Pemandu bas sekolah “crush” budak sekolah didakwa, menangis di kandang tertuduh.

Tindakan seorang pemandu bas sekolah yang memaparkan video rakaman murid perempuan sekolah rendah yang juga penumpang diminatinya sebagai  “crush” yang dianggap orang ramai sebagai seksual grooming berikutan tindakannya menangis  di kandang tertuduh selepas didakwa dengan dua pertuduhan hari ini.

Pemandu Bas Sekolah “Crush” Budak Sekolah Didakwa

Di Mahkamah Seksyen, tertuduh yang berusia 24 tahun  berhadapan dengan dua pertuduhan. Bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Memetik laporan Harian Metro, mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual dengan mencium pipi kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga anak saudaranya.

Perbuatan itu dilakukan dalam bas sekolah di Simpang Renggam, Kluang, antara 5 hingga 6 petang, April sehingga September 2024.

Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa memerhati kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun secara berulang bagi maksud seksual dengan kejadian ini juga berlaku pada waktu dan tempat yang sama.

Ads

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (a) (iii) AKKSTKK 2017 yang boleh dihukum di mengikut Seksyen 15 akta sama.

Pemandu Bas Sekolah “Crush” Budak Sekolah Didakwa, Menangis Di Kandang Tertuduh

Menangis Di Kandang Tertuduh

Pada prosiding itu, dia yang masih bujang kelihatan tunduk sambil menitiskan air mata dari kandang tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Abdul Ghafar Ab Latif manakala tertuduh diwakili peguam, Umar Zulkarnain.

Terdahulu, pihak pendakwaan meminta mahkamah mengenakan ikat jamin RM50,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan alasan kes ini mendapat perhatian seluruh negara hingga memberikan pelbagai gambaran serta gesaan supaya tindakan diambil terhadap tertuduh.

Ads

“Selain itu juga, kes ini kesalahan serta salah seorang mangsa adalah anak saudaranya dan mereka tinggal berdekatan.

“Justeru pihak pendakwaan memohon mahkamah mempertimbangkan perkara ini serta mengenakan syarat kepada tertuduh,” hujahnya.

Selepas mendengar hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.

Pada masa sama, mahkamah juga menetapkan dua syarat iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali, serta tidak mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa ataupun saksi pendakwaan sepanjang prosiding ini.

Ads

Kes disebut semula pada 10 Oktober ini untuk serahan dokumen.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Isu Abang Bas ‘Crush’ Murid Sekolah, Diana Danielle Puas Hati Tindakan Polis “Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai”

16 Tahun Berlalu Iktibar Pemergiaan Tragik Nurin Jazlin, Elak Anak Jadi Mangsa Pedofilia!

Perbicaraan Gangguan Seksual Ebit Lew, “Saya Rasa Berdosa Pada Suami, Layan Ustaz

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI