‘Berhentilah DM Saya..’ Azza Elite Tegur Netizen, Meminta Jangan Sampai Mendesak

Sekarang ini, negara sedang melalui fasa pemulihan daripada bencana yang dibawa oleh Covid-19. Kesannya dirasai oleh semua rakyat. Perniagaan yang dulunya berjalan elok, hari ini ada yang diuji tak serancak dulu hasilnya. Pelakon Azza Elite juga antara yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Jika sebelumnya, dia boleh berniaga di Singapura, kini laluan perniagaan itu terpaksa ditutup. Demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara. Azza sendiri akur, dan tak berputus asa. Tetap dia melakukan bermacam-macam kerja demi survival.

Namun, yang tak seronoknya, bila mana dia gigih bekerja tanpa mengira waktu, tiba-tiba ada pula yang mudahnya meminta bantuan sehingga mendesak-desaknya. Sedangkan dia juga sedang lalui kepayahan.

‘Berhentilah DM Saya..’ Azza Elite Tegur Netizen, Meminta Jangan Sampai Mendesak
Stop DM saya – Azza Elite

Kongsi Azza Elite di instagramnya,

Assalamualaikum morning.. kak za nak tegur sikit. Sikit je.. ramai sangat DM kak azza minta bantuan. Ye faham.. kak za nak bagitahu.. kak za tidak mampu nak tolong semua orang. Hari-hari kamu DM minta bantuan sampai mendesak. Apakah?

Saya sendiri hari-hari meniaga. Bubuh gambar baju ada yang beli, ada yang tidak. Tapi saya tetap yakin, Allah bantu saya tapi bukan bermakna kita duduk minta bantuan sahaja.

IKLAN

Tak Malu Tukar Syiling Di Mesin Duit

Tau tak saya simpan duit syiling dan bila penuh saya tidak malu tukar di mesin.. sebab saya tahu bila saya susah hanya Allah saja yang mampu tolong. Tetapi Allah tolong tengok dengan usaha kita. Cari lah kerja kalau kamu lelaki, ada tangan, ada kaki.

Mak saya pernah buat dua tiga kerja masa saya kecil. Cuci pinggan, cuci baju, tea lady, kerja taska, buat nasi lemak jual. Saya rasa tu pasal dalam 1 masa saya jugak buat macam-macam kerja.
Ada tu minta bantuan tapi gambar satu saja.
Mana kejujuran kamu.
Cuma stop lah DM saya.

‘Berhentilah DM Saya..’ Azza Elite Tegur Netizen, Meminta Jangan Sampai Mendesak
Azza Elite buat kerja macam-macam demi bantu mak abah di kampung dan famili.

Azza Rayu Fahaminya, Dia Juga Tiada Gaji Bulanan

Saya juga berhempas pulas. Tolong faham saya. Saya tidak ada gaji bulanan.. saya tidak meniaga di Singapore sudah 4 bulan. Mujur saya ada shooting. Duit shooting ni lah saya tolong mak saya dan family. Nasib keta bank bagi tangguhan bayar. Adeh!

Saya jimat kos, saya tutup kedai. Dan saya buat online saja.. saya tak da shooting, saya sanggup COD.

Eh! aku cite pasal aku pulak. Tapi tolong faham saya. Jangan lah meminta sampai mendesak-desak. Kalau saya dapat pergi Singapura sedap jugak. Tapi gate belum bukak.

Hurmm.. mudah-mudahan yang meminta paham keadaan saya.
Jangan DM saya.

‘Berhentilah DM Saya..’ Azza Elite Tegur Netizen, Meminta Jangan Sampai Mendesak
Nak balik kampung pun Azza sempat berniaga.

Jual Barang Demi Nak Bayar Macam-macam

Baju saya jual rm169. Sekian. Saya dan suami serta partner jual kaftan mari le beli. Dah saya pulok jual barang demi nak bayar macam-macam. Saya pun ada tanggungjawab k bantu mak abah kat kampung.

Jadi TQ pada yang beli baju dan buat review. Alhamdulillah, itu lah punca pendapatan saya. Nak bagi banyak saya tak mampu cuma saya ada geng team jom singgit yang bantu.

MW : Ada betulnya apa yang Azza kongsikan ini. Dalam meminta bantuan, janganlah sampai mendesak. Nanti dari elok nak membantu, jadi tawar hati pula.

Sumber/Foto : Azza Elite