Wanita apabila telah meningkat usia mula berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan.Apatah lagi memasuki fasa pramenopaus berat badan mungkin naik mendadak disusuli pelbagai penyakit lain seperti cepat penat dan sakit tumit.

Kesihatan Terjejas, Zarian Jalani Pembedahan Bariatrik

Itulah yang dialami oleh pelakon Zarina Zainuddin, 52, yang mengaku menjalani pembedahan bariatrik berikutan keadaan kesihatan yang terjejas sejak akhir-akhir ini.

Pelakon drama Teduhan Kasih itu memberitahu, selama ini, dia tidak menyedari berdepan masalah kesihatan, namun, mengaku melihat beberapa perubahan ke atas dirinya.

Antaranya, Zarina sakit pada bahagian tumit dan lutut selain cepat penat serta semput apabila menaiki tangga. Selain itu, demam yang tidak kebah hampir seminggu menyebabkan Zarina nekad menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Selama ini, saya tidak sedar ada macam-macam penyakit. Saya cepat penat dan tumit sakit setiap kali memijak. Baru-baru ini, saya demam hampir seminggu. Biasanya, selepas ambil ubat, dalam dua hari sembuh. Namun, kali ini, demam berpanjangan.

“Saya mula risau melihat perubahan kesihatan. Jadi, saya buat pemeriksaan secara menyeluruh. Doktor kemudian dapati ‘cyst’ pada buah pinggang, hati dipenuhi lemak dan mengembang serta ulu hati longgar.

“Berat badan saya naik mendadak. Ini mungkin faktor usia atau proses pramenopaus. Dari berat 51 kilogram (kg), jadi 67 kg. Disebabkan hendak diet agak susah dan selepas dapatkan nasihat doktor, saya pilih pembedahan bariatrik demi kesihatan,” katanya yang menjalani prosedur itu di sebuah hospital swasta di ibu negara, semalam.

Berat Badan Naik Mendadak & Kesihatan Terjejas, Zarina Buat Pembedahan Bariatrik

Harap Kembali Cergas & Sihat

Zarina berkata, bacaan kolestrol juga tinggi iaitu mencecah 8.9, malah, doktor mengesahkan dirinya berisiko mengalami masalah saluran darah tersumbat dan boleh diserang angin ahmar.

“Saya tidak sangka tahap kolestrol sangat tinggi. Sebelum ini, mungkin saya makan sahaja sebab sedap. Tidak sangka, dalaman saya teruk.

“Saya tidak suka lihat diri lemah dan tidak cerdas. Saya harap selepas pembedahan, saya kembali cergas dan dan dapat menjalani kehidupan lebih sihat lagi.

“Jika kurus itu dianggap bonus, saya mohon doa daripada semua agar cepat sembuh,” katanya.

IKLAN

Zarina berkata, sebaik sembuh, dia akan kembali bekerja.

Berat Badan Naik Mendadak & Kesihatan Terjejas, Zarina Buat Pembedahan Bariatrik

Lakukan Pemeriksaan Kesihatan

Sebelum membuat pembedahan Bariatrik ini, Zarina juga telah melakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu pada 15 Ogos 2023.

Zarina juga berkongsi lebih lanjut prosedur pembedahan bariatrik yang telah yang dilakukan.

“16 hb Ogos saya masuk bilik OT. 45 minit prosedur start jam 8 pagi, saya sedar jam 12 tengahari. Sedar-sedar dah kat dalam bilik. Hari pertama rehat di hospital doktor, nurse dan para petugas menerangkan prosedur dengan layanan yang baik sekali,”

IKLAN

“Alhamdulillah selamat operasi. Hari ni saya dah balik rumah. Terima kasih doktor @dr.mustafamt dan puan @rafeahariffin terima kasih juga pada @bobocinta kenalkan kak ina pada doktor dan kak rafeah.

“Sekarang dekat rumah berpantang dua minggu minum susu saja. Saya akan follow instructions yang diberi,” ujarnya lagi.

Berat Badan Naik Mendadak & Kesihatan Terjejas, Zarina Buat Pembedahan Bariatrik

Berkongsi perkembangan terkini pada hari kedua selepas pembedahan dilakukan, berat badan Zarina telah turun sebanyak 2kg dan berat terkini 65.7kg.

Pelakon ini juga meluahkan rasa syukur selamat menjalani pembedahan dan berharap semoga ia dapat membantunya untuk menjadi lebih sihat.

IKLAN

“Selepas menjalani pembedahan Bariatric semalam untuk menjadi lebih sihat demi kesihatan saya.

“Alhamdulillah semoga saya terus sihat lepas ni dalam menjalani kehidupan seharian,” ujar Zarina.

Mesti Baca:“Azal Bukan Gila, Jaga Ibu & Abang Azil” Zarina Sedih Tertulis Di Wikipedia Anak Kurang Waras
Baca Lagi Di Sini:“Dia Ajak Berkahwin, Saya Minta Bawalah Jumpa Isterinya Dulu.” Zarina Berkongsi Kisah Madu & Suami
Artikel Menarik:Dikahwini Sebab Kasihan, Zarina Zainuddin Usaha ‘Tackle’ Hati Madu, Raih Sayang Suami

Mingguan Wanita: Semoga diberikan kesembuhan buat Zarina dan kesihatan kembali pulih seperti biasa selepas melakukan pembedahan bariatik ini,

Sumber: Bharian, Instagram Zarina Zainuddin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI