
Kalau tiba-tiba dapat jemputan event dinner, tak kiralah walau sekadar teman asben ke dinner syarikat sekalipun, mesti mak mak rasa buntu nak pakai apa, kan? Kita dah biasa pakai ringkas-ringkas janji selesa di rumah, kali ni ada tema pulak kena ikut. Kena mekap lagi, allah… tak kuasa nak ikut rasanya.
Sebenarnya bila kena teman asben, masa ni lah kita kena ‘pasang badan’ dan banggakan dia. Barulah sempurna, bukan pandai jaga anak jer tau malah cantik dan bergaya!
Mujurlah tempoh hari hari dapat tengok banyak selebriti di majlis Nona Superwoman Award 2018. Gaya diorang ni boleh dijadikan inspirasi tau. Jom tengok mana yang boleh ditiru.
Cedok Idea Artis Pilih Tema Hitam Putih
IDEA PASANGAN SEJOLI





IDEA SOLO




So macamana? Gaya artis mana yang anda teringin nak tiru kalau ada jemputan dinner nanti? Vote pilihan anda di ruangan komen ya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Rezeki Murah, Usia Hampiri 50 Tahun, Che Ta Bukti Masih Relevan Watak Heroin

Wanita cantik ini sudah menghampiri usia 50 tahun namun itu tidak pernah menjadi penghalang buat Rozita Che Wan membuktikan dia masih relevan sebagai heroin.
Selepas lebih 13 tahun menceburi dunia lakonan, ibu kepada tiga cahaya mata itu sudah melalui zaman kegemilangan sebagai heroin drama dan telefilem.

Usia Hampiri 50 Tahun Che Ta Berpijak Di Bumi Nyata
Bagaimanapun, pelakon dan ahli perniagaan yang mesra disapa dengan nama Che Ta itu sentiasa berpijak di bumi nyata dalam soal mempertimbangkan tawaran berlakon.
Selepas kembali aktif sejak memperlahankan rentak lakonan kerana memberi tumpuan bisnes, dia diberi watak pembantu termasuk menjadi ibu atau kakak.

Beberapa bulan lalu, Che Ta diberi peranan utama dalam drama Family Spy bergandingan dengan Alif Satar. Baru baru ini dia membintangi telefilem Kuba Guling Karipap Pusing terbitan Pena Creative sebagai heroin di sisi Azlee Khairi untuk siaran Awesome TV.
Ketika ini dia menjalani penggambaran memegang watak utama menerusi drama 13 episod, Dia Isteriku arahan Ayie Mustafa untuk TV Al Hijrah.
“Kalau penyanyi sendiri mempertaruhkan kepada lagu yang baik untuk melonjak naik, saya percaya pelakon juga bergantung kepada skrip untuk terus membuktikan kemampuannya mewarnai watak diamanahkan.
“Kalau drama itu nak heroin berusia 25 tahun atau yang lebih muda, saya mungkin sudah tidak layak. Namun kalau ada skrip memerlukan watak yang bersuami muda atau pergolakan wanita matang, saya boleh mencubanya. Tawaran sebegini bukan datang selalu. Tapi peluang yang datang saya takkan mempersiakannya.
“Soal watak utama ini contohnya berbalik kepada kepercayaan produksi dan pihak penerbit. Alhamdulillah saya masih boleh membuktikan bakat yang dimiliki. Di luar negara sendiri, kita tahu semakin berpengalaman dan meningkat usia, pelakon itu terus diberi watak penting,” katanya.
Sibuk Dengan Komitmen Kerja

Sejak beberapa bulan lalu, rezeki Che Ta terus murah kerana sibuk dengan komitmen kerja.
“Selain drama saya juga terbabit sebagai hos seperti program Ujian Menantu menampilkan anak sulung, Ammar Effendy mencari bakal isteri. Saya juga menjadi panel program fesyen Glamketengglam dihoskan Zizan Razak.
“Untuk drama Dia Isteriku nanti, selepas berpisah dengan bekas suami lakonan Datuk Fizz Fairuz, watak saya sebagai Aisyah dalam cerita itu berkahwin dengan lelaki muda lakonan Hafidz Roshdi.
“Shalma Eliana jadi anak saya. Dalam tempoh sama, saya sibuk membahagi masa dengan urusan bisnes dan keluarga,” katanya.
Baca Disini Juga:
Che Ta Melaram Baju Pengantin Songket Hijau, Raikan Ulang Tahun Perkahwinan Ke 7
Wanita Kalau Dah LAMA Kahwin, Jangan Abai Penjagaan Diri – Che Ta
Harap Perkahwinan Kekal Hingga Ke Surga

Tanggal 11 Disember lalu, pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta dan Suri Katriana ini menyambut ulangtahun perkahwinannya yang ketujuh bersama Zain Saidin.
“Fasa turun naik dalam berumah tangga itu lumrah. Namun saya percaya tolak ansur itu perlu. Saya berharap perkahwinan ini akan kekal sampai syurga,” katanya.

Sumber Foto: Instagram Rozita Che Wan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bersalin Normal Tanpa Perlu Dijahit, Emma Maembong Amal Sapu Minyak Kelapa Dara

Bersalin normal tanpa perlu dijahit, Emma Maembong amal sapu minyak kelapa dara. Pasti ada di antara ibu-ibu masih merasai ngilu dan sakitnya dijahit selepas bersalin khususnya bagi kelahiran normal.
Dijahit di bahagian V dalam keadaan sedar kerana bahagian vagina digunting sedikit untuk memudahkan kelahiran bayi, hanya yang pernah merasainya akan merasakan rasa ngilu dan ngeri tersebut.
Bersalin Normal Tanpa Perlu Dijahit
Satu perkongsian dari pelakon Emma Maembong yang selamat bersalin anak kedua pada 10 Mei lalu dan sudah habis berpantang dua bulan mungkin boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang sedang mengandung di mana dirinya mengakui menyapu minyak kelapa dara semasa mengandung di bahagian Miss V agar tidak koyak dan dijahit ketika proses kelahiran.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Emma Maembong di akaun TikToknya, kelihatan pelakon itu menjawab soalan-soalan daripada peminatnya tentang pengalamannya bersalin tanpa koyak dan jahitan.
Semasa membuat live berkenaan, sebelum sempat dirinya memberi tips, suaminya, Muhammad Shazli Azhar sudah menyampuk dan memaklumkan tipsnya adalah mesti sayangkan suami.
Emma Maembong Amal Sapu Minyak Kelapa Dara
Namun ia disambut mesra oleh Emma yang memaklumkan, selain perbanyakkan berdoa, Emma menasihatkan para ibu mengandung untuk banyak bergerak dan membuat senaman.
Bukan itu saja, tapi Emma turut menjelaskan agar mengamalkan menyapu minyak kelapa dara di bahagian Miss V. Katanya keadah ini sama seperti kita menyapu di bahagian perut untuk mengelakkan stretchmark ketika perut makin membesar.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pembantu Rumah Lari Tinggalkan Shariq Gabriel, “Berhati Hati, Jangan Mudah Percaya” Emma Maembong
Emma Maembong Kongsi Pengalaman Kuarantin & Beruntung Kakak Bantu Jaga Baby Gabriel
“Dekat korang punya ‘V’ tu, korang kena banyakkan sapu minyak. Emma sapu minyak kelapa dara dekat situ supaya bagi dia stretch so bila dia mengembang dia tak pecah atau pun koyak. Daripada korang sapu je dekat perut, baik korang sapu juga dekat situ supaya dia tak koyak,” katanya.
Dan perkongsiannya diakui oleh sebahagian peminatnya kerana ada yang telah mengamalkannya dan ternyata ianya berkesan untuk mengelak koyak dan dijahit.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Aidil Zafuan Akui Beri Nafkah Anak-Anak Setiap Bulan Tanpa Gagal Yang Ditetapkan Mahkamah

Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak, 34 yang juga bekas suami kepada pelakon Rita Rudaini akhirnya tampil mejawab tuduhan segelintir netizen yang mendakwa dirinya mengabaikan tanggungjawab membayar nafkah kepada anak-anaknya selama ini.

Tonggak pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) ini juga berkongsi di akaun Instagram, dirinya turut mempunyai bukti pembayaran dan atas alasan tersebut, orang ramai tidak harus sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata yang boleh menjatuhkan fitnah.
Aidil Zafuan Beri Nafkah Setiap Bulan Tanpa Gagal
Untuk pengetahuan, sebelum ini Rita dan Aidil bernikah secara rahsia pada Februari 2008 di Songkhla, Thailand dan sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan, September 2013.
Terdahulu pada 2017, semua kes mahkamah membabitkan tuntutan nafkah anak, mutaah dan edah Rita daripada Aidil telah diputuskan.
Mahkamah memerintahkan Aidil membayar RM3,000 sebulan pada Januari 2015, manakala untuk tuntutan mutaah, dia diperintah membayar RM30,000 pada Oktober 2015.

Menerusi entri tersebut juga, Aidil menjelaskan selama ini dia dituduh tidak pernah memberi nafkah untuk dua orang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 12 dan Airit Qaqa Arjuna, 10.
“Assalamualaikum untuk maklumat para netizen dan pengikut yang dikasihi. Saya di sini ingin membuat sedikit penjelasan.
“Untuk pengetahuan semua, kenyataan ini bukanlah untuk mengeruhkan keadaan mahu pun mencari kesalahan sesiapa Sudah cukup saya berdiam diri selama ini.
“Saya telah memberi nafkah kepada anak-anak saya pada setiap bulan tanpa gagal yang telah ditetapkan oleh mahkamah.
“Saya ada semua bukti pembayaran ke dalam akaun. Seharusnya pihak di sebelah sana (pihak Rita Rudaini) sedia maklum bahawa nafkah telah pun diterima pada setiap bulan,” tulisnya.

Malah Aidil turut menyatakan dia berhak menyatakan setiap tanggungannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuklah pembayaran nafkah anak-anaknya.
Baca Disini Juga:
Anak-Anak Nak Bercerita, Mak Ayah Tolonglah Dengar. Jangan Sampai menyesal
“Saya Rasa Ibu Tunggal Di Luar Sana Pun Merasa Benda Yang Sama..,” Rita Rudaini
Suami Kena WAJIB Dahulukan Nafkah ISTERI Dan ANAK, Barulah Ahli Keluarga Lain




Berhati-Hati Keluarkan Kenyataan
Menerusi kapsyen di entri Instagramnya itu juga Aidil turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah, penghinaan dan cacian tanpa bukti kukuh.
“Saya harap anda semua jelas dgn penjelasan saya. Saya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lagi selepas ni dan saya akan serahkan semua kepada peguam saya untuk tindakan lanjut.
“Berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata yang anda sendiri tidak pasti yg boleh menjatuhkan fitnah.
“Saya minta anda jangan comment benda yg boleh mendatangkan perbalahan saya dan mengeruhkan lagi keadaan saya dgn pihak disebelah sana. Cakap dan doa yg baik-baik sahaja.
“Banyak benda yang kita boleh fikirkan di dalam situasi yg sedang melanda kita sekarang dari kita melemparkan kata-kata yg boleh mendatangkan fitnah,”luahnya.
Semoga Dipermudahkan Segala Urusan


Sumber/Sumber Foto: Instagram Aidil Zafuan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

