Sebagai seorang ibu penyanyi hebat, Datuk Seri Siti Nurhaliza sangat bersyukur dikurniakan seorang anak perempuan yang sempurna, Siti Aafiyah, 3.
Aafiyah Anak Yang Aktif
Berkongsi perkembangan anak sulungnya yang baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahiran ketiga, Siti berkata, Aafiyah seorang yang aktif dan mudah dididik.
“Sebagai ibu, saya sangat gembira melihat perkembangan yang ditunjukkan. Alhamdulillah, Aafiyah anak yang aktif, mudah belajar dan dididik.
“Afiyah kalau sukakan sesuatu, dia menunjukkan rasa suka dan keterujaan itu.
“Misalnya ketika latihan sebelum majlis pelancaran Beaukids berlangsung, dia menunjukkan keterujaan apabila menyaksikan dewan dipenuhi gambar dan poster memaparkan wajahnya, apatah lagi bila namanya disebut.
“Sebagai ibu, saya sangat gembira melihat perkembangan yang ditunjukkan. Alhamdulillah, Aafiyah anak yang aktif, mudah belajar dan dididik,” luah Siti.
Populariti Aafiyah & Menjadi Perhatian Umum
Mengulas tentang populariti dan pengaruh dimiliki Aafiyah, kata Siti, apa yang dilalui anaknya itu sama sahaja seperti anak selebriti lain yang turut mendapat perhatian serupa.
“Kalau bercakap soal pengaruh, bukan Aafiyah sahaja, tetapi mana-mana anak selebriti lain juga menjadi perhatian umum.
“Aafiyah mendapat perhatian kerana orang mengikuti perkembangannya dalam Instagram saya.
Pastikan Aafiyah Membesar Seperti Kanak-Kanak Lain
“Bagaimanapun, saya sentiasa memastikan dia membesar seperti kanak-kanak lain dan berkawan dengan semua orang macam saya lalui dulu.
“Cuma satu perkara saya tidak boleh ubah ialah kenyataan dia anak seorang selebriti dan akan sentiasa jadi perhatian,“ katanya yang belum berhasrat membuka akaun Instagram rasmi buat anaknya.
Sumber Foto: Instagram CTDK
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Bulan Derita Penyakit Misteri, Wanita 200Kg Hembus Nafas Terakhir
Sebelum ini, Mingguan Wanita pernah kongsikan penderitaan Nur Izzati Afiqah Hussian, 29, yang mengalami penyakit misteri apabila berat badannya meningkat secara mendadak dalam tempoh 3 bulan.Terkini dilaporkan wanita ini telah meninggal dunia dan kembali ke rahmatullah malam tadi di Kampung Gaung, Tendong, Pasir Mas, Kelantan.
Baca Di Sini: Derita Penyakit Mistik, Dalam Masa 3 Bulan Berat Badan Lebih 300Kg!
Pendarahan Luar Biasa
Nur Izzati Afiqah Hussein, 29, mengalami keadaan itu dalam tempoh lima bulan ekoran penyakit misteri itu menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 10.50 malam.
Ibu saudaranya, Zainab Hassan, 57, berkata, sebelum ‘pergi’ Nur Izzati Afiqah mengalami pendarahan luar biasa.
“Mulanya, kami ingatkan dia datang haid tetapi berlaku dalam keadaan yang begitu banyak.
“Darah tersebut keluar pada jam 2 petang dalam keadaan berketul,” katanya.
Hembus Nafas Terakhir
Menurutnya, ketika itu Nur Izzati Afiqah masih boleh bercakap seperti biasa dan kemudian beransur-ansur menjadi lemah sebelum menghembuskan nafas terakhir. Katanya, dia dan seluruh ahli keluarga reda dengan pemergian arwah yang disifatkan sebagai seorang yang baik.
“Selain ibunya, saya adalah orang yang cukup rapat dengan arwah kerana setiap hari mengurus dan menjaganya sepanjang dia sakit,” katanya.
Bomba Bantu Urusan Pengebumian
Zainab berkata, jenazah arwah akan disemadikan jam 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung.Tambahnya, keluarga terpaksa mendapatkan kerjasama Bomba dan Penyelamat Balai Pasir Mas bagi membantu urusan pengebumian kerana keadaan fizikal arwah.
Sebelum ini melaporkan, kehidupan bekas tenaga pengajar kontrak di Pusat Pembangunan Kemahiran Melaka berubah sepenuhnya apabila berat badannya naik mendadak secara ‘misteri’ apabila mencecah sehingga 200 kg dalam masa tiga bulan.
Sebelum ini adik bongsu Nur Izzati Afiqah, Muhammad Khairul Akram, juga mengalami masalah sama dan meninggal dunia empat bulan lalu pada usia yang muda 25 tahun.
MW: Hebat dugaan yang ditanggung wanita ini, deritanya hingga ke akhir hayat. Salam takziah buat keluarga wanita ini. Semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.
Sumber: Sinar Harian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Kembali Teguh’ Ceriakan Dan Mudahkan Anak-anak B40 Kembali Ke Sekolah
Pertengahan Januari ini, anak-anak mula kembali ke sekolah. Ada keluarga dari kalangan anak-anak B40 yang begitu terkesan ekonominya dengan pandemik Covid-19. Keluarga mereka kehilangan sumber pendapatan, terjejas teruk kewangan, jadi sukar untuk anak-anak ini lalui momen kembali ke sekolah dengan ceria.
Memahami kesukaran mereka, program ‘Kembali Teguh’ diwujudkan bagi membantu anak-anak B40 yang kurang bernasib baik ini. Program ‘Kembali Teguh’ dibangunkan dengan dua komponen penting agar memberi semangat anak-anak ini memulakan hari persekolahan dengan gembira setelah sekian lama tak menjejakkan kaki ke sekolah.
Bagi merealisasikan impian anak-anak B40 ini, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Unilever Malaysia dan PINTAR Foundation (PINTAR) menjalinkan kerjasama.
Komponen Pertama
- Memastikan murid-murid dilengkapi secara fizikal untuk sekolah, di mana Tesco akan menyediakan kit kembali ke sekolah yang terdiri daripada beg sekolah, pakaian seragam, kasut, stoking dan alat tulis.
- Sementara, Unilever akan menyumbang baucar Tesco bernilai RM100 untuk setiap pelajar dari dana Donate to Help yang berlangsung di cawangan Tesco dari 19 November hingga 2 Disember 2020. Untuk setiap pembelian produk Unilever, gabungan melebihi RM35 dalam satu resit, RM1 akan disalurkan ke tabung ini. Dan kini diserahkan sebagai baucar kepada pelajar.
- Manakala, PINTAR akan menyediakan kit Covid-19 yang terdiri daripada pelitup muka, tisu basah dan sabun tangan kepada para pelajar. Ini bagi memastikan mereka kekal selamat dan sihat semasa di sekolah.
- Jenama kepakaran kebersihan Unilever, Lifebuoy, juga akan menyumbang kepada kit Covid-19 dengan menyediakan cecair sanitasi tangan 50ml.
Komponen Kedua
- Program ‘Kembali Teguh’ dirancang untuk memastikan murid-murid bersedia secara mental dan emosi. Memastikan mereka bermotivasi untuk menghadiri kelas setelah tahun persekolahan yang lalu terganggu oleh wabak Covid-19.
- Beberapa topik untuk bengkel merangkumi memperkasa pemikiran positif, mengembangkan kekuatan peribadi dan penetapan tujuan untuk menanamkan keyakinan, dan penyuntikan elemen kemahiran hidup melalui modul untuk menjadi pembeli yang pintar.
Program Kembali Teguh akan dimulakan pada 20 Januari 2021 dengan pengedaran kit kembali ke sekolah dan Covid-19 serta baucar, sementara bengkel akan berlangsung sepanjang suku pertama 2021. Secara kolektif, 1,000 murid B40 dari 25 sekolah Tesco Diadopsi akan mendapat manfaat daripada program ini.
Hasrat Tesco Malaysia
Menurut Pengarah Perkhidmatan Korporat Tesco, Azliza Azmel, “Tahun lalu adalah tahun yang sangat mencabar bagi kebanyakan kita. Dan lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak dari golongan kurang mampu yang keluarganya terjejas akibat wabak Covid-19.
Dalam menghayati nilai ‘Every Little Helps Makes a Big Difference’, kami bekerjasama dengan Unilever dan PINTAR untuk memastikan bahawa anak-anak ini bukan sahaja dilengkapi secara fizikal untuk tahun persekolahan baru.
Malah, bersedia secara mental dengan mengajar mereka kemahiran yang diperlukan untuk terus bermotivasi di sekolah, dan juga petua untuk menjadi pembeli pintar.”
Sebelum ini, Tesco bekerja sama dengan Unilever dan PINTAR secara berasingan. Ternyata hasilnya sangat memberangsangkan.
“Kami percaya dengan memanfaatkan setiap kekuatan kami secara kolektif sekarang, kami dapat menghasilkan impak yang lebih besar lagi bagi anak-anak yang sangat memerlukannya.” Kata Azliza lagi.
Ini Pula Harapan Unilever Malaysia
Bagi Pengarah Pembangunan Pelanggan Unilever Malaysia, Jay Go, kerjasama
ini sangat sesuai dengan kepercayaan Unilever bahawa jenama dan syarikat dengan tujuan
akan terus berkembang.
”Ini adalah tahun ketiga kami bekerjasama dengan Tesco untuk tabung Unilever Donate to Help yang telah mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 untuk pelajar kurang mampu di rangkaian Sekolah Angkat Tesco di seluruh Malaysia. Dana ini membolehkan pengguna bergabung dengan kami dalam membantu anak-anak yang memerlukan melalui pembelian jenama kami di Tesco.
Selain pendidikan, fokus Unilever adalah melindungi kehidupan orang ramai sejak awal Covid-19. Lifebuoy telah menyediakan papan pembersih tangan, cecair pencuci tangan dan papan pesanan infografik ke 63 Sekolah Angkat Tesco.
Ini adalah kali keempat Lifebuoy dan Tesco bekerjasama untuk mendidik anak-anak sekolah mengenai manfaat pencucian tangan yang baik dan kebersihan yang betul, yang lebih penting lagi semasa pandemik Covid-19. Kerjasama tidak berhenti di sini. Bersama Tesco dan PINTAR, Lifebuoy akan memberikan kepentingan kebersihan tangan melalui program ‘Kembali Teguh’.”
Program Sekolah Angkat PINTAR
Sementara itu, PINTAR gembira dapat bekerjasama dengan Tesco, yang sejak 2017 mengambil 63 sekolah angkat melalui Program Sekolah Angkat PINTAR. Melalui kerjasama ini, Tesco telah membantu memperkayakan sekitar 57,000 murid-murid sekolah melalui pendidikan, kesihatan dan kesedaran pemakanan yang baik serta aktiviti hidup yang lebih mesra alam.
Menurut Lembaga Pemegang Amanah Yayasan PINTAR, Sabri Ab Rahman, visi PINTAR Foundation adalah untuk memberi inspirasi kepada anak muda menjadi warga negara yang bertanggungjawab melalui konsep PINTAR.
”Kami berusaha untuk terus membina kerjasama dengan syarikat, badan bukan kerajaan dan kerajaan untuk meningkatkan motivasi dan kejayaan pelajar yang berprestasi rendah melalui pendidikan.
Tesco telah menjadi salah satu ahli kami yang paling aktif dan kami gembira dapat berkolaborasi lagi dengan Tesco Malaysia untuk membawa program ‘Kembali Teguh’ kepada pelajar PINTAR. Kebanyakan pelajar ini dari keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di komuniti kurang terlayani di seluruh negara dengan alat yang diperlukan untuk mulakan tahun persekolahan mereka seperti biasa yang telah kita tinggali sejak setahun yang lalu.
Tanggungjawab untuk membantu mereka yang terjejas teruk oleh pandemik Covid-19, terutama dari masyarakat yang kurang mampu, adalah penting. Ketika negara dan dunia belajar berfungsi dalam norma baru, kita menyedari tidak semua orang dapat dilengkapi sepenuhnya untuk menavigasi dunia baru ini.
Kerjasama dengan syarikat korporat dan inisiatif seperti program ‘Kembali Teguh’ akan membawa banyak – memerlukan bantuan untuk menolong komuniti B40 di Malaysia.”
Bahagiakan hati anak-anak, lengkapkan keperluan mereka makin murah rezeki mak ayah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gadis Ini Kahwin Datuk Berusia 86 Tahun, Mampu Bertahan 14 Bulan Sebelum Meninggal Dunia
Gadis berusia 24 tahun menerima lelaki yang boleh dianggap sebagai datuk dengan cucu sebagai pasangan hidup
Kalau dah jodoh. Perkahwinan yang mempunyai perbezaan umur agak ketara mungkin dilihat sebagai mengambil kesempatan atau ‘ada udang di sebalik batu’. Kita tak tahu.
Hakikatnya, cinta itu buta. Biarlah apa pun orang kata, itulah pasangan hidup yang dipilihnya, walaupun usia jauh berbesa berbanding dirinya yang masih lagi muda.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: “Jangan Anggap Kahwin Muda Jodoh Tak Panjang..” ‘Terciduk’ Umur Bapa 16 Tahun Dalam Surat Beranak
Ramai Wanita Jatuh Cinta, Lelaki Digelar Raja Playboy; Pernah Kahwin 87 Kali!
Gadis Muda Kahwini Datuk Kaya
Gadis ini bernama Anna Nicole Smith. Ketika perkahwinannya, dia baru berusia 24 tahun. Dia telah memilih untuk berkahwin dengan J. Howard Marshall yang ketika itu sudah setaraf atuk kerana usianya telah mencapai 86 tahun.
Betullah kan orang cakap cinta itu buta. Cinta itu tidak mengenal umur dan paras rupa. Tapi, siapakah J. Howard Marshall ini yang menjadi pilihan Anna Nicole itu?
Beliau merupakan seorang jutawan minyak yang sangat kaya raya dan memiliki banyak harta.
Kisah Pertemuan Pasangan Ini
Anna Nicole cukup cantik dengan potongan gaun berbelah, sementara hartawan minyak, J. Howard Marshall II, 89 tahun hanya berkerusi roda pada majlis perkahwinan mereka.
Anna Nicole bertemu dengan Marshall di Gigi – kelab strip yang pada ketika itu Anna adalah penari di kelab tersebut. Mashall terpikat selepas melihat persembahnnya dan mula mengajak untuk makan tengah hari bersama.
Semasa makan tengah hari, Anna Niclole perlu bergegas ke tempat kerja. Sebaliknya, Marshall telah menghulurkan sampul surat yang mengandungi duit kertas sambil mengatakan Anna Nicole tidak perlu ke tempat kerja.
Selepas daripada itu, Marshall turut menghadiahkan wang dengan jutan dollar termasuk barang kemas dan Rolls Royce untuk memihat hati Anna Nicole.
Beberapa tahun selepas itu, barulah Anne Nicole bersetuju untuk berkahwin dengan Marhall. Mereka berkahwin pada 27 Jun 1994, kedua-duanya berpakaian putih, di White Dove Wedding Chapel Houston.
.
Perkahwinan itu berlangsung selama 14 bulan sebelum Marshall meninggal dunia. Selepas kematiannya, berlaku perebutan harta pusaka antara Anna Nicole dengan anak lelaki Marshall. Akhirnya, Anna Nicole tidak mendapat apa-apa harta kerana namanya tidak termasuk dalam wasiat.
Gigi, kelab strip yang menemukan pasangan ini telah dirobohkan pada tahun 2012.
Mingguan Wanita : Cinta tak kenal siapa. Pertemuan, perpisahan, rezeki, ajal dan maut tidak siapa yang tahu. Semua telah diatur olehNya.
Sumber: interviewmagazine.com
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI