Daripada Allah kita datang, kepada Dia jualah kita kembali. Selepas 3 minggu bertarung nyawa menerima rawatan di Institut Jantung Negara, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 9.41 malam tadi.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengesahkan Muhammad Adib sudah meninggal dunia.
Jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Hang Tuah pada pagi esok untuk penghormatan terakhir.
Selepas itu, jenazah akan dibawa menaiki helikopter untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Kedah. Jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor.
Ads
Kesihatan Muhammad Adib Makin Merosot Sejak Semalam
Pasukannya mahu memadamkan kebakaran kereta di luar lokasi rusuhan. Malangnya, dipercayai Adib menjadi mangsa serangan perusuh di kuil tersebut.
Ads
Sejak 27 November lalu, Adib dimasukkan di unit jagaan rapi Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby Subang Jaya, sebelum dipindahkan rawatannya ke IJN, Kuala Lumpur.
Kesihatan allahyarham dilaporkan semakin merosot sejak semalam dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak semalam, dan malam ini tidak lagi dapat bertahan.
Ads
Allahyarham Muhammad Adib sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan ini.
MW : Tenanglah wahai Adib bertemu penciptaMu. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Sumber/Foto : astroawani, mstar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ujikaji ini dijalankan sekitar tahun 1940-an, ke atas 2 kumpulan bayi. Satu menerima belaian dan kasih sayang, satu lagi diabaikan tanpa sentuhan pun.
Bila mana Adhwa Adnin, pelajar psikologi pendidikan perlu membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya. Rupanya, tugasan itu menghantui dirinya, melekat sampai ke hari ini.
Masa aku belajar psikologi pendidikan dulu (2 sem je dengan Dr Anna Wong), adalah satu assignment ni aku kena buat tentang teori pembelajaran. Buat assignment maka kena banyak membaca.
Ada satu kes ni aku baca dan menghantui hidup aku beberapa ketika. Pada tahun 1940-an, ada satu eksperimen buat di US.
Baby diletak dalam satu kawasan penjagaan yang bersih, baby crib asing-asing, baby diberi cukup makan cukup susu, mandi, lampin kotor ditukar, sakit diberi ubat, pendek kata keperluan asas semua cukup.
TAPI tak ada hubungan emosi, belaian, sentuhan, kata-kata sayang yang menenangkan, agah-agah bagai tu semua TAK ADA.
Kumpulan baby ni dapat semua keperluan asas tu dan dapat juga BELAIAN, PERHATIAN dan KASIH SAYANG.
Dalam tempoh beberapa bulan, baby kat kumpulan pertama SEPARUH meninggal (meninggal tau). Baby kumpulan 2 sihat, ceria membesar dengan baik.
Eksperimen ni dihentikan serta merta sebab kesihatan baby dekat kumpulan pertama terus merosot dibimbangi semua baby akan meninggal.
Baby macam shut down sendiri, senang kata dia tak ada rangsangan, perhatian kasih sayang, dia dah letih nangis dan sakit kat “dalam”.
Sebelum baby meninggal, pemerhatian yang dibuat, baby ni stop gapai-gapai tangan (alah macam baby minta dukung tu), stop cuba buat bunyi berinteraksi dengan penjaga dia, baby diam je dan kemudian meninggal perlahan-lahan, paham sangat maksudnya baby dah rasa putus asa kan? Tak nak hidup dah kan? Kejam betul eksperimen ni.
Satu lagi eksperimen yang popular dan dianggap kejam tak berperikemanusiaan juga ialah eksperimen KING FREDERICK II.
Dia nak uji bahasa apa yang akan baby ucapkan kalau tak ada komunikasi peringkat awal daripada penjaga/ibu bapa.
Samalah macam eksperimen kat atas tu, newborn baby diambil, diasing letak satu tempat, nurse boleh bagi baby makan (susu), bersihkan, mandikan, tapi tak boleh sentuh, dodoi dan belai (LANGSUNG TAK BOLEH).
King Frederick II tak dapat pun jawapan atas persoalan dia tu, sebab SEMUA baby tu akhirnya mati (tak dicatat berapa ramai baby terlibat dan berapa kali cubaan untuk eksperimen ni).
Dua eksperimen ni aku ingat sangat. Masa aku cari taska untuk Sofea (8 tahun lepas), cara jagaan baby kat taska tu trigger aku. Aku stay kat taska tengok diorang handle baby dari jam 8 pagi sampai 12 tengah hari lebih kurang.
Baby ada 9 orang, diletak dalam satu bilik, yang jaga adik-adik muda lepasan SPM, owner tak ada pun kat sini, dia ada taska-taska lain. Adik dua orang tu tak diberi latihan dan tempoh penyesuaian pun ya.
Memang baby yang nangis dia biar je sampai diam sendiri tersedu-sedu, sebab tak terlayan. Aku kesian juga tengok adik dua orang tu.
Baby sana nangis baby sini nangis, kalau aku pun bingung. Jadi diorang memang urus keperluan asas je, susukan (diorang peganglah baby, kira okay ada ehsan), mandikan, bagi makan, tukar pampers, itu je lah.
Budak yang kuat menangis, nangis je lah, terlangkup hisap jari sampai diam sendiri. Bilik tu kosong lapang, apa toys pun tak ada, apa warna pun tak ada, KOSONG rangsangan untuk baby. Aku berapa hari tak boleh tidur lepas tu tau tak, aku kesian, kesian sangat.
DUA penulisan aku cerita tentang baby je hari ni. Kadang bila aku tengok perangai budak pelik-pelik kat sekolah, aku selalu terfikir apalah yang dia lalui masa dia baby, macam mana orang layan dia masa kecik.
Sebab aku tahu, semuanya ada sebab. Semua manusia dilahirkan baik dan sweeeeettt, yang mengubah dia persekitaran dan cara dia dibesarkan, kan?
MW : Sebab itulah, kita jangan terlalu bersangka-sangka, sebab tak tau apa sebenarnya yang pernah dilalui dalam kehidupan seseorang itu. Baikkah? Azabkah?
Jangan marah hospital, jika ada larangan kanak-kanak tak dibenarkan masuk ke bilik wad ICU. Kerana setiap arahan itu bersebab.
Mak ayah pun, jika nak datang ziarah adik beradik, anak-beranak atau saudara mara yang sakit tenat, tinggalkan saja anak sihat di rumah. Saranan ini bukan bersifat kejam,
Tapi ianya untuk pastikan anak yang sihat itu terus sihat. Sebab kata Penolong Pegawai Perubatan, Faisal Firdausini di depan lantai wad ICU itulah ada macam-macam kuman MEMBUNUH.
Bila mak ayah dah faham, mesti nak duduk-duduk depan tu pun seram.
Berkilatkan lantai depan ICU ni?
Sampaikan ada pelawat boleh duduk.
Bawa kanak-kanak. Lepas tu, baring-baring atas lantai.
Puting anak jatuh pastu masukkan balik dalam mulut anak. Tak basuh pun. Kemam-kemam je, bagi anak.
ADOI!
Kak, abang, pakcik, makcik…
Apa yang kalian nampak tu tak sebersih rumah anda. Ya memang betul kami mop, buffing lantai tu setiap hari.
Tapi, apa yang tertumpah atas lantai tu? Darah.. Nanah.. Lendir.. Urine..
Nampak? Tak Nampak? Ooo sebab dah dibersihkan. Tapi kuman yang ada kat situ? 100% bersih?
Ni ha.. mak ayah google lah sendiri monster-monster yang boleh MEMBUNUH anak kalian menurut otai bius kami Dr Mohd Sany.
Pseudomonas Acinetobacter Klebsiella E coli Staph aureus Streptocococus Bukholderia etc
Tak sayang anak-anak? Biarkan diorang bergolek gelantang atas kuman-kuman tu? Maaf saya pakai bahas pasar. Hospital bukan tempat rekreasi tuan puan. Ni tempat berkumpulnya penyakit.
SEMUA PENYAKIT. Ada kat sini. Dan anda sebagai cerdik pandai bawa anak-anak untuk mencari penyakit. Then bawa balik dan kongsi dengan yang lain?
Saya Sebagai staff hospital mohon anda minimakan kehadiran ke hospital bersama kanak-kanak. Yang sakit anda lawatlah. Tapi kanak-kanak yang sihat biarkan mereka sihat.
Penyakit di sini bukan calang-calang. Dan kebanyakannya sangat tinggi risiko membawa maut kepada ANAK anda!
Sumber/Foto : Faisal Firdaus, MA@Penolong Pegawai Perubatan Anestesiologi@Bius
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Menara Eiffel di Paris itulah perlambangan cinta romantis sejagat. Siapa tak rasa bahagia menatap gambar kenangan berlatar belakangkan, monumen cinta itu.
Sayangnya, bukan itu yang dialami Wazli Watisin yang menjelajah kota cinta itu secara ‘backpacker’. Apa yang dilalui jauh berbeza daripada cerita-cerita anganan indah yang didengar sebelum ini.
Kota Paris yang terkenal dengan menara eiffel, kononnya lambang cinta dan romantik. Itu mungkin pendapat sesetengah orang, bagi aku itu hanyalah sebuah metos. Realitinya kota paris adalah kota penuh tipu daya.
Bagi aku kota Paris bukan tempat yang selamat, jauh sekali dengan istilah bersih. Paris sebenarnya dipenuhi sampah dan berbau hancing. Romantik tang mana pun aku tidak tahu, mungkin lain orang lain seleranya.
Pengalaman aku bermusafir di kota Paris bukan sesuatu yang positif. Keluar sahaja dari airport Ch De Gaulle, aku terus disajikan dengan bau hancing kencing manusia di merata-rata kawasan metro (keretapi). Aku juga dihidangkan dengan pemandangan longgokan sampah sarap sepanjang menaiki metro selama beberapa hari di Paris.
Lagi sadis, aku dicopet di kota ini. Penyeluk saku di kota ini diiktiraf di antara terbaik dunia. Aku tidak bersedia sampai tahap dunia masa tu, kerana aku juga pernah sampai di kawasan Eropah Timur yang dianggap jenayah tertinggi.
Tiada pla aku mengalami peristiwa ngeri. Jibai punya penyangak… Minta-minta ko cirit birit makan hasil duit aku tu. Lagi bagus kalau buasir sekali..(Alhamdulillah kerana hatiku tergerak untuk menginsurankan semua yang aku bawa).
Pada rakan-rakan yang ingin mengembara, belilah insuran sebagai penyejuk hati yang lara jika ada apa-apa yang berlaku di luar jangkaan.
Yang lebih sadis, kita tidak akan nampak seorang polis pun di tempat-tempat jenayah ni. Penyeluk saku boleh minum-minum kopi selepas menyeluk. Tak perlu tenaga untuk melarikan diri.
Lagi satu, pengalaman aku berurusan dengan balai polis sini macam berurusan dengan negara ketiga. Memang sangat sadis, siap polis terima report masa office hour sahaja. Kepala bejambul betul, ingat jenayah ni berlaku office hour ja ka?
Jangan cerita nak buat report dulu la, nak masuk sampai kaunter balai dia pun sesusah menembusi kubu hitler. Berlapis-lapis jeriji besi yang perlu dilalui, dan kau akan menempuhi soal siasat melalui interkom dalam bahasa yang sangat sukar difahami.
Sejam baru tembus kaunter la kawan…tu pun kalau tembus lah. Masa ini lah aku sangat bersyukur hidup di Malaysia, terima kasih sahabat-sahabat polis kita.
Kota Paris ni dipenuhi dengan Orang ‘gipsy’ yang menyamar kononnya orang Syiria. Kalimah syahadah pun tak tau. Muka macam mat salleh juga, tapi ada air muka ala-ala Viking. Mereka buat pelbagai cara penipuan, target utama adalah pelancong.
Rusuhan di sini juga kerap berlaku, terutamanya hujung minggu. Dorang suka bakar-bakar. Semua benda mau dibakar, terutamanya kereta polis. Nasib kami baik, selepas melawat tugu apa ntah nama, terus berlaku rusuhan yang sangat teruk. Abis semua dia bakar.
Kalau tiada hal mustahak, maaf la.. Kota Paris bukan pilihan ku lagi. Biar lah Malaysia ‘mundur’ kalau ini lah cerminan negara ‘maju’. Banyak lagi kota negara Eropah yang cantik dan selamat selain Paris.
InsyAllah akan aku kongsikan catatan aku mengembara di 7 negara secara ‘backpacker’. Mana lah tau boleh dijadikan rujukan kawan-kawan yang ingin mengembara ‘backpacker’. Backpack sebenarnya mengajar kita erti tawakkal.
Jauh-jauh merantau, kau akan lebih bersyukur menjadi anak Malaysia. Negaraku tercinta.
Nur Syahidah berkongsi perjalanan transformasi selepas menyertai Maggi Wanita Cukup Berani sehingga berjaya meningkatkan jualan rendang dendeng daripada RM400 kepada RM18,000 sebulan.