Tak nafikan harga bahan mentah dah semakin naik. Tapi kalau macam inilah gaya caj harga untuk sebungkus nasi goreng cina kosong, memang ‘boleh pergi haji cepat’ lah tokey kedai tu.
Inilah yang jadi dekat mantan penyanyi kumpulan Elite, Fiza Abd Halim apabila dia kirim belikan makanan untuk anak-anak pada sepupunya.
Lebih terkejut bila tengok harga untuk 2 bungkus nasi goreng cina yang isinya cuma nasi dan telur, dia dicaj RM23.60.
Anak-anak Fiza yang comel dan manis.
Berbaloikah 2 Nasi Goreng Kampung Kosong Dicharge RM23.60
Bermakna satu nasi goreng cina itu harganya RM11.30. Yang menambah ketidakpuasan hati, bila nasi goreng cina yang sampai ke tangan semata-mata nasi dan telur.
Dalam instagram miliknya Fiza meluah rasa bertanyakan pada para followernya adalah berbaloi dengan pembelian 2 bungkus nasi goreng cina kosong, tak ada sayur, tak ada ayam. Just nasi dan telur sahaja dia dicaj sehingga RM23.60.
Ads
Makanan yang dikirim itu untuk anak-anaknya.
Sebelum Letak Harga, Tengok Dulu Apa Pembeli Beli
“Terkejut beruk saya dengar bila cousin saya bawa balik nasi dan bil ni. Takkan nasi goreng bodoh macam ini jatuh sampai RM11 lebih.”
“Agak-agak lah pun nak ikut menu nya harga.”
“Tengoklah makanan dulu sebelum nak kira kan. Gila ke apa hanya nasi dan telur harga dikenakan sampai macam ini.”
Ads
Pintanya agar pihak yang berkenaan memantau para pekerja mereka yang baginya tidak adil langsung untuk dirinya sebagai pembeli.
Ads
MW : Pun setuju dengan apa yang Fiza luahkan itu. Kadangkala peniaga ini pun, letak harga macam tak agak-agak rasionalnya.
Hakak sendiri pernah dicaj RM16 untuk 2 bungkus nasi kosong dan sepinggan kecil sotong goreng kunyit.
Yang lebih rasa PEDIH tu, gerai makan itu taraf-taraf gerai tepi jalan je.. bukan bistro atau restoran tau.
Puas suruh kira semula. Tetap peniaga tegaskan itulah harga betul yang dia letak. Hmm… dunia.. dunia..
Amalan suka bersedekah, Shuib belajar dari arwah Sarah. Pemergian Allahyarham Siti Sarah yang menyentuh hati ramai rakyat Malaysia akibat Pandemik COVID-19 meninggalkan kesan kepada orang ramai. Apatah lagi buat suaminya, Shuib Sepahtu dan anak-anak.
Sememangnya pemergian mengejut arwah memberi impak. Meskipun zahir nampak tenang dan reda, ada kalanya Shuib tewas dengan emosi atas pemergian isteri tersayang.
Amalan Suka Bersedekah, Shuib Belajar dari Arwah Sarah
Walaupun sudah hampir setahun pemergian arwah Sarah namun kasih sayang terhadap isteri tercinta sedikit pun tidak pernah luntur.
Hampir setiap hari Shuib berkongsi kehidupan bersama anak-anak dan juga kenangan bersama arwah.
Paling meruntun jiwa, tiga anak dan juga kedua mentua melangkah ke sebuah rumah anak yatim. Sambil mengimbau kenangan ‘dating’ terakhir bersama arwah Sarah, Shuib menerangkan isterinya seorang yang suka bersedekah. Malah melalui arwah jugalah Shuib belajar untuk bersedekah.
Kenangan Shuib bersama arwah isteri, Siti Sarah.
Malah paling membahagiakan rumah anak yatim Baitul Sakinah As-Shariff sudi memahatkan nama arwah Sarah yang digabungkan dengan nama dua lagi individu lain di dewan surau SARAH MUSLIM AL-ATTAS.
“Harini, kali kedua datang ke Baitul Sakinah As-Shariff ni tapi kali ni datang dengan mertua dan anak-anak.
“Kali pertama datang sini pada 25 Julai 2021 bersama dgn arwah isteri tercinta @sitisarahraissuddin, datang berdua, saya yang drive.
“SampAi je sini di sambut Tuan Haji Fadhil (individu yg menjaga tempat ni), lepas tu jumpa anak-anak yatim yang ada kat sini, habis semua tempat kami tour, tempat cantik, besar, bersih. Masa tu, arwah terlalu seronok jumpa anak-anak kat sini.
“Kemudian diberi peluang utk memberi sumbangan bagi menyiapkan Musolla dan Dewan Serbaguna yang masa tu dalam 70 peratus pembuatan kalau tak silap la.
Arwah Sarah Nak Sangat Tengok Dewan Surau Ni Siap
“Arwah nak sangat menyumbang sebab nak tgk Musolla dan dewan ni siap sebab dewan ni selain dari anak yatim kat sini guna, orang kampung yang duduk berhampiran pun boleh guna.
“Allah Maha segalanya. Harini, bila ianya sudah pun siap, arwah dah pun pergi untuk selamanya. Tapi rezeki arwah, dia diberi penghormatan bila mana Musolla dan Dewan ni di letakkan nama Sarah dan gabungan dua lagi nama individu. Maka diberi lah nama MUSOLLA DAN DEWAN SERBAGUNA SARAH MUSLIM AL-ATTAS.
Hadiah Buat Arwah Sarah
“Syukur Alhamdulillah, hadiah buat awak sayang. Rezeki arwah, alhamdulillah.
“Terima kasih mengajar daddy tentang sedekah, yakin dengan sedekah, suka dengan sedekah.
“Semoga pahala terus mengalir untuk awak sayang.
“InsyaAllah selalu kesini dengan anak-anak. Ini tempat terakhir kita dating Sayang. Semoga ada pengajaran yg kita boleh ambil,” luah Shuib.
Yb Young Syefura jadi mangsa komen lucah, tampil berbaju kurung tapi dianggap menggiurkan. Sesetengah individu adakala tidak tahu menghormati wanita di mana mereka meletakkan wanita sebagai alat simbol seks.
Tak hairanlah, pantang ada wanita mendedahkan aurat atau pun bertutup litup, akan ada komen berbaur lucah dari lelaki yang menganggap diri mereka gagah di ranjang sedangkan semua itu adalah pura-pura sahaja.
Bila fikiran tidak memikirkan dosa dilakukan, mereka akan bebas mengeluarkan pendapat di media sosial walau pun ia berbaur biadap.
Yb Young Syefura Jadi Mangsa Komen Lucah
Satu perkongsian dari YB Young Syefura, ahli Parlimen Bentong yang mendedahkan satu komen lucah dan biadap dilakukan seorang individu iaitu @tengku kudin stone di twitternya semalam membuktikan wujudnya lelaki biadap dan punyai pemikiran menjijikkan. Hal ini harus dipandang serius oleh pihak berkuasa kerana dianggap terlalu memalukan.
Mesra di sapa YB Rara, jelasnya dia hanyalah berbaju kurung dan kejadian ini terjadi selepas dirinya habis menghadiri pembukaan Sidang Parlimen semalam. Kejadian memalukan ini ketika dia melawat kawasan bencana di Bukit Tinggi yang dilanda banjir kilat.
Dari Parlimen tgh hari tadi saya terus Bukit Tinggi site visit kawasan bencana bersama Timb Menteri KETSA. Kebetulan hujan turut sewaktu site visit berjalan dan kami boleh lihat sendiri keadaan semakin teruk. pic.twitter.com/rdWd7jjCgj
“Dari Parlimen tengah hari tadi saya terus Bukit Tinggi site visit kawasan bencana bersama Timb Menteri KETSA. Kebetulan hujan turut sewaktu site visit berjalan dan kami boleh lihat sendiri keadaan semakin teruk.
Tampil Berbaju Kurung Tapi Dianggap Menggiurkan
Tapi apa yang dikesalkan di sebalik penampilannya yang berbaju kurung, muncul komen biadap dari indivdu tersebut yang jelas sangat menjijikkan.
Tulis YB Rara, “pakai macam ni pun kena komen lucah”.
“Mengaku cacat, cari rezeki dengan mengemis.” Wanita ini malu rahsia sebenar terbongkar. Tangan yang dikatakan cacat rupanya berfungsi dengan baik.
Dia hanya berpura-pura cacat bagi mencari jalan mudah bagi meraih rezeki dan simpati orang ramai agar bersedekah setiap hari.
Wanita Ini Malu Rahsia Terbongkar
Seorang wanita di Jakarta, Indonesia, yang berpura-pura cacat dan mencari nafkah dengan menjadi pengemis tular di media sosial selepas penipuannya itu terbongkar, lapor laman berita Suara.com.
Kejadian itu dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok dengan nama @me9541 dan sehingga kini telah ditonton lebih 460,000 kali dengan 20,000 tanda suka.
“Malu kerana terbongkar pura-pura cacat,” demikian keterangan ditulis bersama video tersebut.
Mengaku Cacat, Cari Rezeki Dengan Mengemis
Dalam video tersebut, seorang wanita dilihat sedang mengemis di hadapan sebuah warung menjual makanan dengan tangannya diikat dan disembunyikan di sebalik sehelai selendang.
Dia mengaku dirinya cacat dan akan mencari rezeki dengan meminta sedekah. Namun, seorang lelaki berjaya membongkar penipuan itu ketika wanita tersebut meminta sedekah kepadanya.
Lelaki itu yang curiga melihat tangan wanita itu dibalut selendang kemudiannya meminta untuk melihat keadaan tangannya, namun dia enggan berbuat demikian.
Lelaki tersebut kemudiannya melihat tangan wanita itu dan mendapati bahawa ia tidak cacat dan berfungsi dengan baik.
Mengaku Berpura-Pura Cacat
Wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia telah menipu dan berdosa kerana telah berbohong.
Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.
“Saya juga berasa malu apabila melihatnya (wanita itu),” komen seorang netizen.
“Lakonan yang hebat,” komen seorang netizen lain. – AGENSI
Mingguan Wanita : Dalam kesempitan hidup, ramai yang sanggup bertindak di luar kewarasan untuk mencari sesuap nasi. Namun niat tidak menghalalkan cara, apatah lagi dia menipu orang ramai agar bersimpati dengannya.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...