Bengang isteri tuntut cerai, tular video bapa cuba bakar anak kandung. Tindakan tiada otak dan sangat merbahaya terhadap seorang kanak-kanak lelaki yang cuba dibakar ayah kandung sendiri.
Dalam satu kejadian di Kuantan, Pahang, tular sebuah video seorang kanak-kanak lelaki menangis teresak-esak dikelilingi unggun api dipercayai didera secara mental oleh ayah kandungnya sejak semalam.
Susulan tindakan mengancam nyawa kanak-kanak itu, pihak polis sudah pun menahan bapa kandungnya.
Hal ini mula terbongkar bila ibu kepada kanak-kanak malang ini yang dalam proses bercerai dengan suaminya membuat laporan polis bahawa nyawa anaknya terancam.
Memetik laporan Malaysia Gazatte, Ketua Polis Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, lelaki berkenaan diberkas dalam sebuah kenderaan jenis Nissan Grand Livina di sebuah perhentian bas hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 pada jam pukul 10.30 malam semalam.
Menurutnya sepasukan polis bahagian jenayah dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan dengan kerjasama IPD Maran dan telah membuat rampasan barang-barang kes ketika tangkapan dijalankan.
”Sebelum ini pengadu merupakan isteri suspek yang dalam fasa perceraian telah menghantar anak lelakinya, berusia 2 tahun 6 bulan ke kediaman suaminya di Apartment Sutravilla Jalan Pelindung Damai 5 di Beserah.
”Kemudian pengadu telah dihalau dari rumah tersebut setelah diceraikan pada 15 September lalu dan kini tinggal berasingan,” katanya ketika dihubungi.
Setelah itu, pengadu telah menerima beberapa video yang dihantar oleh suspek yang memukul dan memarahi anak lelaki mereka tanpa sebab dan menyebabkan kanak-kanak tersebut kelihatan seperti trauma serta ketakutan.
Semalam (18 September), jam 4.27 petang pengadu sekali lagi menerima beberapa video bekas suaminya memarahi anak mereka dengan memukul dan mengugut untuk membakar kanak-kanak tersebut.
Polis menahan seorang lelaki susulan tular sebuah video seorang kanak-kanak lelaki menangis teresak-esak dikelilingi unggun api dipercayai didera secara mental oleh ayah kandungnya sejak semalam.
Ketua Polis Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, lelaki berkenaan diberkas… pic.twitter.com/bRHRvVLOts
Difahamkan video berkenaan sebagai ugutan dan protes berkaitan kemelut rumah tangga mereka kerana suspek tidak bersetuju dengan penceraian tersebut.
”Suspek pernah terlibat dengan kes penyalahangunaan dadah dan melarikan anak lelaki pengadu dengan menaiki kereta jenis Nissan Grand Livina warna putih.
”Pengadu merasa bimbang terhadap keselamatan anaknya lalu membuat laporan polis dan pihak kami bertindak segera,” katanya.
Suspek berusia 35 tahun mempunyai 12 rekod jenayah lampau dan hasil siasatan lanjut mendapati lelaki itu mengaku terlibat dalam kes yang disiasat kerana tertekan.
Dia kini direman selama tiga hari sejak ditangkap.
Wan Zahari berkata, kes masih dalam siasatan lanjut termasuk perbuatan suspek ke atas anak kandungnya di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Rozita Che Wan buat laporan polis, akan cari sampai lubang cacing individu hina anak. Kalau sesiapa pun ibu di tempat Rozita Che Wan, pasti akan mengamuk. Bukan saja menghina ini siap menyamakan anaknya Aaisyah Dhia Rana, 10 tahun seperti pelacur gara-gara pakaian yang sering digayakan anak kesayangannya itu.
Sangat melampau dan hal ini pasti sukar diterima oleh sesiapa pun kerana kita seharusnya bercakap yang baik-baik dan bukan menuturkan kata buruk kepada orang lain.
Ekoran anaknya dihina, pelakon versetail ini telah membuat laporan polis di Kota Damansara berhubung hinaan dibuat terhadap anaknya.
Menyifatkan hinaan itu sangat melampau, Che Ta mengakui tidak akan melepaskan individu yang menghina anaknya itu hasil perkahwinan bersama aktor Zain Saidin.
Ujar Che Ta, dia enggan banyak bercakap hal ini dan akan menyerahkan segalanya kepda pihak berkuasa bagi menyelesaikan tindakan kurang ajar pada komen dibuat.
Ekoran berang dengan tindakan individu ini, dirinya juga berkata akan mencari hingga ke lubang cacing individu tersebut walau akaun media sosialnya sudah dinyah aktifkan.
Tak ada masalah! Aku akan cari sampai lubang cacing.
Malah dirinya turut membuat laporan ke SKMM bagi menjejaki akaun pemilik yang menghina anaknya itu. Apa pun tahniah buat Che Ta kerana tidak berdiam diri saat anak diperlakukan demikian kerana anak seharusnya dilindungi.
Pemandu bas sekolah “crush” budak sekolah didakwa, menangis di kandang tertuduh.
Tindakan seorang pemandu bas sekolah yang memaparkan video rakaman murid perempuan sekolah rendah yang juga penumpang diminatinya sebagai “crush” yang dianggap orang ramai sebagai seksual grooming berikutan tindakannya menangis di kandang tertuduh selepas didakwa dengan dua pertuduhan hari ini.
Di Mahkamah Seksyen, tertuduh yang berusia 24 tahun berhadapan dengan dua pertuduhan. Bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.
Memetik laporan Harian Metro, mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual dengan mencium pipi kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga anak saudaranya.
Perbuatan itu dilakukan dalam bas sekolah di Simpang Renggam, Kluang, antara 5 hingga 6 petang, April sehingga September 2024.
Bagi kesalahan ini, didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKKSTKK) 2017.
Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa memerhati kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun secara berulang bagi maksud seksual dengan kejadian ini juga berlaku pada waktu dan tempat yang sama.
Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (a) (iii) AKKSTKK 2017 yang boleh dihukum di mengikut Seksyen 15 akta sama.
Pada prosiding itu, dia yang masih bujang kelihatan tunduk sambil menitiskan air mata dari kandang tertuduh.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Abdul Ghafar Ab Latif manakala tertuduh diwakili peguam, Umar Zulkarnain.
Terdahulu, pihak pendakwaan meminta mahkamah mengenakan ikat jamin RM50,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan alasan kes ini mendapat perhatian seluruh negara hingga memberikan pelbagai gambaran serta gesaan supaya tindakan diambil terhadap tertuduh.
“Selain itu juga, kes ini kesalahan serta salah seorang mangsa adalah anak saudaranya dan mereka tinggal berdekatan.
“Justeru pihak pendakwaan memohon mahkamah mempertimbangkan perkara ini serta mengenakan syarat kepada tertuduh,” hujahnya.
Selepas mendengar hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.
Pada masa sama, mahkamah juga menetapkan dua syarat iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali, serta tidak mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa ataupun saksi pendakwaan sepanjang prosiding ini.
Kes disebut semula pada 10 Oktober ini untuk serahan dokumen.
Syafie Naswip dan isteri bukan ikut trend ‘childfree’ – “Saya dan isteri memang tak rancang apa-apa pun. Pelakon, Syafie Naswip, 32, mengakui dia dan isterinya, Nur Afiqah Ishak tidak merancang cahaya mata, sebaliknya menerima ketentuan rezeki yang ditetapkan Allah buat mereka.
Syafie berkata, mereka juga sama sekali tidak mengikut ‘trend’ kebanyakan pasangan berkahwin masa kini yang lebih ke arah tidak mahu memiliki zuriat atau ‘childfree’.
“Kita orang kata ‘just go with the flow’ sajalah. Macam tak adalah juga orang kata nak ‘stress’
“Saya dan isteri memang tak rancang apa-apa pun (soal anak). Sebab dari sebelum berkahwin lagi, kita dah berbincang mengenai anak bersama-sama.
Baru sembilan bulan menjalani kehidupan rumah tangga, Syafie berkata, dia bersyukur isterinya seorang yang memahami, namun tetap berhati-hati dengan babak yang dilakonkannya dan menjaga pergaulan di lokasi.
“Setakat ini, isteri saya okay saja dengan watak-watak yang saya lakonkan. Tetapi, sebagai suami sudah tentulah kita pun kena tahu batas untuk diri sendiri.
“Apabila dah baca skrip itu, kita tahulah kehendak sesuatu babak sama ada ‘over’ atau tidak. Kalau dulu (sebelum kahwin) mungkin boleh buat lagi (babak bersentuhan), tapi sekarang berhati-hatilah.
“Bukan apa, sekarang pun banyak kes kemelut rumah tangga yang berlaku di luar sana dan tak naklah ia (masalah itu) terpalit juga kepada kita. Jadi, mana yang boleh saya jaga, kita bincang elok-elok,” katanya.
Menurut pelakon filem Mukhsin ini, pada zaman pengaruh media sosial sekarang semuanya tular dengan mudah dan cepat walaupun babak berkenaan hanya di dalam lakonan saja kerana tuntutan watak.
Syafie bertemu jodoh dengan Nur Afiqah yang juga seorang model dan pelakon pada 22 Disember tahun lalu dengan majlis pernikahan mereka berlangsung di Dewan Wilqadry, Putrajaya.
Pada majlis pernikahan sederhana dan disiarkan secara langsung menerusi Instagram milik Syafie, pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!