petua sihat

Dalam kehidupan seharian, terdapat beberapa amalan yang patut kita amalkan bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat. Tubuh badan yang sihat dapat memberi kita kekuatan mental dan fizikal untuk beribadah terutamanya selain untuk bekerja mencari rezeki.Imam Syafie merupakan seorang ulamak yang menguasai pelbagai ilmu.Imam Syafie ada menggariskan beberapa panduan untuk kita amalkan bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat. Antaranya adalah:

1.Empat perkara untuk menyihatkan badan:

Makan daging.
Memakai haruman pada badan.
Kerap mandi untuk memastikan diri sentiasa bersih.
Berpakaian daripada kapas.

2.Empat perkara yang melemahkan tubuh badan :

Kerap melakukan persetubuhan.
Selalu berasa cemas dan risau.
Banyak minum air ketika makan.
Banyak makan makanan yang masam.

3.Empat perkara yang menajamkan mata :

Duduk menghadap kiblat.
Memakai celak sebelum tidur.
Memandang yang hijau seperti pemandangan rumput menghijau.
Sentiasa berpakaian bersih.

4.Empat perkara yang merosakkan mata :

Memandang pada najis.
Melihat orang dibunuh.
Melihat kemaluan.
Membelakangi kiblat.

5. Empat perkara yang menajamkan fikiran :

Tidak banyak berbual kosong (banyak berdiam diri kerana berfikir).
Rajin bersugi (gosok gigi).
Bercakap dengan orang yang soleh.
Bergaul dengan golongan ulama.

IKLAN

Begitu juga cara tidur, di mana Imam Syafie memberi panduan cara tidur yang betul.

Antaranya empat cara tidur yang betul adalah :

1. Tidur golongan Nabi

Tidur terlentang sambil berfikir mengenai kejadian langit dan bumi.

IKLAN

2. Tidur golongan ulama dan ahli ibadah

Mengiring ke sebelah kanan bagi memudahkan terjaga untuk menunaikan solat malam.

3. Tidur golongan raja yang tamak dan haloba.

IKLAN

Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. Tidur syaitan

Menelungkup atau meniarap seperti tidurnya ahli neraka.

Jom sama-sama kita amalkan petua dan nasihat daripada Imam Syafie untuk kita jadikan panduan untuk mendapatkan tubuh yang sihat.

Sumber:sihatcaraalami

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI