Sumber/Sumber Foto: Facebook Dzuriasikim Dzulkefli

Setiap wanita sebenarnya mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Malah ada yang selepas berkahwin terus lupa untuk memikirkan diri sendiri kerana terlalu kusyuk memberi tumpuan terhadap suami dan anak-anak.

Kebahagiaan diri sendiri adalah sangat penting sebelum seseorang wanita itu membahagiakan orang lain.

Wanita Harus Mencintai & Menghargai Diri, Belajarlah 13 Perkara Ini Tentang ‘Self Love’

Wahai Wanita Cintai & Hargailah Dirimu

Menerusi perkongsian di laman Facebook Puan Dzuriasikim Dzulkefli mahu kaum wanita mencintai dan menghargai diri mereka.

Malah wanita yang bergelar ibu kepada lima orang anak ini juga tidak lokek ilmu dan berkongsi 13 cara untuk seseorang wanita itu mempelajari Tentang ‘Self Love’.

Wanita Harus Mencintai & Menghargai Diri, Belajarlah 13 Perkara Ini Tentang ‘Self Love’

Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada wanita-wanita diluar sana.

1. Usah bandingkan diri kita dengan orang lain…
Kadang membandingkan diri dengan orang lain itu menjadi suatu kebiasaan. Tetapi ianya boleh membahayakan jika berlebihan. Sebenarnya, tidak perlu bandingkan kita dengan sesiapa pun di dunia kerana hanya ada satu “kita” di bumi ini. There’s only one you! Fokus pada diri dan perjalanan hidup kita. Anda akan berasa lebih nyaman dan bebas.
.
2. Usah bimbang dengan pandangan dan cakap orang.
Dalam kata lain, usah selalu cuba untuk memenuhi atau mengikut kata-kata orang dan apa yang orang lain mahukan dari anda. Kita tidak akan mampu untuk selalu membahagiakan orang lain. Ianya akan menjadi penghalang dalam hidup serta sering membuatkan diri kita tidak bahagia.

3. Maafkan diri kita atas kesilapan silam.
Sejak dari kecil kita sering mendengar perkataan “tidak ada manusia yang sempurna”, “semua orang akan membuat kesilapan…”. Tetapi, semakin kita berusia… semakin kita berasa takut untuk melakukan kesilapan. Waktu kecil kita banyak membuat perkara yang salah tanpa perlu bimbang. Berlari tanpa rasa takut untuk jatuh. Bertanya tanpa rasa takut dimarahi. Ketawa dan senyum sentiasa dari hati. Ingat lagi? Buangkan rasa takut. Terus melangkah dan belajar dari kesilapan. Makin banyak kecewa dengan manusia, makin kita kenal dengan orang contohnya. Apa sahaja pelajaran yang kita kutip dari kesilapan adalah sangat berharga! Jadi semakin tabah, kuat, cekal, redha, ikhlas dan baik.

IKLAN

4. Oh nilai diri anda bukan pada paras rupa atau saiz badan mahupun warna kulit. Anda semua cantik!

Wanita Harus Mencintai & Menghargai Diri, Belajarlah 13 Perkara Ini Tentang ‘Self Love’
Bersama pelakon Izara Aishah

Buang apa sahaja rasa rendah diri dalam hati. Anda berharga kerana anda adalah anda. Bukan kerana badan anda… begitu! Pakai apa sahaja pakaian yang kita mampu miliki. Usah berasa rendah diri hanya kerana tidak dapat membeli pakaian mahal. Pakai pakaian yang buat anda rasa selesa, cantik, yakin dan bahagia ok…
.
5. Usah takut untuk kehilangan kawan “toxic”…
Tidak semua orang punya rasa bertanggungjawab atas apa yang mereka luahkan atau lakukan. Kadang ada orang yang suka melemparkan kata-kata yang menyakitkan tanpa memikirkan perasaan anda. Merendahkan kebolehan anda. Mentertawakan anda. Menganggap kata-kata yang tidak baik itu sebagai gurauan.
Memperlekehkan usaha anda. Jika anda mempunyai rakan begini, usah teragak-agak untuk menjauhkan diri dari mereka. Ianya mungkin sukar dan menyakitkan, terapi sangat perlu dan berharga jika untuk anda kekal berada dalam vibes yang bahagia dan positif. Ingat, selalu jaga energi diri agar tidak sering disakiti.
.
6. “Proses” ketakutan diri.
Rasa ngeri atau takut akan sesuatu perkara adalah kebiasaan. Usah ketepikan perasaan begini. Tetapi cubalah belajar untuk memahaminya. Ianya seperti suatu latihan yang sangat sihat dan sangat membantu minda. Belajar untuk faham mengapa anda berasa takut untuk berada di tempat tinggi, terjun ke lautan terbuka yang dalam, berdepan dengan orang, memanjat atau memegang ular! Apabila segala ketakutan ini dapat anda atasi, ianya akan menjadikan anda seorang yang lebih yakin dan ceria.
.
7. Percaya dengan diri sendiri setiap kali mahu membuat keputusan.
Selalu kita berasa kurang yakin samada kita mampu untuk melakukan sesuatu perkara. Bolehkah aku hadiri temuduga? Adakah aku layak untuk berkawan dengan dia? Bolehkah aku hidup tanpa dia? Bolehkah aku berjaya seperti dia? Pada masa yang sama hati kita berasa sangat mahu untuk melakukan perkara yang kita tidak yakin bukan? Cuba untuk selalu ingatkan diri bahwa bisikan hati kita adalah benar. Dan perasaan kita sendiri lebih tahu apa yang kita mahu. Kita lebih tahu tentang kemahuan kita melebihi dari orang lain. Jadi, sendiri pilih untuk menjadi “penasihat” terbaik untuk diri sendiri…

Tukar rasa tidak yakin kepada:
Aku boleh mendekatinya.
Aku boleh tinggalkan dia.
Aku boleh hidup tanpanya.
Aku boleh berjaya.

8. Ambil setiap peluang yang ada dalam hidup atau ciptakan impian anda.
Bahagia adalah sesuatu yang bersifat infiniti yang boleh anda cipta. Sedangkan waktu adalah sesuatu yang akan pergi serta tidak boleh diulang lagi. Apabila kita beri masa untuk seseorang, kita tidak akan dapat ambil semula masa tersebut. Gunakan apa sahaja peluang yang ada dalam hidup dengan sebaik mungkin dan usah bertangguh untuk bahagia. Pernah tak anda dengar kata-kata begini…
“Kerja bertangguh tidak menjadi….”
.
9. Letakkan diri anda di tempat pertama!
Jangan berasa takut untuk melakukan ini. Wanita terutamanya adalah makhluk yang paling setia terutama kepada orang yang dicintai sehingga sanggup meletakkan diri mereka di tempat yang paling akhir dalam hati mereka sendiri. Asalkan orang yang mereka cintai itu jadi bahagia… Walaupun ada kalanya ianya baik untuk dilakukan tetapi usah jadikan ia sebagai suatu habit sehingga mengganggu mental dan emosi diri. Cari jalan untuk keluar dari segala bentuk tekanan diri. Samada anda perlu berbaring seharian di katil atau keluar dari kamar anda untuk terapi diri, luangkanlah dengan secukupnya untuk menjaga hati sendiri.
.
10. “Nikmati” pengalaman kesedihan dan bahagia sepenuhnya…
Izinkan diri untuk merasakan semua itu dalam hidup. Rasa sakit, kecewa, airmata, bahagia, penderitaan, pencapaian, pertemuan, perpisahan… segalanya.
Semuanya akan mematangkan kita dan menjadi kita lebih tahu tentang hidup serta lebih bersedia.
.
11. Jadi diri sendiri pada setiap masa…
Beranikan diri untuk menyuarakan pendapat anda dengan bijak. Tidak kira samada melalui percakapan atau tulisan. Bersuara dengan bijak bermaksud menyatakan pandangan tanpa menyindir atau berkias atau menulis tentang keburukan orang lain. Be a knowledgable person…

12. Lihat kebaikan dalam setiap perkara walaupun kecil.
Cuba dengan sebaik mungkin untuk melihat sekecil-kecil perkara yang indah dalam hidup pada setiap hari. Jika perlu, buat catatan tentang itu atau semat dalam minda. Bersyukur selalu. Rasa syukur itu sendiri akan membuat kita bahagia dan gembira dengan mudah.
.
13. Jadi baik kepada diri sendiri…
Dunia ini mungkin penuh dengan ujian dan dugaan serta cabaran hidup. Selalu berkata baik kepada diri dan bukan sabotaj diri. Raikan kejayaan diri biarpun kecil. Kita telah melalui terlalu banyak perkara dalam hidup dan sudah melalui usia yang sebegini pada hari ini.

Wanita Harus Mencintai & Menghargai Diri, Belajarlah 13 Perkara Ini Tentang ‘Self Love’
Puan Dzu bersama anak-anak kesayangans.

Baca Disini Juga:

IKLAN

Wanita Terkejut, ‘Pengantin Perempuan’ Rupanya Anak Kandung Yang Hilang 20 Tahun Lalu!

Wanita Juga Boleh Berjaya, Ada Pendapatan Sendiri Walaupun Hanya Bekerja Dari Rumah!

Sumber/Sumber Foto: Facebook @Dzuriasikim Dzulkefli

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya:  https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

IKLAN

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Wanita Harus Mencintai & Menghargai Diri, Belajarlah 13 Perkara Ini Tentang ‘Self Love’

Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup

Klik sini untuk mendaftar : https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-kira-kira-dan-urus-kewangan-silap-urus-bisnes-lingkup/

Wanita Harus Mencintai & Menghargai Diri, Belajarlah 13 Perkara Ini Tentang ‘Self Love’

Bisnes Kencang Di Shopee Bersama Coach Zul Dan Master Noorul

Klik sini untuk mendaftar : https://toko.ideaktiv.com/product/bisnes-kencang-di-shopee-bersama-coach-zul-dan-master-noorul/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI