada hari ketujuh kelahiran.

Nad Zainal Timang Cahaya Mata Kedua, “Alhamdulillah Proses Berjalan Lancar & Dipermudahkan”

 “Alhamdulillah proses berjalan lancar dan dipermudahkan. Nama pun tak fikir lagi, tunggu hari ketujuh nanti,” luahnya.

 Kali Terakhir Lalui Proses Bersalin 5 Tahun Lalu

Nad sebelum ini turut memaklumkan dia berasa gemuruh untuk menyambut kelahiran orang baru. Apatah lagi untuk menguruskan bayi yang baru lahir, setelah kali terakhir melalui pengalaman sama lima tahun lalu.

“Gementar betul, walaupun sudah ada seketul Yem (anak sulung), tetapi dah lama tak ada baby, takut betul rasanya sebab dah lupa macam mana, lima tahun dah tak ada baby,” tulisnya.

Nad Zainal Timang Cahaya Mata Kedua, “Alhamdulillah Proses Berjalan Lancar & Dipermudahkan”

Ucapan Rakan Artis

missfazura

Beautiful angels you two. Congratulations

sallywho

Congrats darling

kupu_kupu

IKLAN

Congratulations nanad!!!

therealfafau

Alhamdulillah.. Yeayy abg yem dah ada adik

alhaalfa

congratesssss nanad!! alhamdulillahhhh

dianadanielleb

Congratulations Nanaaaad ️ Have a good rest and bonding time with baby 👏👏

sitisarahraissuddin

Tahniah babe

IKLAN

bellaastillah

Congratulations Nadddd😍 alhamdulillah

umminazeera

Verified

Alhamdulillah! Grats babe ! 😍😍😍

iamellymazlein

Alhamdulillah tahniah Nanad

elizadsharifuddin

Alhamdullillah syukurrrr . Best nyeee nanadddd 😍😍😍❤😘😘

IKLAN

 Sumber/Sumber Foto: Instagram Nad Zainal  

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

 Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita  prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:   https://t.me/bangkitwanitaMW

 Klik untuk mendaftar

https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-tak-susah-pun-buat-duit-kencang-bisnes-di-shopee/

Nad Zainal Timang Cahaya Mata Kedua, “Alhamdulillah Proses Berjalan Lancar & Dipermudahkan”

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI